Rumah Baru vs Saudara Baru
Jalan Dari Beserah ke Bandar Kuantan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kisah rumah baru kami. Baru 2 minggu kami secara rasmi tinggal di rumah baru kami.
Berpindah ini letih dan penat sebenarnya. Buku-buku yang bertimbun banyak juga yang terpaksa di let go.
Pindah dan punggah barang tu memang letih. Tapi nak buat macam mana. Dah tugas kan.
Tugas tu amanah. Amanah tu lah yang takut kalau kami tak dapat terbuat...
Oh iya, memang kami ni baru pindah sini. Perumahan masih baru.
Line internet kalau Broadband Celcom takde di sini. Tiang telefon Telekom Malaysia pun belum ada lagi.
Pembinaan pun masih dijalankan. Bunyi enjin lori dan pelbagai lagi kenderaan berat menjadi dendangan saban pagi.
Cuma hujung minggu ini suara-suara itu sunyi dan sepi.
Rumah-rumah yang dah siap masih ada yang belum berpenghuni. Namun semalam. kami perolehi jiran baru.
Rupanya-rupanya banyak berkaitan rumah baru kami ini bertautan dengan saudara baru.
Kami minta kontraktor pasang grill rumah, dengan seorang Saudara Baru bersama adiknya yang juga saudara baru.
Semalam, kami dapat jiran baru. Melihat wajahnya, saya ingatkan orang putih mana.
Aduh tak sempat nak update lagi..Setakat ni dulu ya catatan hati ibu buat teman-teman followers dan blog.Wassalam.
No comments:
Post a Comment