Pages

Thursday, November 12, 2009

Gadis Itu

Gadis Itu

Petang Jumaat yang lepas, kami sekeluarga bertemu adik di tempat kerjanya untuk ke bandar atas satu urusan. Sewaktu kami melepasi pondok pengawal, kelihatan seorang gadis beruniform sekolah mengheret sebuah beg hitam. Dia berjalan kaki seorang diri di tepi bahu jalan. Sebuah beg besar beroda  hitam di belakangnya manakala sebuah beg sekolah disandangnya. Sesekali kelihatan dia berhenti, kemudian meneruskan perjalanan. Beberapa kenderaan besar melalui jalan raya utama itu dan tubuhnya seakan melayang ke tepi.

Spontan suami saya bertanya,"Eh adik,tu anak murid adik? Kenapa dia tak tunggu bas je? Heret beg tu nak ke mana?"

"Cuba berhenti kejap," ujar adik.

Tingkap kereta diturunkan,"Kamu nak ke mana ni?"

Gadis beruniform sekolah itu kelihatan terkejut. Wajahnya kemerahan dan sedikit kehairanan. Garis-garis keletihan jua terserlah dari wajah cerahnya. Dia sedikit mengundur ke tepi jalan. Nampak berhati-hati melihat kami sekeluarga.

"Saya nak ke Desa M," jawabnya.

"Kenapa tak tunggu di pondok bas je? Kan pak guard pun boleh lihat kamu di situ?" tanya adik.Maklumlah sebagai warden, adik memang mengambil berat akan hal pelajarnya sehingga masanya memang banyak ihabiskan bersama pelajarnya.

Dia kelihatan terpinga-pinga. Hati saya terdetak,begitu jua adik dan suami,"Mungkin dia bukan student adik. kalau dia student adik, kenapa dia macam tak kenal adik je?'

"Saya tak pandai nak naik bas,"jawabnya.

"Erm, kamu dari sekolah mana?"tanya dik.

"Sekolah XYZ,"

"Kamu jalan kaki dari sana tadi sampai ke sini?"tanya adik,suaranya dengan nada terkejut.

"Erm ya, eh tak. Tadi tumpang kawan sampai K,"jawabnya seperti menyembunyikan jawapan sebenar.

"Ya Allah jauhnya,"ujarku. Saya pernah lihat sekolah gadis itu semasa hendak ke Jerantut. Memang jauh.Saya yang naik kereta pun terasa penat. Lebih-lebih lagi kalau jalan kaki dan kena heret beg besar macam gadis ini bawa, memang letih.

"Betul tu. Kan jauh dari sekolah ke sini,"kata adik.

"Jomlah naik kereta dengan kami. Kami pun nak ke bandar ni," pelawa suami.

Dia semakin menjauh dari kereta kami,"Takpelah. Saya nak jalan kaki je. Lagipun dah dekat dah rumah saya".

"Ha awak nak jalan kaki ke D.M?"tanya adik lagi. "Naik je lah dengan kami,"sambung adik.

"Saya orang sini juga,"kata suami.

Melihat keadaanya yang was-was dengan kami, saya mengatur ayat,"InsyaAllah naik je lah dik. Ni pun anak-anak akak tak kisah." Si kecik kami dah sibuk memanggil kakak, kakak kepadanya. Si abang pun tersenyum-senyum padanya.

Dengan izin Allah, dia tidak berapa lama kemudian sudi menumpang kereta buruk kami. Itupun setelah puas dipujuk kami. Sepanjang perjalanan pun, gadis itu nampak takut-takut. Sepatah ditanya,sepatah dijawab. Kami memperkenalkan diri kami. Kadang-kadang dia ketawa kecil melihat telatah anak-anak kami.

Kami tidak salahkan gadis itu jika dia tidak mahu menumpang kereta kami. Kami faham, dalam keadaan sekarang, keselamatan diri perlu diutamakan. Terutama dengan orang yang tidak dikenali. Namun kami kasihan melihat tubuh kecilnya berjalan kaki sejauh itu.

