Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Friday, January 27, 2012

Ikan, Hidup dengan Piranha

Ikan, Hidup dengan Piranha, Ikan Spesis Baru ditemui



IKAN spesies Pseudacanthicus yang hidup bersama ikan piranha. 


PARAMARIBO, Surinam - Sungai Sipaliwini di Surinam menempatkan spesies ikan baharu yang dikenali sebagai Pseudacanthicus.

Ikan itu ditemui oleh beberapa saintis yang bekerja dengan Program Penilaian Pantas Pemuliharaan Antarabangsa di sungai tersebut pada Ogos dan September 2010.

Keistimewaan ikan itu adalah kerana ia mempunyai perisai yang melindungi tulang.
Ikan itu hidup bersama dengan sejumlah ikan piranha menyebabkan ia perlu mempunyai pertahanan badan yang baik. - Reuters

Ribut Suria, Januari, 2012

Ribut Solar, Januari, 2012

Bumi berdepan ribut solar terkuat

Pesawat AS ubah laluan kerana ribut solar matahari 
 Gambar ribut Solar, atau, Ribut suria

Sedikit infi, Apa Itu Ribut Suria

Pada 21 April 2010 yang lalu NASA buat pertama kalinya telah mengeluarkan imej letusan ribut suria yang diambil pada 30 Mac 2010, oleh Solar Dynamic  Observatory (SDO), iaitu sebuah satelit terbaru yang dilancarkan bagi mengkaji dan meramalkan aktiviti yang berlaku di matahari termasuk  letusan ribut suria. 

Di dalam sidang berkenaan NASA telah menunjukkan imej letusan yang menjulang keluar jauh dari matahari iaitu kira-kira sejauh 500, 000 batu (800,000 km).

 Kedudukan bumi dalam suria di mana bumi berada pada jarak 1 A.U dari Matahari

Justeru, apa pula kaitan aktiviti yang berlaku di Matahari seperti ribut suria itu kepada bumi ? 

Bumi adalah salah satu planet di dalam lingkaran sistem suria. Setiap planet termasuklah Bumi beredar mengikut sistem peredaran masing-masing mengelilingi Matahari. 

Justeru itu, memang tidak dapat dinafikan segala aktiviti yang berlaku pada Matahari banyak mempengaruhi hubungan corak dan kegiatan persekitaran di Bumi.

Baiklah setakat ni dulu info ringkas kaitan ribut suria dan dengan bumi. Jom kita baca, berita yang dipetik dari Kosmo:

Berita pada 2012, kesan dari Ribut Solar: Pesawat AS ubah laluan kerana ribut solar matahari

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Radiasi solar daripada ribut matahari terbesar dalam tempoh sedekad bertembung dengan atmosfera Bumi kelmarin dengan menyebabkan beberapa buah pesawat sebuah syarikat penerbangan terpaksa mengubah laluan.

Bangkit Kembali

Bangkit Kembali
 
 
 
Ketika sakit hati, 
Ketika kesedihan,
Ketika kemiskinan.
Ketika kemalangan, 
Ketika kecacatan,
Ketika berada pada paling bawah kehidupan...

Itu semua adalah bentuk-bentuk pengajaran kehidupan yang sangat berharga.
Ia adalah pengalaman kita yang paling beharga.
Tidak terbayar oleh intan dan emas permata.
 
Misalnya, diri saya, daripada seorang yang normal,
aktif bergerak ke sana ke mari,
suka sukan lasak seperti memanjat gunung,
meredah hutan belantara...
dan kemudian suatu kemalangan berlaku
kemudian berkerusi roda
dan berjuang ketika hamilkan anak dalam keadaan bed ridden..

Dan...ketika itu
kekuatan sebenar
sumber kekuatan 
itu 
datangnya daripada Pemilik Segala Cinta

ALLAH SWT
Aku Cinta Allah
Jika Cinta Allah
Kita Mesti Sabar 
Dengan Ujian Tuhan Yang Maha Esa..
Meski seringkali 
kita tergugat dengan kesabaran itu...

Dengan kita memerhati dan merenung makhluk-makhluk ciptaan Allah yang bermacam-macam di alam semesta luas ini, serta memerhati kehalusan sistem Tuhan yang ada pada makhluk-makhluk tersebut dan undang-undang yang mengatur perjalanan alam ini tanpa ada kecelaruan, kesilapan dan perlanggaran sesama mereka. 
 
