Assalamualaikum dan selamat sejahtera allz. Pagi yang cerah, matahari memancarkan cahayanya, dan sedikit panas. Ibu ingin berkongsi pengalaman ibu pada 16 Mei 2011 yang lalu.
Pada tarikh keramat itu, ibu telah menghadiri satu temuduga di K.L di salah satu kementerian bagi meningkatkan profesionalisme profesion ibu. Di kesempatan ini, Ibu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penemuduga yang sudi memberi laluan segera kepada ibu.
Ibu sepatutnya ditemuduga pada 11 pagi tetapi dengan budi bicara pihak penemuduga, Alhamdulillah ibu tidak perlu menunggu lama. Ibu juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Nasir Masroom (UTM JB) kerana sudi memberi laluan yang sepatutnya waktu beliau ditemuduga, tetapi diberikan kepada saya. Begitu juga kepada rakan yang ditemuduga yang lain, yang tidak berkesempatan untuk saya berkenalan dengan lebih lanjut lagi.
Di kesempatan ini, ibu muatnaik beberapa keping gambar...
Kemalangan Jalan Raya; Sebuah kereta terbalik pada 16/5/2011, lebih kurang 1.00 p.m,
sebelum exit Lanchang di LPT Pantai Timur
Terima Kasih, Cikgu, Selamat hari Guru
Seawal beberpa hari, dan kemudian seawal subuh 16 Mei 2011, deringan hp ibu tiada pernah berhentinya, sehinggalah sewaktu hendak menuju ke pusat temuduga, deringan itu masih kedengaran lagi. Tiba-tiba, ia bagaikan satu dorongan motivasi untuk ibu perlu untuk hadir temuduga itu.
Terima kasih kepada pelajar, bekas pelajar yang masih mengingati diri ini. Namun dalam banyak-banyak ingatan SMS itu, bekas pelajar, sudah menamatkan pengajian di sebuah IPT, menangis menelefon ibu kerana sangat rindukan ibu dan anak-anak ibu. Bekas pelajar, seorang anak yatim, yang sewaktu hendak menduduki SPM, Tiba-tiba merasa kehilangan yang amat sangat, very depression, kerana ayah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan di sungai berhampiran penempatan kami.
Bekas pelajar yang saya namakan Y, seorang pelajar pintar, pengawas sekolah, anak sulong yang ceria...tiba-tiba berubah personaliti. waktu itu mengalami krisis jiwa yang parah. Menangis, lost, cuba bunuh diri, bercakap sendiri, menyalahkan Tuhan, keluarga sebelah arwah bapa yang tidak ambil tahu walau sebelah kampung/rumah,...Pasti para pendidik di luar sana jua pernah menemui pelajar bersituasi seperti ini...
Alhamdulillah, dengan izin Allah, Y akhirnya pulih dari krisisnya. Y dan keluarganya akhirnya menjadi rapat dengan keluarga ibu. Setiap waktu terluang, Y dan adik-adiknya akan datang ke rumah ibu dan bermain dengan anak ibu.
Ketika ibu terlantar di perbaringan (bed ridden), Allah datangkan bantuan untuk ibu, yang salah satunya melalui ibu Y yang sanggup berada di sisi ibu ketika suami ibu keluar mencari rezeki halal.
Tarikh keramat 16 Mei, mengingatkan ibu kepada jasa-jasa guru-guru yang juga murabbi ibu. Al Fatihah untuk guru-guru ibu, Allahyarham U.D, Ummi Halimaton, Sir ghazali, Sir yahya......didikan kalian pada diri yang dhaif ini hanya Allah yangd apat membalasnya.
Assalamualaikum Ummu,
ReplyDeleteBersyukur kerana Ummu ditemukan insan mulia seperti Y dan keluarganya. Allah maha adil. Sebenarnya inilah juga hasil dari kebaikan yg telah ummu buat pada insan lain....
Assalamualaikum :)
ReplyDeleteSemoga berjaya dalam temuduga. Alhamdulillah, jika ikhlas memagari diri, pasti Allah akan datangkan kemudahan dalam segala urusan.