BHI (Bicara Hati Ibu) Join Giveaway Ciktom Yang Kedua
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah hari ini Ramadhan ke 7 pada 1433 Hijriah/ 2012 Masihi di Malaysia yang bertuah ini. Hari Jumaat yang cerah di sini. Di kesempatan masa yang ada pada hari ini, saya meninjau-ninjau beberapa blog rakan-rakan. Maaf ye yang ada saya tak sempat nak tinggalkan jejak.
Puan Cjai,http://ummuainries.blogspot.com ada menganjurkan entry Segmen Ramadhan, tapi saya dah terlepas tarikh pula,:(. Takde rezeki, namanya, kan.
Pada kali ini, saya join satu giveaway Blogger yang juga merupakan salah seorang follower Blog Bicara Hati Ibu. Gadis blogger ini bagi saya merupakan blogger yang famous iaitu Ciktom.
Bersempena ulang tahun ke 2 blog ciktom[dot]com, Cik Tom telah pun menganjurkan satu giveaways dan sekarang masih berlangsung lagi.
Suatu yang menarik tentang blog ciktom, walaupun baru 2 tahun berblog pagerank blognya Alhamdulillah berada pada kedudukan PR3 dari PR10 semenjak dari tahun lepas. Bagi saya ia suatu pencapaian yang sangat baik dibandingkan saya dalam membina blog raudhatulukhuwah yang kemudian bertukar ke myukhuwwah ini. Almaklumlah ada masanya, saya terpaksa tinggalkan blog ini sampai 'bersawang-sawang' atas sebab yang tak dapat dielakkan.
Mungkin bagi rakan-rakan dan adik-adik yang benar-benar ingin serius dalam dunia blogging boleh ambil ilmu dan tip dari penulisan ciktom ini. Saya memetik kata-kata ini dari ciktom.com:
Suatu yang menarik tentang blog ciktom, walaupun baru 2 tahun berblog pagerank blognya Alhamdulillah berada pada kedudukan PR3 dari PR10 semenjak dari tahun lepas. Bagi saya ia suatu pencapaian yang sangat baik dibandingkan saya dalam membina blog raudhatulukhuwah yang kemudian bertukar ke myukhuwwah ini. Almaklumlah ada masanya, saya terpaksa tinggalkan blog ini sampai 'bersawang-sawang' atas sebab yang tak dapat dielakkan.
Mungkin bagi rakan-rakan dan adik-adik yang benar-benar ingin serius dalam dunia blogging boleh ambil ilmu dan tip dari penulisan ciktom ini. Saya memetik kata-kata ini dari ciktom.com:
"Bagi
yang mempunyai target dalam dunia blogging ini kena rajin dan berani
untuk mencuba perkara baru selagi tidak menyalahi etika dunia blog dan
halal di sisi agama Islam. Jangan putus asa untuk mencari ilmu blogging percuma atau berbayar dan cuba praktiskan satu persatu untuk mencari
kesesuaian dengan diri dan blog. Bagi yang menulis blog kerana minat insyaAllah segala perkara yang lain akan datang dengan sendirinya jika
kita ada minat dan azam yang kuat."
Saya suka tengok Imej buah tomato yang cute. Sebab apa saya suka tengok buah tomato tu? He he sebab saya pun suka buah tomato tu juga, macam ciktom.
(Buah tomato lagi enak dimakan mentah. Apatah lagi diletak dalam asam pedas atau kari, saya dan anak pasti berebut nak buah tu,:). Tomato memang buah yang berkhasiat, ops lari dari tajuk ni).
Imej buah tomato gurlz digabung color pink (oh pink lagi) dan beberapa color lain sangat menarik hati saya ketika saya membaca artikel di blog beliau, tapi jarang tinggalkan komen.:) .
Macam-macam ada dekat blog Cik Tom. ada tutorial blog, kisah kehidupan dan resipi pun ada. Kiranya, serba serbilah ada dala, blog Cik Tom.
Blog Tomatogurlz Tomato Gurl’s Life yang akhirnya diringkaskan menjadi ciktom.com memang domain yang bagus, bagi saya, ringkas dan padat.
Lalu terhasillah entry tersebut....
Macam-macam ada dekat blog Cik Tom. ada tutorial blog, kisah kehidupan dan resipi pun ada. Kiranya, serba serbilah ada dala, blog Cik Tom.
Blog Tomatogurlz Tomato Gurl’s Life yang akhirnya diringkaskan menjadi ciktom.com memang domain yang bagus, bagi saya, ringkas dan padat.
Oleh sebab syarat nak join giveaway ni, kita kena letak artikel mana yang terbaik di blog kita sendiri berserta link, maka saya dengan ini merasakan entry "Sakit Itu Sebab Kita Ada Dosa ke Mama?" di sini.
