Pages

Sunday, August 30, 2009

Dia. Aku dan Kamu

Dia. Aku dan Kamu

(Renungan untuk bekas anak-anak didikku samada
berstatus normal dan Orang Kelainan Upaya)



dia,
tak pernah kenal erti putus asa
tak pernah kenal erti kegagalan
tak pernah kenal erti kekalahan
tak pernah mencipta alasan.


dia
tak pernah anggap diri punya kekurangan
tak pernah anggap diri bebanan
tak meratap menangisi takdir diri.


dia
punya semangat yang kental
punya jatidiri mapan
semangat yang jitu
semangat yang berkobar-kobar
semangat yang mahu maju ke depan
dan bukannnya menoleh ke belakang
cekal menongkah arus.

dia
adalah insan yang kental
berjiwa waja
ikon kepada insan lain
yang mahu memahami...

bahawa hidup ini
adalah terlalu indah untuk ditangisi
terlalu sebentar untuk cuma berpeluk tubuh
selagi hayat dikandung badan
menabur budi menebar jasa
Orang Kelainan Upaya adalah
Orang Kuat Usaha!

(dedikasi untuk Allahyarham Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh yang telah kembali ke rahmatullah. takziah untuk keluarganya dan Al Fatihah untuk Allahyarham Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh)

Saturday, August 29, 2009

Hari Kemerdekaan Malaysiake 52 (2009)




Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52

SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillahirabbil a'lamin.



Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.



Sekarang kita telah masuk ke bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair (Malaysia). Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini.



Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu memperjuangkannya. Untuk para pejuang kemerdekaan ini (khususnya yang beragama Islam) samada kita kenal atau tidak, samada nama mereka tercatat dalam sejarah atau tidak, marilah sama-sama kita hadiahkan Al Fatihah ke atas roh mereka. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.



Sehubungan dengan itu, “1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” dan logo Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 (lihat gambar) dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 pada tahun ini. Sambutan ini akan diadakan di Dataran Parlimen.



Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, menasihatkan semua peserta sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52, terutamanya yang menjalani ibadah puasa, menjaga kesihatan supaya sentiasa dalam keadaan optimum. Walaupun dalam keadaan berpuasa, beliau berharap peserta dapat menunjukkan semangat kuat dan bersungguh-sungguh ketika melakukan aktiviti pada acara itu yang akan diadakan di Dataran Parlimen, Isnin ini.



"Walaupun kita berpuasa, pada hari sebenar sambutan nanti, saya harap kita semua akan menunjukkan semangat yang kuat dan bersungguh-sungguh semasa mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu patriotik," katanya ketika menyampaikan taklimat ringkas kepada ahli Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 selepas menyaksikan raptai penuh di Dataran Parlimen di sini. Keterangan lanjut klik sini.



Oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati dan menghargai kemerdekaan negara kita. Negara kita baru sahaja MERDEKA selama 52 tahun, sedangkan hampir 446 tahun kita dijajah oleh penjajah. Bermula dari kejatuhan Empayar Kerajaan Melayu Melaka pada 1511 Masihi, satu demi satu penjajah merobek nikmat kebebasan dan merampas ketamadunan yang telah dibina.



Sejarah menuntut kemerdekaan tanahair adalah satu catatan perjalanan yang panjang. Dari sejak itu, datuk nenek moyang kita bertungkus lumus menghalau penjajah walau dengan apa cara sekalipun. Harga darah dan airmata yang tumpah tidak terkira banyaknya. Sejarah perjuangan mereka hendaklah kita generasi hari ini renungkan, fikirkan dan hargai. Kerana dari sejarahlah, kita mengenali akar budi kita. Dari sejarahlah, kita semakin menyintai negara bangsa ini. Justeru itu, kita, sebagai generasi pewaris hari ini, hargailah KEMERDEKAAN ini dan jangan biarkan kita dijajah lagi.



Keterangan logo 1 Malaysia


1 Malaysia


Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.



Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kemerdekaan, sila rujuk laman web rasmi Sambutan Kemerdekaan ke-52. Sila Klik Di sini.