Seperti kata suami,"Abang dah biasa hidup susah. Tahu macam mana susahnya nak pergi sekolah....Cuma zaman sekarang tak sama dengan zaman dulu, yang mana saling mengenali dan dulu juga tiada kes tidak diingini."

Sampai di hadapan kampungnya, dia menolak untuk kami hantar sehingga ke hadapan rumahnya. Kemudian, suami menurunkan beg berodanya.

"Belajar pandai-pandai ya. Nanti boleh masuk U. Kalau masuk matrik,boleh jumpa saya,InsyaAllah,"pesan suami saya.

Dia kelihatan teruja mendengar kata-kata suami saya. Sewaktu saya berjabat tangan dengannya, dia mengucapkan terima kasih.

Petang Jumaat itu meninggalkan memori yang cukup mengesankan hati kami....Seorang gadis, sebuah beg beroda,sebuah beg sekolah dibawa bersama segunung azam, demi kejayaan masa depan..



28 comments:

  1. Slam Kak,
    Sebenarnyer dia nak kemana tu??? Balik dari sekolah ke????

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Echam
    Ya,dia nak balik sekolah. kebetulan masa kami bertembungnya, dia di hadapan sekolah adik. Jadi kami sapa dia sebab adik saya warden kat sekolahnya. Rupanya pelajar tu dari sekolah lain. Jauhnya sekolah dia dengan sekolah adik mungkin ada 7 atau 8 km. Nanti saya rujuk balik en hubby ya berpa KM sebenarnya jarak itu,kerana gadis tu jalan kaki je dari sekolahnya.lepas tu dia cakap,dia jalan kaki dari Kerdau. Jadi tak pasti dari mana dia jalan kaki. Yang pastinya dia memang berjalan kaki dan jauh tuuuu

    ReplyDelete
  3. salam ummu masyitah..
    terharu kelly mendengar nye.. masih ada pelajar yang cekal sebegitu.. ada segelintir pelajar sekarang tak nak kesekolah kalau parents tak sediakan kelengkapan extra seperti motorsikal atau kereta.. tapi pelajar ni sanggup berjalan kaki semata2 nak menuntut ilmu.. semoga pelajar ini akan dapat apa yang dikejar..dan akan mengecap kesenangan dari segala perit jerih yang dilalui..

    tak lupa tahniah kepada ummu sekeluarga kerana prihatin dengan pelajar ini... budi baik ummu hanya ALLAH dapat membalasnye..

    ReplyDelete
  4. Mudah2an gadis itu mendapat keberkatan dalam hidupnya. Semoga dia sentiasa dalam perlindungan Illahi - tidak terdedah kepada kebobrokan masakini. Semoga Ummu sekeluarga juga mendapat rahmat kerana keprihatinan Ummua sekeluarga. InsyaAllah

    ReplyDelete
  5. Kelly;
    Pelajar itu memang tabah. Kami pun terharu dengan semangatnya. Mungkin dia ada masalah kewangan, tapi dia tak meminta pun dengan kami.Juga tak mengadu kepada kami.
    Amin,Alhamdulillah kelly atas doanya. semoga Allah memberkati kelly sekeluarga juga kerna mendoakan kami.

    ReplyDelete
  6. kakcikseroja;
    Amin. Pelajar itu memang nampak akan kesungguhanya. Alhamdulillah atas doanya akak. Semoga Allah memberkati jua akak sekeluarga

    ReplyDelete
  7. Terasa sayu hati jika pelajar tu berjalan kaki begitu jauh. Macam2 boleh fikir tapi kakchik rasa mesti hidupnya agak susah. Berdasarkan pengalaman dengan remaja, orang susah memang kuat semangat tapi tidak mahu dibantu.
    Dia bertuah dipertemukan dgn um. masyitah sekeluarga. Zaman sekarang ni berjalan sendirian sudah tidak selamat lagi tambah2 Islam pun melarang orang perempuan sendirian begitu.

