Pages

Monday, June 29, 2009

Anak Demam HFMD




Anak demam dan kena virus HFMD



Semasa lihat kaki anak saya mula keluar bintik2 merah 5 hari lepas, saya sangkakan ia kerana ia kena gigitan nyamuk atau semut. Maklumlah, di situ banyak nyamuk-nyamuk. Petang-petang aje, banyak lah nyamuk2 beterbangan mencari mangsanya. Anak saya ni pula, baru 'dapat kaki'. Seronok tak terkepalang dia bila dapat berjalan dan berlari. Habis semua diredahnya.

Saya cuba sapukan minyak tapi ia masih ada. Hati saya rasa tak sedap bila kaki anak semakin bertambah bintiknya tu pada tapak kaki dan tapak tangan.. Isk mula kat kepala fikir, kenapa pula lah si kecil ni?apa kena gigit semut besar di sini? atau digigit nyamuk?janganlah kena demam bawaan nyamuk.

Saya belek2 lagi tangan anak. Seperti melepuh pada tangannya. Saya cuba lihat lidahnya. Ada bintik2 merah pada lidahnya. Patutlah dia meragam. Beri nasi tak nak. Dia cuma nak keropok ikan tapi lepas itu, dia mengamuk. Saya sangkakan anak mengamuk kerana keropok keras dan sedikit 'geseng'. Biasanya bila anak demam, dia cuma mau makan tempe dan keropok ikan.Pada malamnya, anak menggaru sahaja dan menangis kerana tak dapat tidur. dia asyik garu sahaja.

Saya pujuk suami bawa anak check doktor. Suami selalu suruh saya jangan berfikiran negatif. masalahnya, sebagai ibu, hati saya tak boleh nak terasa positif aje pada setiap benda atau peruabahan tingkah laku yang ditunjukkan oelh anak-anak. Bukan maknanya saya membela anak-anak. Tidak. Tetapi itulah perasaan seorang ibu, bila melihat kelainan anak-anaknya. Samada kelainan dari fizikal dan kelainan emosi yang ditunjukkannya. Walaupun anak2 itu tidak pandai berkata-kata, tetapi anak2 biasanya ingin menyuarakan sesuatu yang berlaku dgn caranya yang Allah izinkan.

Alhamdulillah, suami bawa juga anak petang semalam ke doktor. Susah juga nak cari klinik yang buka pada hari Ahad. Alhamdulillah Klinik Sulaiman buka tetapi pesakitnya ramai. Alhamdulillah,suami seorang yang sabar dalam membawa saya mendapatkan rawatan di hospital dan anak2.

Doktor mengesahkan anak saya kena penyakit kaki,kuku,mulut dan tangan (virus HFMD). Ya Allah,mudah-mudahan Engkau sembuhkan sakit anak-anakku ini ya Allah. amin.

saya cuba ambil gambar keadaan lepuhan anak tetapi tak dapat...

6 comments:

  1. don't worry as, insyaallah sume akan ok

    ReplyDelete
  2. Liza,harapnya bgitulah.thanks Liza.:).

    ReplyDelete
  3. Salam Ummu...

    Comel baby Ummu ya.. bersabarlah.. itu semua ujian Allah.. berdoa selalu agar baby Ummu cepat sembuh..

    Terima kasih krn sudi ziarah blog saya & tinggalkan komen di sana.. :)

    ReplyDelete
  4. Dida, waalaikumussalam. Alhamdulillah anak dah semakin sembuh. Tapi sebab dia suka sangat tak pakai kasut dah lari keluar rumah,lambat sikit lepuhannya nak kering.

    Terima kasih juga kerana sudi jenguk teratak saya.

    ReplyDelete
  5. salam.. akak.. moga anak akak cepat sembuh.. saya pown tgh sakit.. demam campak..

    ReplyDelete
  6. Akhi..alhamdulillah sekarang anak dah baik.tinggal kesan sikit2 je.demam campak?dah minum air kelapa muda tak?tak leh kena air hujan tuh..

    ReplyDelete