Semua itu menunjukkan kepada keagungan Tuhan maha pencipta (Allah) dan kekuatanNya, namun Dia tidak pernah menzalimi mana-mana makhluknya. Dia juga maha bijaksana dalam hal makhlukNya.

Dengan mempelajarinya, mengamatinya dan menganalisis semua itu, maka kita akan mampumengahrgai sebuah bentuk pengorbanan, perjuangan dan pengendalian diri dari semua hal kehidupan dan ianya adalah bukan suatu yang sia-sia.

dan hasil daripada itu, kita akan mendapatkan kejayaan, ketegaran, kedewasaan, dan kemajuan. InshaALLAH. 

Saya bersyukur di sebalik kerusi roda itu,
tersembunyi hikmah yang sangat banyak.

Ketika berkerusi roda, saya pernah memperolehi beberapa kejayaan.
Samada untuk diri dan keluarga.
Juga untuk majikan.
Dan utamanya untuk anak-anak bangsa
dan ummah sejagat.
 
Ayuh, mari kita bangkit kembali.

Thursday, January 19, 2012

Hati-hati semasa berbekam, Bekam Punca AIDS, HIV?

Bekam Punca AIDS, HIV?

Update pada Bekam Punca AIDS, HIV? Tajuk Bekam Punca AIDS, HIV? ini diambil ialah tanda soal. Ia bukan bermakna bekam menyebabkan Aids. tetapi dari aspek Bukankah bekam juga sunnah Rasulluah SAW.

 Namun di sini, saya memuat naik kajian yang dilakukan oleh ahli profesional HUSM, Ab. Aziz berkata, beliau kini mengetuai lima pakar daripada universiti tersebut yang sedang menjalankan kajian secara saintifik mengenai kebaikan berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.(Posting ini adalah dipetik daripada KOSMO Online, sebagai kemudahan pemilik blog membuat rujukan. klik disini). Laporan penuh Kosmo ada secara akhbar offline. Saya nak salin balik tak daya.

Hati-hati semasa berbekam

SEORANG peserta kajian menjalani rawatan bekam yang dilakukan oleh Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian di Kota Bharu semalam. Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail (gambar kecil)



KOTA BHARU - Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati menggunakan khidmat bekam pengamal perubatan alternatif bagi mengelak risiko penyakit berjangkit termasuk HIV dan AIDS.



Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail (gambar kecil) berkata, peralatan seperti jarum yang digunakan dalam rawatan tersebut boleh mengundang jangkitan pelbagai penyakit berbahaya.


Menurut beliau, ia berikutan peralatan yang digunakan oleh pembekam tidak diketahui tahap kebersihannya malah ada yang menggunakan jarum sama berulang kali.

"Di mana-mana sahaja ada perkhidmatan berbekam pada masa sekarang tetapi kita harus bijak memilih, kerana jarum, pisau atau cawan yang digunakan apabila terkena darah pembawa pelbagai penyakit dan jika ia digunakan semula, penyakit itu boleh tersebar kepada orang lain. 


"Saya harap pengamal perubatan alternatif ini supaya lebih bertanggungjawab dan memastikan peralatan yang digunakan benar-benar bersih supaya penyakit tidak disebarkan kepada orang lain," katanya ketika ditemui semalam.


Ab. Aziz berkata, beliau kini mengetuai lima pakar daripada universiti tersebut yang sedang menjalankan kajian secara saintifik mengenai kebaikan berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.(Posting ini adalah dipetik daripada KOSMO Online, sebagai kemudahan pemilik blog membuat rujukan. klik disini)

Semak Keputusan MUET Akhir 2011

Semak Keputusan MUET Akhir 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon MUET Akhir 2011 yang lalu, bolehlah buat semakan keputusan MUET anda. Semakan boleh dibuat sejak 12 Januari 2012 yang lalu, DI SINI.

Monday, January 16, 2012

Anak Nakal, Ujian Allah

Anak Nakal, Ujian Allah



Salam,
Moga bermanafaat...

PUNCANYA kecil saja, tetapi amuk si kecil berlarutan apabila permintaannya tidak ditunaikan. Selepas puas menangis, meronta dan menjerit, si kecil mula membaling barang yang ada di sekelilingnya.

