Al Fatihah untuk semua mangsa yang telah meningal dunia dan yang terselamat.
.Sumber; klik sini.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Perkongsian gambar di atas, saya pasti ia telah mula berada sejak Ahad lalu di ruang siber.
Saya muatnaik di sini, untuk tatapan dan renungan diri ini buat masa-masa mendatang.
Salam takziah kepada keluarga mangsa dan mereka-mereka
(Pengurus, pentadbiran, guru-gurunya, wardennya, ibu-ayah angkatnya dan sukarelawan Rumah kebajikan ini. Semoga Allah merahmati jasa kalian.)
Biar apapun yang berlaku, jasa kalian(pengurusan dan pentadbiran rumah anak yatim itu) telah banyak berjasa bagi memastikan anak-anak yatim ini mendapat perlindungan dan secebis kasih sayang daripada rakan senasib, warden, sukarelawan, ibu dan ayah angkat di sini.
Ibu pernah berkonsultasi dengan anak yatim yang tinggal di rumah kebajikan. Betapa sebenarnya mereka dahagakan kasih sayang ibu ayah. Namun mereka sangat menghargai insan-insan yang tahu menghargai kehadiran mereka di muka bumi ini. Info lanjut sila klik, Hikmah Di Sebalik Musibah, Jejak kasih antara ibu dan anak.
Al Fatehah.
‘Aiman sayang mok’
HULU LANGAT 23 Mei – “Aiman sayang mok.” Ungkapan itu tidak mungkin dilupakan Hasnah Ismail, 56, setelah ia dilafazkan cucunya, Mohd. Aiman Abdullah, 10, yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di sini sewaktu kali terakhir mereka bertemu Mac lalu.Dalam deraian air mata, dia memberitahu, pertemuan itu berlaku ketika dijemput hadir ke rumah kebajikan tersebut bagi meraikan satu majlis yang diadakan di situ.
“Pada majlis itu, Aiman asyik bertanya saya mahu makan dan minum apa. Dibawakannya saya makanan dan minuman lalu disuap dengan penuh manja.
“Apabila saya melihatnya murung, saya bertanya sama ada dia mahu pulang ke rumah di Pantai Dalam. Katanya mahu kerana rindu lalu saya kata akan bawanya pulang pada Aidilfitri nanti. Sayangnya semua itu tidak berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hasnah yang juga orang kelainan upaya (OKU) dan bergerak menggunakan kerusi roda memberitahu cukup rapat dengan Aiman kerana dibawa ibunya, Siti Noor Zaleha Shapii, 36, tinggal bersama sejak dilahirkan.
“Sewaktu mula-mula mahu dihantar ke sini, Aiman amat seronok. Ketika itu dia tanya pada saya kenapa waktu lambat berlalu? Tetapi kini semuanya tinggal kenangan,” katanya.
Hasnah juga memberitahu mengenai kad yang dibuat khas oleh cucunya itu yang antara lain berbunyi, ‘‘Saya sayang nenek. Saya cinta nenek. Saya doakan nenek dan atuk sihat. Nenek, doakan supaya saya pandai, berjaya dunia dan akhirat.”
“Sungguh saya tidak sangka kunjungan saya ke Hulu Langat untuk melawatnya pada 20 Mac lalu merupakan kali terakhir saya dapat berjumpa dengannya,’’ ujar beliau.
“Cucu saya dulu agak nakal tapi sejak dia belajar di sana, Mohd. Aiman sudah banyak berubah. Dia kelihatan gembira dan memberitahu saya bahawa dia sudah pandai sembahyang dan membaca al-Quran,” katanya.
Sementara itu, ibu Mohd. Aiman, Siti Noor Zaleha, 26, berkata, dia yang tinggal dan bekerja di Kuantan bergegas pulang apabila mendengar berita itu.
Siti Noor Zaleha, 26, menunjukkan gambar Mohd. Aiman dan rakan-rakannya di
Madrasah At Taqwa, Hulu Langat, Selangor.
Assalamualaikum Ummu,
ReplyDeleteEntahlah ummu, hati kakak memang amat tersentuh. Tiap kali ada N3 yg memaparkan kisah ini jiwa kakak jadi sayu benar. Sedih benar....
Moga mereka tergolong bersama-sama mereka yg beriman.
allahuakbar..
ReplyDeletesayu hati..moga roh mereka dicucuri rahmat..
kak ummu, kass tak boleh tinggal komen kat blog jurnal kehidupan tu sbb komen bwh n3 kan..maklumlah server ofis ni..kalau keluarkan post komen mcm blog ni boleh..hehe..maaf kak ummu..
ummu
ReplyDeletetiap kali baca kisah ngeri ni..tiap kali itu bergenang air mata saya..sgt2 sayu sbb mengenangkan mereka hanya anak2 kecil..sedihnya...
al fatihah!!
waalaikumussalam kak zakie
ReplyDeleteamin.Allah lebih sayangkan mereka kan, kak?anak2 yang tiada dosa...
amin.
ReplyDeletetak per Kass.
blog jurnal kehidupan tu, rmaai juga kawan2 yang komen tak mesra komentor tapi akak tak reti nak edit macam blogspot ni.
lynn, smeoga mereka tenang di sana
ReplyDeleteal fatihah