Pages

Sunday, July 29, 2012

Doa Buat Saudara SeIslam Rohingya dan Lain-lain

Doa Buat Saudara SeIslam Rohingya dan Lain-lain
Mari Kita Doa Buat Saudara SeIslam


بسم الله الرحمن الر حيم

اللهم صل على سيدنا محمد
يا رب صل عليه وسلم

Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam  ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku berikanlah Rahmat dan Kesejahteraan kepada Nabi Muhammad s.a.w

اللهم صل على سيدنا محمد
يارب فارحم والدينا
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam  ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Belas Kasihanilah IbuBapa-IbuBapa kami sekalian

اللهم صل على سيدنا محمد
يارب وارحمنا جميعا
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam  ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Belas Kasihanilah kami semua ini (sekalian kami)

اللهم صل على سيدنا محمد
يارب وارحم كل مسلم
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam  ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Belas Kasihanilah Segenap / Seluruh orang Islam ( Saudara kami )

اللهم صل على سيدنا محمد
يارب واغفرلكل مذنب
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam  ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Ampunilah setiap mereka yang berdosa

اللهم صل على سيدنا محمد
يارب واصلح كل مصلح
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam  ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Perbaikilah diri setiap mereka yang ingin memperbaiki diri mereka kepadaMu

اللهم صل على سيدنا محمد
يارب يا سامع دعانا
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam  ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Wahai Dzat yang Maha Mendengar akan doa-doa kami.
( perkenankan doa kami)

Amin
Allahumma Amin ya Lathiff

(Entry ini yang di publish pada 25/7/2012 akan berada pada post pertama blog ini sehingga 29/7/2012. Untuk post terbaru, sila skrol blog ini ke bawah. 
Terima kasih atas kesudian tuan tuan dan puan puan melayari blog ini) 
 Qunut Nazilah Buat Rohingya



Selawat dan salam dan Al Fatihah dihadiahkan khas buat baginda Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga ahlul bait Baginda SAW,  sahabat-sahabat baginda, para pejuang Islam, 
para kekasih Allah,  kepada semua Umat Islam di dunia ini walau di mana sahaja mereka itu berada, khususnya yang sedang dalam kesusahan dan penganiayaan ya Allah,
juga disertakan sekalung Al-Fatihah buat ahli keluarga kita dan sahabat-sahabat kita semua sama ada yang masih hidup atau sudah tiada yang mana mereka itu beriman.. Al-Fatihah 

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada ALLAH SWT, negara kita tahun ini mengecapi nikmat merdeka selama 55 tahun.  Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan buat saudara seIslam kita baik yang masih hidup dan juga yang telah meninggal dunia.

Hari ini kita mendoakan mereka yang telah tiada mungkin saat kita tiada nanti ada orang lain pula yang mendoakan untuk diri kita. 

Allah...Alhamdulillah kami bertemu lagi Ramadhan kali ini. Ramadhan 1433 Hijriah yang telah dilewati beberapa hari. Allah...kasihanilah kami, Ya Allah. Kami umat Nabi Muhammad SAW yang hidup di akhir zaman, memohon belas dan kasih sayangMu serta pembelaanMu. 



 TERBAKAR...rumah etnik Rohingya dibakar dalam usaha mengusir 
mereka dari bumi Myanmar. 


Kini, Saudara seIslam kita di Syiria sedang bergolak. Begitu juga di Myanmar sedang ditimpa musibah dan lain-lain tempat lagi .

Nu’man bin Basyir r.a berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Kemesraan, kasih sayang, dan saling berbelas kasihan antara orang-orang beriman diibaratkan seperti satu jasad; apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam serta merasa panas dan gelisah.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Seperti syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah menggariskan bahawa menjadi sunat (tanggungjawab) seorang Muslim sekurang-kurangnya mendoakan muslim yang lain sebaik sahaja bertemu dan sejurus sebelum mereka berpisah. 

Apabila seseorang Muslim itu didoakan saudara seiman yang lain tanpa pengetahuannya, orang yang mendoakannya turut didoakan oleh malaikat dengan doa yang sama.

 

Bahkan menjadi wajib untuk menjawab doa itu dengan serupa atau dengan yang lebih baik daripada itu selepas tanggungjawab itu dilaksanakan oleh saudaranya. Mereka juga digalakkan mendoakan kebaikan sebagai ganti pemberian yang wajib, sunat atau harus terutama apabila mereka tiada kemampuan memberi.

Bahkan apabila mereka mendoakan sesama mereka secara sembunyi tanpa diketahui orang-orang yang didoakan kebaikan ke atas mereka adalah lebih utama lagi diberkati dan maqbul di sisi Allah SWT.

 Hadis :

Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya yang tersebut, berkatalah Malaikat yang ditugaskan untuk itu: "Aamin, dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga." Abu ad-Darda' r.a

Huraian Pengajaran hadis:

i) Doa dari seorang Islam kepada saudara Islamnya yang lain dengan harapan semoga ia beroleh kebaikan atau terselamat dari bala bencana adalah dituntut oleh syarak sama ada setahu orang yang didoakan itu atau tidak.

ii) Sesungguhnya setiap kebaikan (doa) yang dipohon itu akan turut diaminkan oleh malaikat dalam erti kata agar doa itu dikabulkan oleh Allah S.W.T bahkan orang yang berdoa itu sendiri akan beroleh kebaikan yang sama sebagai menghargai keikhlasan hatinya mendoakan saudaranya itu. 

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Satu masa nanti, kita akan ditanya apakah yang kita lakukan untuk saudara seIslam kita? Walaupun kita tidak dapat menyertai mereka dalam berperang, cukuplah sekadar untaian doa yang dipanjatkan buat mereka. Moga Allah menilai doa kita sebagai ibadah dan salah satu bukti cinta kita pada saudara seIslam kita.

