Pages

Wednesday, August 17, 2011

Segmen Ben, Mengapa Wanita Curang, Pendapat Saya Ialah...

Segmen Ben, Mengapa Wanita Curang, Pendapat Saya Ialah...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua teman-teman followers Bicara Hati Ibu? Malam ini, malam Ramadhan yang ke 18. siang tadi, adalah cuti umum bagi Negeri Pahang. Alhamdulillah. dapatlah berehat seketika dan menjenguk blog Bicara Hati Ibu ini.

Saya memohon maaf, kerana blog wordpress self hosting saya mengalami masalah di servernya. Oleh sebab blog tersebut menerima kunjungan pelawat yang agak ramai sejak akhir-akhir ini, akhirnya bandwith  blog tersebut terganggu. 

Ketika meninjau blog Ben Ashaari, http://www.benashaari.com/, saya tertarik untuk menyertai salah satu segmen yang dianjurkan oleh Bro Ben.

Segmen Ben, Mengapa Wanita Curang, Pendapat Saya Ialah...

Curang. satu istillah yang menyakitkan bagi pasangan yang menjadi mangsa. Curang ibarat mimpi ngeri pada pasangan yang seorang lagi, yang begitu setia dengan cintanya. Ia sangat menyakitkan, mengecewakan dan membuatkan diri merasa teraniaya.

Dalam konteks pandangan saya kali ini, saya lebih suka mengetengahkan mengapa wanita curang, sebagai pasangan isteri atau tunang.

Pada pandangan saya, seseorang wanita itu, jika dia ialah seorang isteri, dia berlaku curang disebabkan masalah dalaman rumahtangga yang disimpan terlalu lama. Perkara pedih yang disimpan terlalu lama, akhirnya bagaikan bom jangka bila ia meletup.

Manusia bukan malaikat. Seperti curang seorang lelaki, wanita juga boleh melakukannya.Wanita dikenali dengan kesetiaan tetapi lebih berbahaya kerana mereka bijak menyimpan kecurangan mereka.

Namun, kecurangan wanita boleh juga disebabkan oleh sikap di pihak suami sendiri seperti tidak menunaikan tanggungjawab zahir dan batin. Tanggungjawab zahir, berkaitan nafkah anak-anak, nafkah isteri, bil-bil utiliti, bil-bil ansuran bulanan kereta dan rumah serta kos persekolahan anak-anak, diserahkan bulat-bulat ke bahu si isteri. Ini biasanya berlaku, apabila isteri bekerja atau pendapatan dan pangkat isteri melebihi suami. Lalu suami bersifat lepas tangan.

Ada suami yang apabila isteri dah bayar semua perbelanjaan, si suami gunakan wangnya untuk dirinya sendiri sahaja dan untuk enjoy. Belum lagi masuk nafkah batin yang diabaikan oleh suami terhadap isterinya. Sedangkan, tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin, adalah satu tanggungjawab seorang suami.

Islam mewajibkan seorang suami untuk memberikan nafkah kepada keluarganya sesuai dengan batas kemampuannya, berdasarkan dalil-dalil dari Al Qur’an, Sunnah dan ijma para ulama.

Firman Allah SWT,”

"Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka.” (QS. Ath Thalaq : 6) 

Sabda Rasulullah saw,”Berilah dia (istrimu) makan tatkala kamu makan, berilah dia pakaian tatkala kamu berpakaian..” (HR. Abu Daud)

Situasi seperi ini boleh menyebabkan hubungan suami dan isteri renggang. Hubungan suami isteri menjadi hambar. Komunikasi dua hala sudah tidak mesra. Sebagai jalan melepaskan tekanan, seorang isteri memerlukan teman bicara dan teman berbual. Tidak mustahil, si isteri akan meluahkan masalahnya kepada rakan sekerja lelaki.

Daripada situlah timbul perasaan kasihan lebih-lebih lagi kawan lelaki hingga membibitkan cinta terlaran. Kadang-kala, si isteri tadi sudah selesa dengan rakan lelaki yang telah menjadi teman tapi mesra nya di tempat kerja, walaupun tahu teman tapi mesranya itu sudah bekeluarga , beristeri dan beranak pinak. 