    ReplyDelete
  8. salam,

    dah susah nak cari pelajar melayu yang berkualiti mcm ni... alangkah bertuah jika ramai lagi yang mcm adik ni... kita dah makin hanyut dengan nikmat yg tuhan bg... sampai menghampiri satu lagi perkara yg mampu membatalkn iman... masya'allah..!

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah la adik tu jumpe ummu Masyitah...errrmmm zaman skang nie mcm2 kes...sian adik tu....tringat zaman sekolah berjalan kaki...org lain dh naik basikal...fisa masih mengheret bag jalan kaki g sekolah...org lain dh naik motor/kereta...fisa baru nk naik basikal...waaaaa...syahdunyer...tringat dolu2...

    semoga adik tu cekal menghadapi keperitan hidup insyaAllah akan d balas dengan rahmatNye..

    ReplyDelete
  10. Kalau betul sejauh itu dah dia berjalan...kesiannya...

    ReplyDelete
  11. Adik tu Sekolah di Jerantut, balik bercuti hujung minggu. dia dah tumpang ayah kawan sehingga ke K, dari K ke sekolah adik kami tu may be 7 hingga 8km, menghala ke rumahnya di Desa M lagi 3-4 km. Desa M tu ada kalangan orang susah.

    ReplyDelete
  12. salam kawan-kawan;
    Terima kasih atas keprihatinan kawan-kawan.Tentang jarak perjalanan adik tu berjalan kaki,sebagaimana yang insanfakir,suami saya maklumkan di komen di atas.

    KakChik,
    Betul tu Kak chik.Dia macam enggan bercerita sangat. Kami pun risau kan keselamtannya. Anak gadis berjalan sendirian,walaupun di siang hari,bahaya juga.

    ReplyDelete
  13. Moeha;
    Kita harapkan semoga lebih ramai lagi anak gadis dan pemuda kita yang tidak kalah sebelum berjuang. semoga lebih ramai pemuda pemudi yang teguh mendepani arus globalisasi.

    Fisa;
    Mesti Fisa seorang yang kuat kan. Tabah dan bermotivasi tinggi.Alangkah indahnya jika saat-saat lalu dapat kemudiannya diambil iktibar oleh generasi hari ini kan, Fisa.

    ReplyDelete
  14. sitisifir;
    Tengok wajah dia pun dah letih je. tapi masih cekal...

    Insanfakir;
    terima kasih en hubby atas penerangan tambahannya ya.:)

    ReplyDelete
  15. salam...
    ummu..
    moga..Allah mrahmati fimili ummu
    mmbantu n mlindungi..pelajar tu
    wyma...skrg,amat x selamat tok pelajar..trutama gadis...bjln-jln ksorangan...kan

    ReplyDelete
  16. Semoga Allah merahmati muslimah itu. kesiannya.

    ReplyDelete
  17. sedihnya. memang ada orang lebih susah dari saya.

    ReplyDelete
  18. selalu sy pesan kat anak ppuan sy pergi dan balik sek hati2 dan jgn ikut org yg tidak dikenali.

    mcm um. yg nak tumpangkan gadis tu naik...mungkin dia berfikir juga org ni boleh dipercayai atau tidak.

    ReplyDelete
  19. salam... moga dia berjaya dalam pelajaran dan kehidupan berbekal kecekalan dan kesungguhannya... kekadang rasa tersentuh melihat pelajar yang serba kekurangan tapi masih lagi kuat semangat.

    ReplyDelete
  20. Salam. Kena ziarah rumahnya..... mungkin ada sesuatu nyg cuba disembunyikan. Sekarang ramai orang yg susah dalam kehidupan. Contoh adik madhihah pelajar cemerlang tuuu..

