Surat Koko: 1001 Memori Ramadhan Saya
Hari ini diam tak diam kita dah tiba di pertengahan Ramadhan. Terasa sekejapnya Ramadhan akan pergi pula. Terasa sedikitnya usaha saya. Nak berpuasa ini pun, terasa seperti anak-anak kecil yang baru belajar berpuasa. Nak batalkan, nanti nak bayar fidyah, mana nak cekau duit? So, sabar dan sabarlah. hu hu.
Tapi, tidak mengapa. Bukankah dengan latihan dari Allah ini, akan lebih menguatkan jiwa saya? Saya tidak tahu , apakah saya sempat menghabiskan puasa di Ramadhan ini. Juga apakah saya dapat bertemu kembali Ramadhan akan datang?
Dalam pada itu, sewaktu suami mencari barangnya, saya yang ternampak sesuatu dari celahan kertas2nya. (Mrs secretary MC panjang jadi tak dapat tolong hubby kemaskan sistem failnya. maaf yer hubby). Bila ia terjatuh. Saya lihat..mcm ku kenal je wajah seseorang yang tertera di surat bewarna koko itu. Apa dia agaknya kertas itu? Jeng jeng jeng. hah ni dia gambornya....opss jangan baca erk..
Rupa-rupanya ia adalah sehelai warkah dari salah seorang bekas anak didik saya di sebuah sekolah menengah di Johor. Saya hayati satu demi persatu bait-bait perkataan yang tertera di warkah itu. Banyak perkhabaran darinya dicatatkannya untuk tatapan saya.
Athirah, yang saya kenali sejak tingkatan satu. Namun sejak satu peristiwa semasa dia di tingkatan dua, ia merapatkan hubungan kami. Kemudian selepas program Mentor mentee di sekolah, dia datang kepada saya. Lalu, bertanya kenapa dia tak terpilih jadi peserta Mentor mentee dan tak jadi mentor mentee saya? Dia sedih sangat. Dia kata, dia pun nak juga di bawah seliaan saya. Katanya, kenapa ada 2 gadis Cina saya ambil jadi mentor mentee. Saya jelaskan padanya, yang saya ini guru untuk semua pelajar. Sama ada pelajar Cina, India dan Melayu serta sesiapa sahaja yang berada di sesebuah sekolah itu. Sedangkan pelajar mentor mentee saya itu sudah a da 5 orang. Itu baru satu part prog mentor mentee. Belum masuk prog mentor mentee yang lain-lain tingkatan. waduh, bisa pusing dong kepala melayan anak-anak murid ini...
Namun Athirah seorang gadis yang baik. Dia memahami penjelasan saya. Lagipun program itu telah disusun oleh pihak sekolah. Bukannya saya sesuka hati memilih mana-mana pelajar. Athirah tahu saya tak bias dengannya. Kali terakhir kami berjumpa, ialah hari terakhir sebelum saya bertukar ke Pahang. Saya dan dia mengalirkan air mata. Banyak kenangan yang kami coretkan bersama. (Kalau saya tulis semua kat sini, bimbang jemu membacanya. Dah jadi novel pula). Selepas itu, kami terputus hubungan.
Surat di atas adalah surat kiriman Athirah pada 2007. Ketika itu Ramadhan, sebelum banjir besar melanda Johor dan sebahagian Pahang. Maaf Athirah, saya tak dapat membalas warkah dan pertanyaan demi pertanyaan Athirah pada masa itu. Ini adalah disebabkan pada masa itu saya sibuk berada di my 2nd home, hospital. Nanti kalau ada rezki, saya catatkan lagi kesinambungan my 2nd home itu.
Kini, saya cuba menghubungi Athirah tetapi tidak berjaya. Athirah tak sertakan ALAMAT rumahnya. Uwaaaaa...sekarang bila saya nak balas surat yang dah terperam 2 tahun lalu, dah tak dapatlah. Sekarang juga, Athirah dah tamat SPM 2 tahun lalu. Kalau Athirah ambil Form 6, dia bakal hadapi STPM tahun ini. Apa-apa pun semoga Athirah selamat dan berjaya menjadi harapan ayahbondanya.
Salam..Meh kita cuba UK Antivirus Formula Bio-Tech Herbal, formula yang dirumus oleh Dr. Wan Mahani Serologist/Clinical Research Development yang 100% suci dan asli…ia mampu mencegah dari H1N1…Botol kecil 5ml hanya RM20 termasuk pos dan Botol Besar 100ml hanya RM150 termasuk pos.(Lab Testing No: QD2363-1 - Dijamin Suci) Tolong hebahkan pada sesiapa… lebih baik kita utamakan produk keluaran bumiputera yang terbukti halal dan suci.. Saya dah try pada keluarga..membantu meredakan masalah pernafasan. Produk nie paling serasi dgn baby..boleh refer blog saya..dan ada testimoni..Kalau demam, selsema, sakit tekak, batuk.. dah g klinik tapi x hilang gak..boleh cuba..insyaallah dengan izin Allah S.W.T.
