Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Saturday, March 31, 2012

Lembu Berkaki 6 Hidup Sihat

Lembu Berkaki 6 Hidup Sihat


ANAK lembu berkaki enam, Lilli di Weissenburg, Switzerland kelmarin.


GENEVA - Seekor anak lembu betina berkaki enam menyangkal ramalan doktor haiwan bahawa ia tidak akan dapat hidup lama.

Lilli yang kini berusia tujuh minggu menjadi selebriti di Switzerland selepas media tempatan menyiarkan gambar ia bermain-main di padang Petani, Andreas Knutti dari Weissenburg yang terletak 30 kilometer ke selatan ibu kota Switzerland.

 Bern memberitahu, dia tidak sampai hati untuk menghapuskan anak lembu peliharaannya kerana ia bersemangat untuk hidup.

Dia memberitahu akhbar tempatan, Blick kelmarin bahawa kecacatan tulang belakang menyebabkan Lilly tidak dapat mengeluarkan susu seperti lembu susu lain.

Namun, kata Knutti, jika anak lembu itu kekal sihat, ia akan dibenarkan menyertai lembu-lembu lain di padang ragut pergunungan Alpine pada musim panas ini. - AGENSI

Banjir Kilat di Klang, 10 Sekolah Ditutup

Banjir Kilat Klang, 10 Sekolah Ditutup

 Klang dilanda banjir kilat lagi


 Pelajar Sekolah Menengah Teknik Klang mengharungi banjir

 Beberapa orang guru menyelamatkan buku-buku yang ditengelami banjir di bilik guru Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah Klang, semalam. - UTUSAN MALAYSIA / SAHARUDDIN ABDULLAH

Semoga semangat ketabahan untuk saudara seagama dan juga rakan lain yang dilanda musibah banjir kilat ini, khususnya di Klang. Memang letih asyik mengemas bila banjir kilat surut. Saya pernah lalui keadaan ini. Bimbang bila hujan turun, segera selamatkan buku-buku pelajar dan dokumen penting. 

Namun pasti semua itu ada hikmah dan iktibar untuk manusia fikir dan renungkan.


10 sekolah ditutup di Klang berikutan banjir kilat

 KLANG: Sepuluh sekolah ditutup hari ini selepas banjir kilat melanda beberapa kawasan di Klang, kata Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mat Yunus.

Beliau berkata sekolah berkenaan membatalkan sesi pagi persekolahan manakala beberapa sekolah lain terpaksa ditutup sepanjang hari ini.

"Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah adalah salah sebuah sekolah yang perlu ditutup sepanjang hari kerana kedudukan air separas lutut," katanya apabila dihubungi hari ini. 

Ditanya adakah sekolah berkenaan akan mengadakan kelas tambahan pada hujung minggu, beliau berkata itu bergantung kepada keputusan Kementerian Pelajaran.

Antara sekolah yang terjejas ialah SMK La Salle, SRK Simpang Lima, Sekolah Teknik Batu Ujong dan Sekolah Tinggi Hin Hua.

Sementara itu, banjir di Kampung Raja Tun Uda, Kampung Delek dan Sungai Udang sudah beransur reda. - BERNAMA

Gempa bumi lemah di Mersing Johor

Gempa bumi lemah di Mersing Johor

Peta Jalan Raya di Mersing Johor

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi berukuran 3.2 skala Richter melanda Mersing, Johor, 9.43 malam semalam (29/3/2012).

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata gempa itu berpusat di 16 kilometer timur laut dari Mersing.

Gegaran kecil mungkin dirasai di sekitar kawasan itu, kata kenyataan itu. — BERNAMA(30/3/2012)

Thursday, March 22, 2012

Asiah Ratu Syahadah, Isteri Beriman Suami Derhaka,

Asiah Ratu Syahadah, Isteri Beriman Suami Derhaka,



Rasuluallah s.a.w bersabda:
"Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita , mereka itu
ialah Asiah Binti Muzahim (iateri firaun) , Maryam binti imran (
bonda isa) , Khadijah binti Khuwalid ( isteri rasuluallah) dan
Fatimah Binti Mohamad ( puteri kesayangan rasuluallah )

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap
mempertahankan keimananya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung
bersama suaminya ,Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

"Wahai Firaun, kau boleh seksa zahir aku, sedangkan batin aku tidak.
Engkau boleh potong badan aku, iman aku tidak."

Ucapan penuh bernilai dari Asiah tatkala menerima siksaan dari Firaun
yang dilaknat...

Ketabahan Asiah memelihara syahadah mentauhidkan Allah SWT telah
diabadikan di dalam Al-Quran Al-Karim. Firman Allah SWT :

"Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang² yang
beriman, ketika ia berkata : "Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah
rumah di sisi-Mu dalam Syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan
perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim." (At-
Tahrim : 11)

Begitulah keteguhan iman seorang srikandi Ummah. Namanya terus
terpahat di dalam sirah, sebagai qudwah hasanah kepada kita sebagai
umat-Nya. Keberaniannya menjaga aqidahnya seharusnya dicontohi oleh
kita semua, khususnya kepada kaum wanita dan umumnya buat kita
semua...

Semoga kita dikurniakan ketabahan hati seteguh Asiah, mujahidah
sejati...amin. .. 


