Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah, hari ini kita masih lagi menyedut udara bersih. pada pagi yang cerah ini, ibu cuba menulis sesuatu di sini. Kabus pagi masih menyeleubungi bumi di persitaran ibu. Nyaman udara di sini menyegarkan kembali ibu. Alhamdulillah.
Apa khabar kawan-kawan ibu? Harap-harap semuanya dihat-sihat sahaja.
Apa khabar juga adik-beradik ibu, sepupu-sepapat, saudara mara dan sahabat-sahabat ibu yang membaca coretan ibu? Jiran ibu di atas rumah ibu yang kini sedang berada di kampus di Perak, apa khabar juga?
Ketika ibu menidurkan anak-anak ibu, ibu melihat wajah mereka. Rasa sedih pula di hati. Kerana ibu tidak dapat menjalankan komitmen ibu sebaiknya.
Si kecil meragam minta ibu dokong. Dia ingin digendong. Seperti mana pembantu kami pernah lakukan. Sedangkan ibu tidak mampu menggendong anak ibu. Ibu pujuk anak ibu dengan kaedah lain.
Ketika sedang ibu mendodoikan si kecil, si abang kelihatan termenung. Ada titisan air mata mengalir. Apabila perasan ibu memerhatikannya, dia cepat-cepat memalingkan tubuh ke arah dinding.
Ibu bertanya kepadanya,"Mengapa abang termenenung?" Ibu tidak bertanya terus, mengapa dia menangis.
"Ibu, tadi Si A cakap dengan abang yang ibu ni bla, bla, bla, bla," terang si abang. Pun masih bersembunyi lagi.
"Takpelah. Dia tak tahu keadaan sebenar ibu.Dia cuma nampak begitu2 sahaja. Biarkan jelah, dia,"
"Tapi ibu abang bukan seperti itu. Abang tahulah. Abang yang duduk dengan ibu. Bukan dia," sedikit meninggi suara si abang.
Ibu sebenarnya ter'sentap' dengan apa yang dikatakan oleh Si A. Tetapi segera ibu bawakan fikiran ibu kepada yang indah-indah, yang muluk-muluk dan yang mulus-mulus.
Ibu mesti kena sedarkan diri ibu dahulu. Jika ibu mengikut kata hati yang negatif dek terkesan dengan kata-kata si A, manusia dan hamba Allah jua seperti ibu, maka ibu juga yang merana. Dan yang utama, anak ibu. Anak ibu yang semakin membesar ini.
Tabahnya Nabi Muhammad SAW
"Nabi Muhammad SAW diuji dengan macam-macam perkara. Tetapi Baginda SAW tetap bersabar. Sebab apa Baginda SAW tetap bersabar? Sebab Baginda tahu Allah ada bersamanya. Baginda juga sayangkan umatnya.....
"Kenapa kita mesti buat baik pada orang yang mengata kita, ibu?"tanya si abang mohon penjelasan.
Kemudian ibu bercerita lagi,
"Pernah sewaktu Nabi sedang solat, Nabi dibaling najis unta. Lalu, anaknya Fatimah Az Zahra membantu membersihkan najis tersebut,"
"Nabi tetap mendekati manusia dengan hikmah dan bijaksana. Nabi berkata dnegan kata-kata yang baik, walaupun kepada orang yang menyakiti hatinya,"
"Walaupun kita tidak mampu menjadi sebaik Nabi, tapi kita jadikanlah peribadinya sebagai contoh. Jadi, cubalah tidak membalas balik kata-kata si A, ya nak. Hormati dia sebagai orang tua,"
Kemudian ibu bercerita lagi Kisah Nabi Muhammad SAW. Jiwa anak kecil sepertinya kelihatan memberontak dan ingin membela lemparan kata yang dihulurkan oleh Si A. Nampak dia ingin membela ibunya. Tetapi ibu perlu membimbingnya agar anak kecil spertinya tidak tertekan dengan situasi yang dilaluinya.
Mengapa Allah tak makbulkan Doa?, Ibu?
"Mengapa Allah tak makbulkan doa abang? Sebab abang banyak dosa ke, ibu?"
