11,650 lulus jadi amah di Malaysia
Salam. Bagi saya kerjaya maah atau pembantu rumah tangga adalah suatu kerjaya yang murni dan penting dalam sesebuah masyarakat. tamabhan pula, situasi sekarang yang amna para ibu rumah tangga ramai yang perlu keluar bekerja bagi membantu suami mendapatkan wang yang halal untuk kesinambungan hidup.
Amah adalah suatu kerjaya yang murni. Ini kerna, seorang pembantu rumah tangga yang amanah, jujur, dan taat pada ajaran Islam, akan membantu membentuk pendidikan anak-anak majikan juga. Kerana anak kecil akan belajar dari persekitarannya.
Ada majikan yang baik membri layanan baik kepada pembantu mendapat pembantu bermasalah dan agendi tak mahu bertanggungjawab. Ada pula pembantu mendapat majikan yang aniaya dan zalimi pembantunya.
Pada pandangan saya, masalah biasanya wujud apabila maslah komunikasi timbul. Apa yang difahami pembantu lain, apa yang disuruh majikan lain. Jika saya, saya biasanya akan ketawa geli hati memandangkana da perkataan Bahasa melayu, difahami lain pula oleh pembantu saya kerana Bahasanya yag lain, samada Madura, jawa atau Sunda.
Apa-apa pun, bila kita buat baik, InshaAllah Allah akan balas dengan kebaikan meski kejahatan yang diberi di dunia ini.
SEPANG - Seramai 11,650 rakyat Indonesia telah mendapat kelulusan daripada Kedutaan Besar Indonesia di sini untuk berkhidmat sebagai pembantu rumah di Malaysia, kata Atase Ketenagakerjaan Kedutaan Indonesia, Agus Triyanto.
Agus memberitahu, mereka bagaimanapun perlu menepati syarat-syarat yang ditetapkan memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia sebelum dibenarkan bekerja."Mereka harus menjalani latihan sebanyak 200 jam sebagaimana yang diperuntukkan dalam MoU berkenaan bagi membolehkan mereka memiliki sijil kompetensi kerja dari kerajaan Indonesia.
"Tanpa sijil berkenaan, ia bermakna mereka (amah) tidak dilatih dengan baik dan tidak layak bekerja di negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Beliau berkata demikian selepas menyambut ketibaan empat amah dari Indonesia yang kemasukannya diuruskan oleh Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap) di sini semalam.
Kumpulan pembantu rumah berkenaan merupakan kemasukan sulung amah yang dibuat berlandaskan pindaan MoU yang telah ditandatangani pada 30 Mei tahun lalu.
Indonesia lulus 11,650 rakyatnya jadi pembantu rumah di Malaysia
SEPANG - Seramai 11,650 rakyat Indonesia telah mendapat kelulusan kedutaan negara itu untuk berkhidmat di Malaysia sebagai pembantu rumah, kata Atase Ketenagakerjaan Kedutaan Indonesia Agus Triyanto.
Bagaimanapun, katanya mereka hanya boleh dibawa masuk selepas menerima sijil kecekapan menjalani latihan sebagai pembantu rumah selama 200 jam yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Persijilan Profesional Indonesia serta mematuhi beberapa syarat lain yang dipersetujui di bawah memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara.
"Indonesia tidak akan luluskan mana-mana pembantu rumah ke luar negara termasuk Malaysia jika tidak ada sijil kecekapan ini," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan empat pembantu rumah Indonesia yang kemasukan mereka diuruskan oleh Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (PIKAP) di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini hari ini.
Mengikut sijil itu, pembantu rumah akan melakukan kerja-kerja yang bersesuaian dengan latihan yang telah diperolehi termasuklah membersih dan mengemas rumah, ruang dapur, bilik mandi dan bilik tidur serta mencuci pakaian.
"Selain (tugas) itu, ia tidak boleh (buat kerana) dia memang tidak mempunyai kepakaran. Mereka tidak boleh dikatakan tidak cekap (jika gagal melakukan tugas lain selain daripada apa yang dipelajari semasa latihan 200 jam)," katanya.
Beliau berkata kesemua pembantu rumah yang dibawa hari ini adalah kumpulan pertama pembantu rumah Indonesia yang telah mematuhi kesemua syarat ditetapkan, manakala lapan orang lagi akan datang ke Malaysia dalam masa terdekat.
Agus juga berkata kerajaan Indonesia tidak membuat penangguhan dalam menghantar rakyatnya ke negara ini seperti yang didakwa, sebaliknya untuk memastikan mereka membuat persediaan dan latihan secukupnya sebelum bekerja di Malaysia.
Pada 30 Mei tahun lepas, kedua-dua negara menandatangani protokol bagi meminda MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006, dengan memperkemaskan peruntukan-peruntukan, terutamanya berkaitan perlindungan
dan kesejahteraan untuk pekerja dan majikan.
Antara persetujuan yang dicapai, kos pengambilan pembantu rumah ditetapkan pada RM4,511 dan majikan hanya boleh mengambil balik RM1,800 yang dibayar terlebih dahulu bagi pihak pekerja mereka kepada agensi pekerjaan.
Selain itu pembantu rumah akan diberi satu hari cuti setiap minggu dan mereka dibenarkan memegang pasport sendiri.
Sementara itu Agus turut mengakui ketibaan 29 pembantu rumah Indonesia ke Malaysia pada awal bulan ini yang didakwa Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) sebagai kumpulan pertama yang memasuki Malaysia selepas pindaan
MoU itu, adalah kemasukan secara sah.
"Cuma belum mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam MoU baru. Jadi agensi yang bawa mereka masuk ini diminta datang ke kedutaan dalam masa dua minggu untuk semak semula kriteria yang belum dipenuhi sebelum dikenakan sebarang tindakan," katanya.
Sementara itu Presiden PIKAP Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata pihaknya gembira kerana dapat menguruskan kemasukan pembantu rumah Indonesia berasaskan peraturan yang ditetapkan dalam MoU meskipun bilangan yang dibawa adalah kecil.
Katanya PIKAP yang dianggotai kira-kira 190 ahli sedang giat berurusan dengan rakan perniagaan mereka di Indonesia untuk membawa masuk lebih ramai pembantu rumah masuk ke negara ini kerana permintaan yang tinggi daripada majikan. - Bernama
No comments:
Post a Comment