Pujukan si ibu tidak diendahkan. Geram ‘tunjuk perasaannya’ tidak dipedulikan oleh ibu, si kecil kemudian menggigit dan menarik rambut ibunya berulang kali. Hilang sabar dengan kerenah anak, akhirnya si ibu memukul si comel.

Situasi itu mungkin pernah dialami kebanyakan ibu atau bapa. Anak kecil membuat kerenah dan ‘tidak makan pujuk’, misalnya mahukan perhiasan kaca atau benda tajam sebagai permainan, mengamuk kerana perkara remeh seperti marah dengan usikan si abang, kemahuan untuk membeli mainan mahal tidak dipenuhi atau tidak mahu makanan yang terhidang tetapi minta makanan yang tiada.

Berdepan anak yang banyak kerenah kadangkala membuatkan ibu bapa kurang sabar.

Apapun, kerenah anak adalah ujian Allah. Ia menguji kesabaran dan keimanan manusia kepada Allah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 28 bermaksud: ”Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak kamu adalah cubaan hidup dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar.”

Panel pendakwah dan pendidik, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata Allah sengaja menguji keimanan kita untuk melihat sama ada kita semakin bersyukur apabila dikurniakan zuriat atau semakin jauh daripada-Nya.

Segala ujian itu tidak terlepas daripada dua perkara, iaitu sebagai penghapus dosa atau peningkatan darjat.

“Apapun sebab kita diuji dengan kerenah anak, Allah bukan bertujuan menyeksa kehidupan kita, tetapi ini tanda kasih sayang-Nya. Sebelum ibu bapa memilih kaedah paling sesuai mendidik atau mengajar anak, mereka perlu pastikan tiga perkara iaitu mengenal pasti jenis kenakalannya, tahap nakal serta membezakan kesilapan dan kesalahan anak.

“Ibu bapa perlu faham jenis atau kategori kenakalan anak kerana pemahaman perkara ini penting supaya mereka dapat menangani masalah anak dengan betul dan berkesan.

“Selain itu, tahap kenakalan anak berbeza mengikut peringkat umur, jantina, kecerdasan akal fikiran, pengaruh rakan dan persekitaran, didikan, suasana keluarga dan taraf ekonomi sesebuah keluarga. Yang pasti, kenakalan anak yang usianya lebih besar adalah lebih serius berbanding anak kecil.

“Anak tidak sepatutnya dihukum kerana melakukan kesilapan, tetapi memadai dengan dinasihati supaya dia lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Contoh kesilapan ialah anak tidak sengaja memecahkan tingkap ketika bermain bola, manakala kesalahan pula adalah perbuatan yang tidak betul dan disengajakan. Ia terbahagi dua iaitu kesalahan besar dan kecil,” katanya.

Wan Akashah berkata, kesalahan besar ialah yang jelas melanggar syariat atau undang-undang dan boleh mendatangkan mudarat kepada dirinya dan orang lain. Contohnya anak sengaja bercakap bohong, tidak solat atau memukul rakan.

Kesalahan kecil pula biasanya tidak jelas melanggar syariat dan tidak membahayakan, tetapi mungkin melanggar peraturan manusia. Contohnya suka menconteng dinding atau tidak mahu buat kerja sekolah.

Sebagai manusia biasa, ada kalanya kerenah anak membuatkan ibu bapa hilang sabar. Selain asuhan baik, doa adalah kaedah penting yang mesti diamalkan ibu bapa dalam mendidik anak.

“Ada doa di dalam al-Quran untuk melembutkan hati anak supaya dengar cakap dan mudah mengerjakan solat. Antara doa yang perlu diamalkan ialah surah Toha ayat 1-5, surah al-Syura ayat 19 dan surah al-Hasyri ayat 21. Doa ini boleh diamalkan dengan meniup pada ubun rambut anak atau ditiup ke dalam air,” katanya.

Menurutnya, antara pendekatan lain yang boleh diambil dalam menangani kerenah anak ialah:

- Bersikap adil dalam semua perkara.

- Konsisten dalam tindakan menangani masalah.

- Jalin hubungan baik dengan anak.

- Jadikan diri sendiri sebagai contoh.

- Berlembut walaupun tegas.

- Tunjukkan kemesraan dan kasih sayang.

- Tunjukkan penghargaan pada anak.

- Jangan bezakan kasih sayang terhadapnya.

- Sesuaikan tindakan dengan watak.

- Kurangkan pengaruh negatif.

- Tunjukkan minat mendalam dalam menangani masalahnya.

