Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Friday, November 25, 2011

Hijrah, Mari Kita Hayati Bersama

Hijrah, Mari Kita Hayati  Bersama


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam maal hijrah 1433. Semoga kehadiran 1 Muharam 1433 akan membawa kita ke arah lebih baik dalam segala aspek kehidupan diri dan masyarakat seluruhnya bagi mewujudkan manusia yang terbaik.

Perkataan 'hijrah' adalah daripada perkataan Bahasa Arab. Ia bermaksud berpisah atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain, atau dalam konteks yang lain hijrah juga boleh dikaitkan dengan perubahan sikap atau tingkah laku.

Dalam hal ini Allah SWT berfirman menyarankan umat Islam berhijrah ke arah iman yang lebih kukuh dan mantap dan hijrah juga sebagai satu ujian dalam hidup.

Ini kerana setiap manusia yang hidup pasti akan menerima ujian, lebih-lebih lagi orang-orang yang beriman. Semakin tinggi darjat keimanan seseorang itu, maka semakin tinggilah ujian keimanan yang akan dihadapinya.

Hijrah, Mari Kita Hayati  Bersama. Myukhuwwah memuat naik artikel daripada Utusan malaysia bertajuk,  Hijrah membina penghayatan Islam,tulisan Oleh DR. BURHANUDDIN ABDUL JALAL.

Hijrah membina penghayatan Islam

AHAD ini umat Islam seluruh dunia menyambut tahun baru hijrah 1433. Di negara kita sambutan tahun baru hijrah atau sambutan Maal Hijrah adalah salah satu kebesaran Islam rasmi peringkat negara. Tema sambutan pada tahun ini adalah 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'. 

Tarikh 1 Muharam atau sambutan tahun baru hijrah adalah perkara yang telah sedia maklum dan difahami oleh kebanyakan orang. Telah banyak perkara berkaitan dengan sejarah hijrah dan juga sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW diperbincang setiap kali sambutan Maal Hijrah.

Namun demikian tidak dinafikan juga kemungkinan kita terlepas pandang atau tidak menyedari tentang peristiwa sejarah yang berlaku itu mempunyai pengajaran dan iktibar yang amat bermakna. 

Perlu kita sedari bahawa Allah SWT tidak menjadikan sesuatu peristiwa itu dengan sia-sia bahkan ada pengajaran atau ibrah di sebalik peristiwa tersebut dengan tujuan dijadikan pengajaran dan iktibar serta panduan kepada umat yang berikutnya.

Ini seperti yang telah difirmankan oleh Allah SWT dalam yang bermaksud, Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. (Yusuf: 111)

Begitu juga dengan apa yang terjadi kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, sebagai pemimpin dan pembawa kebenaran kepada seluruh umat. 

Banyak peristiwa sejarah atau sirah yang telah berlaku kepada Nabi Muhammad. Salah satu sejarah penting dalam perjalanan Nabi Muhammad sebagai Nabi Utusan Allah untuk membimbing dan membawa jalan kebenaran kepada umat manusia ialah peristiwa hijrah dari kota Mekah ke kota Madinah. 

Peristiwa hijrah nabi dari kota Mekah ke Madinah sarat dengan perjuangan, pertentangan serta cabaran. Ketika hendak meninggalkan kota Mekah, baginda ada menyatakan, "Aku cinta padamu wahai kota Mekah, tempat aku dilahirkan, namun aku yang dapat aku katakan, aku diusir oleh penduduk kota Mekah sendiri".

Penghijrahan yang dilakukan secara diam-diam dan bersembunyi itu dilakukan agar tidak dapat diketahui dan dihidu oleh para musuh yang terdiri dari pelbagai puak dan bangsa yang mungkin boleh katakan sebagai pasukan musuh dari pelbagai pihak (multinasional).

Ini menyebabkan Nabi dan Abu Bakar terpaksa bermalam di Gua Thur sebagai tempat persinggahan yang pertama. 

Ketika di Gua Thur, Nabi SAW sempat memberi nasihat dan kata-kata rangsangan kepada sahabatnya Abu Bakar dengan kata-kata, la takhaf wa la tahzan innallaha maana (jangan takut dan jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita).

Berdasarkan peristiwa yang penuh tragis, cabaran dan penuh bermakna itu, Khalifah Umar al-Khattab memilih bulan Muharam sebagai bulan permulaan tahun Islam setelah menerima pandangan dari Ali Ibn Talib. 

Berdasarkan itu juga bulan muharam merupakan salah satu dari empat bulan (Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) yang dimuliakan dalam Islam iaitu bulan-bulan yang diharamkan berperang dan melakukan kekerasan. 

