Jogging dan jogging trip pertama...
Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan
Pagi tadi, setelah selesai ber 'santai-santai' di Pusat Gym (Unit Rehabilasi di hospital, macam dalam gambar yang diambil di bawah ini), berjumpa dengan Maiyah dan Kak Werdah di sana.
Dengan Maiyah, saya banyak mengutip ilmu bagaimana menjaga kerusi roda dnegan baik. Al maklumlah kerusi roda saya ni, sebelah kiri (tempat letak tangan dan tercabut) kena ikat dnegan dawai.
Dengan makcik Werdah, banyak pengalaman dalam kerjaya yang boleh saya jadikan motivasi.
Di sebalah rehab kami, ialah rehab untuk Paed, sempatlah bertanya khabar Mama Mujhee yang sangat gigih memelihara Mujhee yang cebral palsy. Di sisinya ada Cikgu sedetik Hati, seorang Guru pendidikan Khas yang berdedikasi. Berbual-bual seketika setelah lama blog beliau tidak dikemaskini.
Keluar dari situ, jumpa pula En Piewahid Ulu Kumbang, yang sudah lama blognya tak dikemaskini. Oh rupanya Bro Pie tidak sihat. semoga Allah sentiasa bersma hamabaNya yang sabar.amin.
Keluar dari kawasan hospital, ibu bercadang nak menjenguk rodhong-rodhong. Berjumpalah Kak Zai dan Encik Relevensokmo, di tepi Sungai Pahang.
Memandangkan esok Hari Sabtu, Hari cuti, tanpa mengira keletihan selepas 'berlari' di rehab tadi, apalagi ibu pun bercadang untuk berjalan-jalan lebih jauh.
Pergi kedai Abang long nak beli Hadi's Nutrimeal dan Air Zam zam. Call Nurrkass, si gadis manis, sebab nak raikan hari lahirnya, ajak jumpa di situ. Kebetulan, Lynn pun baru sahaja raikan hari ulang tahun perkahwinannya yang ke 6 tahun.
Gebang-gebang dengan geng Ratuhati, di pejabat RH, Fiza aka Umiesofie, hai semakin aktif Fiza berblog. Kali ni dengan perkongsian resepinya di sini http://blogsimpanresepi.blogspot.com/.
Lady of leisure, sifu masakan saya pun ada.
Masa nak gi temankan encik peneman saya ke Masjid, ternampak dari jauh jelah Cikgu Humairi, yang baru beberapa hari sibuk dengan Sukan MSSM. Encik Shah pun ada juga dengan para pelajarnya yang baru sampai. Khabarnya mereka sedang sibuk mempersiapkan diri di Piala Perdana Menteri di PICC tidak lama lagi.
Kemudian terjumpa Si Indah, anak dara ABANG KASSIM SELAMAT.di depan kampus UiTM. Kagum seketika dengan semangat gigih anak dara ini, setia di sisi ayah yang kurang upaya.
Kemudian singgah rumah Kak Zaitun, makan satay lagi. Sedappp. Kak Erna, mak 3 hero, Kak Zakie pun ada juga.
Sebelum berhenti rehat seketika, hari pun sudah malam, singgah makan di Kedai Mama Annisa' dan Annur di Tmn Prima Saujana, Kajang berhampiran pasaraya Giant Kajang..http://akuoku.blogspot.com/2010/02/mari-ke-uk5-kafe-kami.html. Ibu A&A ini adalah ibu yang gigih dan tabah ini sangat sayangkan An Nisa' dan Annur yang istimewa.
Di sana, gebang-gebang juga dengan Yana tentang lauk pauk Semasa Pantang.
Vic dan pB yang telah beberapa bulan selamat melahirkan bayi mereka pun bercerita sama.
Ops, kisah belum tamat tapi anak-anak sudah memanggil. Jom kita jogging petang hari sebegini.:)
p/s: Entry ini sekadar cerita biasa saya yang saya catatkan selepas balik hospital pagi tadi. Cerita ini bertemu rakan2 bloggers hanya rekaan semata-mata, sebab nak join entry Ben Ashaari tentang reka cerita di LRT tu dah terlepas. :).
nanti saya cuba'jogging' lagi ke blog kawan2 ya. Entry ini juga saya dedikasikan buat followers blog Bicara Hati Ibu ini, yanga da di antaranya tidak pernah bertemu di alam nyata.
