Hari minggu lalu, saya merasa tertarik dengan artikel yang tersiar di Mingguan Malaysia, "Hidup lebih positif - Ras Adiba", klik sini.
"Cintai diri sendiri," ringkas kata Ras Adiba Mohd Radzi atau lebih mesra dengan panggilan Dib.Bagi saya, ummu masyitah, Kata-kata Dib ini bagaikan inspirasi untuk saya. Menyintai diri sendiri bukanlah bermakna saya mahu mementingkan diri sendiri. Namun, ini membawa konotasi amat mendalam bagi saya.
Menyintai diri sendiri bagi saya, antaranya, memahami bahawa kejayaan masa silam saya bukanlah kayu ukur kejayaan masa depan saya. Kecemerlangan masa silam adalah sirah kehidupan saya. Ia bukan titik nokhtah untuk saya mencapai kecemerlangan pada masa depan, bukan jua kayu ukur kegagalan saya pada masa depan. Seringkali saya menggunakan konsep "Here and Now" semasa berhadapan dengan bekas pelajar saya samada yang berisiko tinggi atau pelajar harapan sekolah. Maka, nampaknya, kali ini, sayalah yang perlu mempraktikkan kemahiran ini dalam kehidupan saya.
Apa yang penting, apa yang saya lalui kini adalah wasilah dari Allah untuk lebih memahami dan empati kepada insan lain.Apa yang saya lalui kini adalah tarbiyah beharga dari Allah untuk saya lebih memahami erti kehidupan. Seperti kata seorang kakak angkat saya zaman sekolah, yang saya panggil sebagai Kak Chik menitipkan pesan,"Ujian Allah ini tanda kasih sayang Allah yang amat luas untukmu,dik. Usahlah bergantung kepada manusia, apatah lagi berharap pada suami.Kerana suami juga bukanlah hak milik kita...Allahlah sandaran kita dalam mengharungi kehidupan ini, dik".
Baiklah kita berbalik kepada kisah Dib.Nama Ras Adiba bukan lagi asing pada kita. Nama ini cukup sinonim dalam dunia penyiaran suatu waktu dahulu. Pada Julai 2002 Ras Adiba disahkan lumpuh separuh badan sehingga terpaksa menjalani pembedahan di Australia. Dulu dia seorang yang sangat aktif, menunggang motor berkuasa besar dan beraktiviti lasak. Namun, Ras Adiba hari ini lebih optimis walaupun cacat kekal.
Kini, hidupnya gembira dengan kehadiran anaknya, Umar Ras Engel Abdullah. Si kecil ini menjadi penawar dukanya.
Pengajaran dari perkongsian kisah Dib ini, sesiapa sahaja dengan izin Allah boleh menjadi insan kelainan upaya walaupun dia dilahirkan normal. Bagaimana seseorang itu mendepani ujian Allah itu yang penting.Seperti yang selalu diwar-warkan dalam radio IKIM.fm oleh salah seorang pemanggil OKU,"Sabar dan Syukur adalah kunci menjalani kehidupan secara optimis".
Bagi saya sendiri,secara peribadi,saya kagum semangat Dib untuk memelihara seorang anak kecil, anak lelaki pula tu. Lasak anak lelaki ni tak sama dengan anak perempuan.Semoga suatu masa nanti, saya dapat mendidik anak-anak saya sendiri bersama saya..Amin
artikel yang sangat berguna ni kak...syukran! ya cintailah diri sebelum menyintai orang lain ;)
ReplyDeleteBagaimana mungkin kita mengharapkan orang lain mengasihi diri kita, seandainya kita sendiri tidak menyayangi diri sendiri. betu tak Ummu?
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteTerima kasih ziarah blog ssya :)
Cintailah dirimu sendiri. Beri penghargaan. Beri pujian untuk keistimewaan-keistimewaan dalam dirimu sendiri. Terimalah ia adanya. Fahami kelemahan-kelemahannya. Lihat kembali perjalanan hidupmu ke belakang.
Mungkin kerana terlalu sibuk bercinta hinggakan terlupa untuk bercinta dengan diri sendiri.
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteinsanfakir...
bagus...end3 neh
ader,motivid yg tinggi...
kecekalan,ktabahan..ini lah
seharusnye..ade,padakite sume
trutama..kpd pendai'e ( pndakwah )
selain mningkatkan kimanan..juga mdpt krahmat Allah swt...,amen
betul apa yg ras adiba ungkapkan.
ReplyDeletekadang kala kita mencintai suami dan anak2 melebihi segalanya. belum tentu ianya kekal utk diri kita.
Ustazah Rafieah;
ReplyDeleteAjmain, Allhamdulillah. Cinta yang sungguh universal sifatnya. :)
Kakcikseroja;
Betul tu kakcikseroja.:).Teringatlah pula salah satu entry hot di blog akak tempoh hari.:)
Bro Abd Razak;
Waalaikumussalam, syukran kunjungan balasnya. Kaya dengan falsafah, sarat dengan titipan perjalanan.InsyaAllah, I'll do it...
AbuMuaz;
ReplyDeleteyelah,bila dah jadi isteri dan anak, sering saya terlupa melatakkan cintai diri sendiri ...
Damainnx;
waalaikumussalam (tolong jawabkan bagi pihak suami saya). Moga membawa manfaat pada semua....
Zue;
Begitulah erti kehidupan ini. Ini bukanlah bermakna kita menaruh syak dan waham kepada suami dan anak,cuma perlunya kita muhasabah kembali cinta yang selami ini kita curahkan.apakah cinta pada anak dan suami menyebabkan kita terleka sebentar untuk meberi waktu buat diri kita dengan Tuhan...
