Pages

Monday, July 23, 2012

Demam Cacar Air

Demam Cacar Air Bahaya Untuk Anak Kecil


Apabila virus demam cacar air melanda Kemboja baru-baru ini, doktor tidak pasti apa yang menyebabkan kanak-kanak di negara itu jatuh sakit. Malah kini, pakar kesihatan masih belum faham sepenuhnya mengapa virus itu boleh mengakibatkan kesan yang sangat teruk.  


Gambar Hiasan Air kelapa




Berdasarkan pengalaman saya yang amna anak-anak pernah kena demam cacar air ini, saya memberikan air kelapa muda kepada anak-anak, Alhamdulillah, demamnya dapat diatasi segera.

Sama ada demam campak ataupun demam yang berlanjutan, anda boleh minum air kelapa muda untuk menurunkan panas badan dan menyembuhkan demam campak.

Ambil sebiji kelapa muda dan belah untuk mendapatkan airnya.

Tuangkan air kelapa muda tu dalam ke dalam cawan. Kira-kira dalam setengah cawan pun dah cukup.
- Amalkan meminumnya sehinggalah demam anda tu sembuh.

Namun begitu, anda juga boleh meminum air kelapa muda begitu saje. Tak payah tuang ke dalam cawan. Sesetengah pendapat mengatakan yang cara ni lebih berkesan.

Cuma cara yang pertama tadi tu mungkin sesuai ditujukan untuk kanak-kanak. Sebab kadang-kadang ada di antara mereka yang taknak minum air secara terus dalam buah kelapa tu. Sebagai alternatif, anda tuangkanlah ke dalam cawan.

* Mengenai cacar air

Cacar air ialah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh virus Varicella-zoster yang amat mudah berjangkit dan boleh merebak menerusi sentuhan fizikal dan melalui udara daripada titisan bersin atau batuk. Kanak-kanak yang dijangkiti boleh menyebarkan virus dua minggu sebelum ruam muncul dan sehinggalah semua lepuhan menjadi kering.

Selagi anak anda sihat, kesan jangkitan cacar air biasanya bersifat ringan dan akan hilang dalam masa dua minggu. Namun begitu ia lebih berbahaya di kalangan kanak-kanak yang mempunyai sistem imun lemah, menghidap ekzema atau mengambil ubat steroid (contohnya penghidap asma).

Anda perlu mencegah anak anda daripada menyebarkan penyakit dan memastikan dia tinggal di rumah dan tidak menghadiri kelas tadika. Malangnya, adalah lebih sukar untuk mengelakkan anggota keluarga lain daripada dijangkiti. Risikonya sangat tinggi kerana mereka berada berdekatan dengan satu sama lain. Cuba jauhkan anak anda daripada wanita hamil dan sesiapa yang belum pernah menghidap cacar air atau belum diberi vaksin.

Antara langkah untuk merawat cacar air termasuk menegah anak anda menggaru dan mencegah jangkitan sekunder, menggalakkannya minum banyak air dan memastikan pengambilan khasiat pemakanan secukupnya dan mengawasi sebarang komplikasi serius. Sejenis agen antivirus yang dinamakan acyclovir akan mengurangkan tahap keterukan penyakit tetapi ubat ini perlu diberikan pada peringkat awal jangkitan.



Kehidupan selepas menghidap cacar air. Selepas jangkitan cacar air, virus Varicella-zoster ‘menyorok’ dalam keadaan tidak aktif dalam urat saraf individu. Virus in boleh aktif semula beberapa tahun kemudian apabila anak anda sudah dewasa atau jika sistem imunnya lemah. Turut dikenali sebagai herpes zoster, kayap ialah sejenis ruam menyakitkan yang boleh menyebabkan neuralgia postherpetik, sejenis penyakit yang mengakibatkan kulit terasa sakit selama berbulan atau bertahun walaupun ruam sudah hilang.

* Mencegah anak anda daripada dijangkiti cacar air

Hanya melalui vaksin boleh mencegah cacar air ialah menerusi imunisasi. Vaksin dihasilkan dengan menggunakan virus Varicella-zoster yang lemah dan diberikan kepada kanak-kanak berusia 1 dan 12, dewasa serta remaja yang belum pernah dijangkiti cacar air. Walaupun vaksin ini boleh mencegah jangkitan cacar air bagi kebanyakan kanak-kanak, sebilangan kecil masih boleh dijangkiti. Namun begitu jangkitan tersebut adalah lebih ringan dengan tanda-tanda yang tidak begitu serius dan parutan kulit yang berkurangan.

