Pages

Sunday, February 27, 2011

Bila kena reject....

Bila kena reject....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Maaf sudah lama ibu tidak dapat mengemaskini blog open diary ibu ini.

Minggu ini, ibu mendapat surat rasmi tentang permohonan ibu untuk daftar JKM-OKU.

Bila kena reject, sedih itu ada. Blog-blog ibu pun ibu tiada mood nak tulis catatan sendiri. Kebanyakannya copy paste dari akhbar arus perdana je. Oh iya, ibu tahu ibu kena sabar. jadi ibu catatkan Halatuju Selepas STPM kat wordpress ibu.

Bila dah kena reject, Hmm nampaknya, tak tahulah lagi bila ibu dapat dan dibenarkan bawa kenderaan sendiri.

Bila ada kenderaan sendiri, walaupun kereta buruk sekalipun, ia akan memudahkan urusan ibu mengambil anak-anak dan menghantar anak-anak ke sekolah. Tidak lah asyik memohon bantuan insan lain, meskipun sebenarnya ibu dikelilingi oleh insan-insan yang prihatin. Alhamdulillah.

Bila jengah blog Maiyah, Fuhhh...belum complete lagi, klik sini,
 dan pastinya nampaknya ibu perlu bersabar lagi, yang entah berapa lagi, ...ibu akan dapat kad itu.

Setakat yang ibu tanya dengan sekolah memandu di sekitar tempat ibu tinggal, mereka tiada sediakan kereta untuk belajar bagi oranag macam ibu. Cadangan mereka, ibu kena usahakan kenderaan yang bersesuaian dengan situasi ibu dan dengan tempat belajar memandu untuk dapat lesen memandu bagi orang-orang macam ibu. Mana ibu nak cari ya?

Ya Allah, semoga Dikau tetap bersama ku....

Monday, February 21, 2011

Semangat Malaysia Boleh

Semangat Malaysia Boleh



Semangat tinggi yang ditunjukkan oleh Azizulhasni Awang, dalam keadaan menahan kesakitan akibat betis kirinya tercedera tertusuk serpihan kayu trek, pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang tetap menamatkan perlumbaan untuk muncul juara keseluruhan Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di sini, pagi semalam.

Tahniah diucapkan kepada  Azizulhasni Awang.


Petikan dari Utusan Malaysia :

"Bagaimanapun pingat gangsa itu sudah cukup buat Azizulhasni muncul juara keseluruhan Piala Dunia Klasik mengatasi Chris Hoy dan berada di ranking No.1 dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bagi acara keirin."

Petikan dari Berita Harian, Betis Tembus Tertusuk Kayu, klik sini.

Sunday, February 20, 2011

Tips Rambut Sihat Walau Bertudung

Tips Rambut Sihat Walau Bertudung
http://www.myukhuwwah.com/






Tips Rambut Sihat Walau Bertudung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar teman-teman myukhuwwah? Semoga sihat-sihat dan ceria selalu.

Jika lihat pada tajuk, Tips Rambut Sihat Walau Bertudung, myukhuwwah merasa terpanggil untuk sama-sama berkongsi tips ini. Jika kawan-kawan ada tips tambahan, silakan tambah ya.:)

Myukhuwwah beberapa hari lepas didatangai seorang pelajar yang baru memakai tudung. Sebelum ini pelajar berkenaan tidak bertudung. Antara yang ditanya oleh pelajar berkenaan ialah "Adakah rambut akan kelihatan cantik dan terurus jika meamakai tudung?"

Baiklah, terus kepada point...

Kualiti rambut, sedikit sebanyak mencerminkan kebersihan adan kesihatan seseorang. Bertudung atau tidak, kualiti rambut tetap penting. Pernahkah kita mendengar, "Mahkota Wanita"?

Tudung adalah sesuatu yg digunakan untuk menutup aurat wanita iaitu rambut. Rambut adalah perhiasan atau mahkota bagi setiap manusia di alam ini. Terutamanya bagi kaum wanita. Malah ramai sebilangan wanita sekarang ini sanggup berhabis ratusan ringgit semata-mata untuk mendapatkan rambut yang sihat,cantik,dan bersinar.

Tip Penjagaan Rambut Bertudung

1) Pilihlah tudung daripada kain kapas yang mudah menyerap peluh dan memudahkan peredaran udara.

2) Walaupun ingin berfesyen, cuba elak melilit tudung di bahagian leher kerana akan menghalang  pengaliran udara.

3) Elak memakai 2 lapisan tudung dalam 1 masa.

4) Hindari menggunakan anak tudung setiap hari. 

5) Jika kita sering terpaksa berada di bawah pancaran matahari, sila pilih tudung bewarna cerah atau putih. 