Ayuh! Berdoalah buat mereka. Mereka sangat mengharapkan doa kita! Ingatlah Allah itu Maha Adil dan tidak sesekali membiarkan doa mereka yang dizalimi....Wallahu a'lam.


Rakyat tanpa negara (Petikan daripada Harian Metro) 

CHITTAGONG (Bangladesh): “Kami hanya mahu hak sebagai warga negara dan dilayan seperti manusia. Itu saja, kami bukannya mahukan kemerdekaan atau wilayah pemerintahan sendiri,” kata Halimullah Salim, 53, aktivis kemanusiaan Rohingya yang berpangkalan di sini.
Halimullah mendakwa apa yang dilakukan pemerintah kerajaan Myanmar pada masa ini dan sejak lebih 30 tahun lalu, benar-benar satu usaha terancang untuk menghapuskan sama sekali kewujudan etnik Rohingya di negara itu.
“Mereka tidak bertimbang rasa. Kami bukan saja dinafikan hak sebagai warga Myanmar, tetapi hak sebagai manusia. Dunia perlu sedar hakikat ini dan tekanan perlu diberikan ke atas kerajaan Myanmar sekarang supaya mereka mengubah polisi mereka terhadap etnik Rohingya,” katanya.

Kenyataan Halimullah itu terbukti benar apabila Presiden Myanmar, Thein Sein dalam satu kenyataan di Yangon pada 12 Julai lalu secara terbuka memberitahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa penyelesaian kepada konflik di Arakan adalah dengan menghantar etnik Rohingya ke khemah pelarian atau mengusir mereka.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web rasminya itu, Thein Sein berkata, Myanmar akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya, tetapi tidak akan menerima etnik Rohingya yang dianggapnya memasuki negara itu secara haram.

56 jadi korban laut

YANGON (Myanmar): Seramai 56 penduduk Islam etnik Rohingya di Myothugyi, sebuah kampung nelayan di pinggir bandar Sittwe terbunuh selepas bot yang mereka naiki karam ketika menyelamatkan diri daripada serangan ratusan penduduk etnik Rakhine.

Seorang daripada yang terbunuh ialah pensyarah matematik Universiti Sittwe, Daw Khin Shwe atau nama Islamnya Bibi Hajara berusia 55 tahun.


Seorang aktivis Islam di Yangon yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, berkata, tragedi menyayat hati itu bermula apabila hampir 5,000 etnik Rakhine lengkap dengan pelbagai senjata tajam menyerang penduduk Islam di Myothugyi.

Menurutnya, puak pelampau Rakhine masuk ke kampung untuk membunuh atau mencederakan penduduk Islam, selain membakar rumah mereka.


“Untuk menyelamatkan diri, 1,000 penduduk Islam terpaksa menaiki 20 bot nelayan dan mereka menuju sebuah pulau kecil yang jarak perjalanannya mengambil masa tiga jam dari kampung mereka.

p/s: Sila Klik 

Doa Qunut Nazialah Buat Saudara SeIslam di sini.
Doa Buat Syiria, klik di sini
Video Rohingya Ditindas di Myanmar, klik di sini.
Gambar Yang Berlaku di Myanmar, klik di sini 

19 comments:

  1. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga Allah menurunkan bantuan buat mereka di sana...aamiin

    Selamat berpuasa ummu

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam warahmatullah
    amin,amin ya Allah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan salam perkenalan

    Aminnn..semoga Allah merahmati umat islam d sana dan d mana jua berada.. sedey tgk umat islam yang d tindas d dunia nie.. T_T

    singgah dan follow sini :)

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum Ummu

    Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada umat Islam di sana.. Allahumma Amiin

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan..ayu singgah folo sini..sudilah ke blog ayu ;-)

    ReplyDelete
  6. semoga Allah melindungi mereka semua.amin....

    salam 7 ramadhan. saya datang singgah :)

    ReplyDelete
  7. Askm Ummu,
    Sedih lihat nasib mereka. Semoga Allah beri kebebasan kepada mereka suatu hari nanti dan mrk shahid di jalan Allah.

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam Lyza.Amin amin ya Allah
    Terima kasih ya.sudi follow 'teratak' saya ni.

    ReplyDelete
  9. waalaikumussalam makcik werdah.
    amin amin ya rahman ya rahim
    terima aksih makcik sudi datang ke sini

    ReplyDelete
  10. salam ramadhan ayu
    terima aksih ayu
    inshaallah,

    ReplyDelete
  11. Nurul Husna, amin amin ya Allah, terima aksih sudi datang ke blog akak ya Husna

    ReplyDelete
  12. salam..

    ya Allah rahmati mereka..
    lindungilah mereka dr kekejaman

    ReplyDelete
  13. Salam Ummu dan selamat berpuasa.

    Begitulah nasib orang islam bila negara diperintah oleh orang bukan islam. Tapi orang2 bukan islam akan selamat di negara pemerintahan orang islam.

    ReplyDelete
  14. waalaikumussalam Maiyah
    amin
    tq maiyah sudi datang ke blog saya

    ReplyDelete
  15. salam kakak dan selamat berpuasa jua
    begitulah selalunya yg berlaku pada dunia yang fana ini kan kakak

    ReplyDelete
  16. semoga Allah S.W.T melindungi mereka semua disana..amin

    ReplyDelete
  17. terima kasih kongsi info ni..
    sama2 doa utk kebaikan bersama..
    selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  18. Waniey, amin,
    selamat berpuasa utk Waniey

    ReplyDelete
  19. Pokok manggis depan rumah
    terima ksih atas kunjungan

    ReplyDelete