Harap maaf ya kawan-kawan, jika ada yang tersinggung, nanti jika ada reszkiNya, saya sambung lagi reka cerita ini ya.
semoga kawan-kawan sihat2 dan ceria2 selalu..
Assalamualaikum ummu..akak suka cara ummu menulis...pandai ummu..mula2 tadi ingatkan ye ye je ummu jumpa..
ReplyDeletesemoga ummu sihat selalu..
waalaikumussalam Kak Erna
ReplyDeleteapa khabar kak Erna? semoga akak sihat2 selalu.terima aksih sudi membaca coretan saya.
ramai kawan blogger dapat jumpa. best ya. IM juga sendirian di sini jaga ibu_suri. alhamdulillah, ibu_suri tak lah di tahap mengguna kerusi roda.
ReplyDeletesyukur jua padaNya!
assalamualikum sis ummu..
ReplyDeletebetol cakap kak ummu, Allah tidak akan mentakdirkan sesuatu yg sia-sia untuk umatnya cuba pandai @ tidak umatnya untuk handle
Assalamualaikum Ummu,
ReplyDeleteRamainya bertemu dengan teman-teman.
Semoga Ummu sihat dan tabah seperti biasa.
Salam Kak Ummu..
ReplyDeleteBila terbaca perkataan Rhodong, tiba-tiba teringat pada Kuantan..hehe
Kak Ummu apa khabar?
ramai yang ditemui, tentu ceria dan diberkati allah hari itu!
ReplyDeletesalam kak..anis pon ingat betul betul td..hehe..kan best kalo betul betul dapt jumpe semua blogger..heeee..:)
ReplyDeleteas salam ummu..apa khabar??
ReplyDeletesalam kak ummu sayang..
ReplyDeletesubhanallah..first time kass baca n3 cam ni..memang best..walaupun dialam fantasi (cewah), at least boleh rasa keseronokan berjumpa tu..thanks kak ummu..muahhhh
Assalamualaikum Ummu,
ReplyDeleteKakak ingatkan betullah ummu jumpa semua blogger tu hinggalah bila ummu kata kakzakie tahulah kakak ummu bertandang rumah bisu tanpa suara. Sekadar tulisan penyambung bicara.
Moga ummu diberikan kesihatn terbaik....
salam ummu,
ReplyDeletesihat ke...
ramai orang masuk dlm n3 tu :)
wah...........jauhnya berjalan! Lainkali nak join sekali ler....
ReplyDeleteAssalamu'alaikum ummu
ReplyDeleteSemoga sentiasa ceria dan dalam redha Allah SWT.
Membaca N3 ini makcik dapat rasa eratnya hubungan ummu dengan sahabat-sahabat di alam maya ini.
Semoga hidup kita sentiasa diberkati dan hubungan sentiasa diredhai.. amiin
waalaikumussalam kak erna
ReplyDeletesemoga kak erna sihat selalu bersama keluarga tercinta.terima kasih akak, sudi datang ke blog saya ini
IM, alhamdulillah, pertemuan alam maya juga membuatkan saya ceria membaca catatan pengalaman teman2.
ReplyDeletealhamdulillah, saya pun sekurang2nya masih boleh menggunakan tangan ini untuk menaip aksara2 di blog ini
waalaikumussalam cucu umie
ReplyDeleteAllah tahu yg terbaik buat kita kan , cucu umie
waalaikumussalam kak hanim
ReplyDeleteamin, semoga kak hanim sihat2 di sana.bersama keluarga tercinta
waalaikumussalam Nida
ReplyDeleteh hee, tapi dialeg Kuantan lain sikit dengan di Maran dan Temerloh ni...bila Nida nak balik M'sia?
IM, pertemuan alam maya,:)
ReplyDeletesalam Anis
ReplyDeletehe he. tu lah.best tu best tapi nak pergi tulah kena ada access utk org macam akak.erm nak cari parking pun payah.anis apa khabar?
Adinda amy sensei
ReplyDeletewaalaikumussalam Adinda
selamat datang ke blog akak ya
Nurrkass
ReplyDeletewaalaikumussalam Nurr.
ngee.sayang Kass jugakz
jaga diri baik2 tau
birthday girlz
ya..ada hikmahnya sesuatu perkara itu terjadi..
ReplyDeletetak mungkin Allah membuat sesuatu perkara itu sia-sia saja..
moga kita mengambil iktibar dengan apa yg berlaku dan mengambil manfaat drpnya..