- Beri peluang untuk anak meluahkan perasaannya.

- Adakan usrah keluarga.

- Jangan mengungkit kelemahannya.

- Dapatkan kerjasama keluarga.

Bagi masalah anak yang banyak menangis dan memberontak apabila kehendaknya tidak dipenuhi, ibu bapa perlu mengajar serta melatih anak menahan emosi. Ibu bapa perlu cipta suasana yang dapat menjauhkan anak daripada emosional seperti menangis.

Amaran atau gertakan seperti jika menangis lagi, permintaannya tidak dipenuhi boleh dikatakan kepada anak terbabit. Misalnya: “Jangan menangis lagi. Kalau menangis lagi, ibu tak mahu penuhi permintaan Haikal.”

Menurutnya, apabila berdepan kerenah anak nakal, antara kebiasaan ibu bapa ialah memukulnya sama ada menggunakan rotan, tangan atau tali pinggang sebagai hukuman.

“Tidak dinafikan cara itu sangat memberi kesan terhadap anak. Apapun, perlu diingat, memukul anak lebih banyak memberi kesan negatif jika salah caranya. Anak yang besar atau remaja tidak sesuai dihukum cara itu kerana menimbulkan emosi buruk, berdendam, trauma atau membentuk peribadi kasar,” kata Wan Akashah.

Menurutnya, terlalu kerap memukul juga membuatkan anak menjadi lali dan sakit dipukul tidak lagi memberi erti kepadanya. Anak hanya berkelakuan baik sementara di depan ibu bapa kerana tidak mahu dipukul tetapi apabila di luar pengawasan ibu bapa, mereka menjadi lebih liar.

Katanya, memukul anak nakal mesti kena caranya. Pada zaman dulu, rotan digunakan untuk mengajar anak iaitu selepas amaran tidak diendahkan, anak itu dirotan. Selepas dirotan, anak itu dinasihati supaya tak mengulangi kesilapan.

Oleh; insanfakir

Sunday, January 15, 2012

Maksiat Batin


Salam,

Mari kita kenali Maksiat Batin atau lebih mudah faham maksiat di dalam hati agar mudah untuk kita jauhi.

Wahai pencinta akhirat ....
Sesungguhnya maksiat yang batin itu adalah semua perangai yang jahat serta sifat-sifat tercela. Sesungguhnya sifat-sifat itu amat banyak dan yang disebut oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya arba'in fi usulludin ada sepuluh iaitu :
  1. sangat gemar kepada banyak makan
  2. sangat gemar kepada membanyakkan perkataan
  3. marah
  4. hasad /dengki
  5. bakhil dan kasih kepada harta
  6. kasih kepada kemegahan
  7. kasih kepada dunia
  8. takbur
  9. 'ujub
  10. riya'
Dan wajib bagi mereka yang mukallaf dan akil baligh yang berkehendakkan kebaikan di akhirat menyucikan hati mereka daripada sifat-sifat tercela tersebut berdasarkan maksud firman Allah:
"sesungguhnya telah mendapat kejayaan bagi mereka yang menyucikan hati mereka daripada sifat tercela itu."

sumber : Hidayatus Salikin

Saturday, January 14, 2012

Mana satu, jenis Kasut Anda?

Kasut Pembunuh, Ramai wanita pilih ‘kasut pembunuh’



MUNGKIN anda perasan, tumit kasut wanita sekarang semakin tinggi. Memang nampak cantik apabila digayakan tetapi sedarkah anda banyak kasut tumit tinggi terutama yang halus dan runcing boleh memberi kesan buruk bukan saja pada kaki tetapi keseluruhan badan?

Tidak hairan jika ada pakar penjagaan kaki atau podiatris menggelar kasut tumit tinggi ini sebagai ‘kasut pembunuh’ kerana ia boleh menyebabkan banyak masalah daripada buku lali tergeliat sehinggalah kesakitan kronik.


Masalah:

Sama ada tumit tinggi atau separa tinggi, ia boleh menyebabkan kesakitan pada belakang tumit. Material kasut yang keras akan menekan bahagian tulang kaki sehingga boleh membuatkan kaki melecet, bengkak, sakit atau tendon Achilles (iaitu keadaan di mana tendon pada otot di bawah betis, di pergelangan kaki akan alami kecederaan). Bentuk kaki juga akan berubah sedikit di mana tulang pada kaki akan tertonjol keluar.