Seperti semua vaksin lain, vaksin cacar air boleh mendatangkan kesan sampingan – paling umum ialah kemerahan, kesakitan dan bengkak di tempat suntikan. Bincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vaksin ini.

KUMAN BERTAMBAH KUAT

LEBIH satu pertiga hayatnya dihabiskan di hospital dan kini Tran Minh Giang yang baru berusia 20 bulan perlu menunggu beberapa bulan lagi sebelum dibenarkan balik ke rumah. Semuanya disebabkan demam cacar air yang teruk.

Mulanya Giang dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut yang sudah mengorbankan beratus-ratus kanak-kanak kecil di rantau ini. Penyakit itu membuatkan mereka demam panas yang teruk, otak membengkak, lumpuh dan saluran pernafasan tertutup walaupun pesakit kecil itu mendapat jangkitan daripada mereka yang tidak mengalami gejala. Kalau ada pun, gejalanya sangat sedikit.

Apabila virus demam cacar air melanda Kemboja baru-baru ini, doktor tidak pasti apa yang menyebabkan kanak-kanak di negara itu jatuh sakit. Malah kini, pakar kesihatan masih belum faham sepenuhnya mengapa virus itu boleh mengakibatkan kesan yang sangat teruk. Kini tujuh bulan selepas jatuh sakit, 

Giang masih menggunakan alat bantuan pernafasan yang disambungkan melalui lubang tekaknya yang kecil.

"Ia akan mengambil masa mungkin bertahun-tahun sebelum dia boleh pulih sepenuhnya. Apabila Giang tidur, paru-parunya berhenti berfungsi. Ketika dia mula mendapat demam panas dulu, kami semua tidak sangka keadaannya akan jadi begini," kata bapanya, Tran Nam Trung sambil mengipas-ngipas anaknya.

Kemunculan enterovirus strain 71 atau EV-71 menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pakar perubatan apabila ia dikesan di sesetengah sampel untuk ujian makmal selepas 52 daripada 59 kanak-kanak Kemboja meninggal dunia secara tiba-tiba akibat penyakit misteri yang mendapat perhatian antarabangsa. Pegawai kesihatan Kemboja masih menjalankan penyiasatan dan berkata, EV-71 mungkin menjadi sebab kepada semua kes kematian berkenaan.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata, ini adalah kali pertama EV-71 dikenal pasti di negara berkenaan, tetapi virus berkenaan memang sudah diketahui ada di negara lain di Asia. Dalam separuh pertama tahun ini, seramai 356 penduduk China dan 33 orang di Vietnam meninggal dunia akibat jangkitan virus ini.

Skala penyakit ini semakin jelas melihat kepada ramainya pesakit di tingkat bawah salah sebuah hospital di wilayah Hunan, China. Berpuluh-puluh kanak-kanak yang ditempatkan dalam dua bilik kecil menangis, sama ada baring atau duduk di atas kerusi. Di tangan masing-masing terlekat tiub infusi titisan. Hunan melaporkan 33 kematian akibat penyakit tangan, kaki dan mulut pada Mei lalu, satu perempat daripada jumlah kematian keseluruhan bulan itu.


Penyakit ini sudah merebak ke seluruh rantau ini sejak 1997, dengan cetusan pertama dilaporkan di Malaysia. Sejak itu, ia mula dikesan di Jepun, Korea Selatan, Singapura, Mongolia, Taiwan dan Australia yang bergelut menangani penyakit ini.


EV-71 adalah salah satu daripada kumpulan virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut, tetapi ia sudah berubah menjadi strain (jenis) yang lebih kuat di Asia dalam tempoh 10 tahun. Bagaimanapun, hanya peratusan kecil saja kanak-kanak yang dijangkiti mengalami gejala serius dan pakar perubatan tidak pasti mengapa.


Sehingga kini, belum ada vaksin atau rawatan khusus untuk menyembuhkan penyakit ini, tetapi kes yang teruk diberikan penjagaan sokongan dan kadang kala pesakit dibekalkan dengan protein darah.