Tersentap ibu mendengar persoalan anak ibu. Aduhai anak, sudahlah anakku. Janganlah menyesakkan fikiran dengan perkara-perkara yang berat. Masa anak-anak adalah masa riang ria.
"Allah tak makbulkan doa abang bukan sebab abang ada dosa. Abang kan belum baligh lagi. Kanak-kanak yang belum baligh, dia masih belum ada dosa. Dia masih suci macam kain putih bersih tu," terang ibu.
"Jadi, kalau abang takde dosa, kenapa doa masih tak dimakbulkan Allah?" tanya si abang lagi.
Ibu menghela nafas panjang. Otak ibu sedang ligat mencari ayat yang sesuai. Letih siangnya bekerja di luar rumah dan di dalam rumah, masih belum hilang.
"sebab, Allah nak dengar abang terus berdoa dan merayu kepada Allah,"
"Allah nak abang terus berbaik sangka kepada Allah. Dan sebenarnya, Allah sayangkan abang,"
Matanya terkebil-kebil. Aduhai, anak, masihkah belum puas lagi jawapan ibumu?
"Allah sayangkan abang, ya ibu?"tanyanya lagi.
"Ya, sebab tu Allah beri dugaan kepada abang, sabar atau tak dalam menghadapi ibu yang berkerusi roda. Dalam masa yang sama, Allah kan dah banyak berikan nikmat dan rahmatNya untuk abang," terang ibu lagi.
Kemudian dia bagai masih tidak berpuas hati.
"Allah always be there, sayang. Dia sentiasa ada di sisi kita. Mendengar doa abang. Allah dah banyak Menolong abang selalu kan?"
"Sudah nak, tidur ya. Hari sudah malam," pujuk ibu.
"Tidur dengan tenang, jangan fikirkan yang bukan-bukan ya," kata ibu lagi.
Ibu tidak mahu fikirannya terganggu. tambahan pula sekarang sedang peperiksaan akhir tahun.
Demikianlah sedikit catatan ibu dan anak ibu hari ini.
Di kesempatan ini juga, ibu ingin kongsikan Tips Langkah Menuju Bahagia.
Tips ini ibu taipkan setelah ibu teringat seorang keluarga pesakit di katil sebelah ibu suatu waktu dahulu, bertanya kepada ibu, "Bagaimana adik menghadapi situasi adik sedangkan adik masih muda lagi?"
Mungkin ibu tidak mampu buat semunya. Namun sama-samalah kita renungkan kembali, kerna bahagia adalah impian setiap insan, insyaAllah.
Tips ini ibu olah semula dari Majalah MIDI April 2010.
- UCAPKAN SYUKUR
- MENULIS JURNAL
Tuliskan pengalaman kita yang positif. Jika boleh 3 minggu berturut-turut. Kajian yang dilakukan mendapati ia dapat meningkatkan emosi kita.
- OLAHRAGA
- BERTAFAKKUR & SUJUD SYUKUR
Sujud Syukur juga merupakan suatu terapi yang baik, apatah lagi sujud yang kita lakukan sewaktu solat fardhu 5 kali sehari di dalam Islam. Terdapat 5 rukun iaitu:
a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
b. Sujud satu kali sahaja.
c. Duduk selepas sujud dan
d. Memberi salam.
Tentang cara sujud syukur ini, sumbernya ibu ambil dari al-ahkam, klik sini.
Seorang kawan ibu, wajahnya kelihatan tenang dan kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya. Bila ibu risik-risik, rupanya kawan ibu ini suka melakukan sujud syukur. Subhanallah
- BERBUAT BAIK
Buatlah sesuatu yang boleh menyenangkan insan-insan di sekeliling kita. Juga kepada kawan-kawan. Contohnya mengirinkan emel pendek berisi kata-kata motivasi kepada seorang sahabat, SMS mengandungi kata hikmah kepada saudara, senyuman ikhlas untuk suami, dan anak-anak serta insan-insan di sekeliling kita.
Pasti kawan-kawan ibu di luar sana juga mempunyai lebih banyak tips yang boleh kita kongsikan bersama.
try
ReplyDelete