Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Sunday, May 27, 2012

Aneh Tapi Benar Amah beri ‘kopi haid’

Amah beri ‘kopi haid’ didakwa

SINGAPURA: Seorang amah Indonesia didakwa melakukan kesalahan di mahkamah di Singapura kerana memasukkan darah haidnya dalam kopi majikannya.

Akhbar Straits Times melaporkan, wanita berusia 24 tahun mengaku salah melalui penterjemah selepas mendengar dakwaan.

Wanita bertubuh kecil yang dikenali sebagai Jumiah itu didakwa menghidangkan kopi tercemar berkenaan di rumah majikannya pada Ogos 2011.

Pada masa kejadian, pembantu rumah itu sudah bekerja dengan majikannya kira-kira setahun. Tiada maklumat diperoleh dan kesnya dihantar ke mahkamah lain untuk sebutan semula pada Selasa depan.

Dia dibenarkan ikat jamin sebanyak S$5,000 (RM12,278) tetapi wanita itu direman kerana gagal mendapatkan penjamin warga tempatan. - Agensi

Seorang Lagi Penumpang Bas Jemaah Tabligh Jatuh Gaung Meninggal Dunia

Ini semua keajaiban dan kuasa tuhan

 ORANG ramai membantu penumpang bas yang terjunam ke gaung di Kilometer 24, Jalan Tun Sardon, Balik Pulau, malam tadi.

Seorang Lagi Penumpang Bas Jatuh Gaung Meninggal Dunia 
 
Alfatihah untuk semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat samada yang masih hidup dan  yang telah meninggal dunia. Al Fatihah.
 
Salam takziah buat keluarga Allahyarham Soe Myint, 26, dan  Abdul Jatba. Al fatihah buat Soe Myint, 26, dan  Abdul JatbaWassalam.
 
GEORGETOWN: Seorang lagi penumpang bas yang membawa 44 jemaah Tabligh warga Myanmar yang terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di Jalan Tun Sardon di sini Jumaat lalu meninggal dunia malam tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin berkata berkata Soe Myint, 26, meninggal pada pukul 9.50 malam di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke HPP pada malam Jumaat iaitu  selepas kemalangan berkenaan dan meninggal dunia malam tadi," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau berkata sehingga hari ini, 12 mangsa termasuk dua yang parah masih di rawat di HPP manakala bakinya dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

"Pemandu bas terbabit masih dalam keadaan kritikal dan dirawat di HPP dan kita akan mengambil keterangan selepas dia sedar," katanya.

Hatta berkata siasatan lanjut berhubung kemalangan itu masih dijalankan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Prospektus Penyenaraian FGVH Dilancarkan Khamis

Prospektus Penyenaraian FGVH Dilancarkan Khamis

PM Lancar Prospektus Penyenaraian FGVH Khamis depan



MOHD ISA merasmikan Hari Kesihatan FELDA Wilayah Terengganu dan sambutan Hari TB Sedunia Peringkat Negeri Terengganu sambil disaksikan Dr Anwa di FELDA Ketengah Jaya, Dungun, semalam.

DUNGUN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan prospektus penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Kuala Lumpur Khamis depan.

Menyatakan demikian, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, pelancaran itu bagi membolehkan FGVH disenaraikan ke Bursa Malaysia.

"Cuma tinggal beberapa hari saja lagi untuk Datuk Seri Najib melancarkan kempen penyenaraian FGVH serta proses penerimaan tempahan di mana 20 peratus sahamnya menjadi milik peneroka yang berjumlah 112,635 orang.

"Manakala 17 peratus lagi sahamnya dipegang oleh badan amanah jemaah menteri yang menjaga Felda," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Felda Wilayah Terengganu dan sambutan Hari Tibi Sedunia peringkat negeri Terengganu di Ketengah Jaya dekat sini, Sabtu.

Mohd Isa berkata, daripada 20 peratus saham milik peneroka itu yang mendapat untung, ia akan diagihkan kepada semua 112,635 peneroka berkenaan.

Katanya selain itu Felda juga mengagihkan saham kepada kerajaan-kerajaan negeri dan yang menjadi amalan Felda, saham-saham juga akan diagihkan kepada institusi-institusi pelaburan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan lain-lain.

Thursday, May 24, 2012

Luahan Hati Isteri Apabila Suami Jarang Solat

Luahan Hati Isteri Apabila Suami Jarang Solat



Dalam rumahtangga banyak asam garam yang perlu ditempuhi oleh pasangan suami isteri, memang pada zaman bercinta dahulu, semuanya cantik dan sedap sehingga cacat cela pasangan dapat diterima sepenuh hati. 