Myukhuwwah sendiri jika memakai tudung gelap atau hitam ketika beraada di bawah sinaran matahari, myukhuwwah lebih mudah terasa lebih panas dengan cepat dibandingkan jika memakai tudung bewarna cerah. Maklumlah warna hitam atau gelap selelaunya menyerap semua warna,kan?

6) Jika berambut panjang, elak mengikat kuat di dalam tudung yang akan menghalang peredaran udara berlaku.

7) Selepas membuka tudung, urai rambut untuk membenarkan udara masuk. Jika perlu, keringkan peluh di kulit kepala dengan kipas angin,

8) Pastikan rambut betul-betul kering selepas dicuci sebelum mengenakan tudung bagi mengelakkan rambut berbau .

Kalau basah-basah juga rambut itu, terus dipakai tudung, myukhuwwah pasti rambut pun jadi berbau dan akan gatal-gatal dengan kemunculan kelemumur. kalau kena pergi kuliah pagi-pagi, atau terus kerja sampai 8 jam, seperti myukhuwwah ini, mahunya muka boleh jadi moyok sebab. Jadi nak elakkan hal ini terjadi, lebih baik keringkan rambut kita betul.betul.
Selalunya myukhuwwah rasa, dengan hair dryer boleh membantu mengeringkan rambut dengan cepat.

9) Penggunaan hair dyer dan sikat.

Jika gune hair dryer, pastikan  pada suhu tinggi. Berdasarkan pengalaman myukhuwwah, kalau guna suhu rendah, masa untuk kering biasanya lambat sikit. Yang tak bestnya, akan  menambahkan faktor  rambut cepat rosakkan. Ops yang tak bestnya, jika gunakan hair dryer terlalu kerap kan membuatkan rambut kusam.

Sikat. tang sikat niii, eloklah guna yang gigi penuh and rapat untuk dapatkan rambut halus. Apabila tidak bertudung, eloklah ambil masa itu untuk menyikat rambut. Menyikat rambut membuat rambut lebih bersinar.  tetapi menyikat rambut 100 kali sebelum tidur seperti ceritera puteri-puteri di kisah-kisah dongeng tak akan membuat rambut anda kelihatan  lebih cantik. Malah, akan membuat rambut terlihat lebih parah. 

Elakkan juga menyikat rambut ketika rambut basah sebab ini akan mebuatakan rambut senang putus.

10) Pilih syampoo  yang sesuai dengan rambut untuk elakkan kerosakan rambut

Pastikan pilih syampoo yang sesuai . Lihat rambut anda ada masalah atau tidak. Namun bagi myukhuwwah, apa yang penting, shampoo itu mestilah HALAL. Sebab halal dalam kehidupan kita bukan setakat makanan bahkan jua bahan-bahan lain yang kita gunakan.
Oklah, jika rambut bermasalah contohnyer kelemumur, bercabang, kering,rambut gugur, rambut berbuah, mudah putus, cepat kusut, bercabang dan gatal kulit kepala.

Oh iya, Rambut juga kebal terhadap shampo. Tugas shampo hanyalah untuk membersihkan rambut. Lalu mengapa shampo kegemaran  Anda tiba-tiba terasa tidak lagi bekerja seperti biasanya? Shampo mengandung bahan yang memberikan kelebihan untuk penataan. Maka ketika itu, mungkin shampoo yang sering anda gunakan itu sudah tidak sesuai dengan anda.

11) Guna air sejuk untuk membasuh rambut. selalulah mencuci rambut. Paling sikit, 2 kali seminggu.

Air sejuk sangat sesuai untuk membantu menyegarkan kulit kepala kita.Gunakan lah air sejuk semasa  hendak membasuh rambut.Kalau dah sejuk macam tempat myukhuwwah ini, memang selalulah guna air panas , biasanya pada bilasan terakhir sila basuh rambut anda dengan air sejuk. 
Air sejuk dapat membantu mengecilkan pori-pori kulit kepal. Ia juga menambahkan sinar pada rambut dan mencegah rambut kasar. Rambut yang dibilas dengan air sejuk dapat  membuatnya terlihat lebih bersinar. Namun hasil tersebut tak akan berlangsung lama jika Anda tidak mengeringkan rambut dengan betul.
12) Tidak perlu mencuci rambut setiap hari terutama jika sebelum pergi kerja., jika tidak dikeringkan betul-betul Jika hendak mencuci setiap hari, eloklah pada waktu petang selepas balik kerja. Ini untuk elakkan rambut terperap dalam keadaan berbau sebab rambut lembap. Juga hendak elakkan dari terjadinya rambut bercabang.
13) Ikat rambut dengan kemas dan elakkan Mengikat rambut di area yang sama berulang-ulang .
Mengikat rambut di area yang sama berulang-ulang boleh  membuatkan anda  kebotakan. Jadi, disarankan sesering mungkin kita menggantikan cara ataupun letak ikat rambut di kepala. Jika memang harus mengikat kepala, pun, usahakan untuk mengikatnya dengan cara  dan alat yang tak terlalu ketat. Pilih alat pengikat rambut yang agak longgar. 
Getah rambut, Ikat rambut, topi,  bandana, dan lainnya yang dikenakan di rambut  dengan terlalu kerap boleh mengakibatkan kebotakan jika ditempatkan di posisi yang sama.