Kasut yang tumitnya terlalu tinggi akan memaksa semua tekanan (beban badan) tertumpu pada bola kaki. Bola kaki ini ialah bahagian kaki paling lebar di bawah ibu jari. Walaupun saiznya kecil, tetapi di sinilah pertemuan beberapa tulang dan tekanan yang keterlaluan boleh menyebabkan tulang dan saraf di kawasan ini mengalami keradangan.

Bahkan tekanan yang terlalu banyak juga boleh membuatkan tulang mengalami keretakan halus dan mengakibatkan kesakitan. Selain itu, semua kasut tumit tinggi boleh menyebabkan risiko pergelangan kaki terseliuh.

Penyelesaian: Carilah kasut dengan tumit lebih rendah. Ia dapat mengelakkan anda daripada berhadapan dengan risiko mengalami masalah yang disenarai di atas, tetapi pada masa sama, masih boleh bergaya. Pakar podiatris menyarankan memilih kasut yang tumitnya tidak lebih daripada dua inci (lima sentimeter) - itu pun tidak dipakai selalu.

Kasut tumit halus

Masalah: Walaupun semua kasut tumit tinggi boleh me�nyebabkan masalah, kasut yang lebih berbahaya ialah bertumit halus. Ini kerana semua berat badan akan tertumpu pada satu pusat saja. Orang yang memakai kasut tumit halus perlu berjalan lebih perlahan dan berhati-hati kerana risiko untuk terseliuh atau jatuh sentiasa menunggu, apatah lagi jika lantai agak licin.

Penyelesaian: Jika masih mahu memakai kasut tumit tinggi, carilah tumit yang tebal supaya berat badan diagihkan lebih sekata pada tumit. Ini membuatkan kaki lebih stabil berbanding memakai kasut tumit halus. Pun begitu, tekanan masih dirasai pada bola kaki, tetapi pemakaian kasut tumit tebal akan mengurangkan risiko jatuh.

Kasut tapak rata

Masalah: Siapa kata kasut tapak rata ini ‘mesra’ pada kaki? Berdasarkan perbandingan yang dijalankan Jurucakap Persatuan Perubatan Podiatrik Amerika, Hillary Brenner, kasut tapak rata ini tidak memberikan sebarang sokongan kepada kaki. Ia menghalang kaki daripada berfungsi sepenuhnya dan boleh menyebabkan masalah lutut, pinggul dan pinggang. Kekurangan atau ketiadaan sokongan pada tapak kaki dikaitkan dengan kesakitan yang dipanggil plantar fasciitis (keradangan pada tisu tapak kaki dan membuatkan tumit sakit ketika berjalan).

Penyelesaian: Jika suka memakai kasut tapak rata, beli pelapik kasut yang boleh memberi sokongan kepada kaki, sekali gus memberi kusyen pada tumit. Pelapik ini terutama yang dibuat khas untuk kaki akan mengurangkan semua masalah dan kesakitan kaki. Sokongan pada lengkungan tapak kaki akan mengurangkan tekanan pada bahagian kaki yang sensitif.




Selipar

Masalah: Ia tidak menawarkan perlindungan pada kaki dan kaki anda terdedah kepada kecederaan. Mereka yang ada kencing manis tidak digalakkan memakai selipar untuk mengelakkan sebarang kecederaan.
Ingat, pada
pesakit kencing manis, luka yang kecil pun boleh mendatangkan kemudaratan kerana kaki mereka sudah tidak sensitif dan mungkin tidak sedar luka menjadi semakin teruk.

Apa yang lebih membimbangkan, luka yang tidak dirawat dengan rapi boleh menyebabkan gangren (tisu mati) sehingga membawa kepada pemotongan kaki (amputasi).

Selipar juga seperti kasut tapak rata, ia tidak memberi sokongan kepada kaki.

Penyelesaian: Carilah selipar sporty yang memberi lebih banyak sokongan pada kaki. Tapak selipar yang lebih tebal akan melindungi kaki daripada berasa sakit terpijak batu. Lebih baik jika selipar itu direka mengikut lengkungan tapak kaki.

Kasut tebal dan baji

Masalah: Kasut tebal dan baji biasanya mempunyai lantai yang keras dan ia menghilangkan biomekanik ketika berjalan. Ini akan membuatkan kaki cuba membengkok dalam cara tertentu, tetapi tidak berjaya kerana kasut yang keras. Jika tumitnya jauh lebih tinggi daripada bahagian ibu jari, maka tulang jari kaki akan berasa banyak tekanan.

