update; Isnin, 18/4/2011, 12.10 a.m,saya mohon maaf belum berkesempatan membalas komen kawan2 followers.terima kasih banyak atas sokongan kawan2.
Alhamdulillah hari ini, tugas yang diamanahkan oleh majikan ibu sejak 2 minggu lalu telah ibu selesaikan dengan baik. Terima kasih atas kerpercayaan majikan ibu atas serahan amanh tugas tersebut. Pengalaman yang sangat beharga. InshaAllah.
Baiklah berbalik pada entry pada kali ini...
Bila pertama kali saya nampak akan kulat ini, ketika itu my father in law menjinjit seguni besar sejenis kulat.
Lalu, dengan rasa takjub, saya melihat dan membelek-belek akan kulat ini. Panjang-panjang...Lalu, saya bertanyakan akan nama kulat ini...
"Ini namanya Cendawan Tahun," ujar my FIL.
Lalu saya bertanya, "Kenapa namanya, cendawan tahun, ayah?"
Secara ringkas ayah memberitahu mungkin disebabkan cendawan ini hanya tumbuh setahun sekali. Pada kebiasaannya sekitar Mac dan April.
Kulat atau cendawan tahun ini, buat pertama kalinya saya ketahui apabila saya menjadi sebahagian keluarga suami. Dulu, masa mula-mula kahwin, nampak ada orang jual kulat ni di tepi jalan utama Kuantan-Muadzam Shah-Pekan, saya tidak berapa nak kisah.
Tetapi bila dah rasa sendiri keenakan cendawan ini, barulah saya tahu, mengapa ramai kawan-kawan sekerja suka dengan cendawan tahun ni.
Hmm...kalau nak beli mahal juga rasanya. Maklumlah selalunya my FIL ambil je kat dalam ladang.
Tapi,apa-sapa yang ada sakit urat, myukhuwwah tak berapa nak galakan makan cendawan ni, bukan apa takut makin sakit.
Yang menariknya, cendawan ni, setahu myukhuwwah belumlah lagi dikomersialkan macam cendawan tiram. Rasanya, kenyal, manis dan aroma yang seda, sesetengah penggemarnya, ops kebanyakan rodhong-rodhong myukhuwwah kata, rasanya seperti daging ayam tapi lembut, bagi sape sape yang giginya sedang sakit dan teringin nak makan ayam, lagi suka.
Kata-kata rodhong-rodhong myukhuwwah menyebabkan salah seorang sahabat myukhuwwah yang sedang hamil dan tak pernah jumpa dan tak pernah makan lagi cendawan ni, terus terasa ingin nak makan cendawan ni. My MIL cerita kat saya, bila ade guruh yang kuat , keesokan harinya biasanya banyaklah cendawan tahun ni tumbuh.
Bila saya tengok sendiri situasi itu, ia memang benar. bak kata pepatah Melayu, "Bak Cendawan Tumbuh Selepas Hujan".
Gambar cendawan tahun dalam ladang ni,koi ambil di blog rodhong koi, klik sini.
JUMAT Moi menunjukkan kulat tahun yang dijualnya di tepi Jalan Gambang-Kuantan, Pahang. sumber; Utusan Malaysia, 2010
Biasanya, cendawan tahun ni sedap dibuat sup. Kalau goreng dengan sedikit minyak pun, lagi sedapppp. Nyum nyum. alamak, takde gambar cendawan tahun yang dah siap dimasak. sorry ya kengkawan.
Jangan sembarangan makan (artikel daripada Kosmo)
Cendawan Liar Yang Boleh dimakan dan cendawan Liar Yang Beracun:
(Kiri:cendawan liar yang boleh dimakan )schizophyllum Commune atau cendawan sisir, termitomyces atau cendawan busut,(Kanan:cendawan liar yang beracun ) macrolepiota dan lepiota
Menurut Pensyarah Biologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Johari Jalinas, terdapat banyak cendawan beracun yang tumbuh selepas hujan tetapi bentuknya sekan-akan cendawan yang boleh dimakan.
Ekoran persamaan itu, katanya, ia sering mengelirukan orang ramai yang gemar memakan cendawan liar dan mereka berisiko terkena keracunan akibat cendawan beracun yang dikutip.
Sehubungan itu, orang ramai perlu mengenali cendawan liar yang boleh dimakan sebelum mengutip dan memakannya kerana perbezaan sesetengah cendawan yang boleh dimakan dengan yang beracun cukup kecil.
“Walaupun cendawan liar itu dikenal pasti boleh dimakan, seseorang itu perlu makan dalam kuantiti sedikit untuk kali pertama.
“Jika terdapat tanda-tanda alergi terhadap cendawan yang dimakan, mangsa harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Petikan Berita Utusan Malaysia tentang Cendawan tahun:
redmore...
