Susu Ibu, Menyusui Anak Ketika Puasa...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apabila membaca entry salah seorang follower blog Bicara hati Ibu ini, saya terbaca entry beliau berkaitan pengalaman beliau, menyusukan anak dan berpuasa. Saya pernah juga melalui pengalaman ini, 2 tahun lalu. Dalam keadaan bed ridden, pada masa itu dan kemudian berpuasa, Allahu Akbar, Allah sahaja yang tahu dugaannya.
Allah S.WT telah menjadikan amalan penyusuan selepas kelahiran bayi sebagai satu kewajipan yang tidak harus diabaikan oleh setiap ibu. Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 233:.
Maksudnya;
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
(Al Baqarah, Juz Ke 2, Ayat 233)
Dalam Islam, setiap ibu yang menyusukan ataupun hamil dibolehkan berbuka puasa sebagai satu bentuk keringanan yang ditawarkan. Tetapi perlu ada sebab mengapa diberikan pilihan untuk berbuka kerana ia mempengaruhi cara penggantian hari berpuasa yang ditinggalkan. Sebab itulah, setiap wanita yang menyusukan bayi ataupun hamil perlu memahami perkara- perkara yang bersangkutan dengan pengurusan berpuasa iaitu bila keharusan untuk berbuka dan kesannya dari segi qadha' dan fidyah.
Namun, dengan kajian- kajian yang dilakukan oleh ramai penyelidik, berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan terhadap ibu- ibu yang menyusukan anak. Dengan itu, kaum ibu tidak perlu risau akan kekurangan penghasilan susu dan kesannya terhadap bayi selagi mana mereka istiqamah dalam mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat semasa di bulan Ramadhan. Kebimbangan dan kekhuatiran tidak seharusnya timbul apatah lagi berpuasa sebenarnya lebih banyak memberi kemanfaatan kepada semua berbanding kemudaratan. Kemudaratan hanya berlaku dalam kes- kes terpencil yang diharuskan dalam agama untuk berbuka puasa.
Posisi menyusukan anak;
Baiklah. Saya tertarik nak share sedikit tip pengalaman ibu muda yang gigih ini. Jom kita baca pengalaman beliau, yang copy paste dari http://nuriezam.blogspot.com/2011/06/ganti-posedah-ganti.html
ini tips yang beliau amalkan:-
Sahur - beliau ambil 5 atau 6 biji kurma dan sesudu madu
- air milo panas/ horlick..
- nasi panas, sayur2, ikan/ayam
- amik vitamin
- air masak dlm 1 liter atau lebih
Tips pemakanan tambahan, yang membantu ibu yang menyusukan bayi ketika bulan puasa dan kekal bertenaga sepanjang hari.
1. Minum air yang mencukupi
Ibu yang menyusukan anak perlu minum air yang mencukupi ketika sahur atau selepas berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang menyebabkan susu ibu berkurang pada siang hari. Seeloknya minum 2 liter atau bersamaan dengan 8 gelas air sehari.
2. Bersahur
Ibu yang menyusukan perlu memastikan dirinya bersahur setiap hari. Makan seperti biasa, tetapi seeloknya kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan mengandungi banyak minyak kerana ia akan mengurangkan nutrisi makanan yang dimakan.
3. Kurangkan Minuman Bikarbonat
Walaupun ibu yang menyusukan ketika bulan puasa digalakkan minum air yang banyak tetapi dinasihatkan supaya kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat (atau tidak mengambil langsung) dan minuman berkafein seperti kopi.
4. Madu seeloknya minum dengan menggunkan sudu plastik.
5. Ambil supplement tambahan.
Ambil supplement untuk mengisi kekurangan nutrisi dalam diet sepanjang proses berpuasa. Sebagai permulaan, pengambilan multivitamin adalah digalakkan. Pengalaman saya, saya ambil Spirulina Kels atau kalau Spirulina Cair Kel's dah habis, saya ambil Spirulina HPA kapsul.
Alhamdulillah, perut saya kurang pedih dan kurang cepat lapar. Susu juga bertambah banyak. Bayi juga tidur nyenyak. Pembantu saya beritahu, jika saya mengambil spirulina pada hari itu, anak saya kurang meragam sewaktu saya keluar bekerja.
Alhamdulillah. Anak saya, memang tidak mahu susu lembu atau susu kambing. Jadi saya dah buatkan stok dalam botol, dan anak hanya mahu minum susu botol yang ada spirulina Kel's je. Alhamdulillah, dulu masa lahir, beratnya dalam 1 kg je. Apabila kerap mendapat susu ibu dan spirulina, tubuhnya cepat membesar dengan sihat dan tidak perlulah asyik bertemu janji dengan paediatric.
Oleh hal yang demikian, Sesungguhnya Ramadhan akan menjadi lebih bermakna jika sebagai ibu, kita tidak mengambil mudah akan hal melaksanakan puasa dan meneruskan penyusuan bayi. Seboleh yang mungkin untuk meminimumkan pilihan berbuka puasa jika tiada apa- apa masalah ketika menyusukan bayi. Secara tuntasnya, sebagai langkah proaktif bagi ibu- ibu, seharusnya mengambil peluang untuk mengkaji lebih mendalam hakikat disyariatkan penyusuan susu ibu dan tidak menjadikan Ramadhan sebagai satu halangan untuk memberhentikan penyusuan ibu mahupun mengambil langkah berbuka puasa sewenang- wenangnya untuk menyusukan bayi tanpa ada sebab yang munasabah. Yang paling penting ialah pendidikan pemakanan yang sihat harus disemai dalam setiap diri ibu yang menyusukan bayi agar dapat mengharungi bulan puasa dengan sihat dan cergas tanpa sebarang masalah.
Assalamu'alaikum ummu
ReplyDeleteSemalam anak kak yang masih menyusukan anaknya bertanya tentang rukhsah ini..
Maha Suci Allah menyediakan susu ibu yang sesuai dalam apa jua keadaan.