Kagum dengan Ras, tiba2 diuji dengan kehilangan nikmat kaki...namun tidak semua juga yg diuji begini sebertuar Ras...jika semua kes di highlight dan mendapat perhatian dan sokongan masyarakat, rasanya semuanya akan lebih bersyukur dengan nikmat kehidupan...
ReplyDeleteSalam Ummu Masyitah,
ReplyDeletemula2 terima ksaih krn ke blog kak n komen.
yg kedua, kak baca artikel ni dlm MM.. mmg benar apa yg dirasai dan diucapkan oleh "Dib" dan ummu..
Mudah2an dpt diambil iktibar oleh semua.
Menjaga diri sendiri juga menyayangi org lain adalah fardhu ain.
salam... betul apa yang dikata tapi agak sukar untuk melaksanakan apatah lagi jika tak berkerja semua bergantung pada suami hingga hilang siapa diri kita sebelum ni... tp sy redha segala ketentuannya dan berdoa hanya yang terbaik untuk sy dan keluarga... cinta illahi melebihi segalanya dan sy bersyukur kerana dapat membesarkan anak-anak sendiri sepenuh jiwa dan raga.
ReplyDeletesalam ukhwah...
ReplyDeleteassalammualaikum umm. masyitah..
ReplyDeletesalam ziarah & salam perkenalan,
saya dah lama tak membaca s/khabar, alhamdulillah ada artikel ras adiba yang diulas semula...
terima kasih...
salam, insyaAllah. moge harapan akak tercapai..Mendidik anak-anak merupakan suatu tugas yang bukan senang..Allahyubarik fik.
ReplyDeleteCG TG
kita perlu sayang diri kita kerana kita sayang orang2 yang disekeliling kita,
ReplyDeletemmg bleh jd inpirasi pd kita krn semangat akan mengubah hidup wlau camna pun keadaan kita :)
ReplyDeletesalam umi e,
ReplyDeletetrima kasih...
salam..
ReplyDeleteummu..
Tiada Nikmat yg paling berharga dalam menyintai diri lalah....NIKMAT IMAN & ISLAM
Satu Anugerah DAN Pilihan Allah SWT kepada kite...dgn nikmat ini.
Seharusnye,sentiasa bersyukur...
dgn..melakukan kebaikan dan mcegah kmungkaran..dan briman kpdnye...
temekasih...
ummu..
dari saya yg sahabatmu yg amat lemah dan yg tramat baik Allah swt.
salam ummu masyitah,terima kasih kerana sudi singgah ke blog akak yang tak seberapanya itu...seronok dapat kenal blog ni,banyak ilmu dan pengajaran untuk dijadikan pedoman...terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih kepada kawan-kawan semua;
ReplyDeleteSiti Sifir;
Terima kasih atas kata-kata Puan. Ia bagaikan suntikan semangat untuk saya.Menerima keadaan saya kini seadanya.
Kak Werdah;
Terima kasih atas perkongsian rasa akak dan kunjungan balas ke teratak saya.
naz_ilyn;
Tahniah Puan atas pengorbanan yang telah puan lakukan. Hanya Allah yang dapat membalasnya.Pasti kita rasa bagai ada sesuatu yang hilang apabila seolah-olah semuanya memerlukan suami melakukannya.Tapi Allah maha mengetahui tentang diri kita,yang kdang kala orang lain cuma boleh melihat dan membantu seadanya. Selainnya, kekuatan dari Allah kita sandarkan...
Ina Hashim;
ReplyDeleteSalam Ukhuwah fillah. TQ sudi ziarah ke sini...
a kl citizen;
Waalaikumussalam Terima kasih juga kepada cikgu di atas perkongsian bahan ilmiah itu (Matematik). Ia banyak membantu saya memahami apa yang sering suami saya debatkan dengan saya.Maklumlah sekarang saya dah tak bekerja,jadi banyak yang saya tak ikuti.
YM Tg Abd Ghafar;
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Amin. Alhamdulillah.Semoga saudara juga segera dapat posting.
Rosnanie;
Ya, betul tu Puan.Kalau kita tak syangkan diri kita, macam mana nanti orang-orang yang signifikan dengan kita.
Maiyah;
Ya, Betul tu Maiyah. Dalam apa keadaan pun,semoga soul kita kuat dan tabah. Lagilagi kita sebagai ibu yang masih mempunyai anak yang belum lepas sekolah...
Saudara Moeha
ReplyDeletewaalaikumussalam, Moeha.Lama tak dengar khabar saudara?Semoga Allah melindungi saudara selalu.
Damainnx;
Waalaikumussalam saudara. Terima aksih atas perkongsian dan peringatan itu. Benarlah, nikmat Allah itu tidak terhitung banyaknya.
Sebagaimana kata-kata motivasi dari suami saya selalu,"Cuba hitung berapa lama sudah Allah beri nikmat kesihatan,nikmat kaki, nikmat penglihatan, nikmat makanan dan pelbagai lagi nikmat yang Allah beri. tak terhitung kan banyaknya? Jadi, kenapa rasa sedih jika baru hanya sedikit yang Allah tarik nikmat itu?sedih hanya kan membawa putus asa. putus asa dari rahmat Allah hanya membawa kepada kekafiran"
Ima;
ReplyDeletewaalaikumussalam kak Ima.Terima kasih jua sudi bertandang ke teratak saya yang tak seberapa ni. Blog saya biasa je kak,kadang-kala blog ini suami saya yang tolong kemaskini.