Takwim dan Tarikh Penting Dalam Bulan Islam

Senarai Takwim dan Tarikh-Tarikh Penting Dalam Bulan Islam

Untuk Takwim dan Tarikh Penting Dalam Bulan Islam, sila klik di sini.

Thursday, November 24, 2011

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun

Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera. 

Segala puji bagi Allah SWT yang menurunkan kepada para hambaNya kitab Al-Quran yang tiada padanya keraguan atau kesesatan melainkan orang-orang yang mempelajarinya tanpa berguru dengan yang hak. 

Selawat dan Salam ke atas Nabi kita dan Rasul  kita Nabi Muhammad SAW, doa yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat, juga ke atas sekelian ahli keluarga, para sahabat dan sekelian pengikut Baginda SAW sehingga ke hari pembalasan kelak.

Menjelang petang Sabtu ini sebelum berakhirnya waktu Asar, menandakan tahun Hijrah 1432 akan melabuhkan tirainya. Dengan itu tahun baru Hijrah 1433 akan muncul selepas waktu maghrib. 

Doa awal tahun adalah doa pembukaan bagi tahun hijrah.
Ianya dibaca selepas solat Maghrib 1 Muharram setiap tahun.
(Pertukaran hari berlaku apabila masuknya waktu maghrib)

DOA AWAL TAHUN

Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun.
 
Berikut adalah doa awal tahun:
 
 
 
Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.
 
Para pembaca yang dikasihi sekelian,

Doa adalah jambatan seorang hamba untuk menyampaikan keinginannya. Namun hendaknya kita tidak hanya meminta sesuatu yang hanya mencakupi urusan dunia semata, melainkan mencakupi urusan dunia dan akhirat sekaligus sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran yang maksudnya:
 
"Maka di antara manusia ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia'. dan tiadalah baginya kebahagiaan di akhirat. Dan di antara mereka ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.' Mereka itulah orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka usahakan. Dan, Allah sangat cepat perhitungan-Nya." 
 
(al- Baqarah : 200-202).

Akhir kalam, sebelum kita berhenti di sini dan bertemu lagi di lain lembaran tahun Hijrah, marilah kita sama-sama membanyakkan istighfar, bertaubat, berzikir, berselawat dan berdoa, semoga kita semua berada dalam redha Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW.

Doa Akhir Tahun, Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun




Tarikh 1 Muharam 1433, bersamaan 27 November 2011, Hari Ahad.

Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Jika tahun ini, waktu membaca doa akhir tahun 1432 Hijrah ialah pada hari Sabtu, 26 November 2011.

Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang.

Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan ampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diridhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal shaleh tersebut diterima oleh Allah Swt.

Doa Akhir Tahun.
 
Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.


Maksud Doa:
 
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Para pembaca yang dikasihi sekelian,

Akhir kalam, sebelum kita berhenti di sini dan bertemu lagi di lain lembaran tahun Hijrah, marilah kita sama-sama membanyakkan istighfar, bertaubat, berzikir, berselawat dan berdoa, semoga kita semua berada dalam redha Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW.

Wednesday, November 23, 2011

Bila Server Down Lagi, dan terima kasih followers

Bila Server Down, Apakah Perlu Berpindah Hosting?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mohon pendapat teman-teman...

Bila Server Down, blog kita pun tak dapat dilayari. Contohnya, blog wordpress saya yang di sini.

Sudah beberapa hari, blog berkenaan tidak dapat dilayari. Untuk makluman, blog itu tidak di hosting oleh serverfreak.

Kejadian ini, bukanlah sekali ini. Bahkan sebelum ini ada terjadi. Namun kali ini, ia pending, agak lama.

Geram ada juga.  Nak buat macam mana, hosting untuk blog tu, baru sahaja sahaja saya renew tak lama dulu. Mahu tak mahu, nak tak nak, kena juga bersabar sikit.

Saya cuba untuk menyediakan blog itu bagi kemudahan pelajar sekolah menengah, khususnya yang mengenali saya.  Sebab itu, artikel di blog itu, berbentuk agak akademik sedikit. 

Jadi, apabila kerap down, tentulah sukar bagi pelajar membuat rujukan. Sementelah, blog berkenaan pernah memenangi sebuah pertandingan blog pendidikan.

Yang bermain di minda....

Apabila kerap sangat server down, apakah Perlu Berpindah Hosting? Hosting terbaik di Malaysia, telah saya review. Pandangan daripada kawan-kawan realiti juga, telah diambil kira.

Namun untuk membuat satu penghijrahan hosting, banyak perkara perlu diambil kira.

Namun, tak dinafikan, kasihan ada, simpati ada, kepada hosting provider blog berkenaan, yang telah banyak membantu saya yang sangat naif dalam bidang wordpress self hosting.

