Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Thursday, July 29, 2010

Kesengsaraan Itu Penuh Hikmah


KESENGSARAAN ITU PENUH HIKMAH




Tidak selamanya rasa sakit itu tidak beharga, sehingga harus dibenci. Kerana kemungkinan rasa sakit itu justeru akan mendatangkan kebaikan bagi seseorang.

Sesungguhnya , ketulusan sebuah doa muncul tatkala kesakitan yang perit dan ketulusan tasbih yang
sentiasa terucap dating dari hati yang sakit. Begitu juga penderitaan dan bebanan yang dialami oleh seseorang pelajar untuk menuntut ilmu, yang pada akhirnya menjadikan seseorang pelajar itu seorang ilmuan terkemuka.

Demikianlah, kerana dia telah bersusah payah di awal perjalannya, sehingga ia boleh menikmati kesenangan di akhirnya.

Usaha keras seorang penyair memilih kata-kata untuk bait-bait syairnya telah menghasilkan sebuah karya sastera yang sangat menawan. Sakit hatinya telah menyentuh hati dan urat saraf serta membuat darahnya bergemuruh, kemudian gejolak jiwa itu mengarahkan pemikirannya untuk merungkai kata-kata yang indah. Usaha keras seorang penulis telah menghasilkan  tulisan yang sangat menarik dan penuh dengan pengajaran, contoh-contoh dan petunjuk.

Seorang pelajar yang hidup berfoya-foya, tidak aktif, tidak pernah menghadapi masalah dan tidak pernah ditimpa musibah, kemungkinan besar ia akan menjadi orang yang malas, enggan bergerak dan mudah putus asa.

Seorang penyair yang tidak pernah merasa sakit dan pahit getirnya sebuah kehidupan, maka untaian syair-syairnya hanya akan terasa hambar dan hanya terisi dengan kumpulan kata-kata murahan yang tidak bernilai.

Ini adalah kerana syair-syairnya hanya keluar dari lisannya, bukan dari perasanya. Apa yang diutarakannya hanya terbatas kepada pemikirannya sahaja dan bukan dari hati nuraninya.

Di dunia ini, ramai orang yang kaya kerana mereka mampu menjadikan penderitaan sebagai perantaraan mencapai kekayaan. Oleh kerana itu, jangan lah takut akan  penderitaan.

Usahlah khuatir dengan kesengsaraan. Kadang kala penderitaan itu memberikan kekuatan  bagimu dan akan menjadi sebuah kenikmatan pada suatu hari nanti.

Jika kita hidup dengan hati membara, terbakar dan jiwa bergelora kerana penderitaan, akan lebih terhormat daripada hidup dengan perasaan yang dingin, semangat yang layu dan jiwa yang lemah.

Monday, July 26, 2010

Imam Muda episod ke 9

Imam Muda Episod ke ; penuh Airmata



Kali ini saya terpanggil untuk meninggalkan komen Imam Muda, episod 9. Meski terlambat ditulis di sini, harapnya ia tetap bermakna.

Imam Muda Episod ke 9 di Astro Oasis bagi saya ia penuh pengajaran dan iktibar.  Ia memang penuh air mata. Kisah bapa-bapa yang tinggal di Rumah Seri Kenangan Seremban..

Bak kata salah seorang 4 Imam Muda Episod 9,"Kalau boleh, sekarang juga, saya nak balik cium ibu saya. Kalau boleh biarlaha ntara adik beradik yang ramai itu, kitalah yang menjaga ibubapa kita". Semoga kita ambil pengajarannya.
 

Petikan berita di akhbar dan youtube.

(Sila pause lagu  di sidebar kanan posting blog ini untuk menonton youtube di entry ini,TQ)
Credit to; iamyiwern @ youtube

Oleh Ridzuan Abdul Rahman
mamadridzuan@hmetro.com.my
2010/07/23

Sejak mula ke udara pada 28 Mei lalu dengan menampilkan 10 peserta, Imam Muda semakin menghampiri kemuncaknya apabila menyingkirkan dua peserta pada minggu kelapan, menyaksikan persaingan antara Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, yang bersaing bagi merebut tempat untuk ke final.

Acara kemuncak itu akan berlangsung di Dewan Muktamar, Menara Pusat Islam. Kuala Lumpur pada 30 Julai ini.

Begitupun impian untuk ke matlamat berkenaan bukan mudah kerana menurut pengetua Imam Muda, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz, semakin ke penghujung, cabaran yang diberikan kepada peserta semakin kental.

Untuk siaran pada minggu kesembilan, empat peserta yang tinggal diberi tugasan mendekati orang tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan, Seremban pada 17 Julai lalu dan menyelami perasaan mereka yang tinggal di rumah berkenaan.

Mereka juga perlu memenangi hati warga emas di situ yang dipilih untuk dijadikan sebagai bapa angkat. Semua tugasan ini memerlukan strategi sendiri bagaimana mahu melakukannya.

Sungguh menyayat hati kunjungan mereka ke sana sehinggakan ketika hendak berpisah dengan empat Imam Muda ini, ayah angkat mereka menangis kerana terharu.

Isu perdebatan yang ditampilkan juga sangat menarik, berkisarkan mengenai sikap anak yang sampai hati meninggalkan orang tua mereka di rumah orang tua.