14) Jangan gosok rambut dengan kasar semasa mengeringkan rambut dengan tuala. 
 Myukhuwwah percaya, jika gosokkan rambut dengan tuala secara kasar, ia kan memudahkan rambut gugur dan menjadi kasar. Eloklah lurut rambut dengan perlahan. 

Tips myukhuwwah seterusnya: Hindari Rambut Rosak Dengan:

Di sini, myukhuwwah ingin berkongsi tips ini. Mungkin kawan-kawan ada tips lain, silakan tambah ya.:)

1) Ambil protein secukupnya. Tetapi, usah berlebihan kerna didapati  pengambilan berlebihan makanan berasaskan protein tidak merangsang pertumbuhan rambut.
2) Pilih makanan yang kaya dengan sulfur seperti kacang soya, kacang, susu dan ikan.
3) Ambil Vitamin B kompleks yang mengandungi biotin serta Vitamin A dan C. 
4) Elakkan mengambil gukan dan kafein berlebihan. 
5) Bagi rambut berminyak, sila Gunakan shampoo  yang boleh digunakan setiap hari.
6) Bagi rambut berkelumumur, ambil beberapa biji limau nipis dan dibelah 2, kemudian sapukan diatas kepala dalam masa 30minit, kemudian cuci dengan air yang bersih. Amalkan 2 kali seminggu sebelum mandi.
7) bagi rambut bercabang, myukhuwwah cadangkan satu petua lama, iaitu daun inai.
Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda. Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas. 
 
Petua Melembutkan rambut

Cubalah petua-petua lama ini. Myukhuwwah sekadar berkongsi info, dan keberkesanannya adalah dengan izin Allah Taala jua. 
Kaedah yang pertama dengan menggunakan kangkung. 
Untuk meelembutkan rambut, kita boleh mengambil sayur-sayuran yang tumbuh melata di sekeliling rumah kita seperti kangkung ini. Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Letakkan  enam camca air suam  di dalam bekas. Kemudian  ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir pada kangkung itulah disapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. 
Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu. 
Cara  kedua dengan menggunakan susu tepung.
Ambil dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Susu tepung produk Muslim juga sudah ada di pasaran seperti Biomil, Ilham dan Biolac.
Bancuh dengan air suam lebih kurang 60 celsius. Kacau dan perahkan air limau nipis. Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6 jam. Apabila pekat bolehlah dilumurkan pada rambut anda. Biarkan selama sejam dan bilas. Amalkan selalu, insyaAllah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus. 
Cara  ketiga dengan menggunakan lendir daun bunga raya.
Kalau di tepi rumah ada pokok bunga raya, ambillah daunnya dan ramas sehingga keluar lendirnya. lendirnya ini berdasarkan pengalaman myukhuwwah inshaAllah berkhasiat dalam penjagaan rambut.
    Santan kelapa uga berguna untuk merawat rambut wanita...


p/s: Rambut Adalah Aurat Bagi Wanita Muslim

Sekian, wassalam.


Thursday, February 17, 2011

Kalau mereka tiada..

Kalau mereka tiada, apa agaknya akan jadi pada bumi kita?


Besar jasa mereka. Walaupun hujan membasahi bumi, mereka tetap menjalankan tugas dan amanah mereka. Walaupun gaji mereka tidaklah setinggi mana, mereka tetap bersabar menjalankan tugas mereka meskipun terpaksa saban waktu menghidu bau-bauan yang tidak enak dan memualkan.

Sungguh besar jasa mereka pada kita, kan?

Tuesday, February 15, 2011

Hari ini dalam sejarah

Selamat Menyambut Hari Lahir Nabi Muhammad SAW



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Selamat Menyambut kelahiran nabi Muhammad SAW pada hari ini, 12 rabiulawwal 1432 Hijrah  dan jua bersamaan 15 Februari 2011.


Daripada saya untuk saya;
Wahai saya, tabahkanlah hatimu. Meski tiada simpati dan pengertian dari insan lain, wahai diri, teruskanlah 'langkahmu' dengan keteguhan hati. baik sangkalah pada Allah TuhanMu yang selalu mendengar doa hambaNya.

wahai diri saya,
usahlah mengharap simpati orang. Kamu sendiri yang kena bangkit. Bangkit kembali bak kata Kak Werdah.
Biarpun kini kamu berada di tahap paling bawah kehidupanmu, dan paling bawah dalam kerjayamu, bahkan bagaikan tiada dalam ruang tugasmu, usahlah bersedih dan berduka hati.