Nota kaki:
sumber:http://kebudayaan.kpkk.gov.my/main/announcement/1582
terima kasih
: http://ibnismail.wordpress.com/

Tuesday, August 25, 2009

1001 Memori Ramadhan






1001 Memori Ramadhan


Assalamulaikum dan apa khabar kawan-kawan? Semoga dalam perlindungan Allah jua hendaknya. Hari ini telah masuk hari keempat Ramadhan Al Kareem. Bermakna telah 4 hari kita berada di bulan yang penuh Rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka.

Jika mengikut kiraan kalender Hijriah, Ramadhan ini bermakna telah lebih 3 dekad saya berpeluang merasai ketibaan dan pemergian bulan yang penuh bahagia ini. Sepanjang waktu itu, saya telah melalui pelbagai peristiwa suka duka dalam kehidupan, sama seperti insan-insan lain di dunia ini.

Menempuhi Ramadhan dalam fasa kanak-kanak, adalah saat-saat yang terindah pernah hadir dalam hidup saya. Tidak mengerti mengapa mesti berlapar dan dahaga sedangkan bukannya makanan dan minuman tiada di depan mata. Merasa letih dan tertanya-tanya mengapakah mesti berpuasa? Walau telah acapkali diterangkan oleh ibubapa, pembantu keluarga @ pengasuh tersayang, guru-guru di sekolah....hati kanak-kanak masih tercari-cari apa dan mengapa. Namun, yang pasti hati berbunga riang saat menanti waktu berbuka puasa. Seronok tak terkata melihat ibu dan pengasuh, Nyayi Yah(nenek dari tetangga saya) menyiapkan hidangan berbuka sebaik ibu balik bekerja. Kemudian menunggu-nunggu bilakah azan Maghrib nak berkumandang dari surau berhampiran rumah. Kalau tengok ceita Upin dan Ipin, pasti saya terimbau kenangan masa indah itu.

Ketika fasa remaja, barulah saya mengerti apakah hikmah berpuasa yang Allah perintahkan ke atas hamba-hambaNya yang beriman. Tidak lama melewati berpuasa bersama keluarga pada awal fasa remaja, saat perpisahan telah tiba. Melalui detik-detik berpuasa kali pertama jauh dari keluarga membuatkan air mata selalu tumpah ke bumi. Ditemani kawan baik, DNFAF kami sering berjurai airmata.

Kata DNF dalam sendunya," Awak ni, janganlah nangis. Nanti kita pun nangis tau. Awak ni asyik nak nangis je. Nanti orang tahu, malulah. Kita kan datang sini nak belajar. Dahlah jangan nak sedih-sedih. Kita tak boleh tengok awak nangis".

Rupa-rupanya...itulah langkah pertama saya ke dunia serba baru, dunia yang penuh pancaroba ini. Langkah pertama menandakan selepas itu, tiada lagi waktu yang banyak, waktu untuk saya bersama ibubapa, membantu ibu di dapur dan mengajar adik membaca menulis menjadi terbatas iaitu hanya apabila waktu cuti sekolah yang panjang. Saat itu, adik-adik turut merindui si kakak yang jauh beratus batu di utara tanahair. Telefonlah sebagai salah satu medium pengerat kasih sayang antara anak dan ibubapa.

Begitulah sedikit rentetan perjalanan Ramadhan saya dalam fasa-fasa kehidupan saya. Fasa yang berikutnya, rupanya lebih berliku. Namun liku-liku itulah mengandungi pelbagai hikmah yang tersurat dan tersirat. Kehidupan itu sendiri adalah sekolah kehidupan. Sekolah yang sentiasa bergerak dan tiada cutinya melainkan setelah nyawa berpisah dari badan. Sesuai dengan maksud Firman Allah Taala, "Sesungguhnya tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaKu".