Zaman ini juga, banyak perkara yang dirahsiakan oleh pasangan masing-masing supaya semua benda kelihatan cantik dan menyenangkan.

Perkara ini semua hilang apabila sudah berumahtangga dan waktu inilah semua keburukkan dan kelemahan pasangan masing-masing dapat dilihat dengan jelas tanpa berselindung.
Dari sinilah berlaku ujian yang paling besar kepada mereka yang berumahtangga supaya bersabar dan bertahan dalam melayari asam garam di dalam rumahtangga. 
Di dalam rumahtangga, bukan isteri sahaja, suami pun harus fahami sunnatullah dan syariatullah dalam kehidupan berumahtangga. 
Apabila kedua belah pihak salingmemahami  fitrah dan tanggungjawab masing-masing, kemudian itulah yang kita sebut sebagai PERSEFAHAMAN.
Nyata, 2 makhluk Tuhan ini,
 lelaki dan perempuan nyata berbeza.
Saya faham ada juga suami yang susah hendak mendidik isterinya. Ada juga isteri yang susah hennak melembutkan hati suaminya.


Sering berlaku, suami hendak isteri dan anak-anak ikut acuannya. Sering pula berlaku, isteri kadang-kadang sukar hendak ikut acuan suaminya.


Sebab Apa?
Kerana mereka adalah 2 orang individu yang dilahirkan berbeza..Seba asing...Mereka di besarkan dengan cara dan didikan yang berbeza. latar belakang, cara pemikiran dan budaya serta kehidupan yang berbeza ketika belum berkahwin. Walaupun sebangsa/ seketurunan....

Apa yang sang isteri mahukan, agar sang suami boleh bertolak ansur. Suami pula mahu kedudukannya dihormati.

Isteri merasakan yang dia juga manusia yang bebas membuat pilihan. Dan suami pula merasakan yang dia mempunyai kuasa untuk menentukan.

Bila dua konsep ini bertembung maka berlakulah konflik.
 Perkahwinan bukan atas dasar tanggungjawab 
dan hak sahaja,tetapi atas dasar tolak ansur juga


Keluarga Bahagia, Impian Semua
Keluarga Bahagia, Asas Negara Sejahtera

 
Sebab itulah Islam mengajar umatnya supaya ikhlas dalam mendirikan perkahwinan kerana Allah SWT semata-mata. Usahlah berkahwin disebabkan nafsu dan kecantikan rupa semata-mata, kerana itu semua tidak kekal lama. 
Pasti akan berjaya bagi sesiapa yang berkahwin kerana agama. Ia redho segala kelemahan dan kecacatan yang ada pada pasangan masing-masing.
 Soal rupa paras tidak menjadi masalah bagi mereka yang menjadikan agama sebagai ukuran untuk memilih pasangan, agama juga telah menjamin seseorang itu memiliki pasangan yang baik dan tidak akan mengecewakan. 

Sebagai pasangan suami isteri, kita harus sedar bahawa masa di alam  rumahtangga adalah masa untuk memastikan yang terbaik buat pasangan kita. 
Masa ini juga kurang sesuai untuk melakukan semua benda secara sesuka hati tanpa mengambil kira pasangan kita. Jika ada sikap seperti ini maka sudah pasti ia telah mengecewakan pasangannya. 
Cara yang terbaik adalah berbincang untuk mencari jalan penyelesaian apa yang kita suka dan apa yang pasangan kita tidak suka. 

Perlu kita faham berbincang  bukan mencari kemenangan peribadi. Setiap hasrat dan keinginan yang ada di dalam hati harus dipendamkan jika pasangan kita tidak bersetuju dengan keinginan tersebut. 

Setiap salah faham atau masalah yang timbul cepat-cepat cari jalan penyelesaian dalam perbincangan, jangan biar masalah itu berleluasa sehingga tidak bertegur sapa di antara pasangan.
 Hal ini boleh membuatkan pasangan membuat kesimpulan yang salah terhadap kita, ini sudah pasti akan mengundang masalah yang lebih besar lagi pada masa akan datang.  


Apa yang saya tahu, tanggungjawab suami untuk isteri adalah menyediakan kemudahan asas yang termampu. Bahkan bukan tanggungjawab seorang isteri untuk memasak dan mengemas rumah. 

Namun, pahala yang besar menanti seorang isteri yang membantu suaminya melaksanakan tugas rumahtangga seperti membasuhkan pakaian suami, memasakkan makanan halal lagi tkhoyyiba untuk suami dan anak-anak...