Ratu Syahadah

Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina

Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang

Ya Allah…Ya Allah…

Senilagu: Putra Aiman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Senikata : Pahrol Md. Juoi (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Sumber http://www.hijjaz.com.my

Saturday, March 17, 2012

Ciri Istimewa Specs iPAD 3

Ciri Specs iPAD 3 yang best


Tepat satu tahun lima hari setelah iPad 2 dilancarkan, Apple kembali menggegar pesta besar di Yerba Buena Center for the Arts, San Francisco.

 Hanya ada agenda tunggal dalam acara yang dimulai tepat pukul 6 petang, Rabu waktu setempat itu: pelancaran generasi terbaru tablet Apple. Namanya iPad.

Pengeluar gadget terkenal Apple Ipad. kini telah mengeluarkan tablet terbaru mereka iaitu Apple ipad3 dan mulai di pasarkan ke seluruh dunia mulai 7 Mac 2011 lepas atau pada jam 0200 8 Mac waktu Malaysia.

 Tahun lalu Apple berhasil menjual 172 juta iPhone, iPad, dan iPod. Ada 315 juta perangkat yang menggunakan sistem operasi Apple, iOS. Per Januari tahun ini, Apple berhasil menjual 55 juta iPad di seluruh dunia.

Kunci kejayaan Apple adalah selalu berusaha menyuguhkan teknologi terbaik bagi para pengguna iPad, tak terkecuali untuk The New iPad ini. 




Sebelum  The New iPad ini dilancarkan, para pencinta gadget di seluruh dunia memang tak sabar menanti kehadiran iPad generasi ketiga ini di pasaran. Menurut data survei yang dilakukan oleh  Experian Hitwise, satu dari 2.000 pencarian di Internet berkaitan dengan iPad 3 dalam sebulan terakhir.

Kini iPad generasi ketiga telah dilancarkan. Dengan beberapa penambah baikan, termasuk kecepatan prosesor, grafik, dan display berdefinisi tinggi, Apple pantas tetap optimistis menguasai pasaran  pasar tablet komputer.


 Ciri-ciri istimewa PAda iPAD3 ini:

Di gabungkan dengan teknologi terkini menjadikan Ipad3 memiliki kualiti yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan keluaran terdahulu iaitu ipad2.

Bos Apple Tim Cook menyebutnya “The New iPad”. Banyak yang berpendapat iPad HD lebih best.

1)Menurut DigitImes, iPad3 ini akan didatangkan dalam 2 versi iaitu 16GB dan 32GB.

iPad3 mempunyai ciri-ciri 3G, 4G atau Wi-Fi, lebih laju dari prestasi iPad2 dengan penambahan RAM

2)  iPad3 juga dilengkapi dengan kamera HD di bahagian depan. Fungsi  kamera 5 megapiksel pada The New iPAD, iPAD 3 ini, mampu merakam video definisi tinggi, 1.080p. Tablet ini berjalan di jaringan 4G LTE yang jauh lebih laju.



3) Saiz; Memiliki saiz 9.7 inci.

4) Full HD. Specs iPAD 3 inilah yang bagi saya ia istimewa.  Dengan resolusi quadruples setara paparan skrin Retina Display: 2.048 x 1.536. 

5) Ada juga prosesor dual-core yang diberi kode A5X, specs perintah suara, dan yang paling fenomenal adalah display layar 2.048 x 1.536. Tertinggi ketika ini.

6) iPad3 menggunakan pemprosesan Quad-core A6. Ini akan membuat iPad3 lebih berkuasa sebagai mana desktop high-end. iPad3 didatangkan dengan IOS 5 terbaru, yang akan menjadi tuan rumah isyarat teknologi touch skrin.


Mungkin teman-teman pembaca ada makluman lain berkaitan keistimewaan ipad3 ini, silakan catat ye.

Apabila iPad 3 jadi rebutan

Apabila iPad 3 jadi rebutan


SEJUMLAH orang berbaris semasa menunggu untuk membeli iPad di Sydney, Australia semalam.



LONDON - Peminat kembali membanjiri kedai-kedai komputer Apple di Asia dan Eropah semalam bagi mendapatkan versi terbaharu komputer tablet syarikat berkenaan, iPad 3.

Peminat gajet berbaris panjang bagi mendapatkan komputer tablet terbaharu itu di Britain, Perancis, Jepun, Hong Kong dan Singapura,.

Wednesday, March 14, 2012

Aku Rindu Sayang Kamu

Aku Rindu Sayang Kamu



Aku Rindu Sayang Kamu

"Ya Allah, semoga kerinduanku ini mendekatkan diriku kepadaMu.  Meningkatkan keimananku dan ketaqwaan ku.  Sesungguhnya, aku adalah hambaMu yang sangat lemah. "

"Ya Allah...
Jangan jadikan kerinduan ini satu kelalaian,
Jangan jadikan kerinduan ini satu kealpaan,
Jangan jadikan kerinduan ini...
Meragut kerinduan utama padaMu dan ar-Rasul."



Ya Allah,
Jadikan pertemuan,
perpisahan
kami sekeluarga ini
sebagai satu ibadah kepadaMu
sebagai tanda cinta kepadaMu Ya Allah dan RasulMU

Ya Allah
kupohon belas ehsanMu
kupohon agar cintaMu dan cinta rasulMu
melimpah ruah kepada diriku, anak-anakku, suamiku dan keluargaku

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: 

“Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.”

 Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.”

 (HR Tirmidzi 3412).

Sungguh perpisahan ini, bonda rasakan ia juga adalah salah satu ujian buat bonda dan anak-anak bonda. Saat bonda terlantar di perbaringan, anak-anak bonda masih kecil lagi. Masih bayi.

Namun kini, anak-anak bonda sudah pandai menguruskan diri. Adik dah tak pakai pampers,kan sayang. Kita perlu belajar berpisah seketika, sayang. Kita perlu belajar erti sabar dalam menanggung rindu.

 Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri seperti kematian, kebakaran, banjir dan sakit..


i. Setiap orang Islam hendaklah sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T. Perintah tersebut hendaklah dikerjakan dengan sepenuh kesabaran, keikhlasan, tekun dan berkekalan.

ii. Sabar menahan daripada berbuat maksiat ialah berjaya menentang segala godaan yang tidak baik terhadap dirinya. Kesabaran yang lahir ini adalah kesan daripada kepercayaan dan keyakinan serta azam yang kuat untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.

iii. Setiap orang mukmin hendaklah sabar terhadap segala kejadian yang tidak baik yang berlaku pada dirinya sama ada harta, pangkat, kedudukan, keluarga atau sebagainya.

Buat suami, dan anak-anak cahaya mata bonda, bonda titipkan Kisah Seerah Sahabat Nabi Muhammad SAW, 'Ukasyah. Sungguh Cinta ‘Ukasyah Membawa ke Syurga.

Cinta ‘Ukasyah Membawa ke Syurga



Masjid penuh sesak dengan kaum Muhajirin dan Ansar. Semua berkumpul setelah Bilal memanggil mereka dengan suara azan. Ada tarikan cinta di sana, kekasih yang baru saja sembuh, yang membuat semua sahabat tidak mahu melepaskan kesempatan ini untuk bertemu dengan kekasih Allah swt.
Setelah mengimami solat, nabi berdiri dengan segak di atas mimbar. Suaranya basah, menyampaikankan kata-kata puji dan kesyukuran kepada Allah yang Maha Pengasih. Suasana menjadi sunyi sepi, mulut para sahabat tertutup rapat, semua menajamkan pendengaran menuntaskan kerinduan pada suara Nabi. Semua menyiapkan hati, untuk disentuh serangkai hikmah. Selanjutnya Nabi bertanya.
“Duhai sahabat, kalian tahu umurku tidak akan lagi panjang, Siapakah di antara kalian yang pernah merasa teraniaya oleh si lemah ini, bangkitlah sekarang untuk mengambil kisas, jangan kau tunggu hingga kiamat menjelang, kerana sekarang itu lebih baik”.
Semua yang hadir terdiam, semua mata menatap penuh pada Nabi yang terlihat lemah. Tidak akan pernah ada dalam benak mereka perilaku Nabi yang terlihat janggal. Apapun yang dilakukan Nabi, selalu saja indah. Segala hal yang diperintahkannya, selalu membuihkan bening sari pati cinta. Tidak akan rela sampai bilapun, ada yang menyentuhnya meski hanya secuil jari kaki. Apapun akan digadaikan untuk membela Al-Musthafa.
Melihat semua yang terdiam, nabi mengulangi lagi ucapannya, kali ini suaranya terdengar lebih keras. Kelihatan para sahabat masih duduk dengan tenang. Hingga ucapan yang ketiga kali, seorang lelaki berdiri menuju Nabi. Dialah ‘Ukasyah Ibnu Muhsin.
“Ya Rasul Allah, Dulu aku pernah bersamamu di perang Badar. Untaku dan untamu berdampingan, dan aku pun menghampirimu agar dapat menciummu, duhai kekasih Allah, Saat itu engkau menghambatkan cambuk kepada untamu agar dapat berjalan lebih cepat, namun sesungguhnya engkau pukulanmu mengenai lambung samping ku” ucap ‘Ukasyah.
Mendengar ini Nabi pun menyuruh Bilal mengambil cambuk di rumah puteri kesayangannya, Fatimah. Kelihatan rasa keengganan menyelubungi Bilal, langkahnya terayun begitu berat, ingin sekali ia menolak perintah tersebut. Ia tidak ingin, cambuk yang dibawanya melecut tubuh kekasih yang baru saja sembuh. Namun ia juga tidak mahu mengecewakan Rasulullah. Sekembalinya Bilal, cambuk diserahkannya kepada Rasul mulia. Dengan cepat cambuk berpindah ke tangan ‘Ukasyah. Masjid seketika mendengung seperti sarang lebah.
Lantas melompatlah dua tokoh mulia dari barisan hadapan. Yang pertama berwajah sendu, janggutnya basah oleh air mata yang menderas sejak dari tadi, dia lah Abu Bakar. Dan yang kedua, tokoh pemberani, yang ditakuti para musuhnya di medan pertempuran, Nabi menyapanya sebagai Umar Ibn Khattab. Gementar mereka berkata:
“Hai ‘Ukasyah, pukullah kami berdua, sesuka yang engkau mahu. Pilihlah bahagian manapun yang paling kau ingin, kisaslah kami, jangan sekali-kali engkau pukul Rasul”
“Duduklah kalian sahabatku, Allah telah mengetahui kedudukan kalian”, Nabi memberi perintah secara tegas. Ke dua sahabat itu lemah longlai, langkahnya surut menuju tempat mereka semula. Mereka pandangi  ‘Ukasyah dengan pandangan memohon. ‘Ukasyah tidak berganjak sedikitpun.
Melihat Umar dan Abu Bakar duduk kembali, Ali bin Abi Thalib tidak tinggal diam. Berdirilah ia di depan ‘Ukasyah dengan berani.
“Hai hamba Allah, inilah aku yang masih hidup siap menggantikan kisas Rasul, inilah punggungku, ayunkan tanganmu sebanyak apapun, deralah aku”
“Allah Swt sesungguhnya tahu kedudukan dan niat mu duhai Ali, duduklah kembali” ungkap Nabi.
“Hai ‘Ukasyah, engkau tahu, kami adalah cucu Rasulullah, kami darah dagingnya, bukankah ketika engkau mencambuk kami, itu ertinya mengkisas Rasul juga”, kini yang tampil di depan U’kasyah adalah Hasan dan Husain. Tetapi sama seperti sebelumnya Nabi menegur mereka. “Duhai penyejuk mata, aku tahu kecintaan kalian kepadaku. Duduklah”.
Masjid kembali ditelan senyap. Ramai jantung yang berdegup kian cepat. Tidak terhitung yang menahan nafas. ‘Ukasyah tetap dengan pendirian menghadap Nabi. Kini tidak ada lagi yang berdiri ingin menghalangi ‘Ukasyah mengambil kisas. “Wahai ‘Ukasyah, jika kau tetap berhasrat mengambil kisas, inilah Ragaku,” Nabi selangkah maju mendekatinya.
“Ya Rasul Allah, saat Engkau mencambukku, tidak ada sehelai kainpun yang menghalangi pukulan cambuk itu”. Tanpa berbicara, Nabi langsung melepaskan ghamisnya yang telah memudar. Dan tersingkaplah tubuh suci Rasulullah. Seketika pekik takbir menggema, semua yang hadir menangis pedih.
Melihat tegap badan manusia yang di maksum itu, ‘Ukasyah langsung menanggalkan cambuk dan berhambur ke tubuh Nabi. Sepenuh cinta direngkuhnya Nabi, sepuas keinginannya ia ciumi punggung Nabi begitu mesra. Gumpalan kerinduan yang mengkristal kepada beliau, dia tumpahkan saat itu. ‘Ukasyah menangis gembira, ‘Ukasyah bertasbih memuji Allah, ‘Ukasyah berteriak haru, gementar bibirnya berucap sendu, “Tebusanmu, jiwaku ya Rasul Allah, siapakah yang sampai hati mengkisas manusia indah sepertimu. Aku hanya berharap tubuhku melekat dengan tubuhmu hingga Allah dengan keistimewaan ini menjagaku dari sentuhan api neraka”.
Dengan tersenyum, Nabi berkata: “Ketahuilah duhai manusia, sesiapa yang ingin melihat penduduk syurga, maka lihatlah lelaki ini”. ‘Ukasyah langsung tersungkur dan bersujud memuji Allah. Sedangkan yang lain berebut mencium ‘Ukasyah. Pekikan takbir menggema kembali. “Duhai, ‘Ukasyah berbahagialah engkau telah dijamin Nabi sedemikian pasti, bergembiralah engkau, kerana kelak engkau menjadi salah seorang yang menemani Rasul di syurga”.
Beruntunglah Engkau Ukasyah, Pencinta Kekasih Allah….
Ya Rasulullah Kami juga ingin mencium tangan dan pipimu dengan penuh kerinduan..
 Terima kasih buat Mawaddah Sabarudin, di sini, atas kisah Ukasyah.

