Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Tuesday, August 30, 2011

Kad raya, pengganti diri.

Kad raya, pengganti diri.






Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya mohon maaf, saya cuma edit kad raya aidil adha 2009 saya ini, memandangkan saya aga bergelut untuk pelbagai persiapan hari raya dan tugasan sekolah (tugasan yang dibawa balik) yang lain. maaf ya,..



assalamualaikum dan selamat sejahtera dilafazkan,
Buat semua pembaca Blog Bicara Hati Ibu,
Khusunya buat teman followers yang budiman,
seuntai kata, dititipkan
sempena Syawal dan merdeka yang menjelang.
biar mata tak pernah berpandangan
biar tangan tak pernah bersalaman
biar diri tak pernah berpapasan
biar tidak pernah bertemu di jalanan
biar pertemuan
cuma bicara tanpa suara
dan kekunci keyboard yang merapatkan
sebuah persahabatan alam maya


mohon maaf segalanya yang tak terperasan
andai tutur bicara tanpa suara
mengguris hati, mengguris perasaan
hanya kemaafan dipinta

Buat teman maya, mahupun teman di alam nyata
buat kenalan, mahupun sudara mara
buat pelajar, mahupun bekas pelajar
yang mengikuti catatan pelbagai rasa dan citra
di blog Catatan hati Ibu ini.

salam ramadhan
salam aidilfitri
salam merdeka.
salam ukhuwah

Sudilah mengambil raya e card ni ya
Sekian wassalam

Monday, August 29, 2011

Kad Raya, Daripada Rakan Blog, Terima Kasih

Kad Raya, Daripada Rakan Blog, Terima Kasih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Buat semua teman followers, saya minta maaf,kerana saya tidak berkesempatan membuat Kad Aidilfitri lagi. Saya semakin diasak dengan tugas hakiki, yang menuntut komitmen lebih tinggi, meski di ramadhan ini. Namun saya sangat berbesar hati. Menerima kad ucapan istimewa, daripada teman blog yang baik budi.

Ramadhan diinsafi,
Aidilfitri disyukuri,
Ramdhan masih berbaki;
Lailatul Qadar dicari.

Di dalam, blog dunia maya,
Mungkin pernah bertamu mata,
Mungkin jua hanya bicara tanpa suara,
Menjadi talian ukhuwah di maya pada.

Teman dan saudara Di luar blog, dunia realiti,
Selalu bersama, jalan disusuri,
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dipikuli,
Menangis dan ketawa, kita cicipi.

Andai ada Terkasar bahasa jua gerak geri;
Bicara kata menyentuh hati,
Tindakan tidak menggembirakan hati.
Tulisan dan gurauan yang tak digemari,
Saya Menyusun Sepuluh jari,
Kepada teman, kepada saudara,
Maaf zahir batin, dipohoni;
Moga suci daripada dosa.

Salam Ramadhan, yang kian berengsot pergi
Salam Aidilfitri, yang kian menggamit memori
Salam Merdeka, nikmat aman bebas disyukuri.
Salam ukhuwah, buat semua yang kerap sudi 
menjenguk blog biasa seorang ibu ini....


Daripada Nida



Daripda Kak Hanim

Friday, August 26, 2011

Ramadhan, Yang Bakal Ditinggalkan

Ramadhan, Yang Bakal Ditinggalkan



Puisi Luahan Rasa Di Akhir Ramadhan...

Allahu Allah
Ramadhan, Yang Bakal Ditinggalkan
Banyak kejadian
dalam diri hambaMu ini
berlaku dalam bulan istimewa ini

Terima Kasih, Tuhan
Transformasi dan Lonjakan saujana
Telah berlaku pada diri ini
Iaitu kerjaya diri ini

Alhamdulillhirabbila'lamin
Tuhan....

 Tuhan
Ramadhan, Yang Bakal Ditinggalkan
Doktor telah menasihiti diriku
Dan beberapa panduan
dalam menjalani ibadah puasa
Bagi orang sepertiku
Oh Tuhan
Kurindui saat kuboleh berpuasa
sepenuh puasa
sebagaimana waktu dahulu

Ramadhan yang bakal ditinggalkan

Aidilfitri yang bakal menjelang
Ada sedih
Ada gembira
Berbaur menjadi satu

Sedih di hati ini
ramadhan yang mengesot pergi
Ramadhanku ini
yang tidak seseri
..para sahabat as sabiqunal awwalun.
..siang penuh perjuangan
..malam dinihari penuh dengan ibadah kerna kecintaan
..kecintaan yang tinggi
--pada Rabbul Izati
..dan Rasul Khatamul Anbiya
..penutup segala Rasul dan Nabi


Aidilfitri mereka
Takbir penuh semangat
sedang
Aidilfiri ku
Takbir yang lesu...

Ramadhan, Yang Bakal Ditinggalkan...
Apakah dapat,ku bersua lagi Ramadhan
akan datang?

Tuhanku,
Kurindui Ramadhan
sepanjang zaman
madrasah ramadhan
tarbiyah insan
Umat Muhammad SAW.

p/s: Saya sertakan kata-kata Iman Shah di sini:

Sebelas bulan kita kejar dunia,
Kita turuti nafsu angkara.
Sebulan penuh kita berpuasa,
Kita bakar segala dosa.
Sebelas bulan kita sebar dengki dan prasangka,
Sebulan penuh kita tebar kasih sayang sesama.
Dua belas bulan kita berinteraksi penuh salah dan khilaf,
Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.
Selamat Hari Raya Idul Fitri, mohon maaf Zahir dan batin...