 Penyelesaian: Beli kasut tebal atau baji yang lebih rendah. Walaupun ia masih tidak disarankan, kasut ini tidak memberikan banyak tekanan berbanding kasut bertumit tinggi. Kalau masih mahu memakainya, selang selikan dengan kasut jenis lain, bukan dipakai setiap hari.

Kasut runcing di depan

Masalah: Ia mungkin nampak bergaya, tetapi kasut runcing di depan ini akan menghimpit keseluruhan bahagian depan kaki. Selepas satu tempoh, ia akan menyebabkan kesakitan saraf, bunion (ada benjolan sakit di bawah ibu jari dan menyebabkan jari bengkok), melecet dan jari kaki bertindan serta senget. Kasut runcing di depan adalah faktor paling biasa yang menyebabkan masalah bunion pada wanita.

Selain itu jari kaki akan nampak cacat kerana ia dipaksa berhimpit antara satu sama lain. Apabila kecacatan berlaku, ia tidak boleh dikembalikan kepada keadaan asal kecuali melalui pembedahan.

Penyelesaian: Cari kasut yang mempunyai rekaan lebar di depan. Jika masih mahukan kasut yang runcing di depan, pilih kasut yang bahagian runcing ini melepasi jari.

Hidup Adalah Perjuangan

Hidup Adalah Perjuangan



Ada sebuah kisah yang patut menjadi renungan kita bersama bagaimana kita meniti hidup dan perjuangannya. 


Pada suatu ketika seseorang menemui kepompong seekor kupu-kupu. Suatu hari lubang kecil muncul. Dia duduk mengamati dalam beberapa jam calon kupu-kupu itu. Sang kupu-kupu, ketika ia berjuang dengan memaksa dirinya melewati lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti membuat kemajuan. 

Hidup Adalah Perjuangan

Kelihatannya dia telah berusaha semampunya dan dia tidak dapet pergi lebih jauh lagi. Akhirnya orang tersebut memutuskan untuk membantunya. 

Dia mengambil sebuah gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu. Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Gembira hati orang tersebut karena telah melepaskan kesulitan yang dideritai oleh kupu-kupu itu. 

Namun, kupu-kupu tadi mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya mengkerut. Orang tersebut terus mengamatinya karena dia berharap bahwa, pada suatu saat, sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menopang tubuhnya, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu.

Kenyataannya, kupu-kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap yang tidak berkembang elok. Dia tidak pernah bierjaya terbang. 

Orang yang memotong halangan sang kupu=kupu,  tidak mengerti dari kebaikan dan ketergesaan orang tersebut sebenarnya telah membawa keburukan.

Hakikatnya,  bahwa kepompong yang menghambat dan perjuangan yang dibutuhkan kupu-kupu untuk melewati lubang kecil adalah jalan Tuhan untuk memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sedemikian sehingga dia akan siap terbang begitu dia memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.


Dari kisah tersebut kalau kita renungi kadang-kadang yang namanya perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa hambatan dan perjuangan, itu mungkin justru akan melumpuhkan kita.

Kita mungkin tidak sekuat yang semestinya yang dibutuhkan untuk menopang cita-cita dan harapan yang kita mintakan. Kita mungkin tidak akan pernah dapat “Terbang“. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan maha Penyayang.


Ada ungkapan bijak lainnya dari pujangga terdahulu,


Kita memohon Kekuatan…
Dan Tuhan memberi kita kesulitan-kesulitan untuk membuat kita tegar.

Kita memohon kebijakan…
Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan Hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana.
Kita memohon kemakmuran…
Dan Tuhan memberi kita Otak dan Tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya dalam mencapai kemakmuran.
Kita memohon Keteguhan Hati…
Dan Tuhan memberi Bencana dan Bahaya untuk diatasi.
Kita memohon Cinta…
Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.
Kita Memohon kemurahan/kebaikan hati…
Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.


Begitulah cara Tuhan membimbing Kita. 

Apakah jika saya tidak memperoleh yang saya inginkan, berarti bahwa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan? Kadang-kala Tuhan tidak memberikan yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak mengerti mengenal, bahkan tidak mau menerima rencana Tuhan, padahal justru itulah yang terbaik untuk kita.