Hidangan berasaskan cendawan atau kulat sememangnya mempunyai keenakan lain daripada sayuran yang lain.redmore...
Walaupun terdapat pelbagai variasi tumbuhan daripada kumpulan cendawan sama ada ditanam atau tumbuh meliar, ia tetap mendapat tempat di hati penggemarnya.
Sebut sahaja cendawan tiram atau butang, semuanya mudah didapati di mana-mana pasar, kedai atau pasar raya tetapi berlainan dengan cendawan yang tumbuh secara semula jadi yang dipanggil kulat tahun ini.
Sesetengah pendapat mendakwa kulat tahun lazimnya didapati tumbuh beberapa hari kemudian selepas dentuman petir dan hujan lebat di sesuatu kawasan.
Keunikkan yang membezakan kulat tahun dengan cendawan lain ialah kerana ia tumbuh setahun hanya sekali dan sukar untuk memperolehnya kecuali di ladang-ladang kelapa sawit atau getah dan kawasan berbusut di belukar kampung.
Tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini di ladang kelapa sawit Felda Lepar Hilir 6 melihat sendiri kulat tahun ini tumbuh dengan segar sekali dan benarlah seperti perumpamaan pepatah Melayu; ‘seperti cendawan tumbuh selepas hujan.’
Malah, sepanjang jalan menuju ke kawasan gugusan itu terdapat beberapa peneroka mengambil kesempatan menjual tumbuhan tersebut yang dikutip di ladang mereka.
Menurut peniaga, Jumat Moi, 53, dia mengambil kesempatan untuk berniaga cendawan yang lebih popular dengan nama kulat tahun ini kerana ingin memperkenalkannya kepada orang ramai.
‘‘Ramai yang tidak tahu akan kewujudan kulat tahun ini kerana ia tumbuh hanya sekali sahaja setahun iaitu sekitar Mac dan April.
‘‘Malah, kulat tahun tidak ditanam dan tiada di pasaran seperti cendawan tiram dan butang,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Jumat yang menjual kulat tahun di Jalan Gambang-Kuantan amat bertuah dan teruja kerana ia sangat laris dan diminati oleh setiap lapisan masyarakat.
‘‘Tak sangka ramai yang sukakan cendawan ini. Pada mulanya saya bimbang kulat tahun ini tidak mendapat sambutan kerana ia tidak menjadi sebutan seperti cendawan lain.
‘‘Rupa-rupanya sangkaan saya salah. Ramai yang ternanti-nantikan kulat tahun ini apabila tibanya bulan Mac,” ujarnya.
Difahamkan kulat tahun ini hanya tumbuh di lorong-lorong menuai di ladang kelapa sawit dan mengambil masa lima hari sahaja.
Tambah peneroka Felda Lepar Hilir 2 ini, kulat tahun akan tumbuh di kawasan yang sama setiap tahun terutama di atas busut dan tanah yang subur di ladang kelapa sawit.
‘‘Selalunya kulat tahun akan tumbuh selepas hujan dan akan bertahan dalam tempoh lima hari sahaja.
‘‘Jika selepas lima hari tumbuhan ini tidak dikutip, ia akan layu dan kelopaknya akan hancur dengan sendirinya,” jelasnya sambil memberitahu kebanyakan pelanggannya datang dari Kuantan dan Pekan.
Katanya, seandainya generasi terdahulu tidak memperkenalkan kulat tahun ini kepada generasi sekarang, maka tumbuhan ini akan terbiar begitu sahaja.
‘‘Generasi sekarang terutama golongan remaja tidak tahu bahawa tumbuhan ini boleh dimakan dan lebih sedap berbanding cendawan biasa.
‘‘Selain berniaga menambah pendapatan, saya berusaha memperkenalkan cendawan ini kepada generasi hari ini supaya satu hari nanti apabila mereka terjumpa tumbuhan ini, mereka tidak akan memandang seperti rumput sahaja,” ujarnya.
‘‘Satu masa nanti, jika cendawan ini masih ada pasti mereka tidak akan mensia-siakannya dan memperkenalkan pula kepada anak-anak dan cucu mereka.
‘‘Selain berkhasiat, kulat tahun yang akan lebih subur jika tumbuh di kawasan yang terkena petir ini rasanya lebih sedap jika dibuat sup,” tambahnya.
Jumat yang mengutip sendiri kulat tahun ini sejak hari pertama ia tumbuh menjual dengan harga RM2 seikat iaitu sebanyak sepuluh kuntum.
Sambil mengakhiri perbualan, peneroka ini sempat berpesan kepada mereka yang tidak sempat menikmati kelazatan cendawan ini supaya menunggu pada tahun akan datang.
