Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Friday, June 24, 2011

Perlukah Sebab Dalam cinta?

 Perlukah Sebab Dalam Cinta?



Pernahkah kita ditanya, sebab apa kita menyintai dan menyayangi seseorang?

Misalnya, sebab apa saya sayang dengan Cikgu Rohaida, sebagai contoh?

Oh saya sayang Cikgu Rohaida, cikgu saya sekolah menengah dulu, sebab beliaulah satu-satunya cikgu yang memarahi saya sewaktu saya tidak menyiapkan tugasan Prinsip Akaun yang diberikan beliau. Sebab kalau cikgu lain, takde yang nak marah atau tegur saya, semua asyik puji saya sehingga saya rasa lemas dalam pujian itu.

Ops itu bukan bermakna saya tak sayang cikgu cikgu saya yang lain. Cuma cikgu rohaida adalah satu-satunya cikgu yang memarahi saya, yang mana waktu tu saya rindukan ada orang nak marah saya. Hi hi. Kawan-kawan saya pun perasan saya kena marah buat kali pertama saya belajar di sekolah menengah selama 4 tahun tu.

Oklah balik pada bab cinta ini..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.

Sepasang suami isteri berjalandi tepi sebuah tasik yang indah.
Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.

Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami.

Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.
Dalam bentuk puisi dan syair lagi.
Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah!
Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu.
Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yangdisayangi.
Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkankasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkaumenunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkautersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkansetiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukansebabnya, seperti sekarang.
Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak!
Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.

Kadangkala perkara tercantikdan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Wednesday, June 22, 2011

Terima Kasih Buat Bapa-bapa

Terima Kasih Buat Bapa-bapa Dalam Hidup Saya

Bapa Mertua, bapa kandung...

Mereka insan yang tidak dinafikan sangat banyak menabur jasa dan budi kepada saya dan suami. 

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala (artinya):

"Sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua Ibu Bapa".

(An Nisa’ : 36).

Allahyarham datuk...

Allahyarham pakcik....

dan Bapa angkat yang sangat behemah, berhikmah dalam tutur katanya, akhlak dan perilakunya.

Bapa yang kadang ku panggil Sir, Cikgu atau  kupanggil BAPAK, telah pulang ke rahmatullah tahun lalu di Jeddah.

Kenapa ku katakan insan yang kupanggil bapak ini seorang yang berhikmah?

Apabila diri ini membuat salah, dia akan menegur saya.

Lemah lembut tutur bicaranya. Menerangkan kekhilafan saya dengan santun dan tidak menjatuhkan maruah saya. Setiap bicaranya mesti ada selingan Hadith Nabi SAW atau tidak pun Firman Allah.

Biar berhikmah, tetapi tegas. Apa yang dikata, itulah dirinya. 

Bapak juga tidak pernah kedekut. Bapak tidak pernah berkira dengan anak-anak muridnya yang sudah dianggap sebagai anak sendiri.

Sebagai contoh, saya waktu usia 13 tahun, ketika itu datang bertandang ke rumahnya. Saya masa itu rasa lapar sangat. Mak (isteri bapak) dah pesan kalau lapar, ambil je makanan di dapur. Mak masa itu di sekolah lagi.

Saya pun ke rumah bapak. Setelah memberi salam, bapak yang membuka pintu. Bapak terus menyuruh saya masuk ke dapur ambil apa yang saya hendak makan.

Saya dan 2 orang kawan, A.S dan D.N.F.A.F masuk ke dapur. Saya ambil roti dan sapukan keju dan bakar roti. Alhamdulillah...Kawan-kawan saya yang berdua itu pun ikut mengambil lauk mana yang ada.

Jika hari raya, saya tidak dapat pulang ke kampung halaman, terutama cuti Hari Raya Aidil Adha yang cuma 2 hari. Mak dan bapak akan memujuk saya pabila saya bersedih. Bapak akan bawa saya sekali dengan anak-anak bapak pulang beraya di kampung bapak di Kedah.

Saya dapat merasakan kasih sayang seorang bapa daipada guru saya yang saya panggil bapak itu. Kasih sayang.

Ketika saya meraih kejayaan cemerlang dalam PMR dan SPM, saya tahu, saya sedar dan saya insaf, salah seorang individu yang paling berjasa dalam hidup saya ialah Bapak...

Dan hari ini, 22 Jun 2011, selepas setahun 2 hari pemergian allahyarham, saya kuatkan semangat agar jemari ini dapat menari di blog ini dengan menaip aksara dedikasi buat allahyarham.

Alfatihah untuk Sir Yahya.