Dalam masa yang sama isteri tidak boleh meminta-minta pada sesuatu yang suaminya tidak mampu.Redha dengan apa yang suaminya mampu berikan.

Tanggungjawab isteri adalah untuk taat kepada suami, dan bukan hak suami untuk mendengar perkara-perkara yang boleh menyakitkan hati suami.(Contohnya, kalau bebelan boleh sakitkan hati suami, ia sepatutnya dielakkan oleh isteri).

Cuma perlu kesabaran isteri untuk menegur suami agar berpada-pada supaya jangan mengabaikan tanggungjawabnya kepada Allah dan kepada keluarga di rumah. Boleh rujuk artikel Ustaz Abusaif di Cinta Antara Planet, klik di sini


Baiklah, pada entry ini, saya ingin berkongsi suatu luahan hati seorang isteri. Seorang isteri yang istiqamah dalam mendirikan solat 5 waktu tetapi suami jarang mendirikan solat 5 waktu.

Kepada para isteri di luar sana yang menghadapi ujian seumpama ini, atau yang lebih berat lagi, marilah kita contohi ketabahan Asiah Permaisuri Firaun, ketabahan dan kekuatan taqwa Asiah, meskipun suaminya seorang yang zalim dan mengaku sebagai Tuhan, tetapi Asiah tetap mengimani dan meyakini Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Esa yang mencipta seluruh alam ini. Klik entry sebelum ini, Asiah Ratu Syahadah, Isteri Beriman Suami Durhaka, di sini.
Juga betapa mulianya akhlak dan budi perkerti Ummu Sulaim ketika menghadapi ujian kematian bayinya di saat suaminya bepergian jauh.
Kita ikuti juga jawapan Dr Salam:

 Luahan Hati Isteri Apabila Suami Jarang Solat

SAYA sudah berkahwin dan tertekan dengan sikap suami. Suami jarang solat dan apabila ditegur, dia bermasam muka. Keadaan itu menyebabkan saya mengalah dan mudah memaafkannya.
Pernah saya tegur dengan cara lembut tetapi tetap tidak berhasil. Apabila memikirkan ikatan perkahwinan yang dibina selama sembilan tahun, saya akhirnya mengalah.

Kadangkala, sabar seorang isteri ada hadnya. Pernah sekali saya terjumpa mesej mesra dengan wanita lain. Bila diajak berbincang dia cuba mengelak kemudian saya yang dimakinya.

Macam-macam perkataan kurang sopan dilemparkan kepada saya. Saya ingin mengambil keputusan untuk bercerai, tapi tidak sampai hati kerana memikirkan anak-anak.

Dia umpamakan saya seorang isteri yang cemburu buta, suka menuduh sesuatu yang dia tidak buat. Ketika marah, saya tidur berasingan dengannya.

Suami saya jarang menunjukkan perasaan sayang dan hormatnya kepada saya walaupun di depan orang ramai. Dia berani meninggikan suara kadangkala mengherdik saya.

Berbeza sekali sikapnya jika berdepan dengan rakan di luar. Malah semua urusan anak saya yang aturkan dan maklumkan kepadanya. Saya tidak ubah seperti seorang isteri tanpa suami.

Berdosakah saya sekiranya selalu mengasingkan diri dan tidak tidur bersamanya? Apakah patut saya melawan cakap suami dan hilang rasa hormat atas perbuatannya itu?

UMI,
Johor



TEKANAN perasaan dialami semua orang dalam menghadapi cabaran hidup. Ia boleh berlaku dalam alam rumah tangga, keluarga, pekerjaan dan sebagainya. Islam melihat kehidupan dunia sebagai ujian (ibtila’, bala) dalam menguji kesabaran dan kesyukuran seseorang hamba Allah. Kita hendaklah sentiasa bersabar dengan segala ujian biasanya yang tidak baik dan bersyukur apabila menerima nikmat daripada Allah.

Dalam kes di atas, puan terganggu dengan sikap suami seperti tidak bersolat, mengabaikan teguran yang baik, mempunyai wanita lain hingga timbul rasa cemburu dan api kemarahan.


Itu menjadikan puan seorang pendendam terhadap suami hingga sentiasa tidur berasingan dengannya. Puan pula dibiarkan mengurus rumah tangga dan anak bersendirian tanpa bantuannya.


Semua itu menyebabkan puan hilang rasa hormat kepada suami dan berdendam dengan suami. Bagaimanapun, kasih kepada anak yang mengikat perkahwinan puan.


Beberapa nasihat yang saya boleh berikan, antaranya puan hendaklah menghilangkan sikap pendendam dengan suami kerana sikap dan kelakuannya itu.


