Pages

Wednesday, March 30, 2011

Cinta sejati Eddie Wings

Cinta sejati Eddie Wings

Assalamualaikum dan selamat sejahtera teman-teman. Semalam ada membaca Utusan tentang berita ini, Cinta sejati Eddie Wings, tetapi hanya baru hari ini dapat memuatnaik di blog ni.

Kebetulan entry myukhuwwah sebelum ini, Bahagia Itu Subjektif, klik sini,

PEMAIN gitar bass kumpulan rock popular Wings, Eddie jarang mahu berbicara tentang isteri dan anak-anaknya. Baginya, adalah lebih baik jika publisiti media terarah kepada perjuangan Wings dalam industri muzik tanah air.

Namun begitu, selepas 25 tahun bersama Wings dalam keadaan susah dan senang, hari ini Eddie lebih terbuka apabila diajak bercerita tentang perkara yang lebih peribadi.

Baru-baru ini, kehadiran isteri Eddie, Norlela Mohd. Yusof, 48, pada sidang akhbar Konsert Wings Opera Hidup 'Superfriends' mencuri perhatian lensa jurufoto Utusan Malaysia.

Eddie atau nama sebenarnya, Samsaidi Ulong Idris, 42, dilihat memimpin tangan isterinya yang bertongkat.

Tidak berhenti setakat itu, Eddie juga dilihat menggenggam erat tangan Norlela yang kelihatan agak payah untuk melangkah tangga dan duduk di kerusi di Lambang Sari, Istana Budaya.

Selepas majlis selesai, Hits mendekati anak kelahiran Gopeng, Perak itu dengan harapan dia akan bercerita tentang isterinya.

"Isteri saya kurang sihat. Dia mengidap kencing manis. Pada Hari Raya tahun lepas, dia dimasukkan ke Hospital Ampang. Kaki kanannya terpaksa dipotong sehingga ke paras betis dan kini, dia menggunakan kaki palsu.

"Itulah sebabnya apabila berjalan, langkahnya perlahan dan dibantu dengan tongkat.

"Alhamdulillah, penyakit kencing manisnya terkawal," kata Eddie.

Katanya, rumah tangga yang dibina selama 20 tahun itu dikurniakan empat orang cahaya mata.
Namun anak bongsu pasangan ini meninggal dunia ketika berusia 28 hari.

Anak sulung pasangan itu ialah Nur Najmi Nadhira, 18, yang kedua, Nur Najmi Nabila, 15, dan Mohd. Aidil Hidayat, 13

6 comments:

  1. besar pengorbananya sbg suami & ayah:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ummu

    saya minat juga kumpulan wings ni

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. terharunya...
    kagum dengan suami yang sentiasa di sisi isterinya, tak kira susah dan senang...

    ReplyDelete
  4. salam

    saya pun terharu....moga kekal sampai syurga hendaknya

    ReplyDelete
  5. salam...
    hai kak... apakhabar? @_~

    ReplyDelete