Kesan apabila server down:

1)Tak boleh akses blog

  Tak boleh nak log in ke dashboard blog sendiri. Apatah lagi nak kemaskini entry terkini.

2) Kesan pada SEO


Hasil pembacaan saya di internet, banyak netters  mengatakan bahawa apabila blog kita down terlalu lama, ia boleh memberi kesan kepada ranking SEO blog kita. Perkara ini telah pun berlaku kepada blog berkenaan. Daripada pagerank ke 3 di google, pagerank blog tersebut, akhirnya jatuh tergolek dok.

Jadi seeloknya carilah pembekal hosting yang mempunyai uptime yang baik.


Sekiranya berlaku juga masalah dengan server pula, mereka akan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar yang segera. Selain itu, bagi saya, syarikat hosting tersebut perlu   mempunyai support team yang mesra pelanggan.

Oh iya, walaupun server pada syarikat berkenaan sering down, saya sangat berpuas hati, pada customer support mereka. Bila email, mereka segera maklumkan pada saya. Bila beri SMS, segera mereka balas. 

Semoga lepas ni, segera pulih masalah server mereka, sempena tahun Hijrah 1433 ni.

Tu yang membuatkan saya berfikir 2, 3 kali untuk memindahkan data yang ada pada blog tersebut.

BUKU PUAN AINON MOHD
Di sini, saya ambil kesempatan, memuatkan sedikit artikel Puan Ainon Mohd. Sebuah buku beliau,  Memulakan Bisnes Sendiri. Di dalam buku tersebut ada dinyatakan bahawa memuaskan hati pelanggan adalah prinsip penting dalam perniagaan. 

Eh, banyaknya saya membebel. Encik suami suruh saya handle blog sendiri, sediakan komputer khas untuk server dan storage sendiri, baru tau, camne susahnya bila server kena serang.

Oh taknak lah saya menambah beban. Entry ni ditulis sebab geram je napelah ada orang suka serang server salah satu server syarikat tuh?. Penulis blog yang tersepitkah saya ni? :).

OKlah. Saya berblog untuk suka-suka. jadi, kalau  blog tu asyik down je, saya malaslah nak fikir-fikir. Lagipun blog myukhuwwah ni kan ada. Dalam jarangnya saya berblog walking dan mengemaskini blog ni, disebabkan masalah kesihatan saya yang tak memebenarkan saya berlama-lama di depan komputer, rupa-rupanya, masih ada yang sudi meninggalkan komen di blog ni.

Zefa NorAsmara has left a new comment on your post "Baby Crystal Bahaya, Jangan Beli,":

Ps: selamat hari raya aidiladha buat ummu sekeluarga.. :D 

Acik Erna has left a new comment on your post "Baby Crystal Bahaya, Jangan Beli,":

assalam ummu..selamat hari raya aidiladha.

Ros has left a new comment on your post "Baby Crystal Bahaya, Jangan Beli,":

Salam,

^sue^ has left a new comment on your post "Baby Crystal Bahaya, Jangan Beli,":

Salam Singgah... mohon amik link blog ni.. n
follow.. :)kalo free.. singgah2 la blog saya yang biasa2 tu...

Terima kasih kepada semua rakan followers, yang hari ni dah bertambah 415 followers. 

Kalender Hijrah 1433, Masihi 2011/2012,

Kalender Hijrah 1433, Masihi 2011/2012,


 
Salam,
Pihak Jakim telah pun mengeluarkan Takwim Hijrah 1433 bagi tahun 2011. Jika anda ingin maklumat lebih lanjut boleh ke laman web Jakim. Takwim ini berdasarkan kepada pengiraan yang telah dilakukan secara usahasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Pejabat Almanak, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (Klik sini).

Tarikh-tarikh penting juga telah disediakan berkaitan Takwim Hijrah di tahun 2011. 



Hijrah, Sejarah Kalender Hijrah

Hijrah, Sejarah Kalender Hijrah




 Gambar; kredit di sini.

Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam.

Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.

Usaha untuk mewujudkan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah dimulakan oleh Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saiyidina Umar Al-Khattab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan daripada Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.


Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.

Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.

Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.

Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.

Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.

Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan.

Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Saturday, November 05, 2011

Baby Crystal Bahaya, Jangan Beli,

Baby Crystal Bahaya, Jangan Beli,

Salam simpati untuk keluarga si kecil ini.

Pada 25 Ogos lalu, kerajaan mengumumkan larangan penjualan bebola jeli kristal atau dikenali sebagai colour crystal ball yang digunakan secara meluas sebagai perhiasan pasu.