Dan ketika pelajar-pelajar saya bertanya, walau di mana saya berada, samada ketika saya mengajar di pedalaman Perak, Pahang, atau di tengah bandar raya di negeri saya, akan ada soalan yang lebih kurang begini:

"Mengapa cikgu melayan kami dengan baik?"

Dan jawapannya, sukar untuk saya luahkan.

Melainkan di minda ini, teringat akan layanan baik para guru saya yang telah pergi dahulu, khususnya insan yang dipanggil Bapak oleh anak-anaknya, Sir oleh para pelajarnya,  yang bakal saya susuli jua  nanti suatu masa  perjanjian dengan Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan semesta alam....

Catatan Hilal Asyraf, setahun yang lalu sila klik http://ms.langitilahi.com/dedikasi-sir-yahya-yang-telah-pergi/

Sunday, June 19, 2011

Terima Kasih Kawan Blog Ibu

 Terima Kasih Kawan Blog Ibu



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih buat semua rakan-rakan blog yang sudi menjenguk ke blog ibu ini meski telah beberpa hari tidak dapat mengemaskini blog ini. Jika ibu berkesempatan ibu akan cuba kemaskini setiap hari blog ini seperti dahulu. Sekarang ini, ada beberapa perkara yang perlu ibu bereskan dahulu.

Bagaimanapun blog wordpress ibu, tetap ibu kemaskini setiap hari, bagi memastikan ibu tidak ketinggalan bahan rujukan yang selalunya tersiar di akhbar arus perdana. Namun untuk blogwalking, ibu mohon maaf tidak dapat meninggalkan komen lagi.

Jemari ibu kini agak 'sukar' bergerak, mengikur CT Scan dan rumusan doktor ia berkaitan dengan cervical. Tapi tak ape, Allah masih berikan lebih banyak nikmat-nikmat lain yang lebih beharga. Alhamdulillah. 

Contohnya, kawan2 blog yang prihatin dan sudi sentiasa memberi sokongan meski pun cuma barisan bicara bisu tanpa suara dan wajah.

Bukankah kata-kata yang baik juga sedekah...

Ibu teringin nak menulis lagi bahan Motivasi di blog ibu di sini tetapi buat masa ini tidak dapat...

Oh iya, Alhamdulillah ibu telah lulus satu temuduga yang ibu hadiri yang ibu catatkan di blog ini pada 16 Mei 2011 lalu.

Terima kasih atas sokongan teman-teman.

luahfikiran has left a new comment on your post "Blog walking, update blog, Lama Berehat...":

SALAM,
SALAM BERTEMU KEMBALI DI ALAM MAYA. LF PUN LAMA TAK BERSIARAN ! 

Sitisifir10 has left a new comment on your post "Blog walking, update blog, Lama Berehat...":

Saya pun dah lama tak berkunjung ke sini...sambil2 blogwalking tu jemput ke blog saya :)  

IMANSHAH has left a new comment on your post "Blog walking, update blog, Lama Berehat...":

Salam

SEmoga sihat adanya..selamat kembli menulis 

ibuintan has left a new comment on your post "Blog walking, update blog, Lama Berehat...":

mualaikumsalam Ummu...

memang betul lamanya ummu berehat, moga Ummu sihat di sana, bila ada masa selalulah menulis berita dirimu di laman maya ini

moga ceria ye Ummu  

Kakzakie has left a new comment on your post "Blog walking, update blog, Lama Berehat...":

Assalamualaikum Ummu,

Rehatlah selagi kalau itu lebih baik. Bila senang barulah berblog dan sebagainya.

Moga Ummu diberi kesihatan yg terbaik :) 

nurkass has left a new comment on your post "Blog walking, update blog, Lama Berehat...":

salam kak ummu..
takpe..bukan senang nak dpt merehat diri..dah ada peluang, gunakan sebaiknya.:)  

werdah has left a new comment on your post "Blog walking, update blog, Lama Berehat...":

Assalamu'alaikum ummu

Semoga sentiasa beroleh ketenangan, amiin 

ainhany has left a new comment on your post "Blog walking, update blog, Lama Berehat...":

salam ummu,

muga sihat2 disamping mengutip sumber2 yang bakal dikongsikan..
semuga kembali bersiaran...

terimakasih 

Sekian terima kasih buat semua

Tuesday, June 14, 2011

Blog walking, update blog, Lama Berehat...

Lama Berehat...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Lamanya berehat dari berblog dan ber blog walking.

2 minggu lebih saya perlu berehat.

Baru petang ini berkesempatan mengemaskini blog.

Terima kasih kepada semua yang sudi bertandang ke blog ini.

sekian wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design