Bahagia Itu subejektif...
http://www.myukhuwwah.com/
Bahagia. Apa Itu bahagia? Acapkali juga klien myukhuwwah mengajukan soalan ini.
"Mengapa keluarga saya tiada bahagia, Ummu?"
"Mengapa ayah memperlakukan begitu pada ibu, cikgu?
"Bahagiakah saya jika selama ini saya terpisah daripada ibu bapa kandung saya?"
"Saya inginkan keluarga bahagia, saya rindukan ibu ayah saya. Saya tak mahu tinggal di rumah kebajikian lagi,"
Dan soalan bonus lagi cepu emas dituju kepada myukhuwwah:
"Bahagiakan Puan, dalam kondisi puan perlu berkerusi roda?"
"Adakah suami puan bahagia dengan puan?"
Bahagia itu subjektif sifatnya sayang. Bahagia itu bersifat maknawi.
Sesungguhnya sayang, dengan mengingati Allah, hati-hati kita kan menjadi tenang. Kerana masakan Allah beri kita segala kesusahan, kerumitan, kesakitan dan segala keperitan bertimpa-timpa untuk menzalimi hambaNya.
Allah tidak pernah zalim kepada hamba-hambaNya sayang.
Bahagia seorang anak
harmoninya sebuah keluarga, mesra dan eratnya hubungan ibubapa anak, eratnya cinta suami isteri, itulah antara impian seorang anak. Impian seorang remaja.
Berdasarkan kes-kes yang myukhuwwah kendalikan, ramai remaja yang terganggu dalam pelajaran apabila ibubapa berantakan dan krisis keluarga serta krisis kewangan keluarga yang tidak ditangani dengan bijaksana oleh si bapa.
Ciri-ciri wanita solehah...
Beribadah bersungguh-sungguh kepada Allah SWT.
Sabar dalam menempuh ujian (kesusahan) dari Allah dan dalam
mengerjakan perintah-perintahNya.
mengerjakan perintah-perintahNya.
Tidak jemu-jemu berusaha mengajak ahli keluarga kepada kebaikan dan
keredhaan Allah.
keredhaan Allah.
Redha dengan suami yang telah dijodohkan dengannya oleh Allah.
Menghormati suami dan ibubapa serta keluarga suami.
Mematuhi perintah atau kehendak suami selagi tidak bercanggah dengan
syariat.
syariat.
Tidak mengkhianati harta suami, kehormatannya, tempat tidurnya, atau
sebagainya ketika suami tidak ada di rumah.
Mendoakan keselamatan dan kesejahateraan suami dunia dan akhirat.
Sentiasa dalam keadaan yang bersih, kemas, dan berwangi-wangian ketika suami
berada di rumah, tidak keluar rumah tanpa izin suami.
berada di rumah, tidak keluar rumah tanpa izin suami.
Sentiasa memohon maaf atau bertaubat jika melakukan kesilapan atau
kesalahannya.
kesalahannya.
Dan antara persoalan yang dilontarkan kepada myukhuwwah:
Namun bagaimana saya hendak mengecapi bahagia jika:
Pokok persoalannya, bagaimana mahu diperolehi bahagia seandaninya situasi inilah yang berlaku?
- Mampukah bahagia seorang isteri yang sentiasa dikhianati suami tercinta, dilayani penuh kasar dan tidak dihargai segala pengorbanannya?
- Mampukah bahagia seorang ibu yang anak-anaknya lupa akan dirinya?
- Mampukan bahagia seorang insan yang sentiasa dirundung malang sejak kecil hingga dewasa; lepas dari mulut harimau, masuk pula ke mulut buaya?
- Mampukah bahagia seorang isteri yang dimadukan suaminya selepas dia memulakan perkahwinan dengan kosong dan setelah bertahun-tahun melayari jatuh bangun, pahit getir, susah senang , suka duka bahtera rumahtangga bersama-sama? tiba-tiba diduakan suaminya
- Mampukah bahagia seorang isteri yang suaminya kaki perempuan dan sentiasa bercinta di depan mata, kemudian mengaku insaf tapi tidak lama kemudian meneruskan kembali kecurangannya sedang makan pakai dan nafkah zahir batin si isteri sendiri terabai?
Pelbagai lagi pola dan rentak kehidupan serta drama lakonan dunia yang perit, pedih dan sengsara, mampukah bahagia dalam kemelut dunia begini?
Ya! kita mampu . Jawapannya mudah; bahagia itu terletak di hati kita sendiri bukan nya kerana orang lain dan corak kehidupan kita.
Selagi kita mampu mengawal pemikiran kita untuk sentiasa tenang, sabar, ikhlas dan redho, selagi itulah kita akan mengecap bahagia.
Bagaimana mahu mengawal pemikiran?
Tanamkan hakikat bahawa ALLAH itu MAha Adil. setiap apa yang kita lalui adalah yang terbaik untuk kita.Apa sahaja kebaikan atau keburukan akan tetap ada balasannya.
Suami yang curang, menipu, lalu? Mengapa kita mahu susah hati menderita mengenangkan sikapnya yang tidak menghargai diri kita sebagai isteri?
Pastinya Allah itu tidak menzalimi kita dengan memberi kita suami yang begitu sedang wanita lain, sahabat karib kita sendiri dianugerahi suami yang pijak semutpun tak mati…
Tentunya bukan hak kita untuk mempertikaikan taqdir itu.. sedang taqdir itu datang dariNYA.