Ia selepas mendapati produk tersebut mampu meragut nyawa kanak-kanak kecil jika tertelan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan pengharaman itu memaklumkan, kajian makmal mendapati produk menyerupai sagu dalam ais kacang itu mampu mengembang sehingga 55 peratus dalam tempoh dua jam dalam perut manusia.


Bayi nyaris maut makan jeli kristal

SITI Aishah Yusof membelai anaknya, Ifti Ilya Farhana yang nyaris maut kerana tertelan bebola jeli kristal di HTTA, Kuantan,

KUANTAN 2 Nov. - Seorang bayi perempuan berusia 19 bulan terpaksa menjalani pembedahan selama dua jam semalam, gara-gara tertelan dua biji bebola jeli kristal di rumahnya di sini, pada 26 Oktober lalu.

iPAD RM25 Juta, Biar Betol,

iPAD RM25 Juta, Biar Betol,



Diamonds may be forver, but this iPad has been 65 million years in the making!

iPAD RM25 Juta, Biar Betol, Ya betullah ni. RM 25 Juta harga iPAD ni. Tapi apa sebabnya?

Istimewanya iPAD ni ianya bertatah tulang fosil dinosaur, emas, berlian dan sejumlah batu permata beharga 5 juta pound seunit.

Edisi ini, iPAD 2 Gold History, hanya ada 2 unit je. Macm-macam lagi lah yang ada kat iPAD tu. di penutupnya lain, bahagian depan yang dikatakan lebih menarik kerana dihiasi bat permata tertua di dunia, pada butang kekkunci pun ada permata. Demikian sedikit yang saya taip balik apakah bahan-bahan yang dikatakan istimewa, yang menjadi hiasan pada iPAD ni.

Oh ya. iPAD juga sebenarnya, menjadi kegilaan remaja masa kini. Ada juga pelajar saya yang memasang impian memiliki iPAD sendiri, dengan berniaga online. Aduh, niaga online, niagalah ya pelajar. Tapi sekolah kena datang juga tau.

Jangan sebab sibuk berniaga dengan mengepos barang-barang setiap hari, sehingga pelajaran terbai. Tu tak mau tau. Sorry, saya tegur, sebab saya sayang kamu, (ops buat mereka yang mengenali saya di alam realiti).

Salam Aidil Adha, Buat Semua Muslimin Muslimat

Salam Aidil Adha, Buat Semua Muslimin Muslimat



Assalamualaikum Dan Selamat sejahtera. Sempena kedatangan Zulhijah, Sebagai Umat Islam, lambaian Baitullah juga seakan memanggil-manggil kita.

Bagi kita yang berada di tanahair, digalakkan melakukan ibadah korban bagi yang mampu. Ada pelbagai program kurban yang boleh kita sertai, samada hendak melakukan kurban di komuniti kita, di kampung dan di kota.

Malah, ada juga yang melakukan ibadah qurban di Kemboja dan negara-negara Islam lain yang memerlukan bantuan kita. 

Bagi saya sendiri, kemeriahan Aidil Adha sangat saya rasai sewaktu tinggal di Perlis dan di Pantai Timur ini. Kuih-muih, ketupat, (ketupat daun palas), rendang dan sebagainya mesti disediakan di atas meja ruang tamu pada pagi Aidil Adha.

 Terima kasih kepada seseorang yang sudi membuatkan kad ini untuk saya.
Tidak dibenar diulang siar tanpa kredit link ke blog ini.

Di sempena kedatangan Aidil Adha ini, saya, penulis blog myukhuwwah, Bicara Hati Ibu, ingin memohon maaf atas segala salah silap saya selama saya berblogging.

Selamat Hari Raya Aidil Adha, Selamat HAri Raya Haji buat semua Muslimin dan Muslimat yang melayari blog ini, khususnya para pembaca yang setia mengikuti catatan saya.

Di kesempatan ini, saya sertakan jua kisah Ketabahan Siti Hajar, yang saya nyatakan sumbernya di akhir entry ini. Sekian, wassalam.

KISAH KETABAHAN SITI HAJAR

NABI Ibrahim dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin seorang lagi dan merestui Siti Hajar menjadi madunya.

Pada mulanya, Nabi Ibrahim keberatan kerana cintanya terhadap Siti Sarah tidak luntur. Namun, Siti Sarah berkeras dan akhirnya, Nabi Ibrahim bersetuju memperisterikan Siti Hajar.

Apabila Siti Hajar hamil, Nabi Ibrahim amat gembira dan mengharapkan Siti Sarah turut berasa gembira. Namun, berita kehamilan Siti Hajar itu membuatkan madunya cemburu.

Kian hari, rasa cemburunya kian menebal, terutama selepas kelahiran Ismail hingga Siti Sarah mendesak suaminya membawa Siti Hajar dan anaknya jauh dari tempat itu.