Perasaan seperti dendam dan benci boleh menghalang hubungan erat antara suami isteri. Perasaan sedemikian sebahagian daripada penyakit hati yang perlu dihapuskan dan diganti dengan kasih sayang serta mawaddah.


Kedua, puan hendaklah melayan suami dengan sebaik mungkin dan tidak membiarkan tidur sendirian. Perbuatan sedemikian hanya mengundang perkara negatif lain seperti suami ingin berkahwin lain.


Islam mengajar bahawa kedua-dua suami isteri adalah teman hidup dan teman tidur. Segala persengketaan dan pertelingkahan hendaklah diselesaikan sebaik mungkin.


Ketiga, mengambil sikap bermaafan antara satu sama lain adalah asas keharmonian rumah tangga. Tiada seorang pun yang maksum daripada melakukan kesilapan melainkan nabi saja.


Keempat, ambillah pendekatan bersyukur dengan adanya suami dan anak serta bersabar dengan kerenah mereka. Kelima, apabila proses membaiki diri berjalan dengan baik, kita dapat membaiki orang lain sebaik mungkin.


Apabila berbuat demikian InsyaAllah rumah tangga menjadi aman dan bahagia. Suami menjadi taat kepada Allah dengan bersolat dan bertanggungjawab kepada anak dan isteri.

Saturday, May 19, 2012

Selamat Hari Guru Terima Kasih Cikgu Malaysia

Selamat Hari Guru Terima Kasih Cikgu Malaysia


Selamat Hari Guru saya tujukan buat semua sahabat-sahabat saya yang bergelar guru termasuk semua wanita dan muslimah yang bergelar guru. 
  Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada semua guru-guru saya. Bermula dari taska, kemudian tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Universiti, dan juga guru-guru non-formal education yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.

Sesungguhnya jasa anda semua dalam mendidik anak bangsa tidak ternilai harganya.
 Terutamanya buat para pendidik tidak kira mata pelajaran apa yang diajar tetapi dalam pengajaran dan pembelajaran  telah mengajar anak-anak tentang mengenal Allah.
Rasulullah SAW bersabda, 
“Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” 
(HR. Muslim)
Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.
 (HR al-Tarmizi, 300 hadis bimbingan oleh ustaz Zahazan Mohamad)
 Bagi mereka yang masih belajar, saya amat berpesan:
  • Hormati Guru anda.
  • Jangan derhaka atau kurang ajar kepada sesiapa yang menurunkan ilmu kepada kita,jika derhaka kepada guru  nescaya ilmu tersebut tidak berkat.
  • Berbuat baik pada guru anda.
Mari kita sama-sama doakan perkara yang baik untuk Guru kita.
Ya Allah rahmatilah dan berkatilah kehidupannya, hapuskan semua kesusahannya, kerana usaha dan susah payah insan inilah ya Allah, manusia menjadi celik dan mengenalMu..Ya Allah masukkan guru ini dan guru-guru kami yang sudah kembali kepadaMu ke dalam syurgaMu atas jasa mereka mendidik kami-anak2 kami..Aminnn
Al Fatihah kutitipkan buat guru-guruku yang telah meninggal dunia. 
Al fatihah Untuk Allahyarham Cikgu Tajul, Allahyarham Sir Yahya, Allahyaham Ustaz Dahlan, Allahyarhamah Ummi Halimaton...
Besarnya pengorbanan kalian. Moga Allah permudahkan urusan kalian dan moga segala jasa dan penat lelah kalian dalam era pendidikan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda di sisi Allah.

Buat sahabat yang terlibat dalam arena pendidikan, juga khusus buat teman bloggers yang menjadi pendidik, seperti Gen2, Makcik Wedah, Ustazah Ros Illiyyun, Ustazah White Rose, Cikgu Humairi, Cikgu Insan Pendidik (IP), Piewahid dan lain-lain...Sudilah kiranya menrima kad Ucapan hari Guru daripada saya.
Teruskan perjuangan anda semua...

Friday, May 18, 2012

2 Pesawat Ringan Mushshak terhempas

Pesawat ringan Mushshak terhempas





Kawasan Kapal terbang ringan Mushshak terhempas..

Al Fatihah untuk mangsa Muslim yang meninggal dunia. Semoga rohnya diterima di sisi Allah sebagai hambaNya yang beriman.

KAKITANGAN keselamatan dan penduduk meninjau bangkai kapal terbang ringan Mushshak yang terhempas di sebuah rumah di kawasan Rakshkai, 160 kilometer ke timur ibu negara Pakistan.

