Alhamdulillahirabbilalamin, petang yang nyaman ini saya berkesempatan mengupdate blog yang sudah sekian lama terbiar. Bila Lama Tak Update Blog, rasa dah tak tahu nak memulakan cerita dari mana. Saya ingin mengucapkan terima kasih untuk teman-teman bloggers yang sudi follow blog ini meskipun saya tidak mengemaskini blog peribadi ini.
Syawal sudah pun berlalu. Kini Zulkaedah pula menjelang tiba. Zulhijjah bakal menjenguk pula. Jaamah haji Malaysia pun sudah ada yang berlepas.
Kisah Syawal kami, belum sempat saya uploadkan di sini. Oleh itu, izinkan saya mencoret sedikit memoir indah itu. Kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi, kerna Syawal ini saya berkesempatan bertemu insan yang pernah banyak berjasa kepada saya. Meski perjalanan agak jauh dan melelahkan seorang seperti diri ini, segalanya hilang pabila rindu yang bertamu sekian waktu dapat dituntasi.
Namun hajat saya untuk menemui seseorang yang sedang berada di sebuah wad ICU tidak tercapai. Ini kerna, untuk ke wad tersebut, saya dikhabarkan bahawa saya perlu naik tangga. MasyaAllah. Perkara itu agak sukar untuk saya lakukan buat masa ini. Lalu saya cuma melihat dari luar hospital. Memandang sayu.
Bumi indah itu memang menggamit memori. Tempat jatuh lagi kan dikenang. Inikan pula tempat menimba ilmu dan merajut ukhuwah. Sutera kasih yang semoga tidak kan luput dek waktu.
Syawal ini amat bermakna buat saya sekeluarga. Bersyukur ke hadrat Allah di atas kesempatan yang diberiNya. Bertemu sanak saudara. Saling berziarah dan bertanya khabar. Anak-anak kecil insan paling gembira meraikan syawal tiba.
Perjalanan melalui lebuhraya Utara Selatan setelah melewati Lebuhraya Pantai Timur
Sawah padi luas terbentang
Mereka sedang menangkap ikan
Di sekitar Bandaraya Alor Star
Di majlis sambutan Hari Lahir anak saudara sepupu, anak Bang Mie.
Meriah dengan anak-anak kecil yang jauh dan dekat saling berkumpul.
Semua berkumpul. Tua dan muda bersama.
No comments:
Post a Comment