Pages

Saturday, July 14, 2012

Cinta Warga Emas Segelas Air Pengikat Cinta

Cinta Warga Emas Segelas Air Pengikat Cinta

BAHAGIA...Idris dan Rohani diarak dengan beca ke majlis persandingan, semalam.


“Saya terkejut hingga pitam sebaik melihat wajah bakal isteri yang cantik selepas disolek pada majlis akad nikah, " kata seorang Pengantin Lelaki, beberapa hari yang lalu seperti yang dilaporkan akhbar Harian Metro.

“Bagaimanapun, Alhamdulillah majlis itu selesai selepas saya berjaya melafazkan akad nikah kali ketiga,” kata penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, di sini, Idris Laboh, 71, yang bertemu jodoh dengan Rohani Lee Abdullah, 53, juga penghuni RSK di Kota Bharu.



Idris atau lebih dikenali sebagai Pak Yeh selamat diijabkabulkan dengan Rohani pada jam 5.30 petang kelmarin dan bersanding semalam serta diraikan 117 penghuni dan kakitangan RSK.

Lebih menarik, Rohani bertemu jodoh kali kedua di RSK selepas berkahwin dengan suaminya yang juga penghuni RSK pada 1994. Bagaimanapun, pada 2004, suami pertama Rohani meninggal dunia sebelum bertemu jodoh dengan Idris.


Idris yang berasal dari Kampung Pangkal Canggung, Machang, berkata, dia terpikat dengan Rohani selepas ditempatkan di rumah perlindungan itu pada November tahun lalu.




No comments:

Post a Comment