Masjid Itu Bukan Milik Kamu, Masjid Itu Adalah rumah Allah, OKU pun boleh menunaikan Ibadah di sana
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Entry yang akan saya kongsikan di sini ialah berdasarkan pengalaman saya Magrib tadi. Saya tidak bertujuan mengaibkan sesiapa atas artikel ini.
Petang yang mendung itu, langit kelihatan gelap. Jarum jam sudah menunjukkan angka 6.00. Aduhai, hati serba salah. Samada mahu ke Pekan T atau tidak. Tetapi perlu pergi juga.
Saat ini, waktu kerja kami 8-5. Memandangkan hari ini, ibu balik awal sedikit, ibu mahu menyelesaikan beberpa urusan di Pekan T. Tapi terbantut dek ruang waktu tugas kami berbeza.
Kadang kala suamiku pukul 5.30 atau 6.30 baru kunampak wajahnya, dek tugas2 nya.
Petang tadi, kami teruskan hajat ke Pekan T. Perjalanan melalaui lebuhraya LPT, dalam 40-45 minit, jika tiada lori balak atau lori-lori besar yang lain. Jika ikut jalan kampung, lebih 40 minit.
Jam 6.55 petang, kami sampai hampir ke Pekan T. Melalui beberapa kampung dan taman perumahan. Lebih kurang 6.58, azan Magrib berkumandang. Kami mencari masjid yang terdekat dengan kami. Jam sudah menunjukkan 7.02 minit malam.
Akhirnya kami terpaksa membuat pilihan. Singgah ke sebuah Masjid yang agak besar binaannya, di tepi jalan utama menghala ke Bandar. Kami tahu, masjid itu 2 tingkat. Tetapi, saya tahu, saya tiada pilihan lain.
Selepas berwudhuk, saya menuju ke dalam masjid. Saya memang sedia maklum. Tempat solat jamaah wanita ialah di tingkat atas. Itu tidak mungkin untuk saya naik.
Kalau saya solat di Masjid Bandar T, di pesisir sungai, saya terpaksa merangkak untuk ke tandasnya yang agak tinggi, selain lantai yang agak licin. Saya takut saya terjatuh pula. Saya tiada peneman perempuan untuk bersama-sama saya ke tandas. Yang ada anak lelaki saya. Alahai tubuhnya kecil, untuk memimpim saya. Jadi, pilihan yang terbaik, kami singgah ke masjid di tepi jalan besar sebelum sampai ke bandar.
Sewaktu saya melihat ke dalam masjid, memang tiada ruang untuk jamaah wanita di tingkat bawah. Terkebil-kebil saya di situ. Lalu saya ambil keputusan solat di atas sebuah kerusi (saya tidak boleh duduk di lantai). Kerusi itu di tepi dinding di bahagian luar sebelum masuk ke tempat jamaah lelaki.
"Eh kenapa awak solat di sini?" sergah suara garau dari sebalik pintu dihadapan saya.
"Oh, ada bilik ke kat depan ni," getus hati saya.
Dek terkejut disergah ketika saya sedang solat, saya terdiam seketika.
Yalah, mana nak terkejut, di sebalik tempat yang gelap di satu bahagian masjid tu rupanya ada orang tinggal di situ.
"Ni tempat jamaah lelaki. Jamah wanita di atas. Cuba tengok di tangga tu," sergah pakcik itu lagi.
"Allahu Akbar, apalah masalahnya ni,"omelku.
"Pakcik, saya tak boleh naik tangga, pakcik. Saya guna ini untuk berjalan," tunjuk saya kepada alat bantu sokongan saya.
Giliran dia terkebik-kebil. Ops tapi tak setakat itu sergahannya.
"Hah sembahyanglah di dalam tu. Yang sembahyang di sini kenapa?"
"Tapi, di dalam tu kan jamaah lelaki sedang solat?"tanya saya.
"Ada. Tempat perempuan ada di dalam,"kata pakcik itu lagi.
"Di mana?" tanya saya, mata mencari jamaah wanita.
"Bawah jam,"
Saya tengok. Bawah jam? Takde pun jamaah perempuan.
"Hah, apa lagi. Pegilah sana. Ni tempat lelaki lah," kata pakcik itu, agak tinggi
Malas bergaduh, saya pergi ke tempat yang disuruh. Sebaik saya sampai, saya dikelilingi pula oleh budak-budak lelaki. Ramai amat. Terkejut saya.
Mereka mengelilingi saya. Saya buat derk jerlah. Hati ni CUMA NAK SOLAT BUKAN NAK MINTA SEDEKAH.
Tempat yang saya solat itu,adlaah laluan orang lelaki untuk keluar masuk berwudhuk.
Melihat anak-anak lelaki mungkin sekolah rendah mengelilingiku, ALLAH, Kau mudahkanlah urusanku. Doaku. Aku dah biasa menjadi tontonan orang.
Kalau ke pasar, pun menjadi bahan tontonan. Mujur saja, di tempat baruku, pasar yang biasa kukunjungi, pengunjung tidak memandangku seperti ALIEN.
Saya terus letakkan beg di hadapanku. Bagi memberitahu, di sini SAYA bersolat.
"Makcik, di sini, bukan tempat orang perempuan,"seorang budak lelaki agak berisi menegurku. Mungkin dalam darjah 4.
"Orang perempuan sembahyang di atas, makcik,'terang seorangkanak-kanak lelaki yang seorang lagi. Agak kurus dirinya.
"Tapi makcik tak boleh naik tangga nak, takpelah anak-anak pergilah solat depan, makcik TUMPANG SOLAT di sini ya,"kataku.
"Yalah makcik. Makcik ni mana larat nak naik atas,'ulas seorang lagi.
Mujur anak-anak itu mendengar kataku. Dan ku meneruskan solatku.
Usai solat ku keluar terus dari situ. Sungguh. Inilah pertama kali diri ini dimarahi ketika di masjid.
Selama ini telah merata-rata masjid tempat kusinggah menumpang solat. Serata Semenanjung Malaysia, sewaktu keterbatasan upaya ini, saya buat mana yang mampu.
Saya bukan minta belas kasihan. Cukup memudahkan yang mudah. Islam itu indah. Islam itu tinggi. Islam itu datang memberi rahmat kepada seluruh alam. Islam itu mudah.
Moral of the story;
Hari ini hari orang lain
Hari esok kita tidak tahu
...bagaimana keadaan kita....
No comments:
Post a Comment