Dua pesawat tentera udara Pakistan bertembung ketika berada di udara. Ia menyebabkan empat orang juruterbang  yang melakukan penerbangan rutin itu terbunuh.

Satu kipas pesawat Mushshak itu melantun menghentam rumah menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki tua tercedera manakala sebuah lagi pesawat jatuh di kawasan padang tidak jauh daripada situ. - Foto AFP

CUEPACS dan MTUC kemuka 4 tuntutan kepada PM

CUEPACS, MTUC kemuka 4 tuntutan kepada PM

CUEPACS, MTUC 

kemuka 4 tuntutan kepada PM

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengemukakan empat tuntutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi menjamin kebajikan pekerja di tujuh badan berkanun selepas mereka tamat perkhidmatan kelak.

Empat tuntutan itu - mewujudkan Skim Dana Pencen, memanjangkan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diberi kepada sektor awam kepada tujuh agensi berkenaan, bayaran saguhati tamat perkhidmatan, dan penambahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) syer majikan yang pelaksanaannya berbeza antara agensi-agensi berkenaan - akan dikemukakan kepada Najib dalam tempoh terdekat.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata agensi terbabit ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat). 

"Tujuh agensi ini, dahulu di bawah sektor awam sepenuhnya, tetapi pada 1992, ia diasingkan untuk diurus tadbir secara autonomi atau mutlak.

Thursday, May 17, 2012

Pengakuan gadis bercinta dengan suami orang

Pengakuan gadis bercinta dengan suami orang



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel ini saya muatnaik dari tuisan wartawan Sinar Harian. Kisah ini tidak bertujuan membuat provokasi atau memburukkan amna-mana pihak.

Sebagaimana yang kita ketahui, di dalam Islam, seorang suami dibenarkan mempunyai lebih dari seorang isteri. Namun ia mempunyai syarat tertentu. Malaysia juga ada undang-undang bagi melindungi hak isteri samada isteri pertama dan seterusnya.

Baiklah kita terus baca apa perkongsian waratwan Sinar Harian ini.

Baru-baru ini, saya dapat peluang meneroka hati seorang kawan - perempuan - yang sedang hangat bercinta dengan suami orang.
Usianya awal 30-an, sangat cantik, berkerjaya tetap, punya kereta dan rumah sendiri.
Walaupun hidupnya nampak sempurna tetapi saya tahu, hatinya tidak ceria. Ini tidak lain, tidak bukan kerana cintanya terhalang. Maklumlah, kekasihnya suami orang.
Sambil minum air buah menghadap tasik, saya berani-beranikan diri bertanya soalan ‘cepu gangsa’, macam mana dia mengendalikan perasaan apabila terkenang kekasihnya yang tidur malam berdakap isteri sedangkan dia seorang diri.
 “Dan macam mana pula apabila awak teringat yang ‘lebih’ daripada itu? Sedangkan dalam keadaan asyik-maksyuk macam ini, saya percaya, dalam hati awak, dia juga milik awak, bukan milik isteri dia saja.”
 Sebenarnya sudah lama saya teringin nak tanya soalan itu tetapi tidak berani. Namun pada hari itu, dengan ‘bantuan’ angin sepoi-sepoi bahasa dari tengah tasik, saya percaya, kalaupun dia marah, marahnya itu akan segera dibawa pergi. Dan kalaupun dia marah juga, itu mungkin hanya kerana dia berasa malu ditanya soalan yang seperti itu.
Apabila dia ambil masa yang agak lama untuk jawab, saya pun berkata: “Relaxlah, kita sudah matured, dan ini persoalan orang matured ...”
 “Sebenarnya macam ni, dengan kedudukan diri saya, jika saya terus layan rasa cemburu, saya anggap saya sudah buat kesalahan besar. Ya, bercinta dengan suami orang ini pun, bagi sesetengah orang, juga kesalahan tetapi kesalahan ini akan jadi lebih besar lagi jika saya layan rasa cemburu.
“Sedangkan hubungan dia dengan isteri dia sah, dengan saya yang tidak sah. Jadi ikut hukum apa pun, saya yang salah. Tapi inilah cinta, takdir hidup saya. Saya dah tak boleh nak tolak hakikat perasaan saya pada dia, saya sangat sayangkan dia, macam mana saya sayangkan diri saya dan keluarga saya.

Wednesday, May 16, 2012

Budak Hilang Diculik 12 jam ditemui

Budak Hilang diculik 12 jam ditemui

POLIS mengiringi suspek (kanan) yang disyaki terlibat menculik Purani bagi mendapatkan perintah tahanan reman di Bukit Mertajam semalam. 


