Pages

Friday, December 17, 2010

Rindu Itu Fitrah

Rindu Itu Fitrah




Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya...


Tiba-tiba teringat dendangan Hijjaz, Rindu ...


semoga kerinduan ini 
Semakin mengeratkan kasih sayang
antara 2 hati yang saling menyinta
meski berjauhan seketika
namun cinta suami isteri
moga kan terus bersemi
dalam redha Ilahi....


 kemaafaan jua buat teman-teman blog
kerna rehat ku yang panjang ini...

Saturday, December 04, 2010

Cuci-cuci dan Pegaga

Pegaga



Khasiat Pegaga

Selain sebagai ulam-ulaman, pegaga  juga dapat mengurangkan sengal-sengal sendi badan. Caranya rebuslah daun pegaga bersama dengan sedikit bawang merah dan gula. Kemudian, tapis dan minumlah airnya setelah ia suam. Cuba amalkan setiap hari.

Khasiat pegaga ini memang banyak temasuklah dalam kecantikan wajah. Sebab itu, pegaga juga merupakan salah satu  bahan penting dalam produk kosmetik alami.

Bagi saya, pegaga ini memang bagus untuk membantu mengecutkan rahim selepas bersalin. Tambahan pula selepas berlaku sedikit komplikasi luka pada pembedahan, apabila mengambil pegaga dan makanan tambahan lain seperti kurma dan gamat, ia membantu mempercepatkan kesembuhan komplikasi luka pembedahan. Menurut mertua saya, akarnya lah yang lebih berkhasiat. Jom lihat Penjagaan Selepas Bersalin, klik sini.

Jom Cuci-cuci

Ini pula ialah kisah kedai Cyclone Temerloh, dekat tepi jalan je kedai cuci kereta ini.

Masuk kereta sekejap je dalam ini, dah bersih kereta.





Thursday, December 02, 2010

Untuknya, Yang Jauh Di Mata

Untuknya: Yang Jauh Di Mata
Doa Untukmu Putera Harapan
http://www.myukhuwwah.com/



Ketika ini hujan di luar masih turun dengan renyai-renyai. Dingin malam semakin mencengkam. Air di kali semakin mulai penuh. Namun hidup mesti diteruskan.


Kala ini, hati seorang ibu terusik. teringat kenangan beberapa minggu lalu. Bagai semalam baru berlalu.


Anak muda, pemuda lelaki yang sangat santun bicara katanya. Punyai rasa hormat dan meraikan orang yang lebih tua. Cepat mesra dan mudah emphati serta mudah menghulurkan bantuan, tidak seperti sesetangah anak muda yang memandang 'aneh' kepada seorang cikgu perempuan mereka yang sedang terkial-kial berusaha menolak kerusi rodanya daripada jatuh ke dalam longkang.


Anak muda ini sepantas nya berlari mendapatkan cikgunya. Lariannya memang pantas, maklumlah atlet.


"Mari saya tolong cikgu," ujar  anak muda itu lantas tangannya memegang kerusi roda cikgunya daripada terjatuh ke dalam longkang.


Dengan senyuman, cikgu perempuan itu pun menutur bicara, "Terima kasih, Za. Kamu tak de kelas ke masa ini?"

"Oh ni on the way ke kelas Cikgu Na. Kat makmal atas je ni," jawab Za jujur.


"Nanti maklumkan ya kepada Cikgu Na yang kamu membantu saya," kemudian cikgu perempuan itu menulis  suatu notes untuk diberikan kepada Cikgu Na, bagi memaklumkan yang Za ada membantunya pada sekian masa dan sekian tempat. 


Sejak itu, apabila berpapasan di jalanan, pasti Za menawarkan dirinya membantu cikgu itu.


Suatu hari, sewaktu semua pelajar Tingkatan 5 sedang sibuk berurusan bagi mendapatkan No Pin ID BSN, klik sini, muncul Za. Kelihatan dia di penjuru bilik, dalam keadaan wajahnya agak murung. 


Cikgu perempuan itu perasan akan keadaan Za. Tetapi demi menjaga air muakanya, cikgu perempuan itu tidak menegur mengapa Za mengasingkan diri daripada rakan-rakan lain.


Za kemudian menemui cikgu perempuan itu. Pada ketika pelajar lain semua sudah tiada, Za bertanya dengan agak perlahan,"Cikgu. boleh saya pinjam duit cikgu? Hari ini saya tidak bawa duit sebanyak itu. Semalam saya MC dan kawan-kawan takde pula beritahu tentang kena beli no pin ni,"


Cikgu perempuan itu bertanya pula kepada Za,"Kenapa Za MC? Za sakit lagi ke?"


Za menganggukkan kepalanya,"Ya cikgu. Kalau saya tahu kena bawa duit, pasti saya bawa lebih cikgu. Boleh saya pinjam duit cikgu?".

