Pages

Wednesday, August 29, 2012

Maaf Teman Lamaku Menyepi

Maaf Teman Lamaku Menyepi




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya, Ummu di  blog myukhuwwah.com, memohon maaf kerna lama menyepikan diri di blog myukhuwwah.com dan sebuah educational blog saya.

Sepanjang Ramadhan lalu, saya tidak berkesempatan membuka email peribadi apatah lagi membuka dan membaca blog peribadi saya. Selain faktor kesihatan yang tidak mengizinkan di saat saya cuba berpuasa juga, ada beberapa tanggungjawab lain yang perlu saya tuntasi. 

Oleh itu, terdapat banyak komen-komen rakan bloggers yang tidak dapat saya syiarkan sepanjang saya menyepikan diri.

Pada Ogos 2012 ini, sehingga entry ini ditaip, hanya ada baru 4 post dipublished di blog ini. Itu pun semuanya copy paste dari berita utama tanahair Malaysia, sebagai kemudahan pemilik blog membuat rujukan.

Buat Saudari Nurul Husna, Kak Ummu mohon maaf kerana hanya pada petang ini kakak baru berkesempatan membaca komen adik. Terharu akak rupanya terpilih menerima kad raya Husna. Agaknya walaupun selepas raya, bolehkah lagi akak terima?

Terima kasih kepada rakan bloggers yang sudi menjadi followers blog myukhuwwah ini. Saya berasa gembira dengan kehadiran rakan followers ke blog biasa seorang ibu OKU ini. 

Rakan followers yang terdiri dari rakan bloggers, juga dari sahabat handai dan saudara mara yang dihormati sekalian.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan bloggers yang meninggalkan komen di blog ini walaupun blog ini begitu lama terbiar bersawang. 

Antara rakan bloggers yang meninggalkan komen di blog ini tetapi belum sempat saya balas komen mereka:


Terima kasih buat semua rakan blog. Blog ini sangat signifikan kepada saya, kerna sepanjang perjalanan hidup saya bermula 2008 banyak yang saya kongsikan suka duka di sini. 

Bermula dari saya bed ridden ke kerusi roda, dan ke walker frame. Dari saat proses menyusui dan membesarkan anak ketika saya bed ridden sehingga anak itu sudah tumbuh membesar dengan sihat..

Oh, saya ada perkara yang perlu diselasaikan. Banyak yang ingin asaya ceritakan sebenarnya. Saya undur diri dulu. Sekian, wassalam.

Wednesday, August 01, 2012

Bekas Isteri Peneroka FELDA Tuntut Durian Runtuh

Bekas Isteri Peneroka FELDA Tuntut Durian Runtuh


Bekas isteri tuntut durian runtuh

BANDAR TUN RAZAK - Bekas isteri peneroka menuntut janji Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang sebelum ini menyatakan mereka layak menerima separuh daripada duit durian runtuh fasa kedua iaitu sebanyak RM2,500.

Aminah Zulkifly, 46, berkata, mereka berhak mendapat duit berkenaan memandangkan sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan wang durian runtuh itu adalah imbuhan daripada hasil titik peluh peneroka dan penerokawati ketika membangunkan tanah Felda dahulu.

BNM Senarai 77 Syarikat Pelaburan Tidak Sah

Awas BNM Senarai 77 Syarikat Pelaburan Tidak Sah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam ramadhan buat smeua muslimin dan muslimat.

Ketika membaca mengenai 77 syarikat pelaburan yang tidak sah telah disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia. 



"KUALA LUMPUR 31 Julai - Para pelabur di negara ini perlu berhati-hati membuat pelaburan kewangan agar tidak terjebak melabur ke dalam syarikat-syarikat pelaburan yang tidak mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), termasuk membabitkan skim-skim kewangan yang melibatkan pelaburan emas dan logam berharga lain. 

Menurut BNM, sejumlah 77 syarikat atau individu telah disenaraikan sebagai entiti yang tidak mendapat kelulusan dan tidak sah menjalankan aktiviti pelaburan mengikut peraturan kewangan di negara ini.
Antara jenis-jenis aktiviti yang dijalankan oleh syarikat atau individu tersebut kebanyakannya berkisar kepada pelaburan emas, perniagaan mata wang asing atau menjalankan pelaburan tidak berlesen."

77 syarikat pelaburan tidak sah

Ini boleh dijadikan panduan kepada semua agar tidak menjadi mangsa entiti/individu yang suka mengambil kesempatan.

