KESENGSARAAN ITU PENUH HIKMAH
Tidak selamanya rasa sakit itu tidak beharga, sehingga harus dibenci. Kerana kemungkinan rasa sakit itu justeru akan mendatangkan kebaikan bagi seseorang.
Sesungguhnya , ketulusan sebuah doa muncul tatkala kesakitan yang perit dan ketulusan tasbih yang
sentiasa terucap dating dari hati yang sakit. Begitu juga penderitaan dan bebanan yang dialami oleh seseorang pelajar untuk menuntut ilmu, yang pada akhirnya menjadikan seseorang pelajar itu seorang ilmuan terkemuka.
Demikianlah, kerana dia telah bersusah payah di awal perjalannya, sehingga ia boleh menikmati kesenangan di akhirnya.
Usaha keras seorang penyair memilih kata-kata untuk bait-bait syairnya telah menghasilkan sebuah karya sastera yang sangat menawan. Sakit hatinya telah menyentuh hati dan urat saraf serta membuat darahnya bergemuruh, kemudian gejolak jiwa itu mengarahkan pemikirannya untuk merungkai kata-kata yang indah. Usaha keras seorang penulis telah menghasilkan tulisan yang sangat menarik dan penuh dengan pengajaran, contoh-contoh dan petunjuk.
Seorang pelajar yang hidup berfoya-foya, tidak aktif, tidak pernah menghadapi masalah dan tidak pernah ditimpa musibah, kemungkinan besar ia akan menjadi orang yang malas, enggan bergerak dan mudah putus asa.
Seorang penyair yang tidak pernah merasa sakit dan pahit getirnya sebuah kehidupan, maka untaian syair-syairnya hanya akan terasa hambar dan hanya terisi dengan kumpulan kata-kata murahan yang tidak bernilai.
Ini adalah kerana syair-syairnya hanya keluar dari lisannya, bukan dari perasanya. Apa yang diutarakannya hanya terbatas kepada pemikirannya sahaja dan bukan dari hati nuraninya.
Di dunia ini, ramai orang yang kaya kerana mereka mampu menjadikan penderitaan sebagai perantaraan mencapai kekayaan. Oleh kerana itu, jangan lah takut akan penderitaan.
Usahlah khuatir dengan kesengsaraan. Kadang kala penderitaan itu memberikan kekuatan bagimu dan akan menjadi sebuah kenikmatan pada suatu hari nanti.
Jika kita hidup dengan hati membara, terbakar dan jiwa bergelora kerana penderitaan, akan lebih terhormat daripada hidup dengan perasaan yang dingin, semangat yang layu dan jiwa yang lemah.