Imanshah, Ipoh-Tumpat, 26 Ramadhan 1432 H  http://www.abgshah.com/

Kepada kawan-kawan followers saya minta maaf tak sempat lagi membalas komen dan mengunjung blog kawan2, agak sibuk sikit, bersama mertua.

Semoga kawan-kawan selamat dalam perjalanan ke destinasi masing-masing. Kawan-kawan sekerja saya ramai yang dah kembali ke kampung halaman, ada yang mengambil cuti tahunan. Saya sahaja di sini. Bersama suami dan keluarga mertua. Wassalam.

Thursday, August 25, 2011

Cerita Kuih Raya, dan Berhati-hati Di Jalan Raya

Cerita Kuih Raya dan Berhati-hati di Jalan Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bahang Aidilfitri semakin dirasa. Di sana sini, ramai berbicara tentang persiapan hari raya. Ada yang dah bersiap sedia nak balik kampung. Mood balik kampung, oooo balik kampung.

Saya pun sudah membeli beberapa jenis kuih hari raya saya untuk mertua.

Kuih tart gulung nenas ni RM25.

Tat Nenas Gulung, 50 biji, RM25. Kawan saya, seorang suri rumah kat sini yang buat.


Kuih Coklat Rangup, 50 biji RM25. Pun kawan saya yang buat.


Tat Itik DiGi Inti Nenas , 50 biji, RM25.
Kawan saya, seorang suri rumah kat sini yang buat.


Kuih Tart Keju, Perasa Strawberri. Kuih ni antara goodies yang kami dapat semasa hadir Program Educational Blog Summit 2011 lalu di UPSI, Tanjong Malim. 
Enak dan lazat, menurut kata kawan-kawan saya. Mungkin sebab ia dibuat daripada butter. Nak kuih ni?Kat KL nun, Ina 012 219 0461

Laluan Maut Dikenalpasti, di Johor, JPJ kenal pasti 13 ‘laluan maut’

JOHOR BAHRU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengenal pasti sekurang-kurangnya 13 laluan sebagai ‘jalan maut’ di negeri ini yang perlu menjadi ingatan kepada semua pemandu untuk lebih berhati-hati ketika melaluinya, berikutan kekerapan berlaku kemalangan ngeri terutama menjelang cuti sekolah atau musim perayaan.

Antara laluan itu Jalan Ulu Tiram-Kota Tinggi; Kota Tinggi-Pengerang; Johor Bahru-Skudai; Johor Bahru-Pontian; Kota Tinggi-Mersing-Endau; Mersing-Kluang; Skudai-Kulai-Simpang Renggam; Kulai-Kota Tinggi; Pontian-Batu Pahat-Muar; Batu Pahat-Ayer Hitam; Muar-Yong Peng; Muar-Batu Pahat dan Muar-Tangkak. 
Pengarah JPJ negeri, Johari Yusof, berkata pihaknya akan meningkatkan pemantauan di semua laluan terbabit selain jalan biasa serta lebuh raya dalam usaha pencegahan kemalangan jalan raya. 
“Pemantauan ini perlu untuk memastikan keselamatan pengguna ketika pulang bercuti meraikan Aidilfitri ini sentiasa selamat dan terhindar daripada kejadian yang tidak diingini.

“Selain memberi tumpuan kepada jalan terbabit, semua anggota JPJ juga akan membuat rondaan di laluan yang mempunyai risiko berlakunya kemalangan jalan raya.

“JPJ berharap semua pengguna jalan raya dapat mematuhi peraturan lalu lintas untuk mengelakkan kemalangan jalan raya dengan meningkatkan kesabaran, lebih berhemah dan berdisiplin ketika memandu kenderaan masing-masing, " katanya di sini, semalam.

Johari berkata, kebanyakan kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu itu sendiri dan mereka perlu memastikan kenderaan masing-masing berada dalam keadaan sempurna sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung.

“Rondaan 24 jam di ‘jalan maut’ itu sudah dimulakan sejak 14 Ogos lalu, membabitkan tempoh dua minggu sebelum dan selepas Aidilfitri bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan lalu lintas.

“Pemandu kenderaan yang dikesan kesalahan lalu lintas akan disaman serta merta oleh anggota penguat kuasa JPJ yang melakukan rondaan pencegahan kemalangan serta mengambil tindakan terhadap kesalahan yang boleh menyumbangkan kepada kemalangan jalan raya, " katanya.

Katanya, Operasi Balik Kampung Aidilfitri 2011 yang dijayakan JPJ dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak 14 Ogos lalu diharap dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering berlaku akibat kecuaian pemandu.

Sehubungan itu, katanya, beliau mengingatkan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang melanggar peraturan yang ditetapkan.

Susu Ibu, Menyusui Anak Ketika Puasa...

Susu Ibu, Menyusui Anak Ketika Puasa...



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apabila membaca entry salah seorang follower blog Bicara hati Ibu ini, saya terbaca entry beliau berkaitan pengalaman beliau, menyusukan anak dan berpuasa. Saya pernah juga melalui pengalaman ini, 2 tahun lalu. Dalam keadaan bed ridden, pada masa itu dan kemudian berpuasa, Allahu Akbar, Allah sahaja yang tahu dugaannya.