Nabi Ibrahim dan Siti Hajar serta anak mereka lantas menuju ke Baitul Haram.

Siti Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.

Inilah iktibar kisah daripada al-Quran yang menggambarkan seorang isteri contoh yang menjadi lambang kewanitaan sejati. Kalau wanita Islam hari ini bersemangat kental seperti Siti Hajar, tentulah mereka akan sentiasa bahagia dan tidak akan mengenakan sekatan tertentu terhadap suami.

Contoh yang ditunjukkan oleh Siti Hajar, yang sanggup menempuh pelbagai kesusahan hidup semata-mata kerana taatkan perintah Allah dan suaminya, tidak syak lagi suatu contoh cukup baik untuk diteladani.

Kisah ketabahan Siti Hajar, turut mempunyai kaitan dan falsafah penting ketika umat Islam menunaikan ibadat haji sekarang. Sebab itulah bagi jemaah yang berada di tanah suci, sama ada ketika mengerjakan umrah atau haji, mereka difardu atau dirukunkan selepas tawaf di Batitullah al-Haram, menunaikan sai iaitu berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan mengingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar itu.

Berikut adalah sebahagian kisah pengorbanan Siti Hajar.

Dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.

Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Selepas kira-kira enam bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah.

Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.

Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.

Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:

"Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?"

Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. "Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini."

Friday, November 04, 2011

Cucu Natrah Balik Kampung

Cucu Natrah Balik Kampung, 2 Cucu Natrah, Seronok  Balik Kampung 

 Gambar Natrah, sewaktu kanak-kanak, di sekolah rendah di Terengganu.

Natrah, atau nama nya, Isu Natrah, wanita berketurunan Belanda menjadi anak angkat kepada Che Aminah Mohamad dari Terengganu, pernah menjadi kontroversi apabila mahkamah memutuskan gadis itu dipulangkan kepada bapanya, sehingga mencetuskan rusuhan di Singapura pada 1950. 


Kisah tentang Natrah pernah dibukukan oleh Yang Berbahagia Datin Seri Fatini. Natrah, Cinta- Rusuhan- Air mata. Diterbitkan oleh UTM. Difahamkan, Yang Berbahagia Datin Seri Fatini, tak ambil royalti dari buku ini.
 
Ikuti ulasan seorang guru dari Jerantut, Pahang, di sini, Masih ingatkah Peristiwa Natrah? 

Dan tulisan Puan Haslina Hussin, di sini, Natrah Dalam Lipatan Sejarah.

Hari ini, diberitakan bahawa, cucu Natrah ada pergi ke Malaysia. Mereka dilaporkan gembira bertemu dengan keluarga angkat neneknya.

Sebahagian petikan berita daripada akhbar:

“Kami teruja dan gembira dapat bertemu keluarga yang pernah bersama nenek dulu. Kami banyak mengetahui kisahnya daripada ibu bapa dan internet,” kata Sasha Van Gastel, 18, cucu Natrah Maarof atau Maria Bertha Hertogh.  

Sasha, cucu sulung Natrah, bersama sepupunya, Romy Elizabeth Marian Smol, 17, dibawa dari Belanda untuk bertemu Rokayah Yusof, 65, anak saudara angkat Che Aminah, di Kampung Mak Chili Paya di sini, semalam, atas inisiatif Tourism Malaysia Terengganu dan Tourism Malaysia The Hague, sempena program ‘Building Bridges, iaitu program menggalakkan pelajar luar melancong ke negara ini.

Sasha adalah anak kepada pasangan Jan Van Gastel dan Carolien Van Gastel, manakala Romy adalah anak kepada Frans Wolkenfelt dan Carla Wolkenfelt.

Carolien anak perempuan Natrah, manakala Wolken-felt anak sulung Natrah.

Kali pertama bersua, dua gadis itu pada mulanya agak kekok, namun keramahan keluarga Rokayah melayani mereka membuatkan suasana bertukar lebih selesa hinggakan suasana hiba terbit apabila Sasha dan Romy mahu pulang selepas kira-kira empat jam bersama. 

Sasha dan Romy turut bertukar cenderamata dengan keluarga pesara guru itu dan dibawa melawat rumah lama Che Aminah di Kampung Gong Pauh, di sini.

Sasha yang saling tidak tumpah iras Natrah agak sukar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, tetapi dibantu Romy yang boleh bertutur sedikit dalam bahasa Inggeris dan mereka tidak putus-putus berbual mengenai kisah silam dengan Rokayah, yang melayan mereka sambil menunjukkan gambar dan laporan meluas media mengenai Natrah di negara ini.

