Seulas Kurma Seribu Khasiat
Kurma tinggi kandungan khasiat
SEPANJANG Ramadan, buah kurma boleh dilihat di mana-mana saja apatah lagi sudah menjadi sunnah untuk kita memakannya terlebih dulu ketika berbuka puasa.Untuk pengetahuan semua, kurma adalah sejenis tumbuhan palma atau bahasa saintifiknya, Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada masak atau mentah.
Buah istimewa yang banyak didapati di negara Timur Tengah ini memiliki banyak khasiat dari sudut kesihatan. Antaranya, ia mengandungi kandungan zat besi, potasium, kalsium, fosforus, sodium, vitamin A dan B serta niasin yang tinggi.
Selain itu, ia juga membantu memperkuat daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang pada kanak-kanak, melancarkan sistem penghadaman serta dapat melindungi badan daripada pengumpulan kolesterol.
Ia juga memiliki kadar potasium dua kali ganda lebih tinggi daripada sebiji pisang dan membantu mencegah pelbagai penyakit seperti sakit kerongkong, demam, cirit-birit, sakit perut dan menjaga penglihatan.
Mengikut hasil kajian ahli sains Mesir, khasiat kurma terbukti dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda serta membantu tumbesaran kanak-kanak.
Di samping itu, kurma juga membantu melicinkan perjalanan darah, merawat buah pinggang dan mencuci hati serta membantu mengurangkan pengaliran darah ketika melahirkan anak.
Kandungan karbohidratnya yang tinggi membolehkannya membekalkan banyak tenaga dan kandungan zat gizi yang dimiliki penting bagi fungsi tubuh iaitu kalium khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.
Galian dalam kurma berfungsi untuk membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot dan mengatur tekanan darah. Gula yang terkandung dalam kurma pula mudah diserap dalam tubuh tanpa perlu melalui proses yang panjang.
Justeru, kurma dianggap sebagai buah paling ideal untuk hidangan berbuka puasa atau sahur. Tidak hairanlah, ia banyak disebut dalam al-Quran, malah menjadi makanan ruji Nabi Muhammad s.a.w.
Malah Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar Ajwah, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.” (Riwayat Imam Bukhari).
Oh ya! Bagi anda yang mahu memastikan dan mengekalkan kesegaran buah kurma, ia harus sentiasa disimpan di dalam peti sejuk. Buah kurma bertangkai pula adalah kurma yang paling baik dari segi kualitinya malah selalunya ia mahal berbanding kurma biasa.
Sementara itu, kurma kering turut mempunyai keistimewaan tersendiri dan cara penyimpanannya juga lebih mudah.
Sumber Harian Metro
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/22
KHASIAT BUAH KURMA
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.
Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan
daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma
yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan
oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita
daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7
biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada
hari itu".
Khasiat
kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas
merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan
kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat
juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini,
yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi
Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya
: "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma
yang masak.
(Surah
Maryam : 25)
Ayat
di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang
dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam
keadaan lemah selepas bersalin.
Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa.
Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa.
Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur
zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling
tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan
susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.
Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah
dan sumsum tulang.
Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan
ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita
supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas
bermaksud :
"Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma
sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur.
Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis
riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma.
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara
hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya
: Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun
(dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis
ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita
bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi
bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga
dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan
harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian.
Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan
dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai
kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah
Subhanahu Wata’ala.
Berhajat tanam POKOK KURMA sendiri di RUMAH @ DUSUN @ PREMIS PERNIAGAAN anda atau untuk dijadikan cenderahati…?
ReplyDeleteSila lawati http://cnccrew.blogspot.com
:-)
Berhajat tanam POKOK KURMA sendiri di RUMAH @ DUSUN @ PREMIS PERNIAGAAN anda atau untuk dijadikan cenderahati…?
ReplyDeleteSila lawati http://cnccrew.blogspot.com
:-)