 Allah S.WT telah menjadi­kan amalan penyusuan selepas kelahiran bayi sebagai satu kewajipan yang tidak harus diabaikan oleh setiap ibu. Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 233:.


Maksudnya;

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

(Al Baqarah, Juz Ke 2, Ayat 233)


       Dalam Islam, setiap ibu yang menyusukan ataupun hamil dibolehkan berbuka puasa sebagai satu bentuk keringanan yang ditawarkan. Tetapi perlu ada sebab mengapa diberikan pilihan untuk berbuka kerana ia mempengaruhi cara penggantian hari berpuasa yang ditinggalkan. Sebab itulah, setiap wanita yang menyusukan bayi ataupun hamil perlu memahami perkara- perkara yang bersangkutan dengan pengurusan berpuasa iaitu bila keharusan untuk berbuka dan kesannya dari segi qadha' dan fidyah.

         Namun, dengan kajian- kajian yang dilakukan oleh ramai penyelidik, berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan terhadap ibu- ibu yang menyusukan anak. Dengan itu, kaum ibu tidak perlu risau akan kekurangan penghasilan susu dan kesannya terhadap bayi selagi mana mereka istiqamah dalam mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat semasa di bulan Ramadhan. Kebimbangan dan kekhuatiran tidak seharusnya timbul apatah lagi berpuasa sebenarnya lebih banyak memberi kemanfaatan kepada semua berbanding kemudaratan. Kemudaratan hanya berlaku dalam kes- kes terpencil yang diharuskan dalam agama untuk berbuka puasa.

 Posisi menyusukan anak;


Baiklah. Saya tertarik nak share sedikit tip pengalaman ibu muda yang gigih ini. Jom kita baca pengalaman beliau, yang copy paste dari http://nuriezam.blogspot.com/2011/06/ganti-posedah-ganti.html
ini tips yang beliau amalkan:-

Sahur - beliau ambil 5 atau 6 biji kurma dan sesudu madu
- air milo panas/ horlick..
- nasi panas, sayur2, ikan/ayam
- amik vitamin
- air masak dlm 1 liter atau lebih

Tips pemakanan tambahan, yang membantu ibu yang menyusukan bayi ketika bulan puasa dan kekal bertenaga sepanjang hari.

 1. Minum air yang mencukupi 

Ibu yang menyusukan anak perlu minum air yang mencukupi ketika sahur atau selepas berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang menyebabkan susu ibu berkurang pada siang hari. Seeloknya minum 2 liter atau bersamaan dengan 8 gelas air sehari.

2. Bersahur

Ibu yang menyusukan perlu memastikan dirinya bersahur setiap hari. Makan seperti biasa, tetapi seeloknya kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan mengandungi banyak minyak kerana ia akan mengurangkan nutrisi makanan yang dimakan.

3. Kurangkan Minuman Bikarbonat
Walaupun ibu yang menyusukan ketika bulan puasa digalakkan minum air yang banyak tetapi dinasihatkan supaya kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat (atau tidak mengambil langsung) dan minuman berkafein seperti kopi.
4. Madu seeloknya  minum dengan menggunkan sudu plastik.
5. Ambil supplement tambahan.
Ambil supplement untuk mengisi kekurangan nutrisi dalam diet sepanjang proses berpuasa. Sebagai permulaan, pengambilan multivitamin adalah digalakkan. Pengalaman saya, saya ambil Spirulina Kels atau kalau Spirulina Cair Kel's dah habis, saya ambil Spirulina HPA kapsul.
 
Alhamdulillah, perut saya kurang pedih dan kurang cepat lapar. Susu juga bertambah banyak. Bayi juga tidur nyenyak. Pembantu saya beritahu, jika saya mengambil spirulina pada hari itu, anak saya kurang meragam sewaktu saya keluar bekerja.
 
Alhamdulillah. Anak saya, memang tidak mahu susu lembu atau susu kambing. Jadi saya dah buatkan stok dalam botol, dan anak hanya mahu minum susu botol yang ada spirulina Kel's je. Alhamdulillah, dulu masa lahir, beratnya  dalam 1 kg je. Apabila kerap mendapat susu ibu dan spirulina, tubuhnya cepat membesar dengan sihat dan tidak perlulah asyik bertemu janji dengan paediatric.

Oleh hal yang demikian, Sesungguhnya Ramadhan akan menjadi lebih bermakna jika sebagai ibu, kita tidak mengambil mudah akan hal melaksanakan puasa dan meneruskan penyusuan bayi. Seboleh yang mungkin untuk meminimumkan pilihan berbuka puasa jika tiada apa- apa masalah ketika menyusukan bayi. Secara tuntasnya, sebagai langkah proaktif bagi ibu- ibu, seharusnya mengambil peluang untuk mengkaji lebih mendalam hakikat disyariatkan penyusuan susu ibu dan tidak menjadikan Ramadhan sebagai satu halangan untuk memberhentikan penyusuan ibu mahupun mengambil langkah berbuka puasa sewenang- wenangnya untuk menyusukan bayi tanpa ada sebab yang munasabah. Yang paling penting ialah pendidikan pemakanan yang sihat harus disemai dalam setiap diri ibu yang menyusukan bayi agar dapat mengharungi bulan puasa dengan sihat dan cergas tanpa sebarang masalah.