BUKIT MERTAJAM - Seorang ibu mengalami detik mencemaskan apabila anak perempuannya yang berusia sembilan tahun diculik seorang kenalan wanitanya selama hampir 12 jam.

Dalam kejadian tengah hari kelmarin, V. Kareda, 32, menyedari anaknya, T. Purani tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan.

Kareda yang ditemui semalam berkata, anaknya yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Khir Johari di sini, sepatutnya pulang ke rumah menaiki sebuah van sekolah tetapi sehingga pukul 3 petang hari kejadian, Purani masih belum tiba.

Lagu Guru Malaysia Yang Sering Didengar

Lagu Guru Malaysia Yang Sering Didengar sejak Sekolah Rendah


PENGENALAN HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

 LAGU GURU MALAYSIA


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Monday, May 14, 2012

4 Hari Hilang Ditemui Masih Hidup dengan minum air sungai

4 Hari Sesat di Hutan Masih Hidup dengan minum air sungai

HARDIP ditemui cedera dan letih selepas empat hari hilang di Hutan Taman Rimba Templer, Rawang semalam. 

RAWANG - Nyawa seorang eksekutif sebuah syarikat cari gali minyak dan gas Shell tempatan ternyata masih panjang apabila dia ditemui selamat semalam biarpun sudah empat hari terkandas di dalam Hutan Taman Rimba Templer di sini.

Hardip Singh, 51, ditemui pada pukul 12 tengah hari semalam oleh pasukan mencari dan menyelamat yang melancarkan gerakan mencarinya selepas dilaporkan hilang dipercayai tersesat ketika mendaki hutan itu pada Rabu lalu.

Apabila Lintah Masuk Dubur Budak

Apabila Lintah Masuk Dubur Budak

Budak terkejut lintah masuk dubur

MOHD. FARHAN menunjukkan lintah yang keluar dari duburnya di rumahnya di Ketereh, Kota Bharu semalam. 

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Kampung Paya Rambai, Ketereh di sini melalui pengalaman mengerikan apabila seekor lintah yang saiznya lebih besar daripada ibu jari orang dewasa memasuki duburnya ketika dia menangkap ikan di sawah berdekatan rumahnya tengah hari kelmarin.

Bagaimanapun, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, tetap bernasib baik walaupun duburnya mengalami pendarahan akibat dimasuki lintah.

Ini kerana lintah tersebut yang boleh memanjang sehingga 25 sentimeter berjaya dikeluarkan setelah mengamalkan petua orang tua iaitu dengan makan belalang.

Al fatihah Untuk bloggers allahyarham Cikgu Abd Razak Bin Hassan

Al fatihah Untuk bloggers allahyarham Cikgu Abd Razak Bin Hassan
 
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Takziah kepada keluarga  Allahyarham Cikgu Abd. Razak  bin Hassan, seorang penulis blog pendidikan yang konsisten.
 
Alamat blog Allahyarham di  http://galusbm.blogspot.com  

BAHASA MELAYU SPM 

JADIKAN DIRIMU SEJUJUR MANGGIS. 

KALAU LIMA TAMPUK DI LUAR, LIMA JUGALAH ISI DI DALAMNYA


Alllahyarham telah kembali ke Rahmatulllah pada malam 12 Mei 2012. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Saturday, May 12, 2012

Gambar Pesawat Sukhoi Sebelum dan selepas terhempas



SEDIKIT INFORMASI BERKAITAN SUKHOI SUPERJET 100

Sukhoi Superjet-100 merupakan pesawat penumpang pertama 
yang dikembangkan produsen jet tempur Sukhoi.

  Gambar Sukhoi Superjet 100 sebelum membuat joy flight di Indonesia.

Tragedi kecelakaan Sukhoi Superjet 100 (RA 36801) di Gunung Salak telah menyebabkan Bangsa Indonesia merasakan kepedihan mendalam.

Ini adalah  karena jumlah korban yang agak ramai. Di saat kebanyakan warganya yang mengikuti joy flight.

Difahamkan pesawat itu adalah sebuah projek raksasa Rusia. Sukhoi Superjet-100 (SSJ-100) yang terhempas itu  merupakan pesawat generasi baru buatan Rusia.

Pesawat jenis itu mulai dikeluarkan pada tahun 2007. SSJ-100 merupakan pesawat penumpang pertama yang dikembangkan dari model  jet tempur Sukhoi.

Pesawat jenis ini pertama kali berada di ruang angkasa pada 2008. Pada Jun 2011, SJJ-100 memperoleh sijil  kelayakan dari Lembaga Sertifikasi Rusia (IAC AR).