"Seperti virus lain, ia memang sentiasa berkembang (bertambah). Jangkitan ini berlaku pada kanak-kanak yang tidak pernah terdedah kepada lain jenis enterovirus sebelum ini. Apabila virus ini mula menyerang, kita tiba-tiba berhadapan dengan kes EV-71 yang teruk," kata Dr Zarifah Hussain Reed, penulis bersama laporan WHO mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut, merangkap pengarah perubatan syarikat bioteknologi di Malaysia yang menjalankan kajian mencipta vaksin untuk penyakit berkenaan.


Dia menambah, pakar masih belum tahu mengapa virus itu kekal di sesetengah bahagian di Asia. India dan Indonesia contohnya belum lagi melaporkan letusan penyakit berkenaan dan ia juga tidak difahami mengapa EV-71 kini lebih mudah berjangkit atau mungkin mempunyai kebolehan yang lebih baik untuk menceroboh masuk ke dalam sistem saraf berbanding strain yang lain.


Penyakit ini dari keluarga yang sama dengan polio dan ia mendapat nama daripada gejala yang disebabkannya seperti ruam, sakit mulut dan lepuh pada tangan dan kaki. Ia lebih mudah menjangkiti kanak-kanak di bawah umur lima tahun dan sukar dikawal kerana mudah merebak melalui bersin, batuk atau sentuhan dengan cecair dari lepuh mahupun najis pesakit yang dijangkiti.


Di pusat jagaan harian dan sekolah, amat sukar untuk menahan tangan kecil yang melepuh daripada menyentuh kanak-kanak lain atau semua barang. Selain itu masalah yang turut dihadapi kini ialah kebanyakan kanak-kanak yang dijangkiti tidak menunjukkan tanda sakit, tetapi mereka boleh menyebarkan virus kepada rakan lain.


Pakar menasihatkan supaya mencuci tangan dengan kerap, menyahkuman alat mainan kanak-kanak dan permukaan di pusat jagaan harian. Malah kadang kala sekolah terpaksa ditutup bagi menghentikan penularan penyakit.


Jangkitan EV-71 pertama dengan gejala neurologi (saraf) dilaporkan di California pada 1969. Sejak itu, ledakan penyakit berlaku dari masa ke semasa di Amerika Syarikat dan Eropah, tetapi penyakit itu bertukar menjadi 'penyakit degil' apabila ia tiba di Asia kerana ia kerap berulang.


Sesetengah pakar memberi amaran bahawa jika virus ini tidak dikawal, ia boleh melepasi sempadan dan mengancam rantau lain. Malah ada yang bimbang sekiranya kes di Kemboja itu berkemungkinan berasal dari Vietnam di mana kira-kira 63,000 kes dilaporkan sehingga tahun ini.


Dr Pham Nhat An, Timbalan Pengarah Hospital Kanak-kanak Nasional di Hanoi berkata, dia sudah merawat penyakit itu selama tiga dekad (30 tahun), tetapi ia tidak pernah menyebabkan kematian sehinggalah dua tahun lalu apabila jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital mula meningkat.


"Ia sangat membimbangkan. Kita perlu memikirkan cara menghasilkan vaksin yang boleh membantu mengekang jangkitan terutama EV-71," katanya.


Di bangunan sebelah, bapa penyayang, Trung masih duduk di bucu katil sambil mengipas anaknya, Giang yang mungkin mendapat jangkitan daripada sepupunya yang jatuh sakit dan tinggal bersama mereka.


Giang ketika itu baru berusia 13 bulan dan penyakitnya bermula dengan demam panas. Dia tidak nampak sangat sakit kerana dia masih boleh bermain. Jadi ibu bapanya fikir virus yang menyerangnya itu akan hilang sendiri. Bagaimanapun, menjelang pagi, kulit bayi mereka menjadi biru dan mengalami sawan.

Paru-parunya mulai berhenti berfungsi perlahan-lahan.

Kini anak kesayangan Trung itu boleh duduk dan mulai tersenyum. Bagaimanapun, keadaannya masih lemah dan tiub masih terlekat di hidung dan tekaknya. Trung terpaksa berhenti kerja untuk membantu isterinya menjaga Giang yang berada sepanjang masa di hospital kerana kekurangan jururawat.


"Penyakit ini sangat serius dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang teruk. Semua orang perlu berhati-hati dan meningkatkan pemantauan untuk mencegah daripada dijangkiti penyakit ini," katanya. - AP
Harian Metro,Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/22

No comments:

Post a Comment