Rindu

Rindu



Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu

Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan

Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya

Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia

Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi

Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya

Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

Artist: Hijjaz
Song Category: Nasyid 

Kerajaan Pahang naikkan bantuan bulanan OKU kepada RM300

Kerajaan Pahang naikkan bantuan bulanan OKU kepada RM300


 

Terima kasih  kepada Kerajaan Pahang di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob

13/03/2012 3:59pm

TEMERLOH 13 Mac – Kerajaan Pahang bersetuju menaikkan bantuan bulanan kepada 4,000 orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar di negeri ini daripada RM70 kepada RM300 bermula 1 Januari lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, keputusan itu bagi meringankan beban perbelanjaan yang terpaksa ditanggung golongan tersebut berikutan kadar perbelanjaan semasa yang semakin meningkat.

"Bantuan bulanan sebanyak RM70 sebelum ini dilihat tidak mencukupi dengan keadaan harga barangan keperluan yang semakin meningkat dan kita harap pertambahan ini dapat mengurangkan bebanan dan tanggungan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sambutan OKU Peringkat Negeri Pahang yang dihadiri lebih 2,000 OKU di Dewan Tun Abdul Razak Temerloh, di sini hari ini.

Katanya, OKU terbabit dijangka menerima bantuan tersebut bermula April atau Mei ini bersama dengan jumlah tunggakan sejak Januari. – BERNAMA

Budak Hilang Dibunuh Kejam Angkara Dendam

Budak Hilang Dibunuh Kejam Angkara Dendam


 Salam takziah dan salam ketabahan untuk keluarga Allahyarhamah Nurul Nadirah Abdullah, 5,  atau Dirang. Al Fatihah untuk Nurul Nadirah Abdullah.

