Pages

Wednesday, February 22, 2012

Di mana gadis ini, Hilang pada hari kekasih

Orang Hilang, Hilang pada hari kekasih

 
NURUL ZAKIAH yang hilang sejak 14 Februari lalu dirayu pulang oleh keluarganya. 
                                   Sayang, sayang, buah kepayang... ditelan mabuk, dibuang sayang 

Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
kerna kasih hamba turutkan

Pulanglah gadisku
ke pangkuan keluargamu
pahit bersama famili dan sanak saudara
tidak sama 
dengan terjahan ganas dunia
di luar sana...
 

KUALA LANGAT – Panahan asmara seorang lelaki Pakistan ke atas kekasihnya yang merupakan seorang pelajar tingkatan lima menyebabkan gadis itu bertindak membelakangkan keluarga apabila dia disyaki melarikan diri selepas cinta mereka mendapat tentangan.


Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, dikatakan hilang pada Hari Kekasih 14 Februari lalu selepas tiga minggu berkenalan dan bercinta dengan lelaki dikenali sebagai Samer Khan, 20-an.


Samer Khan digambarkan sebagai lelaki yang kacak tetapi keluarga Nurul Zakiah hanya mendengar cerita mengenai Samer daripada gadis itu dan tidak pernah menemuinya.

 


Pertemuan yang tidak dirancang hingga melahirkan bibit-bibit cinta itu berlaku ketika Nurul Zakiah bekerja secara sambilan di sebuah pasar raya manakala Samer pula bekerja di sebuah kedai menjual barang-barang makanan di Pekan Banting di sini. Kedua-dua premis itu terletak berdekatan.


Nurul Zakiah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini sebelum kejadian tinggal bersama ibu saudaranya, Norlaila Saad, 43, sejak 12 tahun lalu selepas kematian ibunya.


Mengimbau semula kejadian itu, Norlaila memberitahu, dia menyedari kehilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting dekat sini itu selepas anak saudaranya tidak pulang ke rumahnya di Jalan Masjid, Kanchong Darat setelah tamat waktu belajar.

No comments:

Post a Comment