Pages

Monday, July 26, 2010

Imam Muda episod ke 9

Imam Muda Episod ke ; penuh Airmata



Kali ini saya terpanggil untuk meninggalkan komen Imam Muda, episod 9. Meski terlambat ditulis di sini, harapnya ia tetap bermakna.

Imam Muda Episod ke 9 di Astro Oasis bagi saya ia penuh pengajaran dan iktibar.  Ia memang penuh air mata. Kisah bapa-bapa yang tinggal di Rumah Seri Kenangan Seremban..

Bak kata salah seorang 4 Imam Muda Episod 9,"Kalau boleh, sekarang juga, saya nak balik cium ibu saya. Kalau boleh biarlaha ntara adik beradik yang ramai itu, kitalah yang menjaga ibubapa kita". Semoga kita ambil pengajarannya.
 

Petikan berita di akhbar dan youtube.

(Sila pause lagu  di sidebar kanan posting blog ini untuk menonton youtube di entry ini,TQ)
Credit to; iamyiwern @ youtube

Oleh Ridzuan Abdul Rahman
mamadridzuan@hmetro.com.my
2010/07/23

Sejak mula ke udara pada 28 Mei lalu dengan menampilkan 10 peserta, Imam Muda semakin menghampiri kemuncaknya apabila menyingkirkan dua peserta pada minggu kelapan, menyaksikan persaingan antara Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, yang bersaing bagi merebut tempat untuk ke final.

Acara kemuncak itu akan berlangsung di Dewan Muktamar, Menara Pusat Islam. Kuala Lumpur pada 30 Julai ini.

Begitupun impian untuk ke matlamat berkenaan bukan mudah kerana menurut pengetua Imam Muda, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz, semakin ke penghujung, cabaran yang diberikan kepada peserta semakin kental.

Untuk siaran pada minggu kesembilan, empat peserta yang tinggal diberi tugasan mendekati orang tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan, Seremban pada 17 Julai lalu dan menyelami perasaan mereka yang tinggal di rumah berkenaan.

Mereka juga perlu memenangi hati warga emas di situ yang dipilih untuk dijadikan sebagai bapa angkat. Semua tugasan ini memerlukan strategi sendiri bagaimana mahu melakukannya.

Sungguh menyayat hati kunjungan mereka ke sana sehinggakan ketika hendak berpisah dengan empat Imam Muda ini, ayah angkat mereka menangis kerana terharu.

Isu perdebatan yang ditampilkan juga sangat menarik, berkisarkan mengenai sikap anak yang sampai hati meninggalkan orang tua mereka di rumah orang tua.

Keempat-empat mereka tampil dengan pandangan sendiri mengenai isu ini. Ada yang kontra antara satu sama lain namun matlamatnya mahu mencari jalan penyelesaian kepada masalah sosial yang makin membarah sekarang. Semua mereka bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik kerana persembahan di pentas dan setiap apa yang dilakukan akan mengundang markah daripada pengetua.

Terdahulu sebagai pembuka program, keempat-empat Imam Muda ini berduet dengan penyanyi nasyid, Nazrey Johani dalam lagu I'tiraf yang begitu menyentuh perasaan. Keikhlasan mereka terpancar. 
dipetik dari; klik sini.

No comments:

Post a Comment