Pages

Friday, January 27, 2012

Bangkit Kembali

Bangkit Kembali
 
 
 
Ketika sakit hati, 
Ketika kesedihan,
Ketika kemiskinan.
Ketika kemalangan, 
Ketika kecacatan,
Ketika berada pada paling bawah kehidupan...

Itu semua adalah bentuk-bentuk pengajaran kehidupan yang sangat berharga.
Ia adalah pengalaman kita yang paling beharga.
Tidak terbayar oleh intan dan emas permata.
 
Misalnya, diri saya, daripada seorang yang normal,
aktif bergerak ke sana ke mari,
suka sukan lasak seperti memanjat gunung,
meredah hutan belantara...
dan kemudian suatu kemalangan berlaku
kemudian berkerusi roda
dan berjuang ketika hamilkan anak dalam keadaan bed ridden..

Dan...ketika itu
kekuatan sebenar
sumber kekuatan 
itu 
datangnya daripada Pemilik Segala Cinta

ALLAH SWT
Aku Cinta Allah
Jika Cinta Allah
Kita Mesti Sabar 
Dengan Ujian Tuhan Yang Maha Esa..
Meski seringkali 
kita tergugat dengan kesabaran itu...

Dengan kita memerhati dan merenung makhluk-makhluk ciptaan Allah yang bermacam-macam di alam semesta luas ini, serta memerhati kehalusan sistem Tuhan yang ada pada makhluk-makhluk tersebut dan undang-undang yang mengatur perjalanan alam ini tanpa ada kecelaruan, kesilapan dan perlanggaran sesama mereka. 
 
Semua itu menunjukkan kepada keagungan Tuhan maha pencipta (Allah) dan kekuatanNya, namun Dia tidak pernah menzalimi mana-mana makhluknya. Dia juga maha bijaksana dalam hal makhlukNya.

Dengan mempelajarinya, mengamatinya dan menganalisis semua itu, maka kita akan mampumengahrgai sebuah bentuk pengorbanan, perjuangan dan pengendalian diri dari semua hal kehidupan dan ianya adalah bukan suatu yang sia-sia.

dan hasil daripada itu, kita akan mendapatkan kejayaan, ketegaran, kedewasaan, dan kemajuan. InshaALLAH. 

Saya bersyukur di sebalik kerusi roda itu,
tersembunyi hikmah yang sangat banyak.

Ketika berkerusi roda, saya pernah memperolehi beberapa kejayaan.
Samada untuk diri dan keluarga.
Juga untuk majikan.
Dan utamanya untuk anak-anak bangsa
dan ummah sejagat.
 
Ayuh, mari kita bangkit kembali.

3 comments:

  1. Assalamu'alaikum ummu

    La tahzan innallaha ma'ana.. insyaAllah bila kita tidak mengeluh terhadap apa yang telah terjadi dan kita bersedia untuk membina kembali kekuatan dalam diri , hidup kita menjadi tenang.. apa-apa yang berlaku pasti ada hikmahNya..ayuh! kita kita bangkit kembali..

    ReplyDelete
  2. salam ziarah di pagi jumaat...

    touching...motivating...

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam makcik
    benar kata makcik..
    Allah bersama kita,selagi kita bersabar ,tapi nak sabar tu,sukar kan makcik..

    Sham,tqvm sudi jengah blog saya ni

    ReplyDelete