Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, February 14, 2013

Al Fatihah Untuk Ibu Catriona Ross dan rakan-rakan

Al Fatihah Untuk Ibu Catriona Ross dan rakan-rakan 

 

Al Fatihah untuk semua mangsa kemalangan, Siti Zawiyah Ab. Rahman, 63,  yang juga merupakan Ibu Catriona Ross. Al Fatihah juga untuk allahyarhamah Norini Abd. Ghani, 52, dan Sitah Abdullah, 42.  Takziah untuk keluarga mangsa.

Ibu Catriona Ross maut nahas






BEGINILAH keadaan kereta Proton Saga BLM yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan Siti Zawiyah dan dua kenalannya maut di Gerik semalam.



GERIK - Ketika peristiwa kemalangan yang hampir meragut nyawanya pada 14 April 2007 masih belum dapat dilupakan, pelakon Catriona Ross kini terpaksa menerima hakikat kehilangan ibunya selepas warga emas tersebut maut dalam nahas semalam.


Tuesday, February 12, 2013

Ikan Pari Gergasi Ditangkap di Kelantan Oleh Dua Remaja

 Ikan Pari Gergasi Ditangkap di Kelantan Oleh Dua Remaja


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ikan pari, ada sesetengah kita yang tidak makan ikan ini. Dalam beberapa kes, ada manusia meninggal dunia setelah terkena bisa ikan pari.

Akhbar melaporkan, Rashid Arshad, 55, disengat pari pada tangan kanannya ketika dia cuba menanggalkan ikan tersebut daripada pukatnya. Rashid berjaya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru tetapi meninggal dunia selepas koma selama 48 jam.


DURI ikan pari berbentuk seperti gergaji bermata halus namun bisanya terletak pada lendir.


Dalam insiden hampir sama di Terengganu, seorang pemuda terpaksa menanggung derita selama lapan tahun gara-gara sengat pari yang tersisa di bahagian punggungnya. Penderitaan pemuda itu berakhir setelah sekumpulan pakar berjaya mengeluarkan bisa itu pada tahun lalu.
Mengulas mengenai bahaya bisa ikan pari yang enak dimasak asam pedas, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, kematian akibat tertusuk bisa ikan pari merupakan fenomena terpencil malah tidak ada sebarang laporan khusus membabitkan kes itu di Malaysia.“Ikan pari bukanlah sejenis haiwan pembunuh tetapi kes-kes kematian berlaku ini berpunca apabila ikan tersebut bertindak agresif setelah ia berasa terancam,” katanya kepada Jurnal (K0smo) baru-baru ini.

Dua remaja tangkap ikan pari gergasi


MOHAMMAD AZRI (kiri) memegang pari gergasi yang berjaya ditangkapnya di Kampung Gong Datuk, Pasir Puteh semalam.
Sumber Gambar; Kosmo Online




 
PASIR PUTEH - Penduduk di Kampung Gong Datuk, dekat sini gempar apabila dua remaja kampung berkenaan yang menahan pukat berhampiran pintu kawalan air Gong Kulim di Terusan Semerak membawa pulang seekor ikan pari seberat 150 kilogram yang terperangkap di pukat yang dipasang mereka petang semalam.


Ombak Rindu Padamu

Ombak Rindu Padamu



Di kedinginan pagi
Kabus melatari bumi
Awan mendung memayungi 
Unggas rimba bernyanyi

Hujan gerimis menitis

Setitis demi setitis
Hujan membasahi bumi
Enggan pergi
Kerna matahari
enggan menjenguk diri

Hujan Disember masih berlarutan
Hingga Februari yang tiba
Panas terik seketika cuma
tiba-tiba turun sang hujan

Februari ini

Dingin di sini
Tidaklah sedingin 
Taman nun di sana
 
Rindu Yang bertamu
Bersama deru ombak rindu
Hempas menghempas Bertalu-talu
Ombak di Pasir dan pantai bersatu
menyanyikan lagu rindu

......irama yang tak terpisah
setia sang pantai 
selagi sang ombak 
menghempas pantai


Monday, February 04, 2013

KISAH PENGORBANAN KETABAHAN SEORANG ISTERI





KISAH PENGORBANAN KETABAHAN SEORANG ISTERI

Bila cinta beralih arah


Sekali air bah, sekali pantai berubah.

Inikan manusia yang punya hati dan perasaan. Manusia yang hatinya sentiasa berbolak balik. Manusia yang Imannya kadang bertambah, kadang berkurang.
 
Kisah ketabahan seorang isteri apabila si suami beralih arah cinta. Kecekalan seorang wanita berhadapan dengan kanser dan pada saat itu, suami memohon agar perkhwinan selama 10 tahun mereka diakhiri dengan perceraian.
 