Sesungguhnya yang pasti, sudah tentulah Allah Yang Maha Dekat tak pernah menzalimi para hambaNya. Manusia merancang, Allah merancang dan Allah lah sebaik-baik perancang.
Orang mukmin itu, apabila ia diberi kesenangan, samada kesenangan wang, kelapangan masa, kesihatan yang baik dan kegembiraan, ia memuji Allah dan bersyukur serta semakin melakukan banyak ibadah. Apabila ia diberi kesusahan, samada kesusahan kesempitan perasaan, ketakutan, kemiskinan, kesakitan, kebakaran, peperangan dan sebagainya, ia tetap memuji Allah dan bersyukur. Bahkan tetap melipatgandakan ibadahnya.Barangsiapa yang menjaga haq Allah, pasti Allah menjaga haq hambaNya. Sesungguhnya janji Allah maha benar.

Sekian dahulu coretan saya untuk kali ini. InsyaAllah ada rezki dan izin daripada Allah, akan saya coretkan serba sedikit fasa berikutnya.

Saturday, August 22, 2009

Mengetuk Pintu Ar Rayyan

Mengetuk Pintu Ar Rayyan

Daripada Sahl Ibn Sa'ad r.a, daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda, "Sesungguhnya pada syurga itu ada satu pintu yang disebut ar-Rayyan. Pada hari kiamat nanti, yang akan masuk melaluinya ialah orang-orang yang benar-benar berpuasa. Tidak ada golongan lain yang akan masuk melaluinya (pintu tersebut) melainkan mereka. (Nanti) Akan dikatakan," Di manakah mereka benar-benar berpuasa (di dunia dahulu)?" Maka mereka pun bangun. (Sekali lagi) Tidak ada golongan lain yang akan masuk melaluinya (pintu tersebut) melainkan mereka. Maka , apabila mereka telah memasukinya (pintu Ar-Rayyan tersebut), ia kan ditutup. Maka seorang pun tidak akan memasukinya (selepas itu)". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).


Assalamualaikum warahmatullah. Apa khabar keadaan sahabat-sahabat saya yang melayari teratak ini dan teman-teman bloggers di luar sana? semoga sihat sejahtera dan ceria selalu.

Salam ramadhan diucapkan kepada teman-teman sekalian. Mohon maaf di atas segala keterlanjuran kata yang mengguris hati. Semoga Ramadhan ini kita bisa memperoleh berkat dan rahmat daripadaNya.

Panjang umur,kita berjumpa lagi.

Sekian, wassalam.

Thursday, August 20, 2009

Tak Terduga


bekalan ubat-ubatan





Assalamualaikum. Apa khabar keadaan teman-teman di luar sana? Semoga ceria-ceria selallu...

Hm..sebenarnya ada peristiwa yang terduga berlaku dalan hidup saya hari ini.
Sebenarnya, kat hati ni dah terasa nak beli first-aid sejak beberapa hari lepas. Tapi dek kesibukan cek abang, tak tersampai hati nak luahkan kat dia.First-aid yang dulu dah lepas ntah ke mana. Bekas bibik yang tolong kemaskan. Bila bibik dah balik, jadi tak tahu ntah kat mana letak duduknya.

Sejak setahun lepas, memang ada banyak barang-barang yang dah di packing dalam kotak, saya tak buka-buka. Ini memikirkan entah lama entah idaknya kami di rumah ini. Penat pindah setahun yang lalu tak hilang lagi. Kejadian arini membuatkan saya terfikir nak cari rumah baru pula nampaknya, yang lebih dekat dengan tempat kerja suami...opss menceceh pulak. Dah lari topik nih. kalau pekse karangan mesti tak dapat A nya.

Oleh kerana arini cek abang tak sempat nak menyiapkan bahan dapur untuk kami. maka dengan semangat wajanya, saya usahakan seluruh tenaga dengan dibantu anak saya,saya pun memotong ayam. Saya fikir, inilah latihan untuk saya membuat pergerakan tangan. Takpe, inikan memang tugas rutin saya sejak dulu-dulu. Anak sulong katakan. Kalau tak jadi orang dapur, rugilah emak saya kan.

Tapi itulah, dalam pada kita ralit wak kerja, si anak pun sibuk sama. Anak pun namanya budak. Habis dirosehnya barang-barang dapur kunun nak nolong uminya. "waduh keletahnya mahu bikin pusing dong" (pinjam kata-kata amah saya dulu). Dalam dok menegur anak tentang "dont's" tu jugalah, saya terlepas pandang ......

