Pages

Tuesday, November 30, 2010

Lambaian Pandanus Odorus

Lambaian Pandanus Odorus

Ketika myukhuwwah baru berpindah ke tempat tinggal baru kami beberapa bulan lalu, rumah yang kami duduki telah lama ditinggalkan penyewa lama. 

Masalah lipas adalah salah satunya di rumah baru yang kami tinggal ini. Mungkin disebabkan penyewa lama telah lama meninggalkan rumah ini.

Keadaan ini sangat tidak digemari oleh myukhuwwah yang alergik dengan lipas. Nak-nak kalau dia terbang.  Rasa macam nak terbang juga macam dia dan tangkap dia,:)



Apabila kami meletakkan pokok pandan, sekali dengan akar-akarnya, syukur alhamdulillah masalah ini dapat diatasi.

Lipas lari, rumah berbau wangi, jimat pun jimat sebab pokok pandan ini merimbun di belakang rumah jiran. Minta aje dengan jiran sebelah rumah yang sangat baik hati dan banyak membantu kami.Alhamdulillah.

Ternyata, pandan bukan setakat berguna untuk wangian, bunga rampai dan masakan seperti nasi lemak.


 Bunga rampai, sumber gambar, klik sini

 Nasi lemak.

 Bahkan jua dalam menghalau serangga seperti lipas ini.

Di sini saya muat naik juga, artikel Bagaimana Untuk Menghapuskan Lipas. Semoga ianya bermanfaat.
Bagaimana cara untuk menghapuskan lipas.

Artikel tulisan : HAFIZ ANUAR BIN ABDULLAH 

Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka. Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.


Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar. Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.

Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:

Jangan biarkan sampah sarap di rumah.
Selalu cuci bilik air. Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.

Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi. 

2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.
*Ingat : MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

 

Mengurangkan lebuhraya lipas 
Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur. Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat. Begitu juga di ceiling.

Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya. Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.

Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
Dua bahagian tepung gandum
Satu bahagian koko
Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau.
Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!

Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas. Entry ini dipetik dari entry salah seorang follower teratak ibu myukhuwwah, klik sini.

Sekian. Wassalam


11 comments:

  1. salam kak

    nak cubalah halau lipas dengan pandan

    ReplyDelete
  2. Selain menghalau lipas pandan juga banyak kegunaannya.

    ReplyDelete
  3. salam ummu..tak sangka kan..pandan boleh menghalau lipas..nasib baik akak ada tanam pandan..insyaallah nak cuba jugak..

    ReplyDelete
  4. selalu pukul lipas, pas ni tak mo pukul lagi dah

    ReplyDelete
  5. salam ummu...
    nanti saye nk cube gune pandan tu..geli betul dgn lipas ni...

    ReplyDelete
  6. waalaikumussalm Iman,cubalah insyaallah berkesan

    ReplyDelete
  7. waalikumussalam kak erna
    oh akak pun ada tanam pandan ya?
    baguslah senang sikit nak ambil kan kak.pandan ni banyak kegunaannya

    ReplyDelete
  8. tulah Sari,dulu saya pun tak tahu asal jumpa lipas suruh anak picit lipas tu

    ReplyDelete
  9. waalikumussalam Ain,eloklah tu.
    jimat pun jimat

    ReplyDelete
  10. Oh, saya tak tau pun boleh bunuh lipas dengan air sabun. Good info, ummu. Thanks for sharing. :)

    ReplyDelete