Pages

Friday, December 11, 2009

Senduduk, Boleh Makan Ke?




Pokok Senduduk


"Senduduk, Boleh Makan Ke?" tanya seseorang pada saya.

"Boleh," jawab saya ringkas.

Di sini saya catatkan pengalaman saya semasa dalam proses berpantang bersalin.

Saya pun tahu daun senduduk ini bagus untuk kesihatan badan, dan tenaga ibu selepas melahirkan anak, setelah bapa mertua saya mencarikan beberapa jenis daun di sekeliling rumah dan di ladang.

Daun senduduk ini salah satu ramuan yang digunakan oleh bapa untuk membuat nasi ulam untuk wanita selepas beranak. Alhamdulillah, bdan saya rasa bertenaga dan proses 'breasfeeding' juga berjalan lancar.

Oleh kerana saya menjalani proses bersalin secara pembedahan, dan ada komplikasi, saya nak terus makan set bersalin atau jamu terasa tak berani. Namun dengan pemakanan nasi ulam ini, syukur Alhamdulillah tiada masalah yang timbul.

12 comments:

  1. Salam Ummu..

    masih ramai antara kita yang tidak mengetahui khasiat tumbuh2an yang sesetengahnya tumbuh meliar di sekeliling rumah (terutama di kampung) :)

    ReplyDelete
  2. Salam um masyitah,

    benar daun senduduk boleh dimakan.. tp kak tak pernah amalkannya.. cuma ketika kanak2 dulu selalu makan buahnya.. mmg enak..alhamdulillah.. n masyaAllah..

    ReplyDelete
  3. camana nak mkn ni ye, mentah ker kena celur dulu? kecik2 dulu biasa kn buah dia yg warna purple tu

    ReplyDelete
  4. wah..
    ummu...bagus tuh
    senduduk nie....mudah nnak dpt
    tok...lelaki,macne plak....
    heheheh....

    ReplyDelete
  5. salam um.masyitah...akak dulu kecik2 sampai biru2 mulut makan buah sendudok...sendudok memang bolih makan

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam kakcik.Sebelum berkahwin dengan suami, memang saya tak tahu kak apa kegunaan pokok dan daun yang tumbuh di keliling rumah.

    Waalaikumussalam Kak werdah.Oh akak makan buahnya?Saya ada dengar buahnya bagus untuk pempuan?Tapi saya tak pernah memakannya.

    Kak Nanie,daunnya direbus bersama daun-daun-daun herba yang lain (dicelur), kemudian ditoskan airnya dan dihiris kecil-kecil digaulkan dengan nasi kak.

    Damainnx;erk tak taulah pula. Hi hi. Cubalah Produk Hiraq Qowwi atau Kasih Kekanda atau Kopi Radix. (Iklan lah pulak ni)

    Maiyah; ya untuk ibu-ibu sesuai sangat.

    waalaikumussalam Kak Erna.Rasanya apa ya kak? Buahnya saya tak pernah makan...

    ReplyDelete
  7. Salam ziarah..wahh..menarik..

    walaupun kita lelaki..
    kene tau jugak nie..huhu

    apapun terima kasih kongsikan
    sesuatu yg menarik nie..

    apapun baru tau daun senduduk boleh dimakan nie..huhu

    p/s:
    ceria2 n senyum2 slalu

    ReplyDelete
  8. Salam. Senduduk boleh makan. Dulu mak saya ambil pucuk senduduk dan direbus dengan pucuk betik sebagai ulam. Masa tu masih kecil, takut nak makan. Wallahualam.

    ReplyDelete
  9. fisa tau pasal pokok senduduk nie bile baca 1 novel..p biler tanya mak die x pnh makan so x dapat lerr ku nk belajar memakannye...;)

    ReplyDelete
  10. sedap ke buat ulam tu..
    tapi teman mmg pernah dengar orang makan daun ni..

    ReplyDelete
  11. ye ke... saya masa kecik pernah lah makan buah nya yang dekat dalam bunga tu...
    pernah dengar juga orang makan daunnya.. tapi tak pernah cuba..
    thanks atas info.. :)

    ReplyDelete