Pada Februari 2012, pesawat ini memperoleh sijil kelayakan dari Badan Keamanan Penerbangan Eropa (EASA).

PESAWAT SUKHOI SEPERJET 100 TERHEMPAS DI GUNUNG SALAK

Pesawat milik Rusia bernama Sukhoi Superjet 100 yang sedang melakukan demo penerbangan telah  hilang dari pantauan radar. Pesawat ini dikatakan  lost contact pada hari Rabu 9 Mei 2012 pukul 14.33 WIB(Waktu Indonesia Barat).

 Akhirnya, pesawat itupun dipastikan telah jatuh terhempas  di sekitar kawasan Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Menurut laporan dari negara jiran itu, esawat ini ditemui oleh team SAR dengan helikopter  Lanud Atang Senjaya pada hari Kamis 10 Mei 2012 pada pukul 08.30 WIB.

Serpihan pesawat terlihat di tepi tebing pada ketinggian sekitar 5800 kaki  dari permukaan laut dengan sudut kemiringan lereng 85 derajat. Setelah ditemukan oleh team SAR darat.

Akhirnya, pesawat itupun dipastikan telah jatuh terhempas  di sekitar kawasan Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat, Indonesia.

Keadaan agak sulit untuk pasukan penyelamat tiba di sana. Dikatakan jalan untuk sampai ke tempat nahas pesawat berlaku agak sukar. Kawasan kemalangan pesawat di lereng Gunung Salak, tepatnya di Daerah  Desa Cijeruk, Kecamatan Cijeruk, Bogor, Jawa Barat.

GAMBAR SERPIHAN PESAWAT SUKHOI YANG TERHEMPAS




Gambar Serpihan puing pesawat Sukhoi Superjet 100  di Puncak Salak 1, Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat, Jumaat (10/5).
Menurut keterangan pasukan penyelamat yang menemui bangkai pesawat, pesawat dalam keadaan hancur.

Pesawat tersebut dinyatakan hilang pukul 14.51 WIB, Rabu (9/5). Dalam pesawat ada 37 penumpang dan 8 kru pesawat asal Rusia. Pesawat buatan Rusia itu sedang melakukan joy flight, sebagai promosi pemasaran pesawat itu. Pesawat berlepas dari landasan di Lanud Halim Perdanakusuma menuju Pelabuhan Ratu dan hendak kembali lagi.

Tiba-tiba pilot Alexander Yablontsev meminta izin menurunkan ketinggian pesawat dari 10.000 ft ke 6.000 ft. Tidak jelas kenapa pilot senior Rusia itu ingin menurunkan ketinggian. Muncul dugaan dia ingin melihat pemandangan di lereng Gunung Salak, Halimun, Gede dan Pangrango. Sebagian lagi mengatakan dia ingin mengambil ancang-ancang untuk mendarat.

Pantauan satelit MTSAT menunjukkan bahwa pada saat terjadi kecelakaan pesawat Sukhoi, cuaca juga sedang tidak bagus. Atas data tersebut, LAPAN berkesimpulan bahwa saat pesawat buatan Rusia tersebut jatuh, di Gunung Salak terdapat awan columbus tebal.

musibah

Musibah adalah sebait tembang indah yang dinyanyikan silih berganti,Mengajak bumi yang diam jadi begoyang,Mengajak laut yang tenang jadi bergelombang.

Mengajak gunung yang sunyi meriah bak kembang api.

Musibah mengajarkan kita tentang sabar dan tabah,Menguatkan jiwa yang lemah,Menyadarkan hati yang salah,Menggugurkan angkuh,Mengubur keluh,Mencukur kufur,Membangkitkan syukur.

Musibah adalah saudara tua,Yang menasehati ketika salah, Mengingatkan ketika lupa,Meluruskan ketika tak searah.

Kini tak perlu lagi ada tangis menghujan tanpa henti, Menganak sungaikan kepedihan demi kepedihan menyayat hati,Karena disana: diantara batas hidup dan mati.

Halaman demi halaman takdir masih menanti,Berkejaran menggerogoti hari,menunggu takdir lain berganti.

Harapan-harapan itu menanti di ambang cita dan impian,Di depan gerbang masa depan yang tertulis indah dengan tinta keemasan,Maka tak ada alasan untuk bertahan.

Gambar Serpihan Pesawat Sukhoi Di Lereng Gunung

Gambar Serpihan Pesawat Sukhoi Di Lereng Gunung

Pesawat Sukhoi Superjet 100 buatan Rusia merupakan salah satu pesawat yang jatuh di wilayah Gunung Salak. Sebelumnya sejumlah pesawat juga pernah jatuh dan hilang di daerah tersebut.