Wednesday, August 24, 2011

Serverfreak, Web Hosting Terbaik

Serverfreak Terbaik

sila klik sini,


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berdasarkan pengalaman saya sepanjang menggunakan cuma domain je dengan Serverfreak, saya dapati, Perkhidmatan selepas jualan ServerFreak, sangat baik. Kalau kita ada masalah, hantar email je, tak sampai 12 jam, dalam paling lewat pun sejam, terus pihak Serverfreak membalas. Balasan pula bukan mesin auto yang jawab, tapi memang staff Serverfreak.

Saya rasa, kalau guna wordpress self hosting, atau joomla dan lain-lain web hosting dengan Serverfreak, pasti services nya pun sebaik itu. 

Akhirnya, entry ini saya tulis juga setelah kesukaran saya mendapat bantuan segera kepada sebuah syarikat hosting lain, (BUKAN SERVERFREAK) yang mana salah satu blog berbentuk pendidikan saya, telah tidak dapat dibuka. 

Alasan blog saya itu ditutup ialah,kerana peningkatan pelawat yang mendadak dalam sehari, paling kurang 4 ribu pengunjung telah mengganggu blog shared hosting yang lain. Pelawat naik mendadak selepas blog tersebut mendapat Johan Pertandingan Blog Pendidikan 2011.

Oklah, di sini saya link kan, Panduan Memilih Web Hosting Terbaik di http://akuislam.com/blog/review-produk/hosting-yang-amat-memuaskan-serverfreak/

Selamat berpuasa, dan selamat berbuka puasa buat semua pembaca Muslimin dan Muslimat. Selamat beribadah di Bulan Yang Mulia ini. Wassalam.

Wordless Wednesday, Kenangan Hari ICT Day 2011

wordless wednesday, Kenangan Hari ICT Day 2011

National Educational Blogging Summit

Monday, August 22, 2011

Suatu Malam Di Kuala Lumpur

Suatu Malam Di Kuala Lumpur
http://www.myukhuwwah.com/ 



Jam sudah menunjukkan 12.15 pagi. Namun Suatu Malam Di Kuala Lumpur, jalan raya 'jammed' juga. 
"Alahai,apalah agaknya yang menyebabkan jammed ni?" bebel seorang wanita, sambil tingkap kereta di sebelahnya diturunkan.

"I hate being in a traffic jammed," omel wanita tu lagi.

"Sabar. Ini kan ujian Allah juga. Mungkin di depan sana, ada accident," cetus seorang lelaki, yang sedang memandu kereta.

"Erm. Dugaan Ramadhan. Terima kasih, honey, ingatkan saya,"jawab wanita tadi.

"Eh, kan hujan kat luar tu? Nape tak tutup tingkap?"

"Erk, sejuklah air cond ni. Bila kereta tak bergerak, lagi sejuk," kata wanita itu pula.

Sebenarnya, ketika membuka jendela kereta, gegendang telinga wanita itu diterjah oleh lagu Maher Zain, InshaAllah, dari kereta putih di sebelah.

"Basah nanti. Lagi susah. Dalha tutup je tingkap tu," usul lelaki tadi, suami wanita itu.

Keadaan jammed itu berlarutan dari sebelum pukul 12 tadi. Sebaik turun dari Karak Hiway, laluan tol Pantai Timur ditinggalkan. Kemudian,  melepasi Gombak, mengambil laluan ke Ampang, kemudian tiba-tiba laluan yang agak lancar bertukar perlahan.

Namun, suatu sikap warga kota yang harus dipuji. Mereka bersikap sabar dengan tiada pun bunyi hon bertalu-talu malam itu.

Laluan yang sendat itu, diiringi hujan yang turun, kerlipan neon dan cahaya dari KLCC, melatari malam di kota besar itu. Bendera Malaysia turut dikibarkan di beberapa buah rumah pangsapuri di sebelah kiri laluan yang jammed itu. Terasa bahang Bulan Merdeka.

Akhirnya, setelah sampai ... terjawablah mengapa jammed berlaku. Rupanya ada air yang agak banyak, melimpah di tengah jalan raya.

Ada sesuatu yang menarik minda wanita itu. 

Matanya terpaku pada satu tubuh lelaki. Tanpa berpayung atau berbaju hujan. Cuma bertopi keledar. lelaki itu, tangannya memberi arahan kepada kenderaan yang lalu di situ, agar tidak melanggar limpahan air itu. lelaki itu memberi arahan kenderaan mana yang patut melalui jalan itu, satu persatu, mengikut giliran, melalui jalan yang agak sempit yang tidak digenangi air.

MashaAllah. Lelaki budiman itu, berwajah agak kecinaan, tetapi agak sawo matang, siapakah dia? Adakah dia tidak sejuk? Jam pada masa itu sudah menunjukkan 12.25 pagi? Ya, walaupun kecil apa yang dia lakukan, tapi besar peranannya dalam membantu melancarkan lalu lintas. 

Terima kasih, pakcik. Try ambil gambar dia, tapi blur sebab malam. Maklumlah hp cikai je. Siapa pun dia, terima kasih sekali lagi diucapkan.