‘‘Siapa yang tak sempat makan, kenalah tunggu tahun depan ya,” ujarnya sambil tersenyum.
Sedap rasanya macam sotong kalau buat sup atau rasa ayam goreng,” itulah antara komen yang diberi oleh penggemar kulat tahun yang ditemui di Jalan Kuantan-Gambang dan ladang kelapa sawit Felda Lepar Hilir di sini baru-baru ini.
Seorang remaja, Azlinda Anuar, 23, dari Pekan berkata, dia yang sememangnya menggemari cendawan terutama cendawan goreng tidak menyangka kulat tahun yang juga dari tumbuhan cendawan begitu enak rasanya.
”Semalam kebetulan bapa saya lalu di sini dan ternampak orang menjual kulat tahun dan membelinya untuk makan malam.
”Disebabkan tak puas makan semalam, hari ini saya datang semula untuk membelinya dalam jumlah yang lebih banyak,” katanya ketika ditemui di sebuah gerai di Jalan Gambang-Kuantan.
Tambahnya, kulat tahun yang dibelinya telah kembang dan nampak begitu segar berbanding yang bapanya beli sebelum ini kerana pada masa bapanya beli, kulat tahun itu belum kembang sepenuhnya.
”Saya harap rasanya lebih sedap berbanding semalam,” ujarnya yang merancang untuk membuat sup pada kulat yang dibelinya.
Seorang peneroka, Ahmad Bahari, 50, pula berkata, setiap tahun sejak zaman kanak-kanak lagi, dia sering menunggu ketibaan bulan Mac untuk menikmati kulat tahun.
”Sejak dulu lagi saya akan lihat kulat tahun ini akan tumbuh di kawasan yang sama di lorong-lorong ladang kelapa sawit.
”Bukannya apa, tetapi rasa teruja apabila dapat cabut sendiri kulat ini dan boleh pilih sebanyak mana pun sama ada yang kembang atau yang baru berputik,” jelasnya.
Katanya, kulat tahun ini akan bertambah sedap sekiranya ia semakin mekar berkembang berbanding yang baru berputik.
”Jika selepas lima hari kita tak kutip, tumbuhan ini akan hancur dengan sendirinya. Oleh yang demikian saya akan mengambil peluang ini dengan mengutip sebanyak mungkin selagi terdaya dan memberi kepada jiran-jiran,” ujarnya.
Sementara itu, bagi seorang lagi peneroka, Abdul Jabar Abdul Wahab, 45, dalam keadaan hujan yang tidak menentu pada masa sekarang menyebabkan kulat ini hanya mampu hidup dalam beberapa hari sahaja.
”Dulu, apabila tiba sahaja musimnya kita boleh kutip kulat tahun ini dalam tempoh lebih daripada seminggu.
”Bagaimanapun, sekarang hanya mampu bertahan dalam masa lima hari,” jelasnya.
Tambahnya, keluarganya amat menggemari kulat tahun ini kerana rasanya lebih manis berbanding cendawan biasa.
”Anak-anak saya cakap rasanya macam sotong,” ujarnya yang akan menyajikan hidangan ini dalam bentuk sup.
akak pernah makan cendawan ni. mmg sedap.
ReplyDeleteSalam ummu...
ReplyDeleteSedap pulak nampak cendawan tahun ni, belum pernah makan.Kalau cendawan tiram tu selalu beli, anak2 pun suka
salam kak ummu..
ReplyDeleteaha..masak sup mmg sedap..
ya allah..terliur pula..hehe..
buat pedas2..sedapnye..
hari tu pernah dgr kawan cakap dia buat rendang..nanti nak cubalah..
ummu..akak panggil cendawan busut..memang sedap..masak air sedap dan paling sedap dibuat rendang..
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Ummu,
ReplyDeleteMak ai besarnya cendawan yang pakcik tu tunjuk. Itu kalau buat sup mesti penuh satu periuk.
teringin nak rasa cendawan tahun ni...
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteUnik sekalai namanya, kulat tahun?
Gerun juga bila selalu dengar kes keracunan kulat liar. Sehingga boleh bawa maut.
Semoga sihat dan ceria selalu.
TQ
cendawan celup tepung sodap
ReplyDeletesalam kak ummu... tertarik betul saya ngan n3 ni.. kulat ni mmg sedap sangat..! tapi dah susah nak jumpa kat kg.. agak nya sbb mak pon da tak pegi kebun mcm dulu2.. mmg da best kulat ever rasanya..!
ReplyDeletesusah juga nak bezakan yg mana liar dan yg mana berkhasiat
ReplyDeletedulu ni, cendawan adalah makanan orang miskin...
ReplyDeletememang super sedap kulat ni :)
ReplyDeletesaya suker sgt
www.infinitilove.blogspot.com