Al-Quran, kain ela tidak hangus
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kasih ibu, kasih sejati
Sebegitu mendalamnya kasih ibu pada anak-anaknya,
Lebih mendalam kasih sayang Ilahi
buat hamba-hambaNya
Al Fatihah untuk allahyarhamah Rafidah Ismail, 36, rentung di rumah mereka di Taman Sri Guchil di Kuala Krai, kelmarin. Jom kita ikuti berita yang dilaporkan oleh wartawan Kosmo Ahad, Adam Shadan.
RASHIDAH ILYANA dan Zaim Shahrul menunjukkan kain ela yang dibeli oleh arwah ibu mereka untuk dibuat baju raya yang tidak hangus di Taman Sri Guchil, Kuala Krai semalam.
KUALA KRAI - Rumah dan peralatan di dalamnya hangus tetapi apa yang mengejutkan ialah dua naskhah kitab suci al-Quran dan kain ela yang dibeli untuk dibuat baju raya tidak disentuh api.Itulah penemuan yang dijadikan iktibar oleh seorang anggota tentera, Zamri Hamat, 38, selepas kejadian menyayat hati membabitkan isterinya, Rafidah Ismail, 36, rentung di rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini kelmarin.
Dalam kejadian itu, Rafidah sempat mengeluarkan tiga anaknya, Rashidah Ilyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal Zamri, 2, dengan memecahkan cermin serta membengkokkan besi tingkap.
Zamri yang bergegas pulang dari Perak memberitahu, kedua-dua naskhah kitab suci tersebut disimpan dalam kotak dan kain itu pula dilipat bersebelahan dengan kotak berkenaan di dalam sebuah almari.
"Saya hairan kerana almari tersebut dan barang-barang lain di dalamnya semua hangus tetapi dua naskhah al-Quran itu dan kain ela arwah isteri saya tidak terbakar,'' cerita Zamri ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Dia membeli kedua- dua naskhah al-Quran itu semasa bertugas di Lebanon pada tahun 2009.
Lima helai kain ela itu dibeli oleh Rafidah di Kota Bharu dua minggu lalu dan disimpan dalam almari tersebut tanpa dibungkus.
Mengenang kembali kejadian itu, Zamri memberitahu, arwah mungkin sukar meloloskan diri melalui tingkap itu disebabkan dia bertubuh besar dengan berat badan kira-kira 85 kilogram.
Assalamualaikum Ummu
ReplyDeleteAl Fatihah untuk Allayarhamah Rafidah
Wassalam
Al-Fatihah buat arwah Rafidah semoga rohnya dicucuri rahmat.
ReplyDeleteSelamat hari ibu buat ummu.
Assalamualaikum ummu,
ReplyDeleteMasya-Allah ummu.... Telah banyak Allah tunjukkan kepada kita kejadian anih utk dijadikan iktibar.
as-salam..
ReplyDeleteBila Nida baca kisah ni dalam akhbar online... airmata bergenang... tiba2 terkenang bagaimana payahnya dan kuatnya semangat seorang ibu untuk menyelamatkan anak2nya... akhirnya diri sendiri yg terkorban..
Al-fatihah...
Al Fatihah.
ReplyDelete