Kamu ada anak-anak. Pandanglah dan renungkanlah mata kecil mereka yang mengharap simpatimu. yang dahagakan kasihmu. Meski jarang kamu dapat sentuh diri anak-anakmu, namun biarlah ia meninggalkan kesan yang positif di hati mereka.

Anak-anakmu, adalah obor untukmu bangkit kembali. Maka janganlah merasakan kehadiran mereka menyusahkanmu mseki  kamu susah untuk bergerak.

sekarang kamu berada di daerah orang. Di rantau orang. MESKI sebangsa dan segama namun bukan dari keluargamu, maka  pandai-pandailah bawakan dirimu di tempat orang.

Wahai diri saya,

Pandanglah wajah anak-anakmu...pandanglah mereka. pandanglah mereka...



Hujan dan Mentari, klik sini. 

Cintai diri, klik sini.

Wahai diri, bacalah ini, http://www.myukhuwwah.com/2011/02/dia-pernah-mencintaimu.html
semoga dirimu kuat dan cekal mengharungi kehidupan ini.

Sekian,wassalam.

Sunday, February 13, 2011

Kapal Terbang Kertas Kami

Kapal Terbang Kertas Kami dan Dunia seorang Ibu

Hujung Minggu seorang ibu... waktu inilah seperti biasa adalah waktu meng operasi membersihkan semua bilik di rumah ini. Walaupun rumah kuarters, ia tetap rumah ibu sekeluarga. Mestilah dibersihkan selalu. Maklumlah kawasan tempat ibu tinggal ni, antara kawasan yang dah jadi kawasan pembiakan denggi yang hot kat negeri ni.

Seminggu, 6 hari bekerja, memang meletihkan fizikal ibu yang memang tak seberapa OK ni. Namun aktiviti bersama-sama anak membuatkan ibu lupa pada kesakitan dan kepenatan.Jom kita tengok gambar kapal terbang kertkeluarga ibu dan anak-anak ...

 

Pada pagi Sabtu semalam, anak kecil ibu pula menangis merayu,"Janganlah tinggalkan adik kat school. Ibu, tolonglah adik, jangan tinggalkan adik. Adik nak ikut ibu work,'' menangis merayu-rayu adik sambil menarik-narik pakaian ibu.

Bersungguh-sungguh adik merayu. Aduhai, anak, anak. 

Kursus Pengacara Majlis

Bagaimanapun, ibu bersyukur dapat memperoleh ilmu baru, berkaitan pengacaraan majlis, pengucapan awam dan protokol. 

Semasa ibu belum berkerusi roda beberapa tahun dahulu, ibu ada juga mengikuti kursus sebagini. Biasanya kursus sebegini, paling kurang 4 hari 3 malam yang ibu hadiri.

Kali ini, sehari...walaupun singkat tempohnya, ibu bersyukur dapatlah meng update minda ibu yang pernah menjadi temporary housewife selama 2 tahun. Ibu ucapkan terima kasih kepada majikan ibu yang sudi memeberi peluang kepada ibu menambah ilmu pengetahuan sama seperti staf yang lain yang normal. Alhamdulillahirabbila'lamin.

Baiklah, hujung minggu begini, pasti kawan-kawan ibu ada yang mengambil kesempatan berehat sahaja di rumah. Pastinya, ada juga yang mengambil peluang untuk bersantai bersama keluarga. Berhati-hati ya di jalan raya...


Dan, takziah diucapkan oleh myukhuwwah kepada keluarga ADUN Kerdau yang telah meninggal dunia. Klik sini.AlFatihah...

Friday, February 11, 2011

Dia Pernah Mencintaimu

Dia Pernah Mencintaimu


Entry ini dipetik dari blog Ustaz Abu Saif, http://saifulislam.com, untuk renungan ibu dan teman-teman blog yang sudi menjengah teratak myukhuwwah ibu.

Dia Pernah Mencintaimu

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

Persoalan. 

Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?

“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Aneh.

Mencintai insan yang belum ada.

Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.

Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa.

Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.

SENYUMAN PERPISAHAN

Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.

Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,

Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.

Wajah itu mengubat rindu mereka.
Tiga hari yang hilang warna dan sepi.
Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.
Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.
Sangka mereka itu senyum kesembuhan.
Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…

Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.
Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” 
Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.

Tangan itu rebah terkulai.
Basah dalam bejana air.
Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.

Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.

Merindui saudara-saudaranya.
................Kita.

SEBUAH PERTANYAAN CINTA

Justeru…
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….

“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]

Thursday, February 10, 2011

Imej Apakah Ini?

Imej Apakah Ini?



Khabarnya diambil oleh Stesen MSNBC....Ada pendapat menyatakan ia hantu. Tapi, benarkah?