Tapi menjadi hak kita untuk redho, sabar , tenang dan ikhlas menerima keadaan diri kita yang sering ditipu dan dianiaya suami dengan tetap meneruskan kehidupan kita dengan penuh semangat dan tak sedikitpun merasa kudis.
Menjadi hak kita juga untuk keluar dari keadaan itu dan menjalani kehidupan bersendirian sebagai janda atau ibu tunggal dengan tetap tersenyum ikhlas terhadap taqdir kita.
Menjadi hak kita juga untuk berusaha menjinakkan kembali suami dan menerima seandainya belum termakbul doa kita melayari bahtera rumah tangga impian.
Walau apa pilihan kita, kita adalah hamba pada Tuhan yang tidak pernah menganiaya hambaNYA. Dia sangat dekat, lebih dekat dari urat leher kita sendiri. Dia Maha Mendengar. Dia Maha Mengetahui.
Yakinlah takkan dibiarkan kita tanpa pembelaan.Kalau bukan terbela nasib kita di dunia yang fana, busuk dan sementara ini, PASTI seratus peratus PASTI, nasib kita akan terbela di dunia yang kekal abadi, penuh nikmat yang tidak akan ada penghujungnya nanti.
Lalu? ahh… apalah sangat mendapat seorang suami yang pendengus, kasar pekertinya, tidak mengenang budi, lupa daratan, tak sedar rumah kata pergi kubur kata mari, dengan nikmat akhirat yang menanti.. ANDAI kita mampu bahagia dengan hakikat qada kita itu.
Demi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, jiwa kita tenang seandainya kita redho, ikhlas dan sabar dengan apa jua qada kita.Kita akan mengecapi rasa bahagia yang tak terucap, rasa damai yang tak tergambar dek kata-kata. hanya dengan meletakkan diri kita dalam alam kebahagiaan.
Kemudiannya, kita dapati kehidupan kita terbetul dengan sendirinya… itulah keajaiban Ilahi.

Demikianlah sedikit olahan myukhuwwah dalam sebahagian sesi kaunseling. Mungkin disebabkan fizikal myukhuwwah (OKU Fizikal) yang membuatkan klien-klien biasanya akan bertanya akan keadaan myukhuwwah pula pada akhir sesi.
"Saya bertanya dengan puan sebab saya lihat puan ceria dan dapat menjalani kehidupan sebagai OKU dengan gembra," demikian biasanya rumusan klien kepada myukhuwwah.
Myukhuwwah mohon maaf jika apa yang cuba disampaikan pada entry ini sukar difahami. Terima kasih buat rakan followers yang semakin hari semakin bertambah. Sudi-sudikanlah jua membaca pantun tradisional Melayu yang myukhuwwah titipkan di sini:
Tanam lenggundi tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuk mati,
Budi tuan saya tak lupa,
Sudah terpahat di dalam hati.
Padi dan nanas tanam di tanjung,
Tempat pipit membuat sarang,
Budi dan emas sama dijunjung,
Hidup aman dikenang orang.
Entry myukhuwwah yang lain ketika menjawab persoalan bahagia yang dilontarkan oleh klien ialah pada entry wordpress myukhuwwah:
Wanita dan lelaki saling melengkapi, sila klik sini.
Entry penulis tersohor Bagaikan Aisyah | Mencipta cinta lelaki super, http://zamrimohamad.com/blog/bagaikan-aisyah-mencipta-cinta-lelaki-super/
Sedikit catatan daripada blog beliau,""Ketika waktu tengah hari terik, suami akan menolak kerusi roda isterinya. Manakala isteri pula memegang payung melindungi dirinya dari kepanasan. dan lagi. Komen Asniza Kamarulzaman menarik perhatian saya(penulis buku tersebut), untuk maklumat lanjut sila ke entry http://zamrimohamad.com/blog/bagaikan-aisyah-mencipta-cinta-lelaki-super/
Entry rakan-rakan blog yang mungkin ingin ditinjau:
Kisah fatimah anak Rasululluah SAW, klik sini http://insaaniyyah.blogspot.com/2011/01/unta-dan-saiyidina-ali-ra.html
Dan catatan pengalaman Ummu Husna;
Sekian, wassalam.
sukanya saye baca..nak menangis rasanya..tetiba rasa bangga jadi wanita:)
ReplyDeleteKalau kita jalani hidup ini secara sederhana dan mengikut jalanNYA insyaALLAH akan bahagia,kan kak?
ReplyDeleteassalamualaikum ummu..
ReplyDeleteakak jugak suka dengan apa yang ummu tulis..cantik dengan bunga2 ros..
memang bahagia itu subjektif..
hanya kitai yang mengetahui kebahagiaan kita..
Bahagia tidak hanya terletak pada wang ringgit, namun hati yang tenteram dan tenang itulah pemandu ke arah kebahagiaan
ReplyDeleteDuka jgn dicari, Bahagia ada di mana mana.
ReplyDeletehttp://nurqasehbiz.blogspot.com/2011/03/dah-sampai-ke-bollywood-titanic.html
terima kasih Risa sudi berkunjung ke blog saya ini, terharu rasanya menerima kunjungan rakan RH
ReplyDeleteinshaAllah, shinju. pasti ada hikmah atas ketentuanNya, Kan shinju
ReplyDeletewaalaikumussalam kak erna
ReplyDeletesaya pun suka dengan profile kak erna, bunga ros yang indah lagi berduri...
Hati itulah neraca bahagia,kan Nida
ReplyDeleteterima kasih mamawana sudi berkunjjung ke teratak saya ini
ReplyDeletejadi semakin bahagia bila membaca tulisan akak di atas..
ReplyDeleteAlhamdulillah..