Tetaplah berjuang…berusaha…dan berserah diri…
Jika itu yang terbaik maka pasti Tuhan akan memberikannya untuk kita.


Bersyukurlah karena kamu belum memiliki segala sesuatu yang kamu inginkan,
seandainya sudah, apalagi yang harus diinginkan.
Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu,
karena itu memberimu kesempatan untuk belajar.
Bersyukurlah untuk masa-masa sulit,
karena di masa itulah kamu tumbuh.
Bersyukurlah untuk keterbatasanmu,
karena itu memberimu kesempatan untuk berkembang.
Bersyukurlah untuk setiap tantangan baru,
karena itu akan membangun kekuatan dan karaktermu.


Hidup adalah perjuangan, di sanalah kita juga butuh pengorbanan.

CUTI SEKOLAH TAHUN 2012

CUTI SEKOLAH TAHUN 2012




Kumpulan A: Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu

Cuti Pertengahan Penggal 1 : 09.03.2012 – 17.03.2012 (9 Hari)

Cuti Pertengahan Tahun : 25.05.2012 – 09.6.2012 (16 Hari)

Cuti Pertengahan Penggal 2 : 17.8.2012 – 25.8.2012 (9 hari)

Cuti Akhir Tahun : 09.11.2012 – 31.12.2012 (53 Hari)



Kumpulan B : Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya


 Cuti Pertengahan Penggal 1 : 10.03.2012 – 18.03.2012 (9 Hari)

Cuti Pertengahan Tahun : 26.05.2012 – 10.6.2012 (16 Hari)

Cuti Pertengahan Penggal 2 : 18.8.2012 – 26.8.2012 (9 hari)

Cuti Akhir Tahun : 10.11.2012 – 01.01.2013 (53 Hari)

Cuti Umum Pahang 2012

Cuti Umum Pahang 2012

Hari kelepasan am Pahang 2012

Klik di sini


Kalender Cuti Umum 2012

Kalender Cuti Umum 2012


Kalender cuti umum 2012
1/1/2012  – TAHUN BARU 2012

23/1/2012 – 24/1/2011  – TAHUN BARU CINA

5/2/2012  – MAULIDURRASUL
7/2/2012  – THAIPUSAM

1/5/2012  – HARI BURUH
17/5/2012  – HARI WESAK
2/6/2012  – HARI KEPUTERAAN YDPA
17/6/2012  – ISRAK MIKRAJ
21/7/2012  – AWAL RAMADHAN
6/8/2012  – NUZUL AL-QURAN
19/8/2012 – 20/8/2012  – HARI RAYA PUASA
31/8/2012 – HARI MERDEKA
16/9/2012 – HARI MALAYSIA
26/10/2012  – HARI RAYA HAJI
11/11/2012  – DEEPAVALI
15/11/2012 -  AWAL MUHARAM
25/12/2012  – HARI KRISMAS


CUTI UMUM MUNGKIN AKAN ADA PERUBAHAN MENGIKUT PERUBAHAN MASING-MASING.

List of Malaysia national and states holidays year 2012
Below is list of Malaysia 2012 public holidays.

