Pages

Sunday, February 27, 2011

Bila kena reject....

Bila kena reject....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Maaf sudah lama ibu tidak dapat mengemaskini blog open diary ibu ini.

Minggu ini, ibu mendapat surat rasmi tentang permohonan ibu untuk daftar JKM-OKU.

Bila kena reject, sedih itu ada. Blog-blog ibu pun ibu tiada mood nak tulis catatan sendiri. Kebanyakannya copy paste dari akhbar arus perdana je. Oh iya, ibu tahu ibu kena sabar. jadi ibu catatkan Halatuju Selepas STPM kat wordpress ibu.

Bila dah kena reject, Hmm nampaknya, tak tahulah lagi bila ibu dapat dan dibenarkan bawa kenderaan sendiri.

Bila ada kenderaan sendiri, walaupun kereta buruk sekalipun, ia akan memudahkan urusan ibu mengambil anak-anak dan menghantar anak-anak ke sekolah. Tidak lah asyik memohon bantuan insan lain, meskipun sebenarnya ibu dikelilingi oleh insan-insan yang prihatin. Alhamdulillah.

Bila jengah blog Maiyah, Fuhhh...belum complete lagi, klik sini,
 dan pastinya nampaknya ibu perlu bersabar lagi, yang entah berapa lagi, ...ibu akan dapat kad itu.

Setakat yang ibu tanya dengan sekolah memandu di sekitar tempat ibu tinggal, mereka tiada sediakan kereta untuk belajar bagi oranag macam ibu. Cadangan mereka, ibu kena usahakan kenderaan yang bersesuaian dengan situasi ibu dan dengan tempat belajar memandu untuk dapat lesen memandu bagi orang-orang macam ibu. Mana ibu nak cari ya?

Ya Allah, semoga Dikau tetap bersama ku....

11 comments:

  1. salam kak ummu..
    saya harap kak ummu tidak berputus asa..mungkin ada hikmah disebalik apa yg berlaku..
    hanya allah yg mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya..semoga kak ummu tabah mengharungi segala dugaan dan ujian darinya..

    ingatan utk diri saya juga..

    ReplyDelete
  2. Asslamu'alaikum Ummu,

    Benar-benar menagih kesabaran yg tinggi. Sedih juga kakak dgn situasi begini. Selalu panjatkan solat hajat Ummu moga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum ummu

    Kak doakan agar ummu tabah menjalani kehidupan.. insyaAllah dengan berkat kesabaran ummu suatu hari nanti ummu dapat juga apa yang diimpikan...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum ummu,

    semoga sabar dan tabah... insyaallah ada peluang untuk ummu suatu hari nanti tu

    teruskan mencuba lagi

    ReplyDelete
  5. assalam ummu..
    knp ya dorang rejek.. mungkin ummu perlu pegi lagi dptkan rekemen doktor.. sy nk tnya ummu bwk kete camne, mksud sy yg brsesuaian mcmna ya guna tgn saje mcm sy ke.. kalo sesuai mcm sy bleh sy bg pnjm kete utk ujian memandu tu

    apapun jkm tu perlu bg alasan knp rejek kan.. ummu kene jmpa doktor krn rekemen doktor kan kuat

    ReplyDelete
  6. waalaikumussalam Nurrr
    terima kasih ya Nurr atas nasihat Nurr.

    ReplyDelete
  7. waalaikumussalam kak zakie
    terima kasih kak zakie atas nasihat kak zakie.

    ReplyDelete
  8. waalaikumussalam kak werdah
    terima kasih ya kak atas nasihat akak, take care dan jaga kesihatan baik2 ya kak werdah.

    ReplyDelete
  9. waalaikumussalam ibuintan
    amin, inshaAllah,terima kasih kak ibuintan atas nasihat akak

    ReplyDelete
  10. assalam maiyah
    jkm beritahu, borang yg saya gunakan borang format lama.:(.jadi saya kena isi baru borang permohonan dengan borang format baru,b danermakna kena tunggu appoinment dgn doctor yang berikutnya.

    sekolah memandu di sini maklumkan, mereka tiada sediakan kereta kancil untuk beljar kepada golongan oku fizikal.:(

    ReplyDelete
  11. singgah sini. salam ziarah. sabar kak ummu. Ada hikmah yang kita tak tahu.

    Menarik sepanjang March

    ReplyDelete