Cikgu perempuan itu memerhatikan Za dengan simpati,"Boleh. Za tak payah bimbang. Benda ni urgent. Kena settle hari ni juga. Jadi biar saya dulukan wang saya, ya".

"Terima kasih, cikgu. hari Isnin nanti saya bayar, ya,cikgu," ceria wajah Za pada masa itu. 


Berulang kali Za melafazkan ucapan terima kasih.


Isnin itu, setelah semua pelajar memperoleh No Pin masing-masing, kelibat Za tiada. Lalu cikgu perempuan itu bertanya kepada rakan-rakan sekelas Za. Bukanlah bermakna menuntut hutang Za, cuma bimbang, adakah Za sakit lagi di tulang belakangnya kesan kemalangan jalan raya dilanggar kereta beberapa bulan sebelum ini.


"Cikgu, Za, kemalangan jalan rayalah cikgu. Semalam, kereta langgar dia. Khabarnya kena hantar HOSHAS," ujar seorang pelajar perempuan.


"Alah sapa suruh race. Padanlah muka dia," pintas seorang pelajar lelaki lain.


"Eh , kamu tak baik cakap begitu. Betul ke dia race? Atau kamu cuma dengar cakap orang sahaja? Sekarang ni,kita doakan semoga dia selamat. Hari ini hari dia, esok lusa belum kita tahu," kata cikgu perempuan itu.


Dan sehingga kini, Za dilaporkan masih belum stabil. Khabarnya dihantar pula ke HKL. 


Cikgu perempuan itu ingin sangat menemui Za, ingin berikan semangat agar Za bangkit dari 'lenanya", sebagaimana Za pernah sering bertukar kisah dengan cikgu perempuan itu, yang mana dalam kisah-kisah itu sebenarnya, Za memberi motivasi secara tidak langsung kepada cikgu perempuan itu untuk terus menabur jasa mengikut kemampuannya kini.

Za bercita-cita tinggi. Za punyai perwatakan yang baik. Za punyai semangat yang tinggi. Za pelajar cerdik semasa peringkat menegah rendah.  Atas sebab-sebab tertentu, Za ditakdirkan berada di dalam kelas sangat sederhana semasa menengah atasnya.

Harapan cikgu perempuan itu, Moga dengan kekuatan yang ada pada Za itu menjadi kekuatan untuknya sedar dari 'lena' itu. Moga ingatannya kembali pulih.


Iringan doa untuk Za kepada Allah...di malam yang hening ini.

Wednesday, December 01, 2010

Nak Domain Percuma?

Nak Domain Percuma Oleh Diariniaga.com?

SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillahirabbil a'lamin.


Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.



Assalamuaikum/ hai kawan-kawan. Entry kali ini,saya ingin mewar-warkan kepada rakan-rakan pengunjung  blog ini terutamanya rakan-rakan followers,  satu giveaway yang sangat menarik yang dianjurkan oleh Puan Niz Azmier, DiariNiaga.com.

Siapa nak domain dot com percuma? Inilah masanya join. Dan mencuba nasib. Manalah tahu kan nasib menyebelahi.

Ini tagline yang myraudhatulukhuwah buat;

Diariniaga.Com: Mai Singgah Selalu

Ini syarat-syaratnya:
Semua pertandingan mestilah ada syarat-syaratnya . Jom baca ;
  1. Anda mestilah seorang blogger dan mempunyai blog sendiri .
  2. Letakkan link blog ini di dalam bloglist anda .
  3. Buat satu entry tentang pertandingan ini dengan tajuk ini sahaja ; ” DiariNiaga.com : Siapa Mahu Domain PERCUMA ? ” Tajuk-tajuk lain tidak diterima sama sekali .
  4. Letakkan banner pertandingan dalam entry anda serta di mana-mana bahagian sidebar blog anda beserta link ke entry Contest  di Diari Niaga.com 
  5. Ciptakan satu tagline paling menarik untuk blog ini . Biar ringkas tapi padat dan menepati citarasa Puan Nis .
6. Boleh buat penyertaan sebanyak mana yang anda mahu dengan syarat ; 1 penyertaan , 1 entry .
7. Tarikh tamat pertandingan ialah pada jam 12 tengah malam , 1 Januari 2011 . Penyertaan yang diterima selapas tempoh itu tidak akan dilayan . Harap maaf .
8. Mana-mana syarat yang tidak dipenuhi akan menyebabkan penyertaan gagal .

Selain hadiah domain percuma, ada juga hadiah cabutan bertuah. Berkenaan cabutan bertuah tersebut , hadiahnya ialah BARANGAN MISTERI dari Pink Muslimah Store . Boleh layari blogshopnya di SINI
Ha nak dapat cabutan bertuah ni kena ada akaun muka buku..Nak tahu syaratnya lebih lanjut, klik sini.

Mudah saja bukan ?
Apalagi, jom join.