“Di sana (Belanda) orang tidak ambil kisah kami cucu Natrah, tetapi apabila di sini, kami agak terkejut apabila menjadi tumpuan dan ditemubual seperti ini. Kami diberitahu mengenai perancangan membawa kami ke sini seminggu lalu dan kami sangat teruja.

Bila Blog Kita Direview Bloggers Famous,

Bila Blog Kita Direview Bloggers Famous, Terima Kasih HasrulHassan.com



Assalamualaikum dan selamat sejahtera alls. Bila Blog Kita Direview Bloggers Famous, Terima Kasih HasrulHassan.com. 

Saya ucapkan terima kasih kepada Encik Hasrul Hassan yang juga saya kenalinya dulu sebagai Bangku Kosong, di atas kesudian beliau meriview blog saya.

Sebenarnya, telah 2 kali beliau sudi mereview blog saya. Ini berikutan entry saya di sini, Segmen Bangku Kosong, Erti Persahabatan.

Reviev blog saya di Blog HasrulHassan Dot Com, Satu di sini,  Nilai Persahabatan Dari Seorang OKU

Kepada semua rakan followers, jom singgah blog beliau. Apa yang pasti, walaupun beliau telah mempunyai ramai follower,  kalau kita sertai segmen beliau, beliau tak akan lupa meriview catatan kita itu.

Thursday, November 03, 2011

Sayang, Sayang, Sayang

Sayang, Sayang, Sayang
 
Gambar Hiasan, Kasih sayang suami isteri

Sayang, Sayang, Sayang. 

Mesti best kan kalau hari-hari hidup dalam kasih sayang.

Sayang, Sayang, Sayang

Kasih sayang, dalam keluarga, fitrah insan insani.

Sayang, Sayang, sayang

Ingin saya bercerita buah kepayang

.Gambar Buah Kepayang
Gambar Buah Kepayang, Kredit Kepada AKUANAKPAHANG, di sini. Petua menghilangkan mabuk buah kepayang juga diselitkan di blog beliau.

Sebagaimana yang disebut dalam kiasan 'sayang-sayang buah kepayang, ditelan mabuk, dibuang sayang'. Buah kepayang memang memabukkan dan rasanya pahit. Bagaimanapun, jika diproses dengan cara yang betul, ia boleh menjadi makanan yang menyelerakan.

Buah kepayang, pertama kali saya temui di Pahang. Jika selama ini saya cuma mendenar pepatah Sayang Sayang Buah Kepayang. Dan tertanya-tanya, apa sebenarnya buah kepayang.

Berbalik kepada sifat buah kepayang. Jika benar begitulah, sifat buah kepayang. Memang mendalam tamsilan yang orang-orang tua Melayu dahulu bertamsil ibarat.

Kasih sayang, yang mendalam, hingga membuat rindu tak tertanggung. Bisa boleh memusnahkan hidup kita. Namun, jika diurus kasih sayang dengfan baik dan bijaksana, inshaALLAH, kasihs ayang sesama makhluk akan beroleh ketenangan dan pahala.

Apabila kasih sayang kerana Allah, bertemu tak jemu. Berpisah tak gelisah. Apabila kasih sayang kerana Allah, syariat menjadi sendi, hukum Allah dijunjungi, InshaAllah, sejahtera.

Wednesday, November 02, 2011

Masjid Itu Bukan Milik Kamu, OKU Pun Boleh Solat

Masjid Itu Bukan Milik Kamu, Masjid Itu Adalah rumah Allah, OKU pun boleh menunaikan Ibadah di sana


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Entry yang akan saya kongsikan di sini ialah berdasarkan pengalaman saya Magrib tadi. Saya tidak bertujuan mengaibkan sesiapa atas artikel ini.

Petang yang mendung itu, langit kelihatan gelap. Jarum jam sudah menunjukkan angka 6.00. Aduhai, hati serba salah. Samada mahu ke Pekan T atau tidak. Tetapi perlu pergi juga.

Saat ini, waktu kerja kami 8-5. Memandangkan hari ini, ibu balik awal sedikit, ibu mahu menyelesaikan beberpa urusan di Pekan T. Tapi terbantut dek ruang waktu tugas kami berbeza. 

Kadang kala suamiku pukul 5.30 atau 6.30 baru kunampak wajahnya, dek tugas2 nya.

Petang tadi, kami teruskan hajat ke Pekan T. Perjalanan melalaui lebuhraya LPT, dalam 40-45 minit, jika tiada lori balak atau lori-lori besar yang lain. Jika ikut jalan kampung, lebih 40 minit.

Jam 6.55 petang, kami sampai hampir ke Pekan T. Melalui beberapa kampung dan taman perumahan. Lebih kurang 6.58, azan Magrib berkumandang. Kami mencari masjid yang terdekat dengan kami. Jam sudah menunjukkan 7.02 minit malam.