 
 

  

 Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.


Sunday, February 03, 2013

Wartawan Malaysia mati tertembak di Lubnan

Wartawan Malaysia mati tertembak di Lubnan


KUALA LUMPUR — Wartawan Malaysia, Claudia Theophilus, 42, penerbit di syarikat penyiaran Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar, mati dipercayai akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Baakleen yang terletak di sebuah kawasan pergunungan di Lubnan, semalam. 


Duta Besar Malaysia di Lubnan, Ilango Karuppannan berkata, menurut laporan awal polis, tiada elemen jenayah dalam kejadian yang menimpa Claudia pada kira-kira 2.30 pagi waktu Lubnan.


Saturday, February 02, 2013

MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK, MASUK KANDANG KERBAU MENGUAK

MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK, MASUK KANDANG KERBAU MENGUAK



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebenarnya, catatan ini, puas sudah saya fikirkan apakah tajuk yang sesuai di blog peribadi ini. Lama sudah saya tidak mencatat catatan pengalaman kehidupan saya secara online.

Pada dinihari ini, saya cuba mencatat sesuatu dan semoga ia memberi panduan kepada saya di hari muka.

Catatan MENANGANI PELAJAR NAKAL Oleh Tuan Haji Muhammad Yusof Jamar  bagi saya sangat membantu saya sebagai 'orang baru' dalam dunia pendidikan.  Bagi saya walaupun sudah berada lebih 1 dekad dalam arena ini, ada sahaja ilmu baru dan kemahiran baru yang didapati setiap hari apabila berada di arena ini.




Misalnya, kini saya berada di tempat baru. Suasana baru. Budaya baru. Saya akui kejutan baru bagi saya, walaupun sudah hampir 9 tempat tempat saya pernah berada. Pernah ditempatkan di luar bandar, di pedalaman dan di bandar. Bahkan saya sendiri pernah dibesarkan dan pernah menimba ilmu peringkat sekolah di sebuah bandaraya yang sarat dengan gelagat kehidupan.

Bahkan kos sara hidup yang sangat tinggi di situ membuatkan saya dilatih memiliki dan mengasah ilmu tebat diri agar mandiri dan berdaya saing. Benarlah kini. Luar bandar atau dalam bandar, kini tiada beza dek dunia tanpa sempadan. 

Sesuatu yang harus saya ingat, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Bukanlah bermakna ingin menjadi sesumpah. Kadang saya terlupa.
Saya terlalu realistik. Saya terlalu optimis. Sampai saya kadang terlupa, pasti ada sebab mengapa di tempat baru ini saya menemui 'sesuatu' yang aneh rasanya. Hari ini, siang tadi, Jumaat, 1.3.2013, setelah sebulan berada di situ, saya melalui satu lagi pengalaman pahit dalam arena ini. Saya temui lagi jawapan...pada Hari Jumaat yang mulia ini.

Mengertilah saya kini. Betapa terhakisnya rasa hormat murid kepada guru. Apabila sang guru menegur, dengan penuh hikmah dan tanpa rotan, agar dia segera pergi mengikut arahan guru disiplin, dia memarahi saya pula. Pasti ada sebab dia dan kawannya berani 'beta'.  Sebabnya itu, biarlah saya off the record. Dan mungkin inilah salah satu jawapan yang Allah berikan pada saya mengapa wujud suasana 'aneh' itu.

Selain itu, saya sedar  keadaan fizikal saya juga sering menjadi gurauan anak-anak ini.  Sangat berbeza dengan tempat-tempat lain yang pernah saya menabur bakti.  Ia adalah  sebagai satu cabaran untuk saya. Kini Terdapat Pelbagai Cabaran Pendidik Mendidik Pelajar Zama Cyber sila klik di sini.  

Semoga situasi ini bukan suatu momokan dan kekangan merealisasikan visi dan misi organisasi. 

Di Bulan Rabiul Awwal 1434 yang masih berbaki beberapa hari lagi, saya menyoroti sirah da'wah Rasululluah SAW. Terlalu banyak dugaan yang perlu Nabi Muhammad SAW tempuhi. Pahit maung Baginda SAW menyampaikan risalah tauhid, tidak terlukis oleh tangan tidak tergambar oleh mata.

Baginda difitnah, diugut, diancam bunuh, dihina keluarganya,  dan pelbagai lagi kepahitan, tetapi tidak sedikit pun Baginda mengeluh dan berputus asa daripada rahmat Allah SWT.  Subhanallah. Pertolongan Allah sentiasa ada bersama kekasihNya.

Ujian dan dugaan saya hanyalah terlalu sedikit dibandingkan dengan Kekasih Allah itu. Semoga saya cekal sepertimana pesanan Allahyarhamah Siti Hajar Bt Ahmad Sabir di sini.



