Pagi Isnin yang Indah
Alhamdulillah. Pagi Isnin yang indah. Cuaca di sini, sejuk, nyaman dan segar. Kehijauan pepohon, suara kicau burung, nyanyian unggas rimba dan kabus tebal menyeliputi bumi.
Alhamdulillhirabbilalamin, Ya Allah. Terlalu banyak nikmat dan rahmatMu, yang ku terlupa untuk syukuri.
Mungkin pandangan sesetengah orang, bahawa kehijauan pepohon dan suasana yang segar dan bersih sangat membantu perubahan positif bagi sesiapa yang sedang tidak sihat, pandangan itu ada benarnya, bagi saya, berdasarkan pengalaman diri sendiri.
Gambar Gunung di Langkawi ini adalah sebagai hiasan semata. Kehijauan di persekitaran saya ini, bagi saya suatu Rahmat Ilahi yang sangat besar.
Saya berharap, kawan-kawan di luar sana pun bahagia jua di pagi isnin ni.
Oh iya, Isnin juga sering dikaitkan dnegan sindrom Monday Blues.
Sebagai perkongsian bersama, jom kita tinjau artikel bagaimana menangani Monday Blues Sindrome. Motivasi Pagi, untuk renungan kita bersama. Terima kasih kepada Ros Illiyun.
Tips Tangani Monday Blues:
-Tidur lebih awal pada malam Ahad dan elakkan aktiviti luar pada malam itu.
-Lakukan persiapan untuk esok hari lebih awal (bukan pada waktu pagi Isnin).
-Bertenang dan tarik nafas setiap kali bangun pagi. Jangan lupa berdoa selepas solat subuh agar anda diberi kekuatan dan semangat untuk menempuh kehidupan harian.
-Bersenam setiap pagi
-Rancang perjalanan anda setiap hari. Keluar lebih awal utuk mengelakkan diri daripada terperangkap ke tempat kerja, terutama pada hari Isnin. Ia mungkin boleh menjejaskan emosi anda.
-Jangan lupa berniat kerana Allah sebelum keluar ke tempat kerja. Mulakan dengan lafaz basmalah.
-Jika timbul rasa malas, bosan dan tidak bersemangat cepat-cepat sedarkan diri anda. Buka minda dan hati. Cuba fikirkan…bukankah sifat negatif itu sifat syaitan? Mahukah diri kita dibelenggu dengan perasaan itu? Sebagai insane yang beriman, insyaAllah anda akan mampu menepis mood yang negatif itu.
-Hayati keindahan alam mampu mengundang ketenangan. Bagaimana? Apabila anda melangkah ke luar rumah, cuba perhatikan langit, cahaya matahari dan pohon-pohon sekitar anda. Hirup udara nan segar di pagi hari dan bersyukurlah anda masih dipanjangkan usia dan mengagumi ciptaan-Nya.
-Mulakan sarapan anda di pagi Isnin dengan secawan kopi panas. Walaupun minuman berkafein kurang digalakkan dari segi kesihatan, tetapi jika ia diambil secara sederhana, ia tidaklah memudharatkan. Pasti mengantuk anda hilang selepas itu.
-Pastikan pada hari Jumaat, sebelum anda pulang kerja, kemaskan ruang kerja anda terlebih dulu. Cara ini menjadikan minda kita tidak berserabut untuk memulakan kerja pada hari Isnin. Untuk aroma harum, titiskan minyak aroma terapi pada potpouri di atas meja anda.
-Bayangkan perkara-perkara positif pada malam Ahad. Jika anda ada masalah yang perlu diselesaikan esok. Jangan cuba lari daripada masalah, kerana makin dilari, kita makin dikejar.
-Fikirkan idea-idea kreatif yang boleh anda aplikasi di tempat kerja esok hari. Catat apa jua idea anda dan cuba laksanakan satu persatu. Sudah tentu membahagiakan jika idea tersebut memberi faedah kepada diri dan semua yang lain
-Dari segi penampilan diri, anda boleh ubah suai asalkan masih kelihatan sopan dan anggun.Kata orang warna mampu merangsang mood yang ceria dan bersemangat.
-Amalkan gaya hidup yan sihat iaitu pemakanan atau diet yang betul, bersenam secara konsisten dan sentiasa berfikiran positif. Dengan cara ini anda mampu menagani apa jua situasi di samping terus berdoa kepada Allah.
-Mulakan hari anda dengan senyuman kerana senyuman itu satu sedekah. Jangan lokek juga memuji orang lain kerana melihat orang lain bahagia akan turut membahagiakan diri anda.
Artikel kat atas ini, saya salin kembali dari blog seorang followers blog saya, iaitu Cik Ros Illiyyuun, blog beliau di sini, http://bicarailliyyuun.blogspot.com/.
Assalamualaikum BHI
ReplyDeleteterima kasih untuk kongsi bersama
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
Wassalam
Assalamualaikum Ummu,
ReplyDeleteSuatu yg pasti tak dapat kakak nak buat di pagi Isnin ialah senaman dan minum kopi :) Kakak tak mimum kopi!!... Tapi pagi ini kakak rasa oklah Ummu...
Moga Ummu pun begitu juga....
tips yg bagus..tp kalo kat pantai timur..ari ahad yg moody,,haha
ReplyDeleteAlhamdulillah tips yg sangat memberangsangkan.betul tu, yg menjadikan blues tu sbb tak bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi permulaan hari baru.kalau kita well prepared semua jd mudahkan.
ReplyDeletewaalaikumussalam THR
ReplyDeletesalam ramadhan jua.
waalaikumussalam kak zakie
ReplyDeletealhamdulillah, hari ni segar dirasakan.akak, saya pun tak minum kopi.padahal suatu masa dulu saya sangat sukakannya
H.J, Ahad yang busy,kata kawan akak.Pahang pun pantai timur juga.:)
ReplyDeleteAlhamdulillah, sama-sama kta berkongsi, kan Aina
ReplyDeleteassalam ummu..terima kasih berkongsi disini.
ReplyDeletehari ni..memang akak rasa letih dan mengantuk..sebab 2 sibuk..