ReplyDeleteKalau minat klik pada http://miela77.blogspot.com
atau email pertanyaan pada Miela.77@gmail.com
Ikan pekasam Tasik Raban RM30 (5 bungkus termasuk pos) .. order di Miela.77@gmail.com
selamat menjalankan ibadah puasa ramadhan...
ReplyDeletemoga akan bertemu dgn athirah:)
ReplyDeletecantek nama athirah :)
ReplyDeletesalam ramadhan al mubarak & salam kenal..thnx singgah umah combi :D
jom link kat followers combi..
salam ummu, sy pun teringin sgt nak jumpe kwn lama masa sekolah yg dah lost contact
ReplyDeletesalam kak Ummu Masyitah,
ReplyDeleteapa khabar?
terima kasih kerana sudi menziarahi blog saya dan cuba memberi komen.
saya pun tak tahu apa masalahnya.
tetapi orang lain ok sahaja.
mungkin akak kena mencuba lagi.
tersentuh betul jiwa kecil saya ni membaca entri akak yang ini.
usaha ibadah bulan Ramadhan kali ini rasanya sedikit.
jarang buat qiam. :(
asyik menatap skrin laptop.
membuat assignments yang tak siap-siap.
dan juga blogging. :(
semoga baki yang ada, digunakan dengan sebaiknya.
inshaAllah.
rupanya akak seorang guru.
atau b/arabnya ustazah.
saya juga ada kisah hampir sama dengan akak.
saya baik dengan seorang ustazah ni semasa saya menuntut di tingkatan 4-5 di mrsm.
dia banyak memberi sokongan kepada saya. juga tunjuk ajar terutama dalam bab keugamaan.
almaklumlah. usia muda. jiwa muda.
mudah sahaja tergelincir.
dibisik-bisik oleh makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepada Adam itu.
lalu terjelopoklah manusia.
huhuhu.
rindu sangat ustazah saya tu.
(tiada adegan menangis ya) :P
apa-apa pun.
salam ukhwah dari saya.
Shahrul.
:)
p/s: letak la chatbox kak. senang pengunjung untuk meninggalkan pesanan ringkas.
salam ukhuwah fi ramadhan ,salam kenal , time kasih ziarah blog ummi .. ummi doakan cikgu dpt ketemu anak didik mu , saran ummi banyak amlkn ayat terakhir dlm surah taubah yg bermula dgn LAQAD JAA AKUM ROSUULUM MIN ANFUSIKUM....sampai habis , insyaAllah mudah2an akn ketemu nanti
ReplyDeleteSalam Ramadan buat cikgu .
ReplyDeleteAkak pun turut doakan agar Athirah berjaya dalam apa saja yang dilakukannya sekarang ..
miela77;
ReplyDeletewaalaikumussalam.boleh juga guna minyak kelapa dara Nufera. InsyaAllah,semua adalah dengan izin Allah.
Orido,
salam Ramadan. menarik blog saudara.
N.A.Y;
amin,terima kasih atas doanya.
echah_syed,
ReplyDeletetq ya combi sudi singgah kembali ke teratak nih.
maiyah;
moga2 dpt bertemu kembali, Maiyah.saya ada juga jumpa balik kengkawan sekolah via dunia maya ni.
Shahrul;
ReplyDeletetq sudi singah kat teratak akak erk. mesti ustazah Shah tu istimewa kan? ops, akak bukan ustazah Shahrul tapi x-cikgu biasa je.
takpe,orang yang menuntut ilmu, tak kira samada ilmu dunia (fardhu kifayah tu) dan ilmu akhirat, kalau ikhlas, nanti makhluk2 Allah yang beriman akan mendoakannya. belajar tu pun satu ibadah kan Shahrul.
tentang chatbox,ada juga cadangan dari kwan2 yang lain tapi akak nanti tanya suami akak dulu erk.sebab dulu akak pernah juga letak lepas tu asyik kena spam je.kui kui.
anyway, salah ukhuwah kembali.
ummi humaira,
ReplyDeleteterima kasih ummi sudi ziarah teratak saya. syukran atas petua dan perkongsian ilmu yang akak beri.
silversarina,
terima kasih akak sudi ke sini. Kalau Athirah baca doa akak ni,mesti dia gembira.