Apabila membaca berita tersebut, teringat saya akan pengalaman menaiki pesawat. Walaupun secanggih mana pesawat yang saya naiki, dan pelbagai hiburan multimedia yang disediakan dalam pesawat, ia tidak dapat menghilangkan gentar di hati saya.

Gegaran pesawat dan bunyi enjin yang kuat, mengundang gentar di hati saya. Semua itu memberi peringatan kepada saya agar bersedia menghadapi sebuah perjalanan yang lain, Lalu doa kepada Allah dipanjatkan mohon keselamatan perjalanan.

Seandainya telah tiba saat itu, iaitu kematian, ia tidak kira walau di mana kita berada. Sesungguhnya kuasa Allah tak akan bisa ditandingi oleh teknologi manusia sehebat apapun.

Kenikmatan dan musibah adalah dua hal yang akan selalu bersama seorang hamba dalam kehidupan dunia ini. Sehingga kita dituntut untuk siap, bukan saja ketika menghadapi kenikmatan dengan syukur kepada Allah ta’ala, tetapi juga ketika menghadapi musibah dengan kesabaran.  

Nabi shallallahu’alaihi wa sallam menjelaskan diantara sifat orang-orang yang beriman,

عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
“Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin itu, sesungguhnya setiap keadaannya baik –dan hal itu tidak mungkin ada kecuali pada diri seorang mukmin- yaitu ketika dia mendapati sebuah kenikmatan diapun bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa sebuah musibah diapun bersabar, maka itu juga kebaikan baginya.”

 [HR. Muslim, no. 7692 dari Sahabat yang mulia Shuhaib bin Sinan radhiyallahu’anhu]

Telah banyak terjadi musibah pesawat yang terhempas lalu menelan korban jiwa di negera seberang, jiran kita. Sebagai orang yang beriman hendaklah kita mampu mengambil pelajaran dari setiap musibah yang kita saksikan atau dengarkan. Al fatihah buat saudara SeIslam di sana.

 Gambar Serpihan Pesawat Sukhoi Di Lereng Gunung



 Gambar menunjukkan serpihan Sukhoi di Tebing Gunung Salak yang membawa 45 orang, 8 di antaranya kru Rusia. Pesawat hilang kontak pukul 14.33 WIB, Rabu (9/5).Foto itu ada logo Sukhoi di tebing berketinggian 5.800 kaki.Gambar di ambil dari helikopter yang melakukan pencarian.

 Pesawat ditemukan dalam kondisi hancur di ketinggian sekitar 1.650 meter di daerah Gunung Salak, Bogor.ditemukan dengan titik kordinat 06.44.61 lintang selatan dan 106.444.12 lintang barat. Posisi serpihan pesawat arah timur Kawah Ratu.

Sedikit informasi berkaitan Gunung Salak:

Berdasarkan data yang dihimpun dari Wikipedia,Gunung Salak merupakan sebuah gunung berapi yang terdapat di pulau Jawa, Indonesia. Gunung  ini mempunyai beberapa puncak, di antaranya Puncak Salak I dan Salak II.

 Letak astronomis puncak gunung ini ialah pada 6°43′ LS dan 106°44′ BT. Tinggi puncak Salak I 2.211 m dan Salak II 2.180 m dpl. Ada satu puncak lagi bernama Puncak Sumbul dengan ketinggian 1.926 m dpl.



Laluan Ke Puncak Gunung Salak

Gunung Salak dapat didaki dari beberapa jalan pendakian. Puncak yang paling sering didaki adalah puncak II dan I. Jalan yang paling ramai dilalui oleh pendaki  adalah melalui Curug Nangka, di sebelah utara gunung. Melalui jalan ini, orang akan sampai pada puncak Salak II.

Puncak Salak I biasanya didaki dari arah timur, yakni Cimelati dekat Cicurug. Salak I boleh juga didaki dari Salak II, dan dengan banyak kesulitan, dari Sukamantri, Ciapus.

Jalan pendakian  lain adalah  melalui ‘jalan belakang’. Jalan ini mesti melalui  Cidahu, Sukabumi, atau dari Kawah Ratu dekat Gunung Bunder.

Gunung Salak meskipun tergolong sebagai gunung yang rendah, akan tetapi memiliki keunikan tersendiri baik karakteristik hutannya maupun medannya.

Bahkan sejumlah pesawat yang terbang di wilayah Gunung Salak pernah jatuh dan hilang. Saat ditemukan penumpang rata-rata dalam kondisi meninggal dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design