New Year’s Day
New Year 2012
Sunday, 1 January 2012
All states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
Birthday of Yang DiPertuan Besar of Negeri Sembilan
Saturday, 14 July 2012
Only in Negeri Sembilan
Birthday of the Sultan of Kedah
Sunday, 15 January 2012
Only in Kedah
Chinese New Year
Chinese New Year 2012
Monday, 23 January 2012
National
Chinese New Year 2nd Day
Tuesday, 24 January 2012
All states except Kelantan & Terengganu
Federal Territory Day
Wednesday, 1 February 2012
Only in Federal Territory of Kuala Lumpur & Labuan
Mawlid al-Nabi/Prophet Muhammad’s Birthday/Maulidur Rasul
Sunday, 5 February 2012
National
Thaipusam
Tuesday, 7 February 2012
Only in Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor
Anniversary of Installation of the Sultan of Terengganu
Sunday, 4 March 2012
Only in Terengganu
Birthday of The Sultan of Kelantan
Friday, 30 March 2012
Only in Kelantan
Good Friday
Good Friday 2012
Friday, 6 April 2012
Only in Sabah & Sarawak
Declaration of Malaka as Historical City
Sunday, 15 April 2012
Only in Melaka
Birthday of The Sultan of Perak
Thursday, 19 April 2012
Only in Perak
Labour Day
Tuesday, 1 May 2012
National
Hari Hol Negeri Pahang
Monday, 7 May 2012
Only in Pahang
Wesak Day / Vesak Day / Birth of Buddha
Wesak Day 2012
Saturday, 5 May 2012
National
Birthday of The Raja of Perlis
Thursday, 17 May 2012
Only in Perlis
Kaamatan Harvest Festival
Wednesday, 30 May 2012
Thursday, 31 May 2012
Only in Federal Territory of Labuan & Sabah
Gawai Dayak Festival
Friday, 1 June 2012
Saturday, 2 June 2012
Only in Sarawak
Birthday of S.P.B. Yang di-Pertuan Agong – H M The King
Saturday, 2 June 2012
National
Israk & Mikraj / Isra Miraj
Sunday, 17 June 2012
Only in Kedah, Negeri Sembilan & Perlis
Georgetown Heritage Day
Saturday, 7 July 2012
Only in Penang
Birthday of Yang DiPertua Negeri of Penang
Saturday, 7 July 2012
Only in Penang
Birthday of The Sultan of Terengganu
Friday, 20 July 2012
Only in Terengganu
Awal Ramadan (Start of Ramadan fasting month / bulan puasa)
Saturday, 21 July 2012
Only in Johor, Kedah & Melaka
Nuzul Al-Quran
Monday, 6 August 2012
Only in Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu
Aidil Fitri / Hari Raya Puasa / End of Ramadan
Eid / Hari Raya Aidil Fitri 2012
Sunday, 19 August 2012
Monday, 20 August 2012
National
Malaysia National Day/Independence Day/Merdeka Day
Friday, 31 August 2012
National
Birthday of Yang di-Pertua of Sarawak
Sunday, 9 September 2012
Only in Sarawak
Malaysia Day
Sunday, 16 September 2012
National
Birthday of Yang di-Pertua of Sabah
Sunday, 16 September 2012
Only in Sabah
Birthday of Yang di-Pertua of Melaka
Saturday, 14 October 2012
Only in Melaka
Birthday of The Sultan of Pahang
Wednesday, 24 October 2012
Only in Pahang
Hari Raya Haji/Qurban/Aidil Adha
Friday, 26 October 2012
National
Hari Raya Haji (Qurban) 2nd Day
Saturday, 27 October 2012
Only in Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu
Deepavali / Hari Diwali / Festival of Lights
Diwali 2012
Tuesday, 13 November 2012
All states except Sarawak
Awal Muharram / Islamic New Year / Ma’al Hijrah
Thursday, 15 November 2012
National
Birthday of The Sultan of Johor
Thursday, 22 November 2012
Only in Johor
Birthday of The Sultan of Selangor
Tuesday, 11 December 2012
Only in Selangor
Christmas Day
Christmas 2012
Tuesday, 25 December 2012
National
Cuti Sekolah Malaysia 2012
10 March – 18 March Mid-Term Holiday
26 May – 10 June Mid-Year Holiday
18 – 26 August Mid-Term Holiday
10 November – 2 January 2013 Year End Holiday
 

Thursday, January 12, 2012

Bila Web Blog Hilang dari data centre

Bila Web Blog Hilang dari data centre

Bila Web Blog Hilang dari data centre, semua data-data dalam blog wordpress self hosting Jurnal kehidupan saya telah tak dapat didselamatlkan lagi. Server nya telah diserang. Ia  disewa dari salah satu penyedia web hosting ..

Dan untuk membangunkan semula Blog Jurnal Kehidupan di raudhatulukhuwah.com, saya serahkan kepada individu lain, memandangkan tahap kesihatan saya tidak mengizinkan saya berlama-lama di hadapan komputer bagi mencari data yang telah hilang.

Apa yang dimaklumkan oleh Baitulbytes, server rayyan telah diserang.  Oleh itu, data di blog Jurnal kehidupan di raudhatulukhuwah tidak dapat diselamatkan. Sedih sebab syarikat hosting tersebut tak dapat nak back up data pelanggannya, disebabkan oleh virus yang menyerang server mereka, dikatakan sangat 'power'.

Itulah kisah tragedi blog saya sebelum Hijrah 1434 menjelang.

Kemungkinan kebanyakan data dalam blog itu tinggal kenangan.

Wednesday, January 11, 2012

Sepi Itu Indah

Sepi Itu Indah
......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design