Ketika Hati Menangis
Tuhanku….
ketika hati seorang hambaMu menangis,
hanya kau saja yang tahu.
Tuhanku….
Ketika mereka meninggalkan aku sendiri
Ketika tiada siapa yang sudi menolehku di sini,
Ketika tiada simpati,
Kau tetap mendengar rintihanku
PadaMu tempatku menagih kasih
Ketenangan kurasa mendekatiMu
Syahdu malam sendiri
tak terasa sunyi
Tuhanku,
Ketika matahari menyembunyikan diri,
Ketika langit mendung melatari,
Ketika hujan membasahi bumi,
Ketika hembusan bayu seakan terhenti,
Tuhanku….
Ketika aku dalam kepayahan,
Ketika aku dalam kesulitan,
dalam kesendirian dihimpit cubaan
Kau beri aku harapan,
Kau beri aku kesabaran,
Kau beri aku pengalaman,
Kau mengajarku arti kematangan.
Lantas Kau membuka pintu hatiku,
untuk memberi kemaafan
Pada mereka yang pernah melupakanku
Tuhanku….
Ketika aku di persimpangan,
Ketika aku lemas dalam stigma,
Ketika aku kelu dalam membuat keputusan,
Kau berikan aku kekuatan,
kau tunjukkan aku jalan
Kau tak biarkan aku sendirian.
Tuhanku….
Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira
Syukurku melangit pun tak tercapai
Kerana Kau tak biarkan hambaMu ini menangis tanpa henti...
Semoga kasih Allah sentiasa bersama kita.
ReplyDeletesalam kak hamin
ReplyDeleteamin ya Allah