"Allah...," dan darah pun memancut-mancut. Anak saya menjadi panik. Dia menangis berlari mendapatkan hand phone. Saya pula, sebenarnya penakut. Masa tu saya tak rasa sakit. Tapi seriau dan ngeri dengan darah. Nak capai benda untuk menahan darah dari mengalir keluar, diri sendiri tak upaya nak bergerak pantas.

Bila tengok daging terbelah dengan terbuka macam saya dok wat kat ayam tu, wah seriau tu lagilah berganda. Mula la nak nagis. Nangis bukan sakit sebab masa tu tak rasa sakit. Terkenang nak minta tolong kat sapa...Kepala tu mulalah fikir yang bukan-bukan. Orang pertama yang saya nak hubungi ialah mak saya. Tapi bila tefikir saya sekarang berada di bumi mana, emak di mana. Rasa tak wajar pula. Nanti tak pasal-pasal orang tua tu susah ahti pada perkara kecil begini.

Lalu terfikirlah nak telefon 999. Isk isk...Tak kanlah perkara sekecik macam ni, kena telefon 999 kot? Atau call pakcik teksi ke? Isk, nanti yang nak masuk kan kerusi roda dalam ketenya sapa pula? Boleh ke ya muat ...Takkanlah nak call suami? 1 1/2 jam atau 2 jam baru sampai, dan darah pun kering dulu.

"Umi, telefon tok cepat, "jerit anak dari depan.

saya dok mencari-cari kain dan tisu dengan tangan mana yang tercapai. Dalam pada dok mikir-mikir, nak telefon sapaelah waktu kecemasan begini, saya mula terasa kebas yang memang dah sedia kebas pada tangan. Mata mula pinar-pinar. Badan mulalah terasa macam something wrong. Uiks tak boleh jadi ni, come on Masyitah. Bangun Masyitah, lakukan sesuatu.

Anak saya mula menangis melihat keadaan uminya. Alahai anak, anak. Orang yang kena pisau tak apa-apa. Yang dia pulak lebih-lebih.

Lalu saya kuatkan diri. Saya terpaksa telefon adik dulu, sebab dialah yang terdekat. Walaupun tahu waktu saya call adik, sepatutnya adalah masa bertugasnya. Tak lama lepas tu, Kak Vi, jiran depan rumah datang. Adik minta Kak Vi datang tengok saya dahulu. Dialah yang membantu saya mana yang patut. Kemudian adik terus hantar ke Klinik Mentakab memandangkan klinik swasta berhampiran pada masa kami sampai tiada doktor bertugas.

Tambahan pula, bimbang komplikasi lain yang ada pada saya membuatkan adik berkeputusan menghantar saya ke Unit Kecemasan terus.


Tentang adik, dia boleh terus ambil saya pada pagi tadi. Ini kerana, tempat adik bertugas diarahkan cuti seminggu berkuatkuasa pagi tadi berikutan 2 pelajar di situ disahkan positif H1N1.

Dipendekkan cerita, saya merasa peristiwa pagi tadi sebenarnya meninggalkan 1001 hikmah buat saya. Syukur Alhamdulillah pada Allah atas kurniaanNya di atas musibah ini. Hikmah di sebalik musibah itulah yang perlu saya cari. Sebagai koreksi diri di penghujung Syakban ini.

sebenarnya, saya harus bersyukur saya mempunyai keluarga yang baik walaupun mereka adalah ipar dan mertua. Tetapi pengorbanan mereka kepada saya selama ini, hanya Allah yang dapat membalasnya. Syukur pada Allah jua mengurniakan tetangga yang baik.

Hikmah kejadian ini juga, ialah betapa perlunya first-aid kit berada di rumah. Kalau dah habis, memang kena adakan jua. Musibah ini juga sebenarnya semakin mengeratkan silaturrahim antara saya dan keluarga dan jiran.

Selain itu, pemakaian topeng dalam waktu seperti sekarang nampaknya kanalah pakai. macam saya tadi, dek kalut-kalut,terlupa nak bawa topeng. Bila sampai kat Klinik, semua staff pakai topeng. terdapat juga pesakit yang datang ialah mereka yang demam dan batuk. Saya ni pula yang memang my 2nd home ialah hospital, sepatutnya lebih sentiasa alert. Semua itu sebagai langkah pencegahan.

