Bila 1st Time dapat Tag
Bila pertama kali mendapat tag, rasa tak tahu nak jawab apa pun ada, rasa gembira pun ada. Terima kasih Vic, klik sini.
1)Perasaan hari ini
Gembira alhamdulillah puas dapat membantu insan lain walau dengan cara sendiri.
2)Sebab berblog
Tujuan asal ialah Untuk bekas pelajar saya membaca coretan saya dan ia memberi kepuasan kepada saya.
3)Dapat hadiah Dari Langkawi harini,alhamdulillah,
Ni antaranya.
4) Saya rasa nak kongsi gambar lagi,
Melalui kawasan banjir di Kedah semasa nak ke langkawi hujung minggu lalu.
5) Gambar perjalanan nak Ke Langkawi,
6) Hari ini ada majlis kesyukuran, saya turut dijemput. Alhamdulillah. Banyak sungguh makanan yang diberikan kepada saya. Saya kemudian berikan kepada yang lebih memerlukan.
7) Blog ini bermula dengan raudhatulukhuwah.blogspot.
8) Caklam, ialah follower blog saya yang pertama.
Waktu itu, blog saya hanya kawan-kawan dan bekas pelajar sahaja yang tahu,. Maklumlah bekas pelajar saya ingin melihat anak-anak saya Apabila ada yang sudi menjadi follower saya dari kalangan bloggers yang mempunyai ramai follower, perasaan kat hati Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya. Terasa diri dihargai. seperti yang Vic catatkan di sini, klik sini.
Berbalik kepada blog Caklam, Blog beliau sangat bagus. Ini adalah kerana di dalam blognya mengandungi banyak ilmu berkenaan bahasa Melayu dialeg Pahang.
Dialeg Pahang sangat unik. Jadi dengan melayari blog beliau, saya dapat menguasai serba sedikit dialeg negeri ini. Pada masa itu, saya masih aktif bekerja dan kumpulan sasaran saya banyak menggunakan dialeg ini. Walaupun suami anak Pahang tetapi suami lebih suka saya berdikari dalam memahani bahasa ini. Oleh itu medium internet ini saya gunakan sebaiknya, dan terima kasih untuk Saudara Caklam. URL blognya ialah http://caklam.blogspot.com/tetapi sudah tutup pun. Kemudian beliau buka blog hulukerut.wordpress.com. Saya cuba masuk tetapi juga sudah tiada.Saya ternanti2 kemunculan tulisannya.
9) NadiaYuna; salah sebuah blog yang sering saya layari pada peringkat awal dulu.
Pada peringkat awal saya belum berblog lagi saya suka baca blog Nadia. Saya masih baru dalam blogspehere. Sebab? Saya pun tak tahu. Tapi di situ, ada pelbagai rasa berbaur.Mungkin kami ada kesamaan, pelajar sebuah IPT. Kebetulan ada entry Nadia situasi di kampusnya dan kebetulan Nadia ada memegang jawatan di kolej kediaman IPT tersebut. Mungkin di situ titik kesamaan yang membuatkan saya suka baca blognya walaupun jarang sangat tinggalkan komen sebab tak tahu nak tulis apa. Tapi saya dapati Nadia dah jarang update blognya. Rindu pula nak baca celotehnya. Saya jumpa blog beliau melalui blog SarahShukor.http://nadiayuna.blogspot.com
10) Dapat kekuatan dengan berblog
Alhamdulillahhirabbilalamin, bersyukur pada Allah saya bertambah motivasi apabila membaca coretan pengalaman kawan-kawan di luar sana. Samada hendak fully BF masa anak baby lagi, atau pun apa sahaja. Bro Moeha, seorang OKU fizikal dan penglihatan, Maiyah, kak Werdah,Bro KS
Begitu juga ada beberapa para ibubapa yang cekal. mereka tabah membesarkan anak-anak OKU. Pada masa itu saya masih blogspot lagi. Alhamdulillah ada yang sudi add blog saya ini di blog mereka. Terima kasih kawan-kawan.
Mereka saya ada link kan blog mereka di My-RU link, klik sini. Atas sebab tertentu, blog ini kemudiannya berkubur dari alam maya...Tetapi semangat dari kakchik keluargaku sayang, klik sini .Walaupun kini saya cuba hidupkan balik blog ini, nampaknya kawan2 follower awal saya mungkin tidak tahu blog ini telah dihidupkan kembali.
Rasanya setakat ini dulu catatan saya. Sekali lagi terima kasih Vic.
Lynn pun dah buat tag ini, jom tengok tag beliau, klik sini.
Assalamualaikum Ummu
ReplyDeletetaniah di tag
tanda ada orang ingatkan ummu
Wassalam
Terima kasih kak ummu..
ReplyDeleteBanyak yang saya pelajari dari tulisan kak ummu hari ni..
Antara nya pasal 'tag' lagi la.. hehehe (budak baru belajar ni..)
wah kena tag ya Ummu?
ReplyDeletethanks ya
boleh saya kenali Ummu,:)
salam ummu..sungguh teruja dapat tag ye..alhamdulillah jika dapat menggembirakan ummu..akak mual2 dapat dulu.tak jawab pun..tak tau nak buat camana..
ReplyDeleterajinnya jawab tag
ReplyDeleteSalam ziarah Ummu..
ReplyDeleteSemoga sihat dan dirahmati ALLAH selalu...sedap coklat tuh..huhu..nak sket.. :p
Salam ummu....
ReplyDeletemama dah jadi follower blog ummu yg lama tu...raudhatulukhuwah.blogspot dulu kini dan selamanya kan kankan...
waalaikumussalam Tn Rozali
ReplyDeletepening juga nak jawab,tuan,
TQ sudi singgah sini
TQ Vic,sudi tag akak
ReplyDeleteakak pun budak baru belajar,juga Vic
wanitasuci,tq kembali sudi baca coretan bebelan saya ni.
ReplyDeletesalam Kak erna
ReplyDeletekalau tag yang memeningkan kepala
memang kita boleh jadi ampai mual2 kak.tq kak erna sudi baca entry bebalan saya ni
sesekali,bro iman.:)
ReplyDeletesalam cik Shinju
ReplyDeletememang sedap, Cik Shinju.
waalaikumussalam mamawana
ReplyDeletetq ya mamawana cayang.:)
Terasa ceria hidup ini bila kena tag. Tetapi ada juga yang tidak dilayan. Atas sebab peribadi dan terpaksa menolaknya dengan baik.
ReplyDelete