Pages

Saturday, October 23, 2010

Bunyi apa itu, Ibu?



Hari ini, Alhamdulillah, sekali lagi ibu dapat menikmati kasih sayang anak-anak ibu. Syukurlah Sabtu ni ibu dapat berehat sedikit setelah untuk beberapa minggu Sabtu, ibu dan anak-anak bergelut  di pagi-pagi hari. 

Bagaimanapun, anak-anak ibu pun pagi-pagi sudah bangun tidur. Si kecil ibu kemudiannya muntah. Diikuti si abang selepas makan pagi.
Anak-anak ibu tidak sihat hari ini. Demam. Maklum semalam tinggal dengan tuk. Habis bermain hingga petang. Tapi kalian tetap ceria. Berlari ke sana ke mari. Tidak mempedulikan hingus yang sesekali keluar.

Kemudina dari sebalik tingkap, Anak kecil ibu kemudian bertanya,"Bunyi apa itu, ibu?"

IBu pun mendengar juga. Tetapi bila ibu lihat keluar hanyalah pepohon hutan. Ibu sendiri tidak pasti apakah nama binatang yang mengeluarkan bunyian itu. Yang pasti ia bukannya burung.

Lalu ibu jawab,"Unggas nak,"

"Nggas tu bird ke bu?" tanya si kecil ibu agak pelat sedikit.

"Serangga, dik," jawab ibu.

"Serangga seperti cengkerik bu?"tanya si abang.

"Ya,nak,"jawab ibu lagi.Tapi bunyi cengkerik lainlah bu. Yang bunyi-bunyi tu binatang serangga apa?"tanya si abang lagi.

Terkebil-kebil ibu nak mencari jawapan. Maklumlah ibu sendiri tidak mengetahui spesis apakah yang sedang berbunyi itu.

"Maaf nak, ibu memang tidak tahu. Cuba tanya ayah ya," jujur ibu berkata. Harapan ibu, anak-anak akan mencari ayah mereka pula.

"Ibu, ibu dulu sekolah tak?"tanya si abang dengan kehairanan dan sambil memegang tangan ibu.

"Sekolah. Ibu sudah tentu sekolah. Kalau tidak bagaimana ibu dapat masuk universiti kalau sekolah ibu tidak pergi,"jawab ibu lagi.

"Kalau ibu pergi sekolah, kenapa ibu tak tahu itu bunyi binatang apa?Kan di sekolah ada banyak ilmu?" tanya si anak lagi dengan menegerutkan keningnya.

Terpukul seketika si ibu. Tetapi wajarkah si sibu meninggi kan suara pada si anak kecil yang jujur ingin tahu. jujur meluahkan rasa?

Ya Allah, berikan hambaMu petunjuk untuk mencari jawapan terbaik untuk anak-anak ini.

Ibu cuba membina ayat, ayat yang mempunyai aras serendah mungkin untuk anak usia 8 tahun ke bawah boleh menerima dan anak seusia 2 tahun boleh memahami.

"Anak-anak ibu. Sekolah memang tempat ilmu.  Di sekolah ada macam-macam ilmu yang kita dapat. Cikgu-cikgu ibu pun sudah mengajar ibu dengan baik sekali. Cuma, kadang kala dalam hidup kita ini, ada perkara dan ilmu yang kita perolehi bukan di sekolah sahaja. Mungkin kita boleh dapat ilmu dari seorang pakcik yang sedang menjaga anak lembu, yang sedang menyebak buah sawit, yang sedang halau kambingnya supaya jangan pergi ke ladang orang lain. Ilmu juga boleh kita dapat bila kita duduk di tempat orang, di tempat baru dan susasana baru,"jawab ibu.

anak-anak ibu mengelilingi ibu. Yang kecil di pangkuan ibu.

"Jadi, sejujurnya ibu sendiri tidak pernah mendengar bunyi haiwan apakah yang sedang kita dengar sekarang. Di tempat ibu tinggal dulu, tiada hutan pokok-pokok hijau macam di belakang rumah kita. Kalu ibu nak bermain pun, hanya dalam rumah sebab di sekeliling ibu rumah-rumah dan kalau jalan sedikit lagi dah penuh dengan kenderaan serta bangunan-bangunan."

"Di belakang rumah kita  sekarang ni pula ialah hutan simpan. Banyak haiwan yang kita tidak pernah nampak di bandar ada di sini. Sebab tu anak-anak ibu kenalah bersyukur kepada Allah, kerana kita  dapat merasai nikmat kehijauan alam sekitar yang masih terpelihara. Setiap hari kita dapat hirup udara yang bersih. Secara tak langsung udara yang bersih ni membantu merawat kesihatan ibu," terang ibu panjang lebar.

Kemudian ibu menunjukkan gambar cicak yang agak besar. Gambar cicak besar itu kami ambil di sekitar kami. 
"Lihat contoh cicak ni. Kan besar kan?Matanya besar. badannya bintik-bintik. Ni anaknya dah dekat 5cm. Belum ibubapa dia lagi. Inilah kelebihan kawasan yang masih kaya dengan pokok-pokok hutan,"terang ibu lagi.

Syukur alhamdulillah selepas itu si abang sudah memahami apa yang cuba disampaikan ibu. Si kecil kemudian merengek meminta susu. 

Ya Allah besarnya tarbiyahMu...Benarkan, anak-anak kecil itu pun juga adalah tarbiyah dariNya.

p/s: Untuk kawan-kawan ibu, nanti bila line internet agak stabil dan tak terputus-putus macam sekarang, ibu kan usahakan upload gambar cicak besar tu ya. Kalau tak di sini, mungkin di blog Jurnal kehidupan yang sekarang pun tengah tak boleh nak masuk.



No comments:

Post a Comment