Mesej Daripada Bank Negara Malaysia (BNM)
Peringatan kepada Semua Pengguna

Tip Berpuasa Untuk Sihat Bagi Orang Sakit

Tip Berpuasa Untuk Sihat Bagi Orang Sakit

IBADAH puasa mempunyai pelbagai hikmah. Satu daripadanya ialah puasa mampu meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Jadi, bukan alasan bagi mereka yang menghidap penyakit tertentu untuk tidak menjalankan ibadah yang dituntut agama itu, kecualilah mereka yang dilarang doktor atas sebab ia boleh memudaratkan kesihatan khususnya penyakit yang memerlukan penjagaan rapi dari segi pemakanan.

Antaranya, kencing manis. berdasarkan kajian Second National Health and Morbidity Survey pada 1996, kira-kira 8.3 peratus atau lebih 1.5 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis atau diabetes mellitus.

Penyakit itu disebabkan gangguan metabolisme karbohidrat apabila gula dalam tubuh tidak dioksida untuk menghasilkan tenaga kerana kekurangan hormon pankreas insulin. Kehadiran gula yang tidak dioksida itu semakin berkumpul menyebabkan kandungan gula dalam darah dan air kencing tinggi atau berlebihan.

Rawatan untuk kencing manis ialah pemakanan yang dikawal rapi iaitu cukup karbohidrat untuk keperluan tubuh bersama dengan suntikan insulin atau ubat yang diambil secara oral untuk menurunkan aras glukosa dalam darah atau membantu pankreas mengeluarkan insulin secara semula jadi.

Justeru, ramai pesakit kencing manis yang keliru dengan kedudukan mereka ketika tiba Ramadan kerana bimbang puasa boleh menjejaskan kesihatan mereka.

MEMANG ramai orang yang berpenyakit termasuk bagi mereka yang bukan Islam mencuba kaedah berpuasa sebagai salah satu cara mengawal penyakit mereka. 

Secara analoginya, mesin juga perlu berehat untuk memanjangkan jangka hayatnya dan begitu jugalah dengan organ perut manusia.

Setelah bekerja selama 11 bulan, adalah baiknya perut direhatkan dengan berpuasa. 

Antara peraturan penting yang perlu diikuti bagi pesakit diabetis yang hendak berpuasa : 

Pesakit Kencing Manis Dan Hipoglisemia

Pesakit Kencing Manis Risiko hipoglisemia ketika berpuasa

Berpuasa di kalangan pesakit Diabetes Melitus jenis 2 (T2DM) bergantung kepada keputusan peribadi.Tetapi mereka perlu mendapatkan nasihat berdasarkan garis panduan tertentu melalui perbincangan dengan pakar kesihatan. 

 Jadi, pesakit kencing manis yang ingin berpuasa perlulah meminta pandangan doktor dan mengikuti beberapa peraturan penting.

T2DM adalah diabetes atau kencing manis yang paling lazim berlaku iaitu membabitkan kira-kira 90 peratus pesakit diabetes seluruh dunia.

Perunding Kanan Perubatan dan Endokrinologi, Profesor Dr. Nor Azmi Kamaruddin berkata, sama ada tinggi atau rendah risiko pesakit mengalami komplikasi yang berkait dengan amalan berpuasa bergantung kepada tahap penyakit masing-masing.

" Misalnya, pesakit diabetes yang mengalami hipoglesemia yang teruk atau gula dalam darah yang sangat rendah menyebabkan pesakit tidak sedar atau memerlukan bantuan pihak ketiga dalam tempoh tiga bulan sebelum Ramadan.

Apakah yang dimaksudkan hipoglisemia?

Menurut Pakar Buah Pinggang, Hospital Pakar DEMC, Shah Alam, Dr. Rashidi Saidin, hipoglisemia merujuk kepada keadaan apabila kandungan glukosa berkurangan dalam darah dan berada di bawah paras normal.

Tanda-tanda hipoglisemia termasuklah rasa gelisah dan tidak tentu arah, lemah, teramat lapar, berpeluh, pucat, berdebar-debar, menggeletar, denyutan nadi terlalu laju dan tidak sedarkan diri sekiranya terlalu serius. '

"Pengetahuan mengenai tanda-tanda komplikasi kesihatan ini sangat penting untuk difahami pesakit untuk mengelakkan sebarang masalah serta komplikasi lebih teruk," ujarnya.