Salam tahniah untuk pasukan Polis yang menangani kes ini. Juga ucapan penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang membantu polis dalam kes ini.

Polis tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak berkenaan. Mungkinkah Peribahasa Melayu,"Kerana Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar?"

Pengajaran daripada kes ini, sebagai ibu bapa, ingat pesanan  pihak polis yang mengingatkan ibu bapa untuk mengawasi anak mereka terutama yang masih kecil pada setiap masa dan tidak meninggalkan mereka tanpa pengawasan.

Motif dendam

Imam mati ketika masjid dibakar

Imam mati ketika masjid dibakar

BRUSSELS, Belgium - Sebuah masjid dekat sini yang dibakar dengan sengaja telah mengakibatkan seorang imam mati, kata pihak berkuasa kelmarin.

Jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Brussels, Jean-Marc Meilleur berkata, seorang lelaki telah ditangkap.
Menurutnya, lelaki yang yang ditangkap itu merupakan seorang Muslim yang dilahirkan pada tahun 1978.
Beliau berkata, lelaki berkenaan yang bersenjatakan pisau dan kapak turut menyimbah bahan bakar dipercayai sebagai petrol.

Selamat Pengantin baru, Datuk Malek Noor

Selamat Pengantin Baru, Datuk Malek Noor

Selamat pengantin baru untuk bekas jaguh bina badan negara, Datuk Abdul Malek Noor,  56, yang selamat diijabkabulkan dengan dan isteri, Pakar Runding Kanak-kanak, Dr Wan Asma Wan Ismail, 52
Semoga pasangan mempelai bahagia hingga akhir hayat. 


Gambar Datuk Malek Noor dan isterinya, Wan Asma bergambar bersama anak-anak selepas majlis pernikahan mereka di Pusat Dagangan Kelantan, Kota Bharu kelmarin.


KOTA BHARU 13 Mac 2012: MENTERI Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama isteri hadir pada majlis persandingan Datuk Malek Noor,56, dan pasangannya Dr. Wan Asma Wan Ismail,52, di Hotel Renaissance Kota Bharu. - Utusan/ROSNI MASRI



Malek Noor kini bergelar suami

KOTA BHARU – Bekas juara bina badan Asia dan pemegang gelaran Mr. Universe sebanyak dua kali, Datuk Malek Noor, 56, selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Dr. Wan Asma Wan Ismail, 52, semalam.

Majlis akad nikah secara sederhana pada pukul 11 pagi itu diadakan di penthouse milik Wan Asma di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini. Ia dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Malek sah menjadi suami Wan Asma dengan sekali lafaz ketika dinikahkan oleh bapa Wan Asma, Wan Ismail Wan Ahmad, 86.

Pasangan itu mengenakan persalinan sedondon berwarna putih gading dan membawa lima dulang hantaran berbalas tujuh serta senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin.

Farah Asyikin Bertudung, Hijrah Seorang Artis

Farah Asyikin Zulkifli, Hijrah Seorang Artis


Tertarik dengan luahan kata personaliti ini,

"“Kalau dulu kami selalu menonton wayang bersama, kini tidak lagi. Andai kata dia berasa kekok untuk berkawan dengan saya, saya rela lepaskan dia pergi. Saya perlu berkorban demi mempertahankan sebuah prinsip.

“Soal jodoh bukan hak saya, Allah yang tetapkan. Selepas bercerai, saya tidak begitu memikirkan mengenai perkahwinan tetapi selepas penghijrahan, saya teringin untuk berkahwin lagi kerana saya mahukan teman hidup dan anak yang boleh mendoakan saya selepas saya tiada lagi di dunia ini."

Semoga Allah berikan kekuatan untuk Artis Farah Asyikin harungi kehidupan dengan imej barunya itu.... Ikuti artikel lanjut beliau.


Dapat tawaran jadi tutor

SEMUA yang ada di langit dan bumi berada dalam ketentuan Allah s.w.t dan siapakah kita untuk menolak ketetapannya. Bagi penyanyi Farah Asyikin Zulkifli, 33, dia juga pernah terfikir untuk bertudung selepas dipertemukan jodoh semula, itu pun jika si suami memintanya melakukan perubahan.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka sama sekali kegelisahan hatinya pada suatu petang hampir sebulan lalu petanda yang Allah memberinya petunjuk untuk menjadi Muslimah yang lebih baik.

Bagi menenangkan hati yang tidak tenteram, sebaik saja tiba di rumah selepas menghadiri majlis pertunangan rakan karibnya, Farhan AF, dia terus mengambil wuduk menunaikan solat Maghrib.

“Saya tak tahu kenapa hati saya cemas dan tidak keruan. Selepas selesai solat, saya hubungi pembantu peribadi saya beritahu padanya jangan terkejut jika berlaku sebarang perubahan pada diri saya selepas malam ini. Hujan pula tiba-tiba turun dengan lebatnya dengan kilat sabung menyabung.



Nurul Nadirah Dibunuh pada hari Hilang

Dirang dibunuh pada hari hilang, Angkara dendam, Budak Kecil Dibunuh

 Apalah dosa anak kecil ini..Sebahagian laporan daripada akhbar Kosmo,

Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.