Artikel yang saya kongsikan itu berdasarkan pengalaman saya bersama anak sulong saya. Ketika soalan 'cepu emas' diajukan kepada saya, saya tidak marah kepada anak saya. Cuma lidah ini bagai kelu seketika nak mencari jawapan terbaik agar mind setting nya tak tersalah persepsi terhadap orang sakit.
Soalannya juga segera mengimbau kenangan di lantai wad.
Terbayang wajah Kak Z, seorang ustzah yang buta kedua matanya dan tidak boleh berjalan setelah diserang diabetis yang teruk sedang menghafaz Al Quran sambil di 'tasmiq' oleh ibunya yang juga guru mengaji Al Quran. Kemudian ingatan ini melayang kepada wajah Kak Nor yang baru menjalani operatian membuang payu dara disebabkan barah stage 4.
Paling tak lupa wajah wajah Datin N yang very humble walaupun beliau seorang VIP dan terpaksa kongsi wad dengan kami. Datin N telah lebih 7 tahun (ketika itu) menghidap barah stage 4, wajahnya yang tenang membaca Al Quran usai menjalani kimo.
Semangat wajanya saya kagumi, beliau hamilkan anak bongsu ketika barah itu sudah bersarang di tubuhnya dan hajatnya sudah tertunai untuk melihat anaknya memebesar di depan mata. dan beberapa wajah lain. Kenangan di lantai wad di mana secara tak langsung saya menjadi 'kaunselor tak rasmi' rakan-rakan sewad apabila ada pelawat yang mengajukan kata-kata,"
"Kamu/mu sakit sebab dosa mu,lah,"....
Kata-kata ini memang nampak ringkas tapi sangat terkesan kepada gegendang yang menerima terjahan.
Lalu terhasillah entry tersebut....
Saya mula mengetahui blog CikTom sekitar November 2010. Pada masa tu saya ter'sesat' masuk ke blog yang cute sangat dan ramai followersnya, erm tak ingat berapa followernya tapi beribu-ribu jugalah. Dan saya tak sangka, Ciktom sudi menjadi follower blog saya.
Saya gugel cari tutorial berkaitan cara nak adjust banner-banner yang saya suka sangat lekat kat blog saya masa tu. Iaitu tutorial Cara Guna Code table.
Linknya di sini http://www.ciktom.com/tutorial-guna-code-table-untuk-kemaskan-banner-exchange-updated/
Oh iya , masa tu saya guna blog wordpress self hosting. Manakala ciktom masa tu masih guna plartform blogspot. He he sekarang saya guna blog blogspot aje. Secara jujurnya, berdasarkan pengalaman saya, blog wordpress ini memang sangat menarik untuk kita gunakan. Selain itu wordpress self hosting juga didapati mesra SEO.
Senarai hadiahnya ialah;
1. Post entri paling menarik dan kreatif- RM20 x 1 pemenang
2. Cabutan pertama- RM20 x 1 pemenang
3. Cabutan kedua, ketiga- RM10 x 2 pemenang
4. Cabutan keempat- shawl + 1 brooch handmade x 1 pemenang
5. Cabutan ke 5, 6, 7- 2 brooch handmade x 3 pemenang
6. Cabutan ke 8, 9 - Original Laptop Sleeve Case Berjenama Esprit x 2 pemenang
7. Cabutan ke 10- Perfume + Bracelet x 1 pemenang
Kepada rakan-rakan yang nak join, silakanlah ye. Meriahkan Giveaway Ciktom. Mana tau ada rezki kan?
“Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtai, Papa Mifz, Amna, Kak Mahh, Dania Eryati, Onlajer, Nazri, Hatiputera, Eiela, Rina Avail, Akhiyy, Hafizul, Puanbee dan KeretaHitam.”
Assalamualaikum Ummu
ReplyDeletemoga berjaya
Insyaallah, iftar ikut sunnah
ummu...segmen c'jai tamat 22 julai ari tu..maaf lah terlepas pandang nk maklumkan ... mudah2an ada rezeki di GA ciktom ni ye....selamat berpuasa..
ReplyDeletewaalaikumussalam atuk.tq atuk
ReplyDeletetq cjai.tahniah cjai sebab ramai yang join GA Cjai.suka saya tengok
ReplyDeletetq join...penyertaan diterima n dh ciktom update dlm senarai peserta GA cik tom..
ReplyDeletesalam perkenalan ummi =)) hehe dtg dr GA yg same juga.. gudluck ye ;)
ReplyDeletesalam blog yg cantek kemas n mudah dibaca....i follow u follow
ReplyDelete