Yang terakhir, tapi penting, terutama kat diri saya yang selalu cuai ini, ...kat mana-mana pun kita kena berhati-hati dan berwaspada. Kerana kemalangan tidak berbau....


Template Bermasalah

assalamualaikum warahmatullah
apa khabar teman-teman di luar sana?


Hu hu...nampaknya templates terpaksa bertukar lagi...
setelah blog ini sukar dibaca berikutan amsalah templates
dan secara tak sengaja blog-blog yang selalu saya ikuti,
ter'hilang' seketika dari page ini...
maaf ye tak sempat lagi nak
tempek kat sini lagi..

Thursday, August 13, 2009

“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”




Ramadhan Yang Dinanti

Ya Allah
Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban
dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan".
(Hadith Riwayat Ahmad dan At Tabrani daripada Anas)

Ramadhan Yang kian mendekat,
apakah daku dapat bertemunya lagi pada kali ini?
ataukah saat perjanjian terlebih awal menantiku
lantas tiada lagi peluang untukku bersamamu?

Ramadhan yang kian menghampiri
bagai gamitan sang kekasih kepada kekasih
apakah sudah bersedia sang pecinta bertemu dengan kekasihnya?
ataukah sang pecinta masih lagi termangu
hanya menanti tanpa bekal

hanya berharap tanpa usaha
..

Ramadhan
apakah daku bisa sampai padamu
dengan penuh kasih dan cinta?



Ya Allah mudah-mudahan tahun kali ini, daku dapat berpuasa dengan berjaya.Biarlah macam mana keadaan pun, Mudah-mudahan daku tak perlu terpaksa berbuka Ya Allah.
Tambahan pula, tahun ini daku sudah tidak menyusukan lagi bayiku. Semoga dikau berikanku kekuatan Ya Allah.


Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.

Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).

Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?

Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.

Friday, August 07, 2009

Nasib Gadis OKU

Terbaca artikel tentang gadis sindrom down,yg di***** oleh pemuda terencat akal yg jga OKU di Metro 5 Ogos...perasaan bengang tu tak tahu nak cakap camne. Mujurlah gurunya peka dgn perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh gadis berkenaan.


Suatu ketika dahulu, semasa saya pernah bersama-sama insan-insan istimewa ini, sebenarnya anak-anak OKU mempunyai potensi untuk menguruskan diri mereka dan menjadi insan cemerlang jika kena caranya. Ada di antara mereka yang ditempatkan di kelas sesi pembelajaran biasa bersama anak-anak normal yang lain dan mampu mengambil peperiksaan PMR dan SPM dengan baik.


Sekolah untuk pelajar bekeperluan khas ini sudah semakin banyak diwujudkan. Contohnya, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indahpura, Kulai, Johor merupakan sekolah vokasional pertama di Malaysia yang menempatkan murid bermasalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran. Manakala sekarang ini Sekolah Menengah Harian Program Integrasi sudah banyak diwujudkan termasuk di kawasan tanah rancangan.


Kadang-kala saya tidak mengerti mengapa anak-anak ini ada di antaranya yang tidak dilayan dengan baik oleh keluarganya sebagaimana anak-anak yang lain dalam keluarga tersebut. Sedangkan, anak-anak ini biasanya lebih prihatin dan cakna kepada sesuatu perkara yang dilihat dihadapannya. Contohnya, jika melihat guru mereka mengurut kepala yang pening, cepat-cepat meeka ambilkan minyak angin. Telatah mereka menghiburkan hati. Anak-anak ini membawa rahmat daripada Ilahi.


Tak kurang juga ada yang mengalami keadaan seperti kisah , "Bawang Putih, Bawang Merah" dan sebagainya. Cuma, mereka nak meluahkan perasaan dan isihati mereka agak sukar. Mereka selalunya sukar untuk berkongsi cerita dengan seseorang melainkan dengan individu yang benar-benar mereka percayai.