MENANGANI PELAJAR NAKAL



Kereta PROTON Saga FLX lebih selamat

Kereta PROTON Saga FLX lebih selamat 


PROTON Saga FLX, model kereta sedan keluarga paling popular, diberikan tiga bintang dalam Program Penilaian Kereta Baru ASEAN (NCAP).

PROTON Holdings Bhd dalam kenyataannya berkata, keputusan ujian perlanggaran bahagian depan NCAP ASEAN pertama diumumkan semalam pada Hari Terbuka NCAP ASEAN yang diadakan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di makmal pelanggaran di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka.
 
 Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Mohd Khamil Jamil, berkata kini sudah tiba masa untuk mengubah persepsi tentang jenama PROTON, kerana ia adalah kereta yang berkualiti baik dan dijual pada harga berpatutan. 
 
 

Berita Ekonomi PETRONAS tawar RM8.8b beli baki saham MISC

Berita Ekonomi PETRONAS tawar RM8.8b beli baki saham MISC 

MISC pengendali kapal tangki gas asli cecair kedua terbesar di dunia. - Foto Hiasan 
 MISC pengendali kapal tangki gas asli cecair kedua terbesar di dunia. - Foto Hiasan
 
 
PETRONAS membuat tawaran bernilai RM8.8 bilion untuk membeli semua baki saham yang tidak dimilikinya dalam MISC Bhd.

Ia menawarkan membeli saham syarikat perkapalan itu pada harga RM5.30 sesaham dan bercadang menjadikannya sebagai sebuah syarikat persendirian.


Harga yang ditawarkan itu adalah 18.04 peratus atau 81 sen lebih tinggi berbanding harga penutup saham MISC pada Rabu lalu iaitu RM4.49 sesaham. 



Cabaran Pendidik Mendidik Pelajar Zaman Siber

Cabaran Pendidik Mendidik Pelajar Zaman Siber



Cuba kita renungi baris-baris akhir sebuah sajak yang cukup terkenal yang berbunyi;

“…Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
 Segalanya dimulakan oleh seorang guru biasa,
 Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.”


Sajak ini tentunya sudah biasa kita baca malah sering dideklamasikan setiap kali Sambutan Hari Guru diadakan pada 16 Mei setiap tahun. 

Sajak yang dihasilkan oleh Allahyarham Datuk Usman Awang, pasti membuatkan setiap insan yang bergelar guru terasa dihargai. Dr Novandri Hasan Basri dalam tulisannya “Buli Dan Masalah Sosial Pelajar : Satu Penyelesaian” menyatakan bahawa dahulu masyarakat memandang tinggi terhadap guru-guru sekolah. 


Guru-guru ketika itu dianggap sangat istimewa kerana mereka mempunyai ilmu yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ketika itu, ilmu pelajaran adalah hak eksklusif guru-guru. Segala teknik pengajaran, buah fikiran guru-guru ataupun cara mereka menghukum pelajar-pelajar diterima baik oleh ibubapa. 

Mereka percaya bahawa guru-guru melakukannya supaya anak-anak mereka akan menjadi lebih pandai. Secara tidak langsung, pengiktirafan tinggi masyarakat ini akan menyebabkan mereka menjadi lebih bersemangat dan bangga menjadi seorang guru.

Tegas Dr Novandri lagi, dahulu, kita mempunyai sistem kekeluargaan yang utuh dan berfungsi. Ibu bapa mempunyai masa dan tidak perlu sangat memikirkan soal wang. Mereka berjaya bertindak sebagai ‘penyerap’ kepada permasalahan anak-anak mereka samada di rumah mahupun di sekolah. Dalam masa yang sama, sebahagian besar ibubapa tidak berpelajaran, maka dengan itu anak-anak yang berkebolehan untuk belajar di sekolah ketika itu adalah sesuatu yang amat dikagumi dan dibanggakan oleh mereka. Bagi mereka, nilai sekolah rendah dan menengah ini dirasakan amat tinggi dan sangat penting.

Dr Novandri Hasan Basri juga menyatakan bahawa bahawa waktu sekarang, hampir semua ibubapa dan masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi. Orang dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem persekolahan tersebut. Hal ini menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang dahulunya hak ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru. Lantaran itu, mereka mengganggap guru-guru di sekolah hanya sebagai objek penyalur ilmu secara formal sahaja (Jun 2003). 


Yusri Abdul Malek dalam artikelnya “Displin Pelajar Bermula di Rumah” pula menegaskan pula bahawa pada zaman dulu guru dihormati dan rotan ialah senjata utama mendisiplin pelajar tetapi kini semua itu tidak dianggap relevan lagi. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design