Selain itu, berdasarkan pengalaman saya, dalam  sesi kaunseling, wanita curang disebabkan faktor kewangan suami yang tidak stabil. Pada sesetengah situasi, sebelum berkahwin, wanita itu sudah maklum kedudukan kewangan bakal suaminya dan tahap pendidikan suami yang bukan lulusan universiti.

Dek kerana cinta yang mendalam, pasangan ini tetap mendirikan rumahtangga. Hinggalah suatu masa, apabila telah mempunyai anak, dan si isteri mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan tinggi yang dimilikinya, sedangkan suaminya baginya tidak mahu memperbaiki tahap ekonomi keluarga. 

Dirasakannya, hanya di bahunya bebanan kewangan keluarga. dalam situasi ini, situasi tiada sefahaman, tidak sekufu, tidak sependapat dan tiada lagi kasih sayang, menambahkan lagi sebab wanita untuk curang.

Selain itu, wanita curang mungkin sebagai membalas dendam terhadap kelakuan dan tindakan suaminya. Contohnya, membalas dendam disebabkan suami berkahwin lain, berpoligami tanpa pengetahuannya atau dalam pengetahuannya sekalipun, atau suami mempunyai kekasih lain.

Mari kita renungkan sebuah Hadith Nabi SAW, Sebuah kisah yang  ditunjukan di dalam sebuah hadits saat datang Zaenab istri Ibnu Mas’ud ke rumah Rasulullah saw dan meminta izin dari beliau saw. Dikatakan kepada Rasulullah saw, 

”Wahai Rasulullah saw ini Zaenab.” Beliau saw bertanya, ’Zaenab yang mana?’ Dijawab, ’istrinya Ibnu Masud.’ Beliau saw berkata, ’Ya silahkan.’ maka diizinkanlah dia untuk masuk. Dia bertanya, "Wahai Nabi Allah, pada hari ini engkau memerintahkan untuk bersedekah. Aku mempunyai perhiasan dan aku ingin sedekahkan sedang aku melihat bahwa Ibnu Masud dan anaknya lebih berhak untuk menerima sedekahku.’ Kemudian Nabi saw bersabda, ’Ibnu Mas’ud suamimu dan anak lelakimu lebih berhak untuk menerima sedekah.”

(HR. Bukhori)

Keluarga Bahagia, Impian semua.



Apapun, yang sebenarnya, sebagai wanita yang berstatus isteri, syurga seorang isteri ialah suaminya. Syurga suaminya ialah ibunya. maka, sama-samalah, isteri membantu suami, suami mebantu isteri, memperolehi syurga Ilahi.

Saya akhiri dengan pantun 2 kerat: 

Tanam lada, luas macam taman,
Tepuk dada, tanya iman.


Sekian, wassalam.


9 comments:

  1. salam

    curang tu mmg menyakitkan, apatah lagi jika dia dilakukan oleh orang yang kita sayang =(

    ReplyDelete
  2. waalaikumusslam SisSyira
    memang menyakitkan hakikat kecurangan itu.tqvm sisisyira sudi bertandang ke sini

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Ummu

    Banyak kebenaran dalam tulisan ummu.. kadang-kadang isteri nusyuz disebabkan suami.. namun membalas dendam tidaklah baik..

    ReplyDelete
  4. salam akak...menarik kupasan akak ni...saya setuju dgn akak yg pmpn ni suka memendam perasaan dan tue boleh jd slh satu sbb kenapa pmpn crg...tp semuanya depend pd setiap individu...xkisah pmpn o laki...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ummu,
    kedua2 kakak kzue dpt suami yg curang dan akhirnya brcerai.

    bila hidup dah senang...lelaki mulalh cari lain...

    ReplyDelete
  6. waalaikumussalam Makcik Werdah
    membalas dendam
    selalunya kita jua tak kan tenang,kan makcik...

    ReplyDelete
  7. waalaikumussalam cik Tom
    benar, semua itu bergantung pd individu tu sendiri.tqvm Cik Tom,hadir ke blog saya ini

    ReplyDelete
  8. waalaikumussalam kak zue
    mashaAllah berat dugaan kakak kak zue tu.selalunya bila dah senang,itulah yang biasanya,kita nampak kan,kak.
    apapun itu bergantung kpd individu juga,kan kak

    ReplyDelete
  9. Assalam ummu,

    Moga sihat sejahtera selalu.

    ReplyDelete