Akhirnya kami terpaksa membuat pilihan. Singgah ke sebuah Masjid yang agak besar binaannya, di tepi jalan utama menghala ke Bandar. Kami tahu, masjid itu 2 tingkat. Tetapi, saya tahu, saya tiada pilihan lain. 

Selepas berwudhuk, saya menuju ke dalam masjid. Saya memang sedia maklum. Tempat solat jamaah wanita ialah di tingkat atas. Itu tidak mungkin untuk saya naik. 

Kalau saya solat di Masjid Bandar T, di pesisir sungai, saya terpaksa merangkak untuk ke tandasnya yang agak tinggi, selain lantai yang agak licin. Saya takut saya terjatuh pula. Saya tiada peneman perempuan untuk bersama-sama saya ke tandas. Yang ada anak lelaki saya. Alahai tubuhnya kecil, untuk memimpim saya. Jadi, pilihan yang terbaik, kami singgah ke masjid di tepi jalan besar sebelum sampai ke bandar.

Sewaktu saya melihat ke dalam masjid, memang tiada ruang untuk jamaah wanita di tingkat bawah. Terkebil-kebil saya di situ. Lalu saya ambil keputusan solat di atas sebuah kerusi (saya tidak boleh duduk di lantai). Kerusi itu di tepi dinding di bahagian luar sebelum masuk ke tempat jamaah lelaki.

"Eh kenapa awak solat di sini?" sergah suara garau dari sebalik pintu dihadapan saya.

"Oh, ada bilik ke kat depan ni," getus hati saya.

Dek terkejut disergah ketika saya sedang solat, saya terdiam seketika.

 Yalah, mana nak terkejut, di sebalik tempat yang gelap di satu bahagian masjid tu rupanya ada orang tinggal di situ.

"Ni tempat jamaah lelaki. Jamah wanita di atas. Cuba tengok di tangga tu," sergah pakcik itu lagi.

"Allahu Akbar, apalah masalahnya ni,"omelku.

"Pakcik, saya tak boleh naik tangga, pakcik. Saya guna ini untuk berjalan," tunjuk saya kepada alat bantu sokongan saya.

Giliran dia terkebik-kebil. Ops tapi tak setakat itu sergahannya.

"Hah sembahyanglah di dalam tu. Yang sembahyang di sini kenapa?"

"Tapi, di dalam tu kan jamaah lelaki sedang solat?"tanya saya.

"Ada. Tempat perempuan ada di dalam,"kata pakcik itu lagi.

"Di mana?" tanya saya, mata mencari jamaah wanita.

"Bawah jam,"

Saya tengok. Bawah jam? Takde pun jamaah perempuan.

"Hah, apa lagi. Pegilah sana. Ni tempat lelaki lah," kata pakcik itu, agak tinggi

Malas bergaduh, saya pergi ke tempat yang disuruh. Sebaik saya sampai, saya dikelilingi pula oleh budak-budak lelaki. Ramai amat. Terkejut saya. 

Mereka mengelilingi saya. Saya buat derk jerlah. Hati ni CUMA NAK SOLAT BUKAN NAK MINTA SEDEKAH.

Tempat yang saya solat itu,adlaah laluan orang lelaki untuk keluar masuk berwudhuk. 

Melihat anak-anak lelaki mungkin sekolah rendah mengelilingiku, ALLAH, Kau mudahkanlah urusanku. Doaku. Aku dah biasa menjadi tontonan orang.

Kalau ke pasar, pun menjadi bahan tontonan. Mujur saja, di tempat baruku, pasar yang biasa kukunjungi, pengunjung tidak memandangku seperti ALIEN.

Saya terus letakkan beg di hadapanku. Bagi memberitahu, di sini SAYA bersolat.

"Makcik, di sini, bukan tempat orang perempuan,"seorang budak lelaki agak berisi menegurku. Mungkin dalam darjah 4.

"Orang perempuan sembahyang di atas, makcik,'terang seorangkanak-kanak lelaki yang seorang lagi. Agak kurus dirinya.

"Tapi makcik tak boleh naik tangga nak, takpelah anak-anak pergilah solat depan, makcik TUMPANG SOLAT di sini ya,"kataku.

"Yalah makcik. Makcik ni mana larat nak naik atas,'ulas seorang lagi.

Mujur anak-anak itu mendengar kataku.  Dan ku meneruskan solatku.

Usai solat ku keluar terus dari situ. Sungguh. Inilah pertama kali diri ini dimarahi ketika di masjid.

Selama ini telah merata-rata masjid tempat kusinggah menumpang solat. Serata Semenanjung Malaysia, sewaktu keterbatasan upaya ini, saya buat mana yang mampu.