Milnah (baju putih) bersama ahli keluarga sedih melihat lubang tempat mayat Dirang (gambar kecil) dibakar di Nusa Damai, Masai, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.

Satu sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.

Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.

Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.

“Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac,” kata sumber itu.

Budak Hilang, Dirang Dibakar

Dirang dibunuh

PILU...Roselyn (tengah) ditenangkan ahli keluarga yang sedih selepas menerima berita penemuan mayat Dirang, semalam. 

JOHOR BAHRU: Misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah, dari kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu terjawab apabila polis mengesahkan dia mati dibunuh.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mayat rentung yang ditemui berhampiran kediaman berkenaan pada 8 Mac lalu dikenal pasti sebagai mayat Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang.

Monday, March 12, 2012

Awas, Air Zam Zam Palsu di Pasaran

Awas, Air Zam Zam Palsu di Pasaran


SHAH ALAM - Sejauh manakah ketulenan air zamzam yang dijual di negara kita? Adakah ia asli seperti mana air itu diperoleh dari telaga asalnya di Tanah Suci Makkah ataupun hanya air biasa yang dibotolkan dan dilabelkan sebagai air zamzam.

Mungkin kerana air ini mempunyai permintaan tinggi, kita tidak pernah terfikir lambakan jenama air zamzam yang bebas dijual pasar raya atau kedai runcit, kedai jual ubat tradisional dan kitab agama itu, sebenarnya tidak tulen.

Lantaran itu, Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini melarang keras penjualan air zamzam secara meluas di pasaran dunia berikutan terdapat laporan penipuan melibatkan penjualan air berkenaan di beberapa negara Islam.

Sinar Harian mengupas isu ini sebagai panduan kepada umat Islam agar tidak terkeliru dan menjadi mangsa apabila air yang dijual tidak asli. Dapatkan naskhah Sinar Harian untuk liputan mendalam, hari ini.

Tabung Adik Nur Suhaila, Lagi RM30k Diperlukan

Tabung Adik Nur Suhaila, Lagi RM30k Diperlukan


SHAH ALAM - Nur Suhaila Tukijan, 15, yang memerlukan RM60,000 untuk pembedahan rahim, menerima sumbangan RM5,000 daripada Kerajaan Melaka.

Ibu Nur Suhaila, Hanita Mohd Tahir bersyukur menerima sumbangan dari Kerajaan Negeri, melalui Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

“Saya berkesempatan menemui beliau dan menunjukkan keratan akhbar mengenai anak saya. 

“Terima kasih semua rakyat Malaysia yang menghulurkan sumbangan untuk pembedahan ini,” katanya, semalam. 

Setakat ini, RM28,778 sudah dikumpulkan untuk pembedahan yang perlu dilakukan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai. Lebih RM30,000 lagi diperlukan untuk menampung kos pembedahan itu. Hanita dan Suhaila dijadual berangkat ke Dubai, 19 Mac ini.

Ribut Solar Mac, dan Cahaya Indah

Ribut Solar Mac, dan Cahaya Utara Indah

 Ribut matahari yang kuat boleh menyebabkan transformer bekalan elektrik terbakar seperti yang berlaku di Quebec, Kanada pada tahun 1989.

Solar Dynamics Observatory image of X5 solar flare on March 7, 2012. Image Credit: NASA/SDO

Gambar ultraviolet dari NASA menunjukkan Ribut Suria pada Mac 2012


This image from NASA's Solar Dynamics Observatory shows the sun as it unleashed an X5.4-class solar flare at 7:04 p.m. EST on March 6, 2012 (0002 March 7 GMT). The flare appears as the bright spot in the CREDIT: NASA/SDO


LATEST IMAGE: Aurora borealis above Yellowknife, Northwest Territories taken at 23:20 MST on March 8, 2012



Gambar Cahaya utara yang dirakamkan di Yellowknife, North West Territories, Khamis, March 8, 2012


Sekeping gambar yang diambil lewat pada 7 Mac 2012 cahaya utara di Abisko, Sweden Lapland. Cuaca ribut ruang yang terkuat dalam tempoh lima tahun melanda Bumi pada 8 Mac, 2012 menyebabkan sesetengah syarikat penerbangan Pertukaran laluan penerbangan mereka, mengancam gangguan kuasa dan mencetuskan pertunjukan cahaya utara.

NASA dan agensi-agensi lain memberi amaran bahawa ribut itu berpotensi untuk mengganggu sistem kedudukan global, satelit dan grid kuasa, dan sudah menyebabkan beberapa pengangkut udara untuk menukar laluan penerbangan kutub pesawat mereka.


YELLOWKNIFE, Kanada - Satu cahaya berwarna hijau di langit yang dikenali sebagai aurora borealis menghiasi langit dekat Yellowknife, kelmarin.

Kemunculan cahaya itu berpunca daripada gelombang radiasi di atmosfera Bumi kesan ribut solar yang berlaku kerana letusan di matahari.
 
Ribut solar yang melanda Bumi kelmarin adalah yang paling kuat dalam tempoh lima tahun.

Fenomena langit berwarna itu dapat dilihat oleh pemandu trak yang pulang dari beberapa lombong emas yang terletak sekitar 330 kilometer ke timur laut bandar Yellowknife. - Agensi

Ancaman ribut matahari


AWAL minggu lalu, dunia digemparkan dengan fenomena ledakan di matahari atau disebut ribut matahari. 
Adakah ini ada rentetan ramalan ahli nujum terkenal Nostradamus mengenai kemusnahan Bumi? 

