Suatu Malam Di Kuala Lumpur
http://www.myukhuwwah.com/
Jam sudah menunjukkan 12.15 pagi. Namun Suatu Malam Di Kuala Lumpur, jalan raya 'jammed' juga.
"Alahai,apalah agaknya yang menyebabkan jammed ni?" bebel seorang wanita, sambil tingkap kereta di sebelahnya diturunkan.
"I hate being in a traffic jammed," omel wanita tu lagi.
"Sabar. Ini kan ujian Allah juga. Mungkin di depan sana, ada accident," cetus seorang lelaki, yang sedang memandu kereta.
"Erm. Dugaan Ramadhan. Terima kasih, honey, ingatkan saya,"jawab wanita tadi.
"Eh, kan hujan kat luar tu? Nape tak tutup tingkap?"
"Erk, sejuklah air cond ni. Bila kereta tak bergerak, lagi sejuk," kata wanita itu pula.
Sebenarnya, ketika membuka jendela kereta, gegendang telinga wanita itu diterjah oleh lagu Maher Zain, InshaAllah, dari kereta putih di sebelah.
"Basah nanti. Lagi susah. Dalha tutup je tingkap tu," usul lelaki tadi, suami wanita itu.
Keadaan jammed itu berlarutan dari sebelum pukul 12 tadi. Sebaik turun dari Karak Hiway, laluan tol Pantai Timur ditinggalkan. Kemudian, melepasi Gombak, mengambil laluan ke Ampang, kemudian tiba-tiba laluan yang agak lancar bertukar perlahan.
Namun, suatu sikap warga kota yang harus dipuji. Mereka bersikap sabar dengan tiada pun bunyi hon bertalu-talu malam itu.
Laluan yang sendat itu, diiringi hujan yang turun, kerlipan neon dan cahaya dari KLCC, melatari malam di kota besar itu. Bendera Malaysia turut dikibarkan di beberapa buah rumah pangsapuri di sebelah kiri laluan yang jammed itu. Terasa bahang Bulan Merdeka.
Akhirnya, setelah sampai ... terjawablah mengapa jammed berlaku. Rupanya ada air yang agak banyak, melimpah di tengah jalan raya.
Ada sesuatu yang menarik minda wanita itu.
Matanya terpaku pada satu tubuh lelaki. Tanpa berpayung atau berbaju hujan. Cuma bertopi keledar. lelaki itu, tangannya memberi arahan kepada kenderaan yang lalu di situ, agar tidak melanggar limpahan air itu. lelaki itu memberi arahan kenderaan mana yang patut melalui jalan itu, satu persatu, mengikut giliran, melalui jalan yang agak sempit yang tidak digenangi air.
MashaAllah. Lelaki budiman itu, berwajah agak kecinaan, tetapi agak sawo matang, siapakah dia? Adakah dia tidak sejuk? Jam pada masa itu sudah menunjukkan 12.25 pagi? Ya, walaupun kecil apa yang dia lakukan, tapi besar peranannya dalam membantu melancarkan lalu lintas.
Terima kasih, pakcik. Try ambil gambar dia, tapi blur sebab malam. Maklumlah hp cikai je. Siapa pun dia, terima kasih sekali lagi diucapkan.
Catatan peristiwa yang berlaku pada Jumaat, 19.8.2011
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSalam ukhuwah fillah dari ibu YUsuf dan Maryam.. :D
waalaikumussalam Zefa NorAsmara
ReplyDeleteterima kasih Zefa
sudi bertandang ke blog biasa saya ini.
salam ukhuwha jua untuk puan
Alhamdulillah.Tersentuh hati membaca kisah manusia berhati emas mcm tu.Insha Allah rahmat Allah untuknya x kira siapa dia.Namun menjalankan tugas sebegini sebenarnya memberikan risiko buat dirinya kerana org awam tiada latihan spesifik untuk tugas sebegitu kan
ReplyDeleteAssalamualaikum Ummu,
ReplyDeleteSemoga Ummu sihat yer.
Sama-samalah kita doakan semoga lelaki budiman itu dirahmati Allah hidupnya.
Selamat hari raya aidilfitri untuk Ummu sekeluarga. Maaf dipohon seandainya ketika berblog ada hati yang terguris.
hanya Allah yang membalas jasa lelaki itu..slamat hari raya,maaf zahir batin kak...
ReplyDeleteAssalamu'alaikum ummu
ReplyDeleteKe KL ya.. kiranya lalulah di hadapan rumah makcik.. ya, semoga kebaikan hamba Allah itu diberikan ganjaran olehNya.. amiin
Aina, sebagai orang awam tang tiada latihan khusus, memang agak berisiko.namun niat murninya itu mungkin mengatasi rasa bimbangnya akan risiko bahaya.terima kasih Aina datang ke sini
ReplyDeletewaalaikumussalam kak hanim
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri untuk akak,terima kasih atas kunjungan akak.saya pun minta maaf sepanjang perkenalan di blogsphere, andai ada terguris kata dan bicara
Maya Mayana,selamat hari raya,maaf zahir batin jua untuk Maya
ReplyDeletewaalaikumussalam Makcik Werdah
ReplyDeletehe he,masa lalu tu,memang teringat makcik beritahu rumah makcik,tapi sebab dah lewat malam,tak call ke makcik.