    ReplyDelete
  21. moga adik tu akan berjaya, tgk dr semangatnya pasti dia adalah sorang yg tak kenal kalah :)

    ReplyDelete
  22. salam ummu,apa khabar?
    lama tk jenguk sini...

    kesian adik tu...

    Allah dh mhantar ummu skeluarga tuk menolong adik tu....

    ReplyDelete
  23. salam..
    betul ke dia ke umah kawan?harap2 dia bukan lari dr umah.nauzubillah.

    kdg2 ada niat nak tumpangkan org yg berjalan kaki.mgkin dia memerlukan pertolongan.tapi takut niat kita disalah ertikan dan ditambah saya pun takut kalau silap menumpangkan org yg berniat jahat.

    ReplyDelete
  24. Damaiinx;
    waalaikumussalam. ALhamdulillah. kebetulan sahaja dia berpakaian sekolah dan berada di hadapan sekolah adik. sebagai warga pendidik, adik merasa prihatin atas kebajikan pelajarnya,walaupun sbenarnya pelajar itu dari sekolah lain,yang juga guru-guru di situ adalah kenalan kami juga.Dulu pernah orang lelaki tahan kereta kami semasa melalui Jalan Tasek bera. Walaupun nampak lelaki itu berkopiah tetapi bimbang dengan perkara tidak diingini,kami tak berhentikan kereta. Maklumlah masa tu anak masih dalam hari dan si abang pernah demam meracau apabila kami membantu menolong orang yang accident di kawasan itu dulu.

    ReplyDelete
  25. ishare whomyrare;
    Waalaikumussalam.terima kasih atas doanya.Semoga Allah bantu saudari juga,boleh saya ziarah blog saudari pula?

    Zue;
    Itulah Zue. Mungkin sebab tu,dia agak menjauhkaan diri dari kami semasa kami bertanya dengannya.

    sebenarnya,asalnya kami menyangkakan dia adalah pelajar adik kerana sebagai warden asrama,adik perlu ambil tahu hal pelajarnya. Sebab hari jumaat memang sesetengah pelajar dibenarkan pulang atas kebenaran warden dan mengikut giliran mingguan balik yang ditetapkan sekolah.Rupanya pelajar dari sekolah lain.

    ReplyDelete
  26. Naz Ilyn;
    amin. Semoga lebih ramai lagi anak-anak remaja kita yang gigih menuntut ilmu.

    Abu_Muaz;
    Terima aksih atas cadangan itu.Kami tidak tahu rumahnya di mana.Hanya tahu kampungnya sahaja.

    Maiyah;
    Amin. sama-sama kita doakan kejayaan nya.

    Azilah;
    waalaikumussalam.Alhamdulillah,sihat,sihat cara orang macam saya. Hu hu.Terima kasih sudi bertandang ke sini ya...
    Alhamdulillahirabbilalamin...mungkin Allah mendengar doanya...

    HappyIrfa;
    InsyaAllah,petang Jumaat tu,dia balik cuti hujung minggu kerana sekolahnya antara sekolah berasrama terbaik di tempat kami.

    Zaman sekarang ni,memang kita pun serba salah nak tumpangkan orang kan Irfa,takut kita bagai melepas anjing tersepit pula.Pernah jua semasa melalui kawasan plantations dan tiada perkampungan,ada pekerjanya yang menahan kereta kami untuk pergi ke masjid(Solat jummat) tapi bimbang kselamatan,kami tak berhenti walaupun di hati rasa kasihan dengannya...

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah, di zaman sekarang semasa remaja sedang seronok berfoya2, bila jumpa pelajar cekal macam ni sangat mengharukan. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati beliau. Kalau masyitah n suami jumpa lagi dengan adik tu, mungkin boleh bertanya lanjut, kalau perlu mungkin bantuan boleh diberikan

    ReplyDelete
  28. Rosnanie;
    InsyaAllah Ros,saya akan cuba ya.

    ReplyDelete