Budak Hilang ditemui di Lebuhraya KESAS

Budak Hilang ditemui di Lebuhraya KESAS

Kanak-kanak yang hilang semalam ditemui

Alhamdulillah, semasa baca Metro terkini, syukur saya pada Allah, kanak-kanak berusia 7 tahun yang dilaporkan hilang kelmarin, telah dijumpai dengan selamat. Saya rasa, doa seorang ibu, sangat mustajab. selain  faktor keprihatinan masyarakat, keprihatinan hebahan media arus perdana turut membantu anak itu ditemui dnegan selamat.


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak, Wan Hazim Wan Khadir, 7, yang hilang dari rumahnya di PJS 10/1, Petaling Jaya petang semalam ditemui di Lebuh Raya Kesas, awal pagi tadi.

 Ini pula berita yang tersiar di akhbar Harian Metro hari Ahad tadi.

Lenyap di laman rumah



 SUGUL... Wan Norazma melihat gambar anaknya Hazim yang hilang.

PETALING JAYA: Seorang lagi kanak-kanak dilaporkan hilang, kelmarin, 11 hari selepas kehilangan Nurul Nadirah Abdullah, 5, yang disyaki diculik selepas keluar ke kedai berhampiran rumahnya di Johor Bahru masih belum dapat dikesan.

Saturday, March 10, 2012

Gambar Banjir Kilat di Lembah Klang

Gambar Banjir Kilat di Lembah Klang

Kejadian ini di luar Lembah Klang.  Gambar Anggota pertahanan awam berusaha menyedut air keluar dari kawasan sebuah masjid di Hulu Langat ... di sini hari ini, yang ditenggelami banjir kilat akibat hujan lebat sejak 7hb Mac 2012


 Keadaan banjir yang melanda Kampung  Lembah Jaya Utara, (7/3/2012) Banjir y di lembah klang
ang ekoran kejadian banjir kilat dan ribut yang melanda Lembah Klang, di sini malam 7 hb Mac 2012 



 AMPANG: Jambatan menghubungkan Kampung Lembah Jaya Utara ke Kampung Bukit Sungai Puteh runtuh akibat banjir semalam. FOTO: Effendy Rashid (08/03/2012)



BANJIR...kenderaan mengharungi air di susur keluar Jalan Duta menghala Jalan Kuching, 8/3/2012


KUALA LUMPUR (9/3/2012): Hujan lebat hampir tiga jam di ibu kota mengakibatkan puluhan kenderaan ringan yang melalui susur keluar ke Jalan Duta menghala Jalan Kuching terkandas apabila dinaiki air sedalam 0.3 meter.

Tinjauan Harian Metro mendapati kebanyakan kenderaan yang terkandas kenderaan ringan yang menggunakan jalan utama itu menghubungkan mereka ke pusat bandar raya.

Akibat daripada banjir kilat itu, kesesakan lalu lintas sehingga ke Bulatan Batu Caves menuju Lebuhraya Karak iaitu sejauh enam kilometer.
Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu kira-kira jam 2 petang dan difahamkan lokasi berkenaan kerap berlaku banjir kilat terutama selepas hujan lebat.

Menurutnya, banjir kilat itu surut sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian dan kesesakan lalu lintas di sepanjang lokasi berkenaan beransur pulih.

Thursday, March 08, 2012

Pahang, Laluan kilometer 43 Jalan Benta-Jerantut ditutup

Laluan KM 43 Jalan Benta-Jerantut ditutup sementara berikutan mendap

Tiga cedera ringan apabila kereta yang mereka naiki terjelus di Jalan Benta Jerantut berhampiran Kampung Terap, Kuala Lipis.

Mendap: Laluan kilometer 43 Jalan Benta-Jerantut ditutup

07/03/2012 6:21pm

KUALA LIPIS 7 Mac — Laluan di Kilometer 43, Jalan Benta-Jerantut dekat Kampung Trak Jeransang di sini ditutup sementara waktu kepada lalu lintas mulai hari ini kerana mendap dan membahayakan pengguna jalan raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, jalan itu terputus dan tidak boleh dilalui semua kenderaan kerana mendap sedalam dua meter akibat hujan lebat dan air melimpahi jalan apabila pembetong aliran air bawah tanah di situ pecah.

Kurangkan gula, Komplikasi kaki disebabkan diabetis,

Kurangkan gula, Komplikasi kaki disebabkan diabetis,


Komplikasi kaki akibat diabetes semakin serius di Malaysia

KUALA LUMPUR 7 Mac — Kira-kira 5.6 juta daripada 28 juta penduduk Malaysia menghidap penyakit diabetes manakala 1.4 juta daripada jumlah (5.6 juta) mengalami komplikasi kaki yang serius, kata Koordinator Jawatankuasa Penjagaan Luka Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Harikrishna K.R. Nair.

Beliau berkata, sekiranya Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai penghidap diabetes tertinggi, komplikasi kaki akibat diabetes juga sedang menuju pada tahap yang serius ketika ini dan ia perlu dibendung dari sekarang.