Keempat-empat mereka tampil dengan pandangan sendiri mengenai isu ini. Ada yang kontra antara satu sama lain namun matlamatnya mahu mencari jalan penyelesaian kepada masalah sosial yang makin membarah sekarang. Semua mereka bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik kerana persembahan di pentas dan setiap apa yang dilakukan akan mengundang markah daripada pengetua.

Terdahulu sebagai pembuka program, keempat-empat Imam Muda ini berduet dengan penyanyi nasyid, Nazrey Johani dalam lagu I'tiraf yang begitu menyentuh perasaan. Keikhlasan mereka terpancar. 
dipetik dari; klik sini.

Thursday, July 22, 2010

Salam Ukhuwah salam kemaafan

Salam Kemaafan Dihulur




Salam kemaafan saya hulurkan buat teman-teman followers dan rakan-rakan sekerja yang membaca catatan di teratak ini. Juga kawan-kawan Ratu Hati yang sentiasa dekat di hati. Terima kasih atas pertanyaan khabar kalian melalui hand phone.

Sudah lama rupanya saya tidak meng update blog ini. Adus kasihan rumah maya saya yang ini. Penuh bersawang....

Sebenarnya saya masih ada di sini. Cuma sesekali dapat melihat blog ini. Saya tidaklah sesibuk mana.  Cuma dalam tempoh penyesuaian diri dengan situasi baru. Letih bekerja balik ke rumah tidak berkesempatan membuka komputer.

Selain saya sedang menumpukan pada sebuah blogspot berkaitan pendidikan, (entah ada yang datang entah tidak ke blog itu) maka saya terpaksa rehatkan diri seketika dari menulis di sini. saya akui saya tidak boleh membuat banyak penulisan blog dalam satu masa.

Di tempat kerja, sudah tentunya  tidak berkesempatan membuka blog ini atas komitmen tugas.

Kadang kala saya sendiri sibuk berulang alik ke Poliklinik kesihatan dan hospital terdekat. Balik dari mendapatkan rawatan, tubuh ini tidak berdaya berlamaan di depan PC. Pening mata menghadap PC lama-lama...

Apapun terima kasih buat teman-teman follower. Di sinilah saya bertemu dengan kawan-kawan maya saya. Sepanjang menjadi temporarily house wife, di rumah raudhatul ukhuwah inilah saya merangkak bangkit....Mempunyai kawan-kawan maya yang sering memberi sokongan positif dan perkongsian pengalaman yang menarik.

Semua itu sumber inspirasi saya..InsyaAllah, bak kata Kak werdah, Bangkit kembali. Bak kata Maiyah, perjalanku masih panjang. Ye perjalanan kita masih panjang.

TENTANG HOSTING

Selain itu, saya merasa sedih...

rumah maya saya myraudhatulukhuwah yang berasaskan wordpress self hosting tak dapat lagi saya masuk. Namun syukurlah saya sempat back up.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan2 yang sudi bertandang ke sana. Walaupun kewujudannya seketika, namun tidak saya duga dengan adanya dirinya, maka website utama yang berasaskan joomla terganggu. Website yang bagaikan pusat sehenti orang ramai untuk bertanyakan produk halal muslim yang ada di website itu untuntuk mereka dapatkan di tempat mereka..Sedangkan Owner website itu cuma pengedar produk sahaja. Begitulah kepentingan dunia IT kepada pemilik produk IKS

Sedangkan website utama itu wujud sejak 2006/2007 namun sejak akhir 2009 sahaja ia mulai dikenali sedikit di search engine...Terima kasih atas sokongan kawan2.

Terima kasih juga kepada penyedia hosting yang sangat 'mesra alam' itu. Terima kasih juga atas kesudiannya terus menghilangkan terus website yang teramat simple itu.

Sesungguhnya budi bahasa budaya kita, tidak sahaja sewaktu di alam persekolahan.

Semoga hosting itu bersedia menyontohi sikap hosting serverfreak yang bagi saya sangat membantu saya yang masih newbie dalam ber hosting ini. Kredit kepada bloggers Denai Hati, klik sini yang telah membuatkan saya tertarik untuk berurusan dengan Serverfreak.

LAYAN GAMBAR

Jom layan gambar-gambar pemnadangan sepanjang perjalanan kami Dari Bandar Temerloh  ke Bandar Jengka Pusat . Kadang kala melalui hiway LPT Temrloh-Chenor, kadang kala melalui Pekan Kerdau - Kuala Krau- Rumpun Makmur.

anak-anak sewal selepas subuh dah dimasukkan ke dalam kereta. Kedinginan subuh yang hening. Ketika mentari memnculkan dirinya. Puncak gunung. Kehijauan pepohon. Percikan cahaya ke atas air sungai...Subhanallah, lukisan alam yang amat mahal harganya.Dengan masing2 bawa bantal busuk, tidurlah mereka sepanjang perjalanan nak ke B.P.J.Perjalanan selama sejam itu bagai tidak terasa; andai tiada lori balak dan lori buah sawit yang juga sibuk pada awal subuh...

Di Bandar Temerloh, Jalan utama. Area TJ


Di Hiway Temerloh exit Chenor




Waktu matahari hampir terbenam ketika kami pulang, di hiway LPt R&R temerloh


Ketika melintasi jambatan baru  merentasi Sungai Pahang, klik sini.



Gunung Senyum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design