Saya bukan minta belas kasihan. Cukup memudahkan yang mudah. Islam itu indah. Islam itu tinggi. Islam itu datang memberi rahmat kepada seluruh alam. Islam itu mudah.

Moral of the story; 

Hari ini hari orang lain
Hari esok kita tidak tahu
...bagaimana keadaan kita....









Tuesday, November 01, 2011

Andai Cinta Terhalang,

Andai Cinta Terhalang, 



Andai Cinta Terhalang, Perlukah bermuram Durja? Rasanya tak perlu. Dan tak wajar.

Ceriakan wajah dengan senyuman dan bahasa yang indah. Kadang kala body language kita membuatkan orang di sekeliling tersalah tafsir. Atau merasa sukar untuk mentafsirkan kita, adakah dengan bermasam muka dek terhalangnya cinta,  dapat menyelesaikan masalah?

Tidak, bukan?

Jika kita serabut dek hal-hal yang menghantui cinta kita yang terhalang, maka mulakanlah langkah awal dengan hati tabah. Tabah itu tidak hanya apabila berinteraksi dengan ALLAH SWT, Sang Pencipta Kita, bahkan jua hubungan kita sesama manusia.

Khususnya insan di sekeliling kita. Ibu bapa, usahlah disakiti hati mereka. Kaum keluarga dan sahabat handai kita.

Hati menangis, biarlah Allah yang tahu. Kita simpan dalam-dalam. jauh-jauh. 

Di hadapan insan lain, layanilah dan santunilah insan-insan yang menyantuni kita.

Usah kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Ketika satu cinta terhalang, kita masih punya cinta insan-insan yang sudi menyantuni kita. Ops dah bebel banyak pula saya ni.

Tip di bawah sekadar perkongsian Myukhuwwah. Jika rakan bloggers ada pandangan lain, silakanlah tambahkan ye. Jangan malau-malu. Ngee.:)

10 Tip di bawah, tip apabila menghadapi masalah. Kalau cinta terhalang, itu pun masalah yang boleh kita tukarkan kepada dugaan sebenarnya,kan?

Entry Jurnal Kehidupan yang mungkin ingin ditinjau:
Usah Sedih, La Tahzan, klik di sini.
Luahan Hati gadis Yang gagal dalam percintaan, klik disini
Bila Orang Bertanya, Mengapa Tak Berkahwin lagi? Klik di sini.

1. Jangan panik

Saat tertimpa suatu masalah, langkah pertama yang harus kita ambil adalah jangan panik. Kepanikan hanya akan menambah masalah daripada menyelesaikan masalah. Maka latih diri dan keluarga untuk tenang dan tidak panik menghadapi situasi segawat apapun.

2. Jangan emosional

Jangan terpancing untuk marah dan bertindak emosional ketika kita dihadapkan pada suatu masalah. Marah hanya akan memuaskan nafsu, sedangkan nafsu yang tidak terkendali bukan jalan meraih kebenaran dan kemuliaan hidup. Bukan tidak boleh kita bertindak, yang tidak boleh adalah bertindak secara emosional.

3. Jangan tergesa-gesa
Tergesa-gesa itu berasal dari setan. Tindakan tergesa-gesa hanya akan menuai penyesalan. Maka kendalikan diri, jangan ingin cepat-cepat menyelesaikan suatu aktivitas tanpa perhitungan matang. Saat kita dihadapkan pada masalah yang rumit, segera petakan masalah tersebut, kumpulkan informasi secara BAL (benar, akurat, dan lengkap). Setelah informasi terkumpul baru kita membuat keputusan dan segera bertindak.

4. Jangan larut mendramatisasi
Sebagian penderitaan yang dialami adalah hasil dramatisasi pikiran kita sendiri. Akibatnya persoalan jadi tampak gawat, darurat, dan mencekam. Padahal boleh jadi setelah dijalani, masalah tersebut tidak segawat dan semencekam yang diperkirakan.

5. Jangan putus asa
Masalah akan membuat kita terpuruk dan menjadi hina, bila kita putus asa menghadapinya. Putus asa terlarang bagi seorang Muslim. Putus asa lahir dari lemahnya ilmu dan keyakinan pada Allah SWT.
Ingatlah, bersama kesulitan pasti ada kemudahan.

Kita tidak mungkin lepas dari masalah. Maka, amalkan prinsip-prinsip di atas saat masalah menimpa. Lalu terima dan hadapi masalah tersebut dengan “lapang dada”. Setelah itu jalani sebagai sebuah “proses pembelajaran,” kemudian hayati “hikmah” dibalik masalah itu, hingga akhirnya kita bisa menikmatinya sebagai “karunia” dari Allah SWT. Wallahu alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design