Catatan peristiwa yang berlaku pada Jumaat,  19.8.2011

Terima Kasih Kak Mazz

Terima Kasih Kak Mazz


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua? Alhamdulillah, hari ini, kita sudah melangkaui Ramadhan 1432 Hijrah, dalam mengisi waktu fasa 10 malam terakhir. Semoga kita dapat mengisi waktu berpuasa di Ramadhan ini dnegan amal-amal soleh.

Ramadhan tahun hadapan, adakah kita dapat bertemunya? Adakah ini, ramadhan terakhir kita?

Alhamdulillah, hari ini, saya mempunyai masa yang agak senggang untuk saya sentiasa mengemaskini blog ini sampaikan ber entry-entry pula sehari.

Terima kasih myukhuwwah ucapkan kepada Kak Mazz, blog beliau di sini,
http://mazz72.blogspot.com/ kerana beliau sudi membuat sebuah entry berkaitan blog Bicara Hati Ibu, sebuah blog biasa je.

Kepada rakan-rakan, jom kita tinjau blog beliau.

Sekian, wassalam.

Bicara Cinta Buat Mu ...

Bicara Cinta Buat Mu ...di Ramadhan Ini
http://www.myukhuwwah.com/



Allahu Rabbi...
Kau Yang maha Melihat
Kau Yang Maha Penyayang
kau Yang Maha Pelindung

Allahu Rabbi, 
HambaMu datang merafak sembah,
memohon izinMu dan redhaMu ya Rabbi
di perjalanan seorang hamba yang lemah.



 Ketika saat ini 
aku telah jatuh cinta 
bersama hambaMu, Ya Robbi
daripada Kaum Adam, ciptaanMu, Ya Robbi.
di istana kasih, bersama cahaya mata
AnugerahMu yang tak pernah terlintas di minda
seorang hamba.

Allahu rabbi, Daku merafakkan sembah syukur
Kerna Kau anugerahkan dia
hadir mengangkat martabatku sebagai wanita,
Dia, yang memilihku hanya kerana Engkau Ya Tuhan Yang Maha Esa.

Allahu Rabbi, pintaku,
Jangan biarkan cinta yang mekar ini
menyebabkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat daku  lalai 
akan adanya Engkau.

Cintaku, Engkau yang selama ini bersamaku
menjagaku, tiap waktu,
menjaga diriku, penuh kehormatan MU,
......dari serangan sang kucing pada si ikan,
 Engkaulah pemihara diriku
daripada sang perosak yang tanpa pernah menghormati 
..... prinsip dan jati diri seorang Muslimah.


Ya Allahu Ya Rabbi,
Hanya Engkau yang sentiasa menemaniku..
dan hanya Engkau seorang yang benar-benar memahamiku..

...Di kala aku sakit dan sihat..
Di kala aku suka dan duka..
Di kala aku di hina
Di kala aku berada di tahap paling bawah kerjaya..
 Di kala aku sendirian di daerah asing
...dan serba baru bagiku


 Ya Allah YaRabbi
Engkau yang selama ini peyembuh diriku,
...andai ku terluka, Kau segera rawat,
Engkau yang selama ini mengubat rawan,
....memeliharaku dan mengasihiku penuh kasih
lebih mendalam kasih sayangMu 
daripada kasih sayang seorang ibu pada bayinya.

Allahu Rabbi, aku pohon padaMu
Ketika aku sedang dilamun cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar cintaku pada-Mu tetap utuh 





Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika  aku sedang berada dalam bejana cinta makhluk 

Kupohon padaMu,
jadikanlah dia, 
seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu 
seseorang yang pabila memandang ke wajahku
dan diri yang dhaif ini
jatuh cinta padaMu
seseorang yang pabila kupandang dirinya
membuatkanku semakin cinta akan diriMu
Dan membuatku semakin mengagumiMu

Allahu Rabbi
Berilah kami kesempatan
untuk lebih mendekati cinta-Mu 
di dalam lembayung rahmat dan ikhsanMu.
Di dunia dan kehidupan selepas kematian
Cinta Mu, di alam yang abadi..


Ya Allah
tukarkanlah kecintaan ku kepada hamba-hambaMu ini 
Kepada hanya semata-mata cinta keranaMu.
Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku

Anugerahkanlah aku cinta-Mu 
cintaMu dunia dan akhirat
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Amiiinnn......

Metafora Sebuah Persahabatan

Metafora  By Nice


Doa, Doa Agar Dijauhi dari Teman yang hipokrit

Ya Allah, Aku Berlindung KepadaMu
Daripada Teman yang Penipu,
Matanya memandang kepadaku
tetapi hatinya, memerintahku,
Jika dia melihat kebaikanku,
disembunyikannya
Jika dia melihat kejahatanku,
disebar-sebarkannya.




# Untuk mendengar Metafora Oleh Nice ini, sila klik butang pause pada klip video di atas.



Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana
Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naif untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi
Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….
Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri

Tajuk Nasyid : Metafora
Artis : NICE
Album : Istimewa Tiada Dua


Jawapan Itu  Hanya Pada Dirimu


Ketika layangan email mu 
memasuki kotak emailku,
Lantas minda ku 
Terlukis indah, segar di ingatan
Sebuah persahabatan
di perkebunan ilmu
seerat simpulan ukhuwah
itu lafaz janji kita

ketika sebuah fitnah melanda sahabatmu
yang jauh  dan jauh di sana
ketika sahabatmu terlantar di perbaringan
fitnah itu dilontarkan kepada sahabatmu
sedangkan dirimu tahu akan kebenaran
...tentang surat itu...
... dan mengapa surat itu..
.... dititipkan kepada si dia mu...
sedangkan dirimu tahu
sahabatmu telah beristikharah dalam soal kejodohan?
ketika datang pinangan daripada pemuda beriman lain
walau usianya baru 19 tahun ketika itu...

