Gajet canggih pengganti belaian kasih ibu bapa
KUALA LUMPUR: Ketandusan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk
mencari nafkah menyebabkan ada kalangan anak-anak terutama remaja
sanggup mendapatkan peralatan canggih termasuk gajet sebagai pengganti.
Pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah berkata, kurangnya kasih
sayang menyebabkan ada kalangan remaja menjual tubuh semata-mata untuk
mendapat bahan berteknologi itu bagi mengisi kekosongan hidup.
“Kalau kita lihat senario semasa ketika ini, ramai kalangan anak-anak ketandusan kasih sayang. Untuk itu mereka berusaha mendapatkan peralatan canggih sebagai pengganti dalam mendapatkan belaian kasih sayang ibu bapa.
“Dalam mencari kekosongan hidup, mereka akan merapati rakan-rakan
terdekat. Jika tidak bernasib baik dan mendapat rakan yang buruk
perangai, mereka terjebak kepada perlakuan tidak sihat,” katanya.
Beliau mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai kegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi canggih menyebabkan seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh termasuk meniduri lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan kegemaran.
Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, Johor itu, terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan ringgit.
Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet
berkenaan kepunyaan rakan sekolah namun keluarga yang curiga membawanya
mendapatkan kaunseling di Pejabat MCA Johor Jaya sebelum dia mengakui
menjual tubuh kerana mahu memiliki barangan berkenaan.
Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini, selain mengakui memperoleh RM200 hingga RM300 hingga membolehkannya membeli pelbagai gajet terbaru seperti komputer tablet termasuk iPad dan telefon pintar, BlackBerry selain beg tangan berjenama terkenal.
Sumber; HARIAN METRO Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/19
JUAL TUBUH ANGKARA GAJET
JOHOR BAHRU: Kegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi
canggih menyebabkan seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh
termasuk meniduri lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan wang untuk
membeli barangan kegemaran mereka itu.
Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, dekat sini, itu
terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama
serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan
ringgit.
Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet berkenaan kepunyaan rakan
sekolah namun keluarga yang curiga membawanya mendapatkan kaunseling di
Pejabat MCA Johor Jaya sebelum dia mengakui menjual tubuh kerana mahu
memiliki barangan berkenaan.
Sumber; HARIAN METRO Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/18
No comments:
Post a Comment