Kitab Injil 1,500 tahun ditemui, Ditemui di Turki

Kitab Injil 1,500 tahun ditemui

 

KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad.
 
Terdapat catatan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad SAW

ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Kampung Udang Ketak atau udang lipan

Kampung Udang Ketak


UNIK...keadaan busut yang menjadi sarang udang lipan (gambar kecil) di muara sungai Kampung Kurnia, Kuantan.

KUANTAN: Keunikan persekitaran Kampung Kurnia, di sini, berkongsi tempat tinggal dengan udang ketak mengundang pemandangan agak menarik bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke perkampungan berkenaan.

Tinjauan Harian Metro di perkampungan berkenaan mendapati, setiap rumah didirikan berhampiran tebing sungai itu mengundang kehadiran ribuan udang berkenaan yang membuat sarang seperti busut menggunakan tanah serta selut.

Ada antara sarang udang ketak atau turut dikenali dengan nama udang mentadak atau udang lipan itu mempunyai ketinggian hampir satu meter.

Wednesday, March 07, 2012

NUTP rayu laksana skim khas, Kenaikan pangkat secara ‘time base’

NUTP rayu laksana skim khas,

Kenaikan pangkat secara ‘time base’ pertingkat profesion perguruan


KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu kerajaan melaksanakan skim perkhidmatan khas untuk penyandang (KUP) iaitu kenaikan pangkat berdasarkan ‘time base’ membabitkan kira-kira 450,000 guru di negara ini seperti diumumkan kerajaan pada Bajet 2012.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata NUTP menyokong skim perkhidmatan itu yang dilihatnya laluan kerjaya terbaik untuk warga pendidik serta menjadi pemangkin kepada guru meningkatkan mutu kerja masing-masing.

“Maksud ‘time base’ ialah cukup tempoh masa perkhidmatan dan guru itu akan mendapat kenaikan pangkat.
Contohnya, mengikut sistem baru ini, guru siswazah gred DG44 yang berkhidmat lapan tahun akan naik pangkat untuk jawatan gred DG48 berbanding tempoh masa 10 tahun sebelum ini.

“Bagi guru bukan siswazah gred DG29 yang turut berkhidmat lapan tahun, akan naik pangkat untuk jawatan gred DG32, jika sebelum ini seorang guru itu terpaksa menunggu 10 tahun untuk naik pangkat tetapi kini hanya lapan tahun saja.

Sunday, March 04, 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah, Akhiri dara pada usia emas

 Jodoh ketentuan Ilahi, Akhiri dara pada usia emas

Semoga perkahwinan Puan Khalijah Che Lah dengan duda beranak lima, Encik Ismail Buang, 65,beroleh kenerkatan Ilahi. Saya pun tumpang gembira walaupun tidak mengenali mereka..

KUALA LUMPUR: Hubungan persahabatan antara anak dara berusia 56 tahun, Khalijah Che Lah dengan duda beranak lima, Ismail Buang, 65, yang terjalin sejak setahun lalu, diakhiri dengan ikatan perkahwinan pada majlis pernikahan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, di sini, semalam.

Khalijah mengakui bersyukur apabila bertemu jodoh dan mengakhiri zaman daranya walaupun pada usia emas.

Mesra dipanggil adik oleh suami, Khalijah berkata, dia mengenali Ismail yang kematian isteri sejak Mac 2011 dan perkenalan terjadi apabila kedua-dua mereka bertemu secara tidak sengaja di rumah anak saudara suaminya.

“Biarpun mengakhiri zaman bujang pada usia 56 tahun, saya bersyukur dipertemukan jodoh dengan lelaki yang serasi dan bakal berkongsi suka duka.

“Cuma yang menyedihkan, ibu bapa saya tak berpeluang menyaksikan hari bersejarah ini. Jika masih ada (hidup), pasti mereka orang paling gembira hari ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Puting Beliung Landa Amerika

Puting Beliung Landa Amerika

  
Apakah begini keadaan Puting beliung, atau tornado itu berlaku?
Semoga Ummu Syuhada, sekeluarga, selamat.. di sana. 
Beliau ialah follower dan add blog picisan saya ini.
Blog beliau, dengan entry terakhir Kuih bakar Pandan di sini.


KEMUSNAHAN kediaman akibat puting beliung di Henryville, Indiana dilihat dari udara.

 ANGGOTA bomba membantu membersihkan kediaman yang dilanda puting beliung di Milton, Kentucky.

Hubungan darat di Indiana, Kentucky terputus, 29 terbunuh sejak kelmarin

HENRYVILLE: Puting beliung melanda beberapa bandar kecil di Indiana dan menyebabkan kawasan luar bandar di Kentucky terputus hubungan ketika musim awal puting beliung di Amerika Syarikat menyebabkan sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh, manakala angka kematian dijangka meningkat.

Ribut petir ganas yang sudah diramal jabatan kaji cuaca sejak beberapa hari lalu, mula terbentuk di Pantai Teluk dan Tasik Besar, mencetuskan berpuluh-puluh puting beliung.

Bencana alam itu memusnahkan sepenuhnya beberapa kawasan perumahan menjadi padang jarak padang tekukur, meruntuhkan menara pemancar telekomunikasi, menumbangkan tiang elektrik dan menghumbankan kereta, bas sekolah, traktor dan treler ke jalan raya, menyebabkan perhubungan darat terputus.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design