Ketika kotak email itu
diketuk lagi olehmu
bertanyakan apa salahmu
Persoalanku
di manakah pembelaanmu
sebagai seorang sahabat
dan jawapannya
ada pada dirimu

kerna hanya dirimu seorang
yang tahu akan kebenaran
di sebalik sekeping surat
yang jika diikutkan rasa
tidak ingin diposkan
sejauh merentas benua...


Saturday, August 20, 2011

Somalia Famine, KAMI BLOGGER PRIHATIN,

 Somalia Famine, KAMI BLOGGER PRIHATIN

Six-month-old baby named Ali lays on a table in a corridor at a local hospital in Mogadishu


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ketika kita masih mempunyai air untuk mandi, makan, minum dan laian-lain keperluan, di dunia sebelah sana, ada insan-insan yang sangat-sangat memerlukan air untuk kehidupan.


Ini adalah segmen, yang dianjurkan oleh Bro Ben, sebagai sokongan terhadap kempen TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA  anjuran ISLAMIC RELIEF MALAYSIA atau IRM .http://irmblog.org/
" RM 3 juta menjelang Syawal yg IRM perlukan utk Somalia tidak mustahil, Insya ALlah! Dermalah dlm 10 terakhir Ramadan ini. "
Donors are now able to donate online.
CLICK HERE TO DONATE ONLINE

We also require you to key in your Address in the “REMARK” space.
You can also bank-in your donations to our Maybank (5621 4270 8704) or CIMB account (1259 0000 804 058), and fax to us the bank-in receipts to our fax number (03-8948 7339) or e-mail the receipt to info@irmblog.org. 
Please specify on the receipt which appeal you would like to donate to. For a more detailed explanation, call us on 03 8948 6334. 
Buat rakan rakan blogger , jom kita sebarkan melalui segmen ini .. Untuk info lanjut sila klik http://www.benashaari.com/
Palestin, Isu yang belum selesai.
Begitu juga kepada yang ingin membantu Muslim Palestin. Boleh klik di sini.

Keinsafan Ramadhan Bersama Huffaz Palestin: Mohonlah Keampunan Allah.

Alhamdulillah, kita masih lagi berpeluang untuk menggapai rahmat dan keampunan Allah. Sudah tentu pada setiap bulan Ramadhan kita akan mencari peluang melipat-gandakan amal kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah.

Ramadhan tahun ini memberi pengalaman baru bilamana kita berkesempatan menimba ilmu dan pengisian jiwa daripada para huffaz Palestin yang dihantar khusus oleh Rabitah Ulama Palestin ke Malaysia. Suasana kehidupan, perjuangan dan pengalaman mereka yang berbeza daripada kita dapat memberi persepsi baru terhadap kehidupan ini.

Sedikit tazkirah Oleh huffaz Palestin,

Dalam satu sesi tazkirahnya, Sheikh Maher al Munajjed yang mengetuai para huffaz tersebut, pernah memberi nasihat tentang perlunya kita menggandakan taubat kepada Allah, apatah lagi dalam bulan Ramadhan ini. Allah menyeru kepada setiap kita supaya bertaubat dan jangan berputus asa andainya terlanjur dengan maksiat, kerana Dia Maha Pengampun dan Maha Menerima taubat (at-Thawwab.)

“Kita manusia tidak asing daripada maksiat. Maksiat-maksiat itu tidak sedikitpun mengganggu kehebatan Allah swt, tetapi maksiat itu sebenarnya mengganggu kita sebagai manusia,” kata beliau menjelaskan sifat Allah swt yang sentiasa mengampunkan hamba-hambaNya yang berbuat maksiat.

Hati orang mukmin sebenarnya dapat membezakan di antara kebaikan dan kejahatan, di mana seseorang itu akan merasa lapang dan gembira apabila melakukan kebaikan dan sebaliknya merasa sempit dan sedih apabila melakukan maksiat. Walaupun Allah sentiasa membuka pintu keampunan, setiap orang mukmin harus merasa parah dengan kemaksiatan dan gembira dengan kebaikan. Sila klik di sini.

Ingin Menyumbang? Anda boleh menyumbang bantuan kewangan melalui

Nama Akaun: Tabung Palestin HALUAN
BIMB: 14-023-01-003429-2
Maybank: 5644 9020 8528


Info lanjut sila klik di sini.
Atau klik  Tabung Pendidikan dan Kemanusiaan Palestin, di sini. 
Sekian, wassalam. 

Wednesday, August 17, 2011

Segmen Ben, Mengapa Wanita Curang, Pendapat Saya Ialah...

Segmen Ben, Mengapa Wanita Curang, Pendapat Saya Ialah...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua teman-teman followers Bicara Hati Ibu? Malam ini, malam Ramadhan yang ke 18. siang tadi, adalah cuti umum bagi Negeri Pahang. Alhamdulillah. dapatlah berehat seketika dan menjenguk blog Bicara Hati Ibu ini.

