Pages

Saturday, April 14, 2012

Ribut di Skudai Johor petang tadi

Ribut di Skudai Johor petang tadi



Petang tadi berlaku Ribut di Skudai Johor.Waktu kejadian lebih kurang selepas Zuhur. Pukulo 2pm lebih kurang.

 Terdapat pokok-pokok yang tumbang dan patah. Ada pokok kena patah petir. Bumbung kediaman juga ada yang tercabut di beberapa kawasan perumahan.

Alhamdulillah keadaan beransur tenang. Lebih kurang pukul 4pm hujan masih turun. Namun ribut sudah reda.

Situasi ini menyebabkan beberapa batang jalan di Skudai jammed.

Pukul 5.55 pm, di kawasan yang terjejas seperti di Mutiara Rini, Penduduk ada yang berdiri dan duduk di luar rumah sebentar tadi sementara tukang rumah/pekerja construction berhampiran membaiki bumbung yang rosak. Di Taman Ungku Tun Aminah juga terdapat beberapa buah pokok tumbang disambar petir.

Maha Suci Mu Ya Allah. La haula wala quwwata illa billahil aliyyil a'zim.

Pasti ada hikmah atas kejadian ini.InshaAllah.

p/s:Gambar kawasan kejadian tak dapat nak upload ke sini.

Update:

Difahamkan, ribut kencang yang berlaku di situ dikenali sebagai angin ‘langkisau’ dengan kelajuan luar biasa sekali gus mampu untuk menerbangkan bumbung-bumbung rumah dan sekolah di kawasan terlibat.

Berdasarkan laporan portal rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir akan melanda beberapa tempat di negeri ini pada sebelah petang, namun tiada hujan dilaporkan pada sebelah pagi dan malam.

Malah, mengikut portal rasmi jabatan itu di www.met.gov.my ribut petir akan terus berlaku di beberapa tempat di negeri ini hingga 20 April ini. (Petikan daripada Sinar harian)

4 comments:

  1. Ummu : cube Ummu buka link blog ni
    http://azlina-lin.blogspot.com
    dia wat craft ni...asiah tk pandai wat...byk informasi ttg kraf ni kt blog dia...:)

    ReplyDelete
  2. Semoga segalanya selamat di sana... risau juga sebab famili Nida di Johor (Masai)

    ReplyDelete
  3. terima kasih Siti asih.berikan link tu.sangat bermanfaat.

    Nida,tu yang akak pun bimbang.maklum family akak pun di negeri ni

    ReplyDelete
  4. terima kasih Siti asih.berikan link tu.sangat bermanfaat.

    Nida,tu yang akak pun bimbang.maklum family akak pun di negeri ni

    ReplyDelete