Pages

Sunday, April 03, 2011

Dia Pergi Jua Akhirnya

Dia Pergi Jua Akhirnya


Sumber gambar, klik sini.

Update 5/4/2011, 3.26 p.m: Mohon maaf kerana teman-teman followers agak keliru dengan posting saya ini. Entry ini saya nukilkan berikutan seorang sahabat baik saya telah dapat berpindah. Sebelum ini, sahabat saya ini menjalani PJJ iaitu Perkahwinan Jarak Jauh selama beberapa tahun. Alhamdulillah kini, beliau telah dapat mengikut suami dan anak-anaknya. 

Ketika menulis puisi yang agak berterabur ini, kami baru sahaja menjayakan satu program bersama. Dan kemudian air mata kami sama-sama tumpah. Terima ksih buat teman-teman followers kerana sudi meninggalkan komen pada entry ini. Sekian, wassalam.

Dia Pergi Jua Akhirnya

Fitrah makhluk, tiada suatu apa pun yang kan kekal.
Pertemuan, maka adalah kemudiannya perpisahan.
Kehidupan, datang ebrsama dengannya perjuangan.
Perjuangan untuk survive....

Esok, bermula hari baru tanpa si dia
Si dia yang cuba menyelami sisi seorang OKU Fizikal
Si dia yang tidak mahu melihat warna gelap melatari sang teman

Dalam hidup ini, persahabatan, persaudaraan dan ukhuwah itu,
adalah nikmat yang sangat mahal harganya...

Ukhuwah merupakan nikmat suci
diiringi dengan keimanan.

betapa dia bersabar
berjauhan dengan anak-anak dan suami
sendiri
di sini
bersama bayi kecilnya
demi sebuah tanggungjawab
yang perlu dituntasi...

Kini,
penantian kepada doanya telah terjawab
bersatu kembali bersama keluarga tercinta

dan akhirnya
Dia pergi jua akhirnya...

19 comments:

  1. semua kita akan pergi. cuma masa dan cara sahaja berbeza..

    ReplyDelete
  2. semua kita akan pergi. cuma masa dan cara sahaja berbeza..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ummu,

    Setiap pertemuan mesti ada perpisahan.

    Itulah yang selalu diingatkan kepada kita.

    ReplyDelete
  4. salam kak ummu..
    alhamdulillah..
    sekurang-kurangnya berjaya tempuh ujian yg diberi..ukhuwah yg terjalin dgn ikhlas menambahkan rasa sayang yg tiada bandingannya..

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum ummu,

    Yang pergi tak akan kembali
    yang hidup kena teruskan lagi
    selagi masih ada hayat
    kesabaran sentiasa ditagih
    sebelum turut pergi mememuinya

    ReplyDelete
  6. salam ummu,
    macam sedih jer entri ni.. sebab tak detail kan, so tak boleh nak teka apa kah kisah sebenarnya... nanti saya catch-up baca entri yang lepas2, cari kaitannya.. :).. apa pun, andai ia berupa dugaan, bersabar ya...

    ReplyDelete
  7. salam....
    begitu le kehidupan....

    ReplyDelete
  8. errr kureng fahamla ummu...heee..apa2pun doakan yang terbaik utk ummu...

    ReplyDelete
  9. pasti akan kembali

    pasti akan ke pintu itu

    ReplyDelete
  10. IM,ya masa dan cara yang kita tak ketahuinnya, kan IM

    ReplyDelete
  11. waalaikumussalam kaka anim
    dan waktu adanya pertemuan itulah
    saat indah yang mesti kita pelihara
    dengan kemanisan...kan kak

    ReplyDelete
  12. waalaikumussalam Nurr
    manisnya ukhuwah
    bila semuanya kerna Allah,
    kan Nurr

    ReplyDelete
  13. waalaikumussalam kakzakie
    tiada perpisahan
    andai tiada pertemuan
    namun demikian
    hidup adalah perjuangan
    dan ia mesti diteruskan
    selagi hayat dikandung badan

    ReplyDelete
  14. waalaikumussalam sis Aanas
    terima aksih atas kesudian sis mengunjungi dan meninggalkan komen di teratak saya ini.maaf ya kerna mungkin kata-kata di entry ini agak kabur maksudnya.saya sudah jelaskan pada update saya semalam

    ReplyDelete
  15. Cikgu Jang
    iya tu cikgu
    koi akui hakikat itu

    ReplyDelete
  16. miecyber,thanks a lot...
    ya,inshaAllah

    ReplyDelete
  17. terima kasih intan.maisarah atas kesudian mengunjungi teratak ini dan meninggalkan komen di sini.

    ReplyDelete