Saya memohon maaf, kerana blog wordpress self hosting saya mengalami masalah di servernya. Oleh sebab blog tersebut menerima kunjungan pelawat yang agak ramai sejak akhir-akhir ini, akhirnya bandwith  blog tersebut terganggu. 

Ketika meninjau blog Ben Ashaari, http://www.benashaari.com/, saya tertarik untuk menyertai salah satu segmen yang dianjurkan oleh Bro Ben.

Segmen Ben, Mengapa Wanita Curang, Pendapat Saya Ialah...

Curang. satu istillah yang menyakitkan bagi pasangan yang menjadi mangsa. Curang ibarat mimpi ngeri pada pasangan yang seorang lagi, yang begitu setia dengan cintanya. Ia sangat menyakitkan, mengecewakan dan membuatkan diri merasa teraniaya.

Dalam konteks pandangan saya kali ini, saya lebih suka mengetengahkan mengapa wanita curang, sebagai pasangan isteri atau tunang.

Pada pandangan saya, seseorang wanita itu, jika dia ialah seorang isteri, dia berlaku curang disebabkan masalah dalaman rumahtangga yang disimpan terlalu lama. Perkara pedih yang disimpan terlalu lama, akhirnya bagaikan bom jangka bila ia meletup.

Manusia bukan malaikat. Seperti curang seorang lelaki, wanita juga boleh melakukannya.Wanita dikenali dengan kesetiaan tetapi lebih berbahaya kerana mereka bijak menyimpan kecurangan mereka.

Namun, kecurangan wanita boleh juga disebabkan oleh sikap di pihak suami sendiri seperti tidak menunaikan tanggungjawab zahir dan batin. Tanggungjawab zahir, berkaitan nafkah anak-anak, nafkah isteri, bil-bil utiliti, bil-bil ansuran bulanan kereta dan rumah serta kos persekolahan anak-anak, diserahkan bulat-bulat ke bahu si isteri. Ini biasanya berlaku, apabila isteri bekerja atau pendapatan dan pangkat isteri melebihi suami. Lalu suami bersifat lepas tangan.

Ada suami yang apabila isteri dah bayar semua perbelanjaan, si suami gunakan wangnya untuk dirinya sendiri sahaja dan untuk enjoy. Belum lagi masuk nafkah batin yang diabaikan oleh suami terhadap isterinya. Sedangkan, tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin, adalah satu tanggungjawab seorang suami.

Islam mewajibkan seorang suami untuk memberikan nafkah kepada keluarganya sesuai dengan batas kemampuannya, berdasarkan dalil-dalil dari Al Qur’an, Sunnah dan ijma para ulama.

Firman Allah SWT,”

"Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka.” (QS. Ath Thalaq : 6) 

Sabda Rasulullah saw,”Berilah dia (istrimu) makan tatkala kamu makan, berilah dia pakaian tatkala kamu berpakaian..” (HR. Abu Daud)

Situasi seperi ini boleh menyebabkan hubungan suami dan isteri renggang. Hubungan suami isteri menjadi hambar. Komunikasi dua hala sudah tidak mesra. Sebagai jalan melepaskan tekanan, seorang isteri memerlukan teman bicara dan teman berbual. Tidak mustahil, si isteri akan meluahkan masalahnya kepada rakan sekerja lelaki.

Daripada situlah timbul perasaan kasihan lebih-lebih lagi kawan lelaki hingga membibitkan cinta terlaran. Kadang-kala, si isteri tadi sudah selesa dengan rakan lelaki yang telah menjadi teman tapi mesra nya di tempat kerja, walaupun tahu teman tapi mesranya itu sudah bekeluarga , beristeri dan beranak pinak. 

Selain itu, berdasarkan pengalaman saya, dalam  sesi kaunseling, wanita curang disebabkan faktor kewangan suami yang tidak stabil. Pada sesetengah situasi, sebelum berkahwin, wanita itu sudah maklum kedudukan kewangan bakal suaminya dan tahap pendidikan suami yang bukan lulusan universiti.

Dek kerana cinta yang mendalam, pasangan ini tetap mendirikan rumahtangga. Hinggalah suatu masa, apabila telah mempunyai anak, dan si isteri mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan tinggi yang dimilikinya, sedangkan suaminya baginya tidak mahu memperbaiki tahap ekonomi keluarga. 

Dirasakannya, hanya di bahunya bebanan kewangan keluarga. dalam situasi ini, situasi tiada sefahaman, tidak sekufu, tidak sependapat dan tiada lagi kasih sayang, menambahkan lagi sebab wanita untuk curang.

Selain itu, wanita curang mungkin sebagai membalas dendam terhadap kelakuan dan tindakan suaminya. Contohnya, membalas dendam disebabkan suami berkahwin lain, berpoligami tanpa pengetahuannya atau dalam pengetahuannya sekalipun, atau suami mempunyai kekasih lain.

Mari kita renungkan sebuah Hadith Nabi SAW, Sebuah kisah yang  ditunjukan di dalam sebuah hadits saat datang Zaenab istri Ibnu Mas’ud ke rumah Rasulullah saw dan meminta izin dari beliau saw. Dikatakan kepada Rasulullah saw, 

”Wahai Rasulullah saw ini Zaenab.” Beliau saw bertanya, ’Zaenab yang mana?’ Dijawab, ’istrinya Ibnu Masud.’ Beliau saw berkata, ’Ya silahkan.’ maka diizinkanlah dia untuk masuk. Dia bertanya, "Wahai Nabi Allah, pada hari ini engkau memerintahkan untuk bersedekah. Aku mempunyai perhiasan dan aku ingin sedekahkan sedang aku melihat bahwa Ibnu Masud dan anaknya lebih berhak untuk menerima sedekahku.’ Kemudian Nabi saw bersabda, ’Ibnu Mas’ud suamimu dan anak lelakimu lebih berhak untuk menerima sedekah.”

(HR. Bukhori)

Keluarga Bahagia, Impian semua.



Apapun, yang sebenarnya, sebagai wanita yang berstatus isteri, syurga seorang isteri ialah suaminya. Syurga suaminya ialah ibunya. maka, sama-samalah, isteri membantu suami, suami mebantu isteri, memperolehi syurga Ilahi.

Saya akhiri dengan pantun 2 kerat: 

Tanam lada, luas macam taman,
Tepuk dada, tanya iman.


Sekian, wassalam.


Saturday, August 13, 2011

Hujan Meteor di Malam Ini

Hujan Meteor di Malam  Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hujan Meteor di Malam  Ini.


Info lanjut sila klik di sini.Hujan Meteor di Malam Bulan Ramadhan 1432 Ini

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday, Yang berjasa padaku

Wordless Wednesday, Yang berjasa padaku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. selamat beribdah puasa dan lain-lain ibadah buat semua Muslimin dan muslimat, yang melayari blog ini.

Sekeping gambar, gambar sebuah kerusi roda, yang membawa seribu erti. Sangat bermakna buat saya.:).

Have a nice dream,  buat semua followers.

sekian, wassalam.


Saturday, August 06, 2011

Kisah Ibu, Di ramadan ini...

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadan, Untuk Semua Muslim




Alhamdulillahi rabbil a'lamin. Syukur pada Ilahi, dapat bersua kembali, ramadan kali ini.  Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana teman-teman followers semua. 

Saya mengambil kesempatan ini, memohon maaf atas segala kekasaran bahasa mahupun kata-kata sepanjang kewujudan saya di alam blog. Saya juga memohon maaf, jarang dapat menziarahi blog kawan-kawan mahupun menulis entri terbaru, yang lahir dari Bicara Hati Ibu, sebagaimana awal-awal saya berblog dahulu.

Alhamdulillah, atas sokongan rakan-rakan sekalian, samada rakan followers yang sering meninggalkan kata-kata semanagat, mahupun daripada kawan-kawan sekerja, saudara mara saya walau di mana berada, alhamdulillah, kini saya berada di fasa yang baru dalam kehidupan ini.

Semenjak tidak lagi bergelar housewife graduated, saya semakin sibuk dengan dunia saya. Sibuk bukan sebab banyak kerja,:). Tetapi disebabkan proses penyesuaian diri sebagai OKU. Tidak mudah. Menyelaraskan apa kudrat yang dipinjamkanNya, untuk menjadi ibu kepada anak-anak yang semakin membesar, syukur alhamdulillah si kecil sudah melepasi fasa penyusuan susu ibu. Alhamdulillah, saya dikurniakan Allah bantuan Allah dari pelbagai bentuk. Alhamdulillah.

Tidak mudah menyesuaikan diri sebagai OKU di tempat orang. Namun syukur Alhamdulillah, kasih sayang Allah sangat luas untuk kita. Kadang kala seseorang itu, tiada kaitan darah dengan kita, namun Allah hantar dia untuk bersahabat atau membantu kita.

Jika kita membantu orang lain, dan melihat orang itu gembira kerana masalahnya selesai, dengan sendirinya, dengan izin Allah, kita akan rasa bahagia. Bahagia itu besar nikmatnya. 

Alhamdulillah. Saya bersyukur, kerana klien saya tidak mengira keadaan fizikal saya. sebaliknya menjadikan lahiriah saya itu sebagai motivasi.

"Kalau cikgu berkerusi roda pun, boleh pergi bekerja, takkan saya, yang normal ni, nak ponteng sekolah, hanya disebabkan perceraian ibu bapa saya,"ujar seorang gadis remaja yang menemui saya.

Ada yang berazam mahu menjadi doktor, bagi membantu merawat saya suatu masa nanti. Ada anak-anak yang menumpang kasih di rumah kebajikan, menumpang kasih seorang ibu daripada saya.


Saya memohon maaf kepada teman-teman bloggers, kerana jarang dapat meninggalkan komen di blog kawan-kawan. Sejak beberapa bulan ini, jari-jari saya semakin lemah. Untuk menaip di keyboard juga, memerlukan masa, typing error pun, aduhai cukup banyak.

Saya mengucapkan selamat menyambut ramadan, kepada semua muslimin dan muslimat yang membaca blog saya ini. saya tinggalkan entry saya ini dengan 2 keping gambr ini, sebagai tatapan semua.

 Tembikai ni, sedap dan lazat. tak berapa manis. eloklah untuk orang yang tak berapa sihat. Lepas tu, buah tembikai ni buah organik, takde diracun, takde baja.

Jom berkayak. Saya tengok je diorang berkayak. :)

selamat menunaikan ibadah, selamat